Wednesday, April 30, 2008

hari-hari membilang cucu...


Assalamualaikom.

Apa khabar semua anak-anak ummi baik di mana kalian berada (di rumah, di sekolah mahupun di kolej).

Hari ini 1 Mei cuti buat semua buruh di Malaysia.

Ummi pun teringin nak bermalas-malasan hari ini. Pagi-pagi ummi masak sarapan + makan tengahari + makan malam sekali. Menunya nasi lemak dan sambal ikan bilis. Mudahkan.... sedap lagi enak.

Lama ummi tak berceloteh. Hari tu ummi bersemangat nak menulis di blog ini tapi tenaga terbatas. Exhausted betul.

Kelmarin ummi ke Jusco membeli belah bersama buyah. Kenderaan melimpah-limpah sampai kami terpaksa memakir kereta di luar kawasan JJ. Ini semua penangan sale JJ. Ummi pun nak ambil kesempatan mencari satu dua barang. Akhirnya dapat juga membeli beberapa barangan penting. Ummi memang jarang berlebih-lebihan membeli. Cuma beli yang perlu sahaja.

Sewaktu keluar dari JJ ummi tertembung dengan anak murid ummi sewaktu mengajar di JAIM dulu. Masfufah Abd Rahim. Ummi jadi guru kelas Masfufah sewaktu dia di tingkatan 5. Kebanyakan rakan-rakan Masfufah sentiasa ummi kenang. Mereka adalah kumpulan pelajar yang sangat aktif di dalam dan di luar kelas. Masfufah sangat aktif dalam kurikulum dan juga aktiviti ko kurikulum. Ummi sering bersama dia kerana melatih dia untuk pertandingan pidato. Uniknya ketika itu, Masfufah menulis teks pidatonya sendiri tidak seperti pelajar-pelajar selepasnya pidato memang ummi penulis teksnya, mereka hanya menggayakan sahaja.

Masfufah seorang pelajar yang tabah berusaha. Nasib sentiasa menyebelahi dia, dia cemerlang dalam pelajaran dan juga dalam setiap pertandingan yang disertainya. Begitulah Masfufah salah seorang murid yang ummi tak akan lupakan dari lipatan kenangan.

Masfufah yang ummi jumpa di JJ masih seperti dia yang dulu. Ceria, tersenyum dan ramah menyuarakan keseronokannya berjumpa ummi setelah sekian lama tak berjumpa. Cuma yang berbeza kali ini dia dikelilinginya 3 orang anak termasuk seorang dalam dokongannya. Ummi terkejut kerana tak pernah dengar cerita dia berkahwin. Menurut Mas dia terkilan tak dapat kenalkan suaminya pada ummi kerana beliau telah meninggal dunia pada tahun lepas ketika anak yang didokongnya baru berumur 2 bulan kerana demam denggi berdarah. Innalillah. Sehingga kini ummi masih rasa terharu mengenang nasib Mas. Mungkin Allah beri ujian berat pada orang yang sekuat dan setabah Mas. Wallahuaklam.

Yang pastinya sudah bertambah lagi cucu ummi. Bersama Mas pada hari itu adiknya Nisrinah yang juga bekas pelajar ummi. Pun dikelilingi oleh 2 orang anak dan suaminya. Dari mereka ummi dengar cerita mengenai seorang lagi ahli keluarga mereka yang juga bekas pelajar ummi, Ahmad Muhaddah. Dah jadi lawyer rupanya dia. Dengar nya sudah mula merisik-risik. Bakal tunangannya pun bekas pelajar ummi di JAIM dulu.

Terasa ummi semakin tua kerana cucu-cucu sudah bertambah. Murid yang dulunya mengejar ummi untuk menanya soalan tambahan di dalam dan diluar kelas telah beranak pinak.

Banyak yang perlu ummi lakukan untuk memuhasabah diri.........

Buat anak-anak ummi, Allah timpakan ujian pada kita untuk mengetahui iman kita kepadanya. Bagi yang beriman ujian Allah dijadikan pedoman untuk meningkatkan lagi ketakwaan kepadaNya yang Maha Kuasa.

Buat Mas yang kini bekerja sebagai pegawai Bank di Ar Rajhe ..... moga tabah membesarkan cucu-cucu ummi tu.

Wassalam

Monday, April 28, 2008

Hari-hari tua seorang guru



Assalamualaikom,

Apa khabar anak-anak ummi semua?
Hari ini amat meletihkan buat ummi. Agaknya usia ummi sudah semakin meningkat. Kudrat wanita seusia ummi tidak seperti anak-anak ummi yang begitu bertenaga sekali. Alhamdulillah pada Ilahi yang meminjamkan saki baki tenaga untuk ummi gagahi ke tempat kerja.


Pagi lagi anak-anak di kelas PPPRET ummi sudah mengeluh, "stress lah cikgu" ada yang menambah "

Friday, April 25, 2008

Azwan.....muridku

Lagu sentimental pilihan ummi untuk dering tone mendayu-dayu dari dalam handbag ummi.

Handphone ummi capai segera sebelum pemanggilnya berputus asa. Sebelah tangan memperlahankan volume siaran Sinar FM.

Assalamualaikom....... Suara seorang anak muda membalas salam ummi. Siapa pulak jejaka yang menalipon ummi ni. "itu cikgu Halimah ke?". Anak murid mana pulak ni. Seri Mahkota ke atau Jaim Merlimau. Atau mungkin bekas pelajar Darul Falah atau mungkin guru pelatih KDC.

"Cikgu sibuk ke?" anak muda itu berbasa basi dengan ummi.

"Saya Azwan, cikgu". Kotak ingatan ummi segera memutarkan segala kenangan pelajar-pelajar yang pernah ummi kenal. Wajah anak muda ini memang tidak akan ummi lupakan. Dia sentiasa duduk di barisan hadapan. Sepanjang ummi mengajar dia tak pernah ponteng. Menoleh kebelakang pun tidak. Tumpuannya pada ummi seratus sepuluh peratus. Bila kelas diadakan di makmal, Azwan tak pernah lewat walaupun rakan-rakannya yang lain sempat bersidai di kantin yang berada ditengah-tengah perjalanan antara kelas dan makmal di tingkat tiga.

Azwan sentiasa bersegera ke kelas ummi seolah-olah tak sabar menanti pengajaran dari ummi. Menurut rakan-rakan guru yang lain. Azwan pelajar yang sangat nakal sebelum memasuki tingkatan empat. Suatu peristiwa berlaku dalam hidupnya menyebabkan dia berubah menjadi pelajar yang sangat serius dalam pelajaran.

Walau apa pun sejarah hidup Azwan, yang penting dia adalah antara pelajar ummi yang terbaik. Dihari keputusan SPM diumumkan Azwan menghantar pesanan ringkas kepada ummi.

"Terima kasih cikgu. Jasa mu tidak akan kulupakan". Azwan berjaya dengan cemerlang dalam subjek yang ummi ajar. Dia mendapat keputusan 8A1 dalam SPM.

"kalau cikgu sudi kami nak ke rumah cikgu boleh tak?".

Walaupun jiwa guru ummi ini berbunga-bunga untuk berjumpa dengan mereka semua namun keadaan tidak mengizinkan ummi untuk menerima tetamu hari ini. Mashita sedang diserang demam cacar. Dengan penuh takzim ummi mengharapkan agar dapat menerima kunjungan mereka di lain kali pada waktu yang lebih sesuai.

Buat anak-anak ummi baik di rumah, di sekolah mahupun di maktab. Jika kita ikhlas dalam apa jua yang kita lakukan insyaAllah akan dikenang orang sampai bila-bila. Bak kata pepatah Melayu, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Oleh itu pastikan hidup kita meninggalkan kesan baik dalam kehidupan......

Warkah buat Ummu Aiman

Assalamualaikom.

Hari ini Sabtu, 26 April 2008.

16 tahun yang lampau, pada tarikh yang sama Eyeman dah tak sabar-sabar ingin menjengah dunia. Tapi hari ini, Eyeman dah besar panjang, wajah dah serik di mamah mentari bukit Syarifah Rodziah. Berbaris menanti nama diumumkan untuk naik ke pentas dewan Syarifah Rodziah, sekolah kluster pertama di Melaka.

Pagi-pagi lagi ummi dah bersiap-siap untuk ke Syarod. Abuyah ada ceramah di Politeknik Merlimau pukul 8.30 pagi. Macamana ni.....? Majlis bersejarah Eyeman perlu dihadiri. Jika tidak.... pasti Eyeman berkecil hati.

Abuyah memberikan beberapa pilihan. Ummi memandu sendiri ke Syarod dan Abuyah drive Van. Bukan pilihan yang baik buat ummi. Untuk memanjat bukit Syarod . Pasti hari ini ada banyak kenderaan akan naik ke bukit Syarod. Akhirnya ummi buat pilihan. Ummi akan cari kenderaan awam ke Telok Mas.

Akhirnya pukul 8.30 pagi ummi sudah berada dalam perut bas MOS yang akan ke Malacca Central. RM 1.50 bertukar tangan. Bas bergerak begitu perlahan. Sesekali apabila rodanya mencecah jalan yang tak rata, badan ummi juga turut dibuai macam dalam buaian. Akhirnya 8.50 ummi sampai juga ke bukit Syarodz.

Jalan mendaki bukit Syarodz telah sunyi dari kenderaan. Mujur hanya ummi sorang mendaki bukit itu. Sesekali ada kenderaan menuruni bukit. Ummi berharap tak ada orang yang mengenali ummi. Malu rasanya. Beginilah akibatnya orang yang boleh memandu tapi enggan berkenderaan ke sana ke mari. Mengapalah diri ini begitu dhaif bab berkenderaan ni. Kalau tak terpaksa, stering kereta tak akan dipegang.

Akhirnya setelah menaiki bukit dan kemudian menuruni tangga, ummi diiringi oleh anak-anak puteri syarodz ke dalam dewan. Mujur acara Eyeman belum bermula lagi. Ummi membelek buku program majlis tersebut. Nama Eyeman mengikut susunan abjad penerima anugerah cemerlang PMR 9A paling bawah sekali daripada 58 orang calon. Ummu Aiman bte Rahimin. Akhirnya ada juga anak buyah di senaraikan sebagai pelajar cemerlang sekolah.

Kisah ummi dimajlis anugerah Eyeman tidak tamat di situ sahaja.......

Letih pulak rasa badan ini.... Penat mendaki bukit Syarodz. Rasa nak putus jantung. Tercungap-cungap mendaki bukit. Sudah uzur diri ini. Tak larat rasanya mendaki bukit. Ummi terpaksa berehat seketika di tengah pendakian tadi. Kalau diteruskan juga harus rebah ummi sebab keputusan oksigen.

Ada kesempatan nanti ummi akan sambung coretan ummi......

Dalam sedih ada gembira. Dalam kedukaan ada airmata kegembiraan........ Tiba-tiba teringat pada arwah bonda Fatimah. Begini agaknya rasa hati bonda setiap kali kami anak-anaknya menerima kejayaan demi kejayaan..... Maafkan anak mu ini..... Semoga roh bonda dan ayahanda sentiasa dicucuri rahmat hendaknya. Amin ya rabbal alamin......

Pengajaran dari IPPM

Assalamualaikom,

Apa khabar anak-anak ummi semua?

Hari ni agak panjang buat ummi. Semalam keletihan selepas seharian di maktab. Plan asal nak buat persediaan mengajar tapi sakit kepala menyebabkan ummi menamatkan hari lebih awal.
Pagi pukul 8 pagi dah ada kelas. Anak-anak murid ummi tegur mengapa ummi kelihatan macam orang demam. Sebenarnya ummi tak bersedia untuk mengajar. Pening semalam masih tak kebah.

Ummi mulakan kelas dengan tayangan video mengenai nasib anak-anak di Acheh selepas tsunami diikuti dengan video mengenai gambaran kiamat dalam sebuah movie barat. Anak-anak murid ummi kelihatan insaf seketika. Selepas itu kelas berjalan seperti biasa. Anak-anak murid ummi seolah-olah ceria mengikuti pengajaran buat hari itu. Ummi rasa serba salah sebenarnya..... masih banyak ruangan untuk diperbaiki selaku pelatih kepada bakal guru lebih-lebih lagi bakal guru di kalangan lepasan siswazah ini. Cukup kah latihan yang mereka terima? Jika tidak apa akan jadi pada generasi akan datang yang bakal menerima mereka sebagai bakal guru. Atau akan berdosakah aku?

Bagaimana dengan anak-anak ummi semua.... walau apa jua profesion yang kita ceburi ingat kerja itu adalah ibadah. Kita bekerja buka semata-mata untuk makan gaji sahaja.

Buat anak-anak murid ummi di maktab jika kita ikhlas mengajar anak-anak didik di sekolah. Setiap ilmu yang baik dan diamalkan oleh anak murid kita akan dicatatkan ganjaran pahala buat kita. Ianya berpanjangan selagi mana diamalkan oleh anak-anak murid kita.InsyaAllah. Oleh itu bersabarlah kita dalam perjuangan sebagai guru dalam dunia yang semakin mencabar ini.

Dalam pada itu ummi tak sabar juga nak dengan apa Menteri Pendidikan nak sampaikan kepada semua guru di Malaysia pada hari guru yang bakal menjelang tiba. Atau sekali lagi bagaikan menanti buah tak gugur lah nampaknya. Selama Hishamuddin pegang kementeriaan pendidikan ni sedih benar rasanya jadi seorang guru.

Walaubagaimana pun, tahun ini nampaknya ummi sambut hari guru di Mersing bersama rakan-rakan pensyarah baru. Dengarnya mereka nak lanyak semua pensyarah baru dengan pelbagai aktiviti agar kami jadi lasak. Kalau tak lasak tak sah agaknya untuk jadi pensyarah di maktab. Ntah lah. Nasib badan.

Okay.... hingga di lain masa.

(jangan lupa solat......)

Sunday, April 20, 2008

Buat anak-anak Ummi semua.

Assalamualaikom.

Hari ini hari Ahad. Sepatutnya jadi hari cuti untuk istirihat tapi tidak buat ummi. Banyak kerja yang dah overdue. Walaupun biasanya ummi keep tract dengan semua tugasan. Ummi dalam proses penyesuaian diri sebenarnya dari menjadi guru di sekolah kepada menjadi guru di sebuah kolej yang melatih bakal guru. Dari pertengahan Februari sehingga kini baru dapat rehat sedikit. Jika tidak sentiasa outstation. Challenging and at the same time tiring.
Last friday mengganti kelas. Kalau tidak NCR masa ISO. Hmmm... nak buat camna. Mujur ada bahan youtube mengenai power teaching dapat membantu menceriakan hidup ummi bila berada dalam kelas. Tak tau lah anak-anak murid bakal guru dalam kelas ummi ceria atau tidak dalam kelas itu. Ummi tahu mereka juga seletih ummi yang mengajar. Bahkan lebih lagi. Baru habis PBS nak kena pergi BIG pulak. Kesian. Tapi kesulitan hari ini untuk keselesaan pada masa akan datang. Hadapi lah dengan tabah.

Pagi ini dengar berita pemergiaan Ustaz Denan. Insaf ummi... betapa usia kita ini hanya pinjaman belaka. Sampai masa diambil kembali menemui Ilahi.

Buat semua anak-anak Ummi. Moga ingat Allah selalu dalam apa jua keadaan.

Saturday, April 19, 2008

secawan kopi







Assalamu'alaikum wbt.



Kabare anak2 buyah semua?, buyah doakan semuanya beroleh kesehatan dan keceriaan selalu disamping tugasan dan pembelajaran harian.Kehidupan ini sebenarnya memerlukan kekuatan yang sepadu, kekuatan mental , jasmani dan rohani .{Menjaro}. Justeru itu gunakan kesempatan semasa umi dan buyah masih ada untuk anak2 buyah memperkasakan diri dengan asas yang kukuh iaitu TAQWA. Insya AlLah anak2 buyah dan umi akan selamat dan sukses didunia dan akhirat.



Sekian, dari buyah di sore hari Ahad.

Tazkeerah .........

Salam Ukhuwah,

Buat semua generasi muda, manafaatkan masa lapang hari ini sebelum sampai masa sempit,
masa muda anda sebelum sampai masa tua, masa kuat sebelum datang masa lemah, masa hidup sebelum sampai hari anda semua kembali menemui Ilahi.

wassalam

Ummu Ammar