Thursday, August 13, 2009

UNTUK PERHATIAN ANAK-ANAK KPLI BK...SILA BACA

artikel ini di petik daripada http://sandradodd.com/teaching/

Baca artikel di atas dan respon di sini....

atau kalau tak jumpa baca artikel tu dekat entry yang saya khaskan untuk pelajar PISMK PL...... ia adalah artikel yang sama. Pastikan semua orang respon di entry ini....pastikan nama sebenar dinyatakan... saya tak mahu nama samaran....

22 comments:

NORLINA said...

"Teaching doesn't make someone learn. Learning is a totally independent function from teaching".
Saya menyokong fakta ini.Melalui pengalaman saya selama ini, belajar merupakan tanggungjawab pada diri seseorang sekiranya seseorang itu bermotivasi untuk memperolehi kepuasan apa yang ingin dipelajari. Sebagai contoh, semasa saya berada di tingkatan 5 sains tulen dahulu,saya bukanlah seorang pelajar yang pandai dan merupakan pelajar yang 'slow' dalam apa-apa pelajaran sains. Namun, dengan berkat usaha dan motivasi yang tinggi, tanpa mengenal penat lelah dan bersaing dengan rakan yang bijak, saya mengambil setiap peluang yang ada untuk belajar sendiri dengan membuat banyak latihan serta pergi ke library dan belajar dengan sendiri. Kebanyakkan guru-guru di sekolah saya lebih mementingkan pelajar cina berbanding dengan pelajar melayu. Mereka akan membiarkan kami yang lemah. Dari situ, timbul kesedaran untuk belajar sendiri ditambah pula dengan minat yang mendalam dalam pelajaran tersebut. Untuk pergi ke tuisyen pun tak mampu,tapi tiap-tiap petang selepas waktu persekolahan, saya akan pergi ke library sehingga petang.Menjelang peperiksaan SPM, berkat usaha yang lebih, saya berasa bersyukur dengan apa yang saya perolehi. Guru-guru yang mengajar sebelum ini tidak menyangka akan keputusan yang saya perolehi. Saya lebih cenderung untuk belajar sendiri kerana kepuasan yang diperolehi adalah berkat usaha sendiri. Dapat disimpulkan bahawa mengajar seseorang memerlukan tahap kesesuaian seseorang.

HAMNAH said...

Saya pelajar KPLI Jun 2009 hamnah binti nawi jamaain

assalamualaikum...
petang-petang ahad ni ngantok pulak nak bagi komen tapi takpe sbb cikgu limah punya pasal ku teruskan jua perjuangan ini...ceng.ceng..ceng

Ungkapan pertama yang nak saya nyatakan disini ialah " guru yang baik adalah guru yang belajar dari kesilapan sendiri dan guru yang cemerlang adalah guru yang penuh dengan pengalaman".Apa yang nak saya jelaskan disini ialah, untuk menjadi seorang guru bukanlkah mudah.Guru mempunyai tanggungjawab yang amat berat. Drpd pengalaman dan kesilapan yang dilakukan membuatkan seseorang guru itu tahu akan kesilapan yang dilakukan dan sekaligus membetulkankannya demi kebaikkan diri dan pelajar-pelajar.Ikhlaslah melakukan sesuatu perkara. Jgn jadi guru yang ego. Ego yang ada pada diri tidak akan dapat mendatangkan kebaikkan. Jadilah guru yang dapat mendidik anak-ank supaya menjadi orang yang berguna di dunia dan di akhirat. Kalau setakat nak skor keputusan exam dengan cemerlang. lebih baik tak payah pergi sekolah. duduk rumah baca buku accessed internet masuk exam jawab soalan. Ada antara guru yang hanya masuk ke kelas bagi nota dan keluar kelas. seolah-olah tiada rasa bersalah pun di dalam diri mereka. Tepuk dada tanya akal.
"They learned. I helped them learn. I was "the teacher" but I didn't do the work that resulted in learning. The learner did that in his own head. I could put ideas in the air, but only he could hear and process and ask more questions. Without his active work, no teaching can possibly take place".
Daripada petikan tersebut, penglibatan murid dan guru sememangnya penting. Kalau hanya mengajar tanpa melibatkan ide yang meningkatkan pemahaman pelajar, pnp hanya berlaku di situ sajalah. Tidak dapat diserapkan dan difahami oleh pelajar. Pelajar hanya belajar untuk exam bukannya menyerapkan pembelajaran itu untuk pemahaman selanjutnya.
Tu jelah sedikit komen yang dapat saya nyatakan untuk tatapan semua. So.. cikgu2 semua jadilah cikgu yang disayangi oleh murid-murid jgn jadi cikgu yang dibenci oleh murid2. Renung-renungkan...Wassalam

crystal flower said...
This comment has been removed by the author.
crystal flower said...

Assalamualaikum.

Teaching vs Learning

Nama saya Nurfazariah. Pada pendapat saya teaching & learning memang sesuatu perkara yang berbeza. Jika situasi di sekolah, guru mengajar dan murid belajar. Namun guru hendaklah memastikan yang muridnya belajar apa yang diajar. Guru tidak boleh sewenangnya hanya mengajar apa yang hendak diajar kepada pelajar tanpa memastikan yang pelajar itu belajar apa yang diajar. Sesungguhnya setiap guru mempunyai teknik tersendiri dalam mengajar anak murid mereka. Sama ada dengan cara menyanyi, melukis atau menari, semuanya mempunyai satu matlamat iaitu mengajar & mendidik anak murid. Yang paling penting, guru hendaklah memastikan pelajar faham dan belajar apa yang diajar untuk menjadikan proses pengajaran & pembelajaran itu bermakna kepada guru & pelajar seterusnya proses 'kemenjadian' pelajar itu sendiri akan terjadi.

Sekian, Terima Kasih.
Wassalam:)

azila said...

assalamualaikum..

azila abdullah hadir untuk berkongsi pendapat

teaching vs learning

Dua perkataan yang berbeza tapi saling berkait antara 1 sama lain. mengajar memerlukan pelbagai kemahiran.. untuk mengajar juga seseorang harus belajar.
belajar merupakan proses yang berlaku tanpa boleh dipaksa.. dan nilai mempelajari sesuatu itu lebih tinggi jika apa yang dipelajari memberi kesan kepada dirinya. Proses belajar adalah berterusan,belajar bukan sahaja untuk mendapat ilmu pengetahuan, tapi belajar untuk bersedia meneruskan kehidupan

Individu yang belajar atau telah mempelajari sesuatu akan menzahirkan perubahan tingkah laku dan cara ia berfikir sama ada secara langsung atau tidak.

Tugas guru, bagi saya bukan hanya mengajar pelajar untuk mendapat ilmu tapi berperanan merangsang pelajar untuk terus belajar.

Kepada diri saya dan sahabat seperjuangan "marilah kita sama-sama belajar bagaimana untuk mengajar dan mendidik"

"Bukan salah jika membuat kesilapan
Tapi BELAJAR daripada kesilapan itu untuk tidak melakukan kesilapan sama pada masa hadapan"

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT MENJALANI PBS!!

Sekian, terima kasih

fieza said...

assalammualaikum...selamat menyambut bulan ramadhan yang dinanti2kan...alhamdulillah...

teaching vs learning

pada kefahaman otak anugerah Allah ini, pada pandangan peribadi saya....kedua2nya berbeza tetapi saling berkait malah boleh digabungkan menjd satu kaedah untuk menjadikan sesuatu pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan serta yang penting adalah membawa manfaat kepada kedua2 pihak..guru dan pelajar,,,kedua2 ini bergantung pada kedua2 watak utama ini (guru dan pelajar2)...tidak semestinya 'teaching' tidak baik dan 'learning' itu baik atau sebaliknya, kerana tahap penerimaan pelajar adalah berbeza atau cara belajar adalah berbeza...ada pelajar yang memerlukan bimbingan atau pengajaran barulah dia boleh mempraktikkan ilmu yang diberikan maka berlakulah pembelajaran.....kadang2 kala, sesuatu ilmu lebih2 lagi yang melibatkan kemahiran tidak memerlukan pengajaran, tetapi pembelajaran sendiri...kaedah cuba jaya....yang penting adalah usaha...walaupn gagal berkali2...itu yang memberikan nilai pembelajaran adalah sangat tinggi...pembelajaran adalah atas usaha motivasi diri sendiri, manakala pengajaran adalah sesuatu aktiviti yang membimbing mereka kearah yang betul, memberikan sedikit informasi tentang sesuatu(tambahan) dan terpulanglah kepada pelajar itu sendiri untuk sama ada mempraktikkan ataupun hanya mengharapkan pngajaran di dalam kelas...bagi saya, pengajaran dan pembelajaran, kedua2nya adalah sama penting...

harapan saya...agar saya dapat puasa penuh tahun nih...tak usah asyik ganti puasa jer...hehe...

berjalan2 terpijak duri,
duri dicabut sakit teramat,
sebelum saya mengundur diri,
saya ucapkan selamat beribadat...

masyitah said...

assalamualaikum..
sy masyitah binti mat (kpli jun09) ingin bkongsi pndpt.
teaching vs learning.
2 perkataan berbeza ttp xblh dipisahkn.. bg sy, mengajar bukan hanya terhad kpd pbuatan seseorg mdidik seseorg yg lain dlm proses penyampaian ilmu, ttp mengajar @ pengajaran blh blaku pd bila2 masa shj xkira dimana pn tmasuklah ketika kita makan sekali pun, dlm hal ini blhlah dikatakan bhw pengajaran berlaku apabila semua deria kita btindak balas thdp sesuatu. apabila blakunya pengajaran, maka secara tidak lgsg, sama ada sedar @ tidak, proses pbelajaran turut blaku, yang mana kita akan cuba meniru @ mpraktikkan apa yg kita lihat, dengar & sentuh m'ikut konteks kita sndri.
oleh yg demikian, petikan "teaching isn't a thing you do to someone else. Rather, learning is something that you MIGHT, if you're lucky, get assist with", tepat merujuk maksud sbnr proses mengajar & belajar itu sndri. proses pengajaran blh blaku walaupun pd masa kita hanya duduk bsantai, begitu juga dgn proses belajar yang mana kita akan mjadi org btuah jika mpraktikkan ilmu yg bguna itu ke arah kebaikan.
sekian shj pndpt dr saya.
slamt bcuti & selamat menyambut ramadhan.

ZiLFazLina said...

Teaching Vs Learning

Assalamualaikum cikgu dan sahabat sekalian..

Saya Zilfazlina…

Menarik artikel ni. Baru sekarang saya berpeluang hendak membacanya. Antara mengajar dan belajar... Pertama sekali, pada pendapat saya, kita takkan dapat belajar apa-apa sekiranya tiada “sesiapa” yang mengajar kita. Tak kiralah, samada yang mengajar itu manusia, benda atau apa-apa sahaja yang ada di persekitaran.

Kalau di sekolah, seorang guru takkan dapat mengajar anak muridnya sekiranya dia tidak belajar terlebih dahulu. Saya ambil contoh iaitu diri saya sendiri. Sekarang saya masih belajar. Bahkan, saya sentiasa menganggap diri saya masih belajar, walaupun ketika saya sedang berada di alam pekerjaan suatu ketika dahulu.

Bagi saya, “Belajar adalah untuk sepanjang hayat”. Tiada istilah noktah bagi mereka yang sentiasa ingin belajar. Kita belajar dari pengalaman, belajar dari kegagalan, belajar dari kemenangan, belajar dari kesilapan, belajar dari teguran, belajar dari pembacaan dan banyak lagi.

Kalau kita ambil contoh sebagai seorang guru, walaupun kita mengajar anak-anak murid, tetapi dalam masa yang sama, sebenarnya kita sedang belajar. Samaada kita sedar ataupun tidak, kita belajar sesuatu yang baru setiap hari. Tidak kisah lah, samaada di dalam kelas ataupun di luar kelas. Percayalah, dalam satu hari kita mengajar anak-anak murid, akan ada sesuatu yang yang kita “belajar” walaupun hanya secebis.

Pendek kata, mengajar dan belajar adalah saling berkait rapat antara satu sama lain. Tiada istilah mengajar tanpa belajar dan belajar tanpa mengajar.

“ Belajar tugas sepanjang hayat ” (^_^)

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN

SELAMAT MENJALANI PBS BUAT SEMUA SAHABAT (B & K) KPLI JUN 2009

azrah said...

assalamualaikum.........

sudah banyak kali cuba mendapatkan artikel.........
hari ini baru dapat buka.....lega....

Teaching & Learning..

Menarik artikel ini. Teaching & learning satu ungkapan yang berbeza. Namun bagi pendapat saya, teaching & learning merupakan satu makna yang sama. Dimana perkataan tersebut mempunyai saling bergantungan antara satu sama yang lain. Teaching (mengajar), learning (belajar). Sebagai seorang guru dalam mendidik anak murid, pertama sekali yang perlu dilakukan oleh seorang guru ialah belajar. Tidak kiralah belajar dari pengalaman atau belajar untuk mencari pengalaman. Oleh yang demikian, setiap apa yang di pelajari oleh seseorang guru itu mampu untuk membolehkan guru tersebut membimbing anak didiknya. Bimbingan yang diberikan oleh seseorang guru kepada anak muridnya ini dipanggil sebagai mengajar. Setiap murid mahukan ilmu daripada seorang guru. Jadi seorang guru perlu mencari semua ilmu untuk memenuhi keperluan anak muridnya. Ini dikatakan belajar. Apabila ilmu ada dalam diri seorang guru tersebut, maka proses mengajar mulai berjalan dan murid tersebut belajar melalui ilmu yang di berikan oleh guru. Maka, kita sebagai guru perlu memenuhi ilmu yang ada dalam diri dengan penuh keikhlasan bagi mengajar anak didik berlandaskan kepada ilmu yang diredhai oleh Allah.
semoga kita sebagai pelajar KPLI perlu mencari banyak ilmu sebagai persediaan untuk mendidik bakal anak murid kita dengan penuh keikhlasan....
sekian komen dan pendapat daripada saya......

NOOR AZRAH BINTI ABDUL AZIZ

selamat menjalani PBS dan selamat berpuasa kepada PN. Halimatussadiah dan rakan-rakan KPLI........

JUSMAWATI said...

Assalammualaikum cikgu limah..
saya Jusmawati Bt. Zamhari pelajar KPLI [B&K] Jun 09.

Tidak terlewat rasanya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat cikgu limah...

Cikgu, sy minta maaf kerna lambat memberi komen berkaitan dengan artikal yang cikgu bagi itu..

setelah sy membaca artikal itu, ia sangat menarik dan mempunyai makna yang tersendiri yang mana mengambarkan peranan seorang guru dalam mendidik anak bangsa pada masa sekarang dan akan datang.
TEACHER VS LEARNING [MENGAJAR VS BELAJAR] adalah satu perkataan yang berbeza dan mempunyai maksud yang tersendiri dalam mendidik pelajar. Mengajar vs belajar adalah saling berkaitan dalam proses pembelajaran. Tanpa belajar, kita tidak mungkin dapat mengajar manakala tanpa mengajar pula kita tidak dapat belajar sesuatu perkara. Dua perkataan yang berbeza maksud tetapi mempunyai kepentingan dalam proses pembelajaran kita dalam kehidupan kita seharian. Pengalaman yang diperolehi oleh seseorang guru adalah berdasarkan daripada pengalaman yang mereka belajar samada mereka sedari ataupun tanpa mereka sedari. Guru mempunyai peranan yang penting dalam mendidik anak murid mereka. Guru bukan sahaja mengajar tetapi juga belajar bersama-sama dengan anak murid mereka yang mana guru belajar cara untuk mengenali pelajarnya, tingkah laku anak muridnya dan sebagainya. Apabila guru mengajar anak muridnya dalam masa yang sama mereka juga dapat belajar cara kehidupan ataupun persekitaran pelajar mereka.
Belajar di sini bukan bermaksud untuk pelajar sahaja tetapi juga untuk diri guru sendiri. Manakala mengajar pula guru berperanan mengajar pelajar berdasarkan ilmu pengetahuan dan juga pengalaman yang mereka telah pelajari.
Kita sebagai guru perlu memberi didikan [mengajar & belajar] yang ikhlas kepada pelajar kita. Kita memberi ilmu kepada pelajar ibarat kita beribadah dengan Allah..kita memegang satu amanah yang perlu kita laksanakan untuk tujuan membantu pelajar membangunkan diri dan meningkatkan potensi pelajar di dalam kehidupan mereka..

Ini sahaja komen sy cikgu...maap klu sy tersilap tafsir..

azura said...

Assalamualaikum...

"teaching vs learning"

satu artikel yang sangat menarik. Dalam menghadapi dunia yang penuh cabaran ini, peranan seorang guru amat berat sekali."teaching" dan "learning" kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain. Maksudnya di sini,proses pengajaran sentiasa bergerak seiringan dengan proses belajar. Maka seorang guru tidak akan bermakna tanpa adanya kehadiran murid. Seperti kata pepatah dulu-dulu, guru dan murid dianggap seperti "teko dan cawan" di mana menjadi tugas guru untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar. Namun,ungkapan itu tidak sesuai digunakan pada masa kini kerana proses pembelajaran berpusatkan murid lebih ditekankan di mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing atau pemudahcara kepada murid dan terpulang kepada murid itu sendiri untuk belajar serta ,menjadikan pembelajaran itu bermakna.Ini kerana tahap pemikiran murid berbeza dan kita tidak boleh memaksa seseorang untuk belajar. Seorang guru juga sentiasa belajar kerana ilmu pengetahuan sentiasa perlu ditambah dari semasa ke semasa.

setakat ini sajalah cikgu..xde idea da....last skali slamat hari raya, maaf zahir batin...

Azura binti Joto

nurizati_5877 said...

Assalamualaikum...wat cikgu sayang. cikgu saya dah wat kali kedua untuk komen artikel cikgu ni sebab yang tadi hilang. tapi cikgu saya tidak akan mengalah kalah selagi nyawa saya dikandung badan. 'agi idup agi ngelaban'.hari ini saya banyak diduga walaubagaimanapun semuanya harus diteruskan. saya harus kuat dan untuk menjadi seorang yang kuat bukannya mudah semuanya terletak dihati. cikgu terus terang saya katan bahawa saya kurang mahir dalam bahasa ibunda ni. walau bagaimanapun cabaran perlu disahut. betul tak. mengajar dan belajar adalah satu proses yang berterusan sepanjang hayat tidak kira siapa dia cikgu mahupun pelajar. tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi belajar bersama-sama pelajar. di sini saya melihat peranan guru dalam mengajar guru perlu mengambilkira akan pengetahuan sedia ada pelajar. jika ini tidak diambilkira maka proses belajar adalah tidak berjaya. dalam hal ini guru perlu sama-sama belajar dengan pelajar dan dalam masa yang sama mengajar. selain itu, guru juga harus pandai menilai pelajar mana yang bermasalah. pada masa kini ramai diantara pelajar kita bermasalah dari segi sosial. ini kerana sistem pendidikan hanya mementingkan pencapaian akademik tanpa mengambilkira masalah pelajar. sebenarnya emosi pelajar tertekan dengan situasi ini. dalam hal ini guru harus memain peranan dengan belajar mendekati pelajar yang bermasalah ini untuk membantu mereka keluar daripada masalah. di sini secara tidak langsung pelajar akan belajar menyelesai masalah. pada masa kini ilmu ini tidak dimiliki oleh para pelajar kita. untuk itu guru harus mengajar cara bagaimana menyelesaikan masalah kepada murid-muridnya sekiranya mereka menghadapi masalah. dengan ini masalah sosial dikalangan pelajar kita akan dapat dikurangkan. bagi saya wujudnya kaedah mengajar dan belajar dalam situasi ini. sekian daripada saya NUR IZATI ABDULLAH @ HELENA ANAK DANI KPLI JUN 2009 (BK). IZINKAN HAMBA MENGUNDUR DIRI. ANDAI TERSILAP KOMEN MOHON DIKOMENKAN. SEMOGA CIKGU BERBAHAGIA SELALU BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

ROZITA said...

assalamualaikum dan salam aidilfitri buat cikgu daripada saya (Rozita Bt Drahman KPLI JUN 09)

Maaf di atas kelewatan pandangan ini.

"Teaching Vs Learning"
Kedua-dua konsep ini berbeza tetapi saling berkaitan. Umpama bait lagu allahyarham Seniman negara kita "andai dipisah lagu dan irama, lemah tiada berjiwa, hampa." Apabila kedua-dua konsep ini tidak diaplikasikan secara bersama maka matlamat dalam pembelajaran dan pengajaran iaitu menghasilkan pembelajaran yang bermakna tidak akan dapat dicapai. Sebagai contoh, apabila pelajar bersedia untuk belajar tetapi guru tidak menjalankan tugas mengajar dengan sempurna, maka pelajar tidak akan dapat membina stigma yang kukuh tentang sesuatu konsep yang diajar. Justeru,akan lahirlah konsep yang salah mengikut pemahaman pelajar dan konsep itu akan menjadi pegangan mereka. Begitu juga yang berlaku sebaliknya. Sekiranya guru bersungguh-sungguh untuk mengajar, tetapi pelajar tidak bersedia untuk belajar maka tidak akan berlakunya perubahan tingkah laku. ini bermakna matlamat untuk menghasilkan pembelajaran bermakna tidak akan dapat dicapai. Justeru, peranan guru dan pelajar adalah sama penting dalam memastikan proses "teaching and learning" berlangsung dengan berkesan.


Ini sahaja idea yang boleh saya utarakan.sekian...

DIWI said...

Assalamualaikum....

Maaf ckgu, lambat bagi respon untuk artikel ni. Bukan sengaja tapi lambat nak faham. Dah baca beberapa kali tapi tak faham2 juga apa yang telah di baca. Maklumlan jenis yang lambat nak faham.

Teaching vs learning.
Dua istilah yang berbeza tapi saling berkait. Mengajar adalah peranan seorang guru terutamanya di sekolah. Namun begitu, untuk mengajar perlu wujudnya pelajar. Tanpa pelajar tiadalah pekerjaan sebagai guru.Begitulah umpamanya perkaitan antara mengajar dan belajar.Mengajar pelajar yang berbeza tahap kefahaman memang memerlukan kesabaran yang tinggi dan kekreatifan dalam sesi P& P. Seperti saya sendiri, saya seorang yang lambat faham dan nak faham tu kena guna penerangan yang paling mudah dan dalam bentuk penceritaan dari satu tahap ke tahap. Itu pun kadang-kadang perlu difahamkan beberapa kali kerana masalah utama saya susah untuk memberi perhatian. Bila dah faham baru dapat bagi respon. Learning pula tanggungjawab kedua-dua pelajar dan guru. Guru belajar agar dapat menyediakan diri dengan pengetahuan yang sepatutnya sebelum mengajar pelajar .Kalau guru tidak bersedia, kewibawaan seorang guru akan mudah dipertikaikan oleh pelajar. Belajar bagi pelajar pula penting untuk menghadapi masa depan. Belajar dari guru, pemerhatian sendiri bahkan belajar dari apa yang berlaku di persekitaran secara tidak langsung. Di sini persekitaran boleh dikatakan telah mengajar seorang pelajar malah juga seorang guru. Apa2 yang berlaku seharusnya kita prihatin kerana kita akan berada dalam situasi sama ada belajar dan mengajar. Di sini kita tidak dapat nafikan perkaitan yang saling melengkapi antara belajar dan mengajar. Ilmu yang ada dari apa yang kita telah pelajari hendaklah dikongsikan dengan mengajar atau memberitahu orang lain.
Itu sahaja komen dari saya yang mungkin agak berputar belit kerana kelemahan dalam menyusun kata dan maaf sekiranya kurang tepat.

bbybcukbbycomot said...

nurul husna

SORRY cikgu coz lambat sngt respon...lama dah save dlm laptop juz xbaca lg..hehe..ni pun baru baca..

pada pendapat saya, istilah mengajar tiada sekiranya belajar tiada..ini kerana,seseorang guru itu tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai pengajar sekiranya tiada murid yang akan menerima pembelajaran daripada guru tersebut. Akan tetapi, hubungan ini bukan sekadar antara guru dan murid tetapi sesiapa sahaja yang mengalami proses mengajar dan belajar. Belajar boleh dijalankan secara individu sekiranya seseorang itu mampu mengajar dirinya sendiri.
bagi guru pula, dia telah menjalankan sesi pengajaran yang menarik bagi dirinya tetapi adakah pelajarnya benar-benar belajar? ini kerana ada sesetengah guru yang syok sendiri mengajar tetapi muridnya tidak faham langsung apa yang diajar. komunikasi antara guru dengan murid amatlah penting dalam sesi pengajaran kerana tiada pengajaran tanpa komunikasi dua hala. komunikasi 2 hala juga membantu proses pengajaran dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru.barulah wujud belajar dan mengajar..[^,^]

salwani said...

Assalammualaikum,

Terlebih dahulu saya memohon maaf diatas kelewatan saya memberi komen berkenaan dengan artikel "
Learning Vs Teaching"

Pada pendapat saya,istilah ini mempunyai maksud tersendiri dan berbeza tetapi mempunyai perkaitan yang sangat rapat.Seseorang itu boleh belajar dan berusaha memperolehi ilmu di mana-mana tetapi proses mengajar tidak akan berlaku sekiranya orang yang mengajar tersebut tidak mempunyai anak murid.Oleh itu peranan guru @ pendidik amat besar dalam mempengaruhi seseorang itu untuk mempelajari sesuatu.Namun begitu, individu yang diajar itu tidak akan belajar sekiranya dirinya sendiri tidak mahu belajar.Maksudnya disini, apabila proses P&P berlaku,ia memerlukan interaksi antara murid dan guru agar situasi pembelajaran menjadi lebih seronok dan berkesan di hati peljar tersebut.

Oleh itu,seorang guru berfungsi sebagai pemudahcara untuk membimbing mereka agar lebih memahami dan memastikan mereka dapat input yang betul dan pelajar tersebut tidak salah konsep dan dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada masa akan datang.

Oleh sebab itu,guru hendaklah menerima amanah dan tanggungjawab dengan ikhlas hati untuk mengajar murid-muridnya agar memperolehi ilmu untuk dijadikan panduan agar berada di landasan yang betul.

Akhir sekali, guru apabila berada di bilik darjah harus bijak menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran, pengalaman dan kreativiti guru tersebut ke arah melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.

Last but not least,Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir & Batin.

suhaida said...

Daripada Suhaida Hashim, pelajar KPLI BK Jun, 2009.

TEACHING VS LEARNING

Assalamualaikum W.b.t

Teaching dan learning bagaikan irama dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Kedua-dua terminologi ini tidak dapat dileraikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana saling melengkapi.

Saya bersetuju dalam beberapa perkara yang dinyatakan oleh penulis dalam artikelnya, namun sebahagiannya masih boleh diperdebatkan tentang isu yang diketengahkan oleh beliau.

Setiap murid atau pelajar mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Guru perlu memainkan peranan dalam membantu pembelajaran pelajar. Dalam hal ini, guru perlu merujuk kepada objektif pengajaran. Taksonomi Bloom memberi sumbangan untuk mengukur objektif pengajaran dan pembelajaran.

Mengajar juga bukan perkara mudah. Mengajar kepada murid yang mempunyai pelbagai aras kognitif, tingkah laku serta emosi yang berbeza agak sukar dan yang paling sulit ialah pengajar harus menjamin bahwa proses pembelajaran dapat dilakukan dengan baik sehingga semua muridnya berhasil. Untuk itulah dalam dunia pendidikan, kurikulum diperkenalkan agar ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada murid-murid secara sistematik dan kaedah yang paling baik.

Guru bertindak sebagai fasilitator dan berperanan mengurus hal disiplin murid dengan sempurna. Justeru guru tidak boleh menganggap minda murid sebagai bekas kosong yang perlu diisikan dengan fakta dan pengetahuan baru.

Guru seharusnya membantu murid-murid berfikir dan membentuk kefahaman tentang masalah dan perlu melibatkan diri secara aktif untuk merangsang pengaliran pengetahuan secara berkesan agar dapat membentuk pembelajaran yang pembelajaran lebih bermakna seperti yang dinyatakan oleh John Dewey (1960), "learning by doing".

robita said...

assalammualaikum cikgu....
saya Robita...disini saya ingin mengutarakan pendapat dan pandangan saya tentang artikel tersebut. secara peribadi saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan. belajar dan mengajar adalah satu perkataan yang berbeza, ejaan yang berbeza dan apa yang penting maksudnya berbeza tapi kehendak dan kemahuan yang sama dan kedua-duanya saling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain hehehe...
"BELAJAR" maksudnya kita semua perlu belajar dulu apa saja yang perlu bak kata pepetah belajar sampai ke negeri china. itu menunjukkan betapa pentingnya belajar. Apabila kita belajar baru kita boleh "MENGAJAR" betul tak cikgu...ada juga orang kata guru mengajar pelajar belajar..apa-apa pun sebelum nak jadi guru tu kene belajar dulu,bertahun-tahun belajar, walaubagaimana pun belum habis lagi belajar tuuu..ini sesuai dengan konsep belajar sepanjang hayat..melalui belajar ni barulah kita menyalurkan ilmu kita kepada orang lain sama ada secara lisan atau bukan lisan dan ape-apelah cara untuk mengajar. berdasarkan pengalaman saya mengajar ni menyumbangkan ilmu kepada orang lain tidak kira siapa saja. secara tidak langsung jugadalam kita mengajar tu kita boleh belajar juge...cam tu je lah yang saya nak kongsi...banyak lagi cikgu tapi....

saidatul shaida said...

assalamualaikum....saya Saidatul Shaida Binti Mohd Hussin terlebih dahulu memohon maaf di atas kelewatan menghantar komen kepada cikgu

Teaching VS Learning

Pada pendapat saya,istilah ini merupakan 2 perkataan yang berbeza tetapi saling berkait rapat antara 1 sama lain. Bagi saya belajar merupakan satu tuntutan yang penting dalam hidup manusia. Manakala mengajar pula ialah proses yang melibatkan murid dan guru iaitu 2 individu yang berbeza. Oleh itu, tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru akan berdepan dengan pelbagai karenah murid. Bagi menarik minat murid, seseorang guru hendaklah mempunyai teknik yang tersendiri semasa p&p dijalankan.Selain itu, guru juga hendaklah bertindak sebagai pembimbing supaya murid dapat memperolehi segala ilmu yang telah diajar di samping dapat mempraktikkannya dalam kehidupan mereka.

sekian....

siti nurfaizah said...

TEACHING vs LEARNING

Assalammualaikum w.b.t...

Rasanya saya orang yang terakhir memberi komen berkenaan dengan artikel ni. Terlebih dahulu saya meminta maaf atas kelewatan itu.

Saya berpendapat bahawa mengajar dan belajar adalah sesuatu yang berbeza namun kedua-duanya berkait rapat. Tanpa seorang guru, murid ibarat duduk dalam kegelapan sambil tangan terkapai-kapai mencari seseorang untuk dipimpin.

Keperluan murid dalam kehidupan mereka ialah mempelajari ilmu yang harus diperolehi dari apa yang diajar oleh guru-guru. Even guru mengajar tetapi guru pun belajar...
Guru diberi tanggungjawab untuk mengajar, mendidik serta menyumbang ilmu yang ada kepada murid. Sebaliknya, murid juga bertanggungjawab untuk belajar dan menggabungkannya dengan ilmu yang sedia ada. Apabila guru mengajar dengan penuh dedikasi dan murid menerima pengajaran guru dengan baik maka pembelajaran yang bermakna terhasil. Secara tidak langsung, kesan daripada pembelajaran yang bermakna terhadap seseorang murid akan diaplikasikan pada masa akan datang.

Last but not least, nice article and we're proud having a nice teacher like you...

AZIDA said...

Assamualaikum cikgu,

Saya AZIDA BT ABDULLAH (KPLI B&K JUN 2009)

Sebelum saya teruskan memberi pendapat terlebih dahulu saya mohon maaf di atas kelewatan ini....ampun cikgu.

"Teaching vs Learning" sangat menarik artikel ini. Pada pendapat saya proses pengajaran dan pembelajaran adalah sesuatu yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Guru merupakan anggota masyarakat yang bertanggungjawab untuk mendidik manusia menjadi insan kamil @ insan rabbani.

Tugas guru ialah memberi ilmu iaitu dengan cara apa saja. Guru juga perlu memberi kemahiran kepada murid-muridnya supaya mereka dapat mencari ilmu sendiri tanpa bantuan orang lain. Sebagai pendidik, guru perlu menjana akhlak murid-muridnya supaya mereka akan menjadi insan yang mulia kelak. Guru haruslah menganggap tugas mendidik ini indah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.Dengan itu, jika guru menyedari kewajipan ini, maka pelajar juga akan dididik untuk mencapai tujuan tersebut.

Justeru itu peranan guru @ pendidik ini amat besar dalam mempengaruhi seseorang murid untuk mempelajari sesuatu. Guru harus memahami bahawa apabila proses P&P berlaku,ia memerlukan interaksi antara murid dan guru agar situasi pembelajaran menjadi lebih seronok dan berkesan di hati setiap pelajar. Kesan dari situlah pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan tercapai objektifnya.

Akhir sekali, Pendidik hendaklah berterusan meningkatkan kemampuan ilmiahnya menerusi pelbagai cara dengan menjadikan diri sendiri sebagai insan rabbani, mematuhi suruhan Tuhan, menjadikan diri sendiri sebagai manusia berilmu, beriman dan berakhlak. Seterusnya menjadikan diri sendiri manusia pintar mencari dan menggunakan maklumat, menjadi manusia seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, dapat menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran yang mencabar serta menjadi manusia produktif untuk kemajuan agama, bangsa dan negara.

hasnizan said...

Assalamualaikum cikgu...

Saya Hasnizan Hassan(KPLI JUN 2009)meminta maaf atas kelewatan mengulas artikel yang diberi oleh cikgu.Ini adalah amanat.Saya cuba yang terbaik.Lagi pun inilah pertama kali saya mula mendekati blog ini.Pengalaman baru bagi saya.


Berdasarkan artikel yang saya fahami,proses pengajaran dan pembelajaran saling berkaitrapat.Guru dan murid merupakan komposisi penting bagi melengkapkan proses pembelajaran dan pengajaran supaya berkesan.Kedua-keduanya saling memerlukan antara satu sama lain.Keperluan dan pemahaman antara guru dan murid juga mempunyai perbezaan yang ketara.
Bagi mewujudkan proses pembelajran dan pengajaran yang berkesan,guru harus peka terhadap keperluan murid-murid termasuk kesediaan murid-murid menerima hasil pembelajaran yang telah dijalankan oleh guru.Oleh itu,guru haruslah 'berilmu'barulah murid-murid 'bermutu'.Pengalaman guru yang sedia ada jika digandingkan dengan kreativiti guru yang sentiasa peka terhadap keperluan pembelajaran dan pengajaran,tidak mustahil lebih berharga dan bernilai dari seorang guru yang mengikut prosedur pembelajaran dan pengajaran tetapi gagal berfikir secara terbuka dan kreatif.Oleh itu saya bersetuju jika proses pembelajaran dan pengajaran bersifat terbuka.