Wednesday, March 18, 2009

KENANGAN SEMASA LALU

Angin panas bertiup menolak sekeping kain hitam yang menutup sebahagian mukanya. Cermin matanya dibetulkan licin dek peluh yang menitis daripada dahinya. Dia menarik keluar cermin matanya dan mengelap dengan hujung tudung hitam yang menutup separas pinggangnya. Sepantas lalu matanya dihamburkan jauh ketengah lautan selat melaka yang terbentang di hadapannya. Di kejauhan sana kelihatan bangunan-bangunan tinggi daripada akademi di tanjung dahan. Lambang pembangunan di kawasan yang masih memerlukan lebih banyak pembangunan. Tak jauh daripada tempat dia berdiri, jiran-jiran berhampiran sibuk menebar jala dan ada yang sedang mengutip kepah di pantai berpasir yang telah mula dicemari sampah-sampah menjelekkan pandangan.

Sebatang kayu yang terdampar dibawa ombak diambilnya. Dia melakarkan lakaran yang tak punya konsep di atas pasir putih yang kemudiannya disapu semula oleh air yang mendatang bersama ombak. Hidupnya dirasakan bercelaru. Dia masih ingat saat-saat dia mula sampai ke pesisir Selat Melaka itu. Ibu dan adik-adik serta ayahnya sibuk membantu dia menjahit purdah yang akan digunakan ketika berada di madrasah di pinggir Selat Melaka itu. Niatnya ketika itu adalah untuk belajar di situ. Tidak sangka bila dia ditemuduga, mudir madrasah meminta dia menyumbang tenaga untuk anak-anak di madrasah itu. Kini dia berada di ambang dilema. Apakah harus dia terus menetap di situ? Dia merenung sekeping surat yang diterimanya. Isi kandungannya ringkas. Dalamnya ada sekeping foto , gambar seseorang yang memerlukan jawapan penting daripadanya.Seseorang yang ikhlas untuk mengongsi kehidupannya.

Lamunannya diganggu oleh salam seorang banat.
"assalamualaikom ....ustazah" penuh sopan dia menyapa.
"menung panjang ustazah" tambah banat kabir itu lagi.
"jom ustazah kita cari kepah" pelawa banat kabir yang sangat dikenali dengan keramahannya itu.

Jauh di bawah pokok, sekumpulan banat soghir mengumpul kepah di dalam tin susu. Dia pasti mesti ada agenda mereka hari ini. Pasti mereka akan bermain pondok di dalam kawasan asrama seperti yang selalu mereka lakukan.

Tiba-tiba dia teringat, agendanya sendiri hari ini... pakaian dan segala peralatan banat-banat di asrama perlu di rebus. Penyakit gatal-gatal semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Pakaian mereka perlu direbus agar kuman kudis buta dapat diperlahankan.

Surat dalam genggamannya disimpan dalam poket jubahnya. Dia tersenyum sendirian. Dia pasti jawapannya pasti mengecewakan ibu dan ayahnya. Namun dia telah bertekad. Keputusan harus di buat. Dia akan terus tinggal di madrasah itu.

Tuesday, March 17, 2009

STUDENT VETERAN VS STUDENT REMAJA


Cuti bulan Mach ini student ummi datang ke maktab untuk menyambung semester pertama mereka di IPPM. Mereka ini adalah guru-guru sains dari sekolah rendah yang ditaja oleh kementerian untuk mendapatkan ijazah pertama untuk kenaikan ke gred DG41.


Guru-guru veteran ini berkorban masa dan tenaga di samping meninggalkan keluarga di waktu cuti untuk meneruskan cita-cita yang belum kesampaian.


Mereka ini jugalah golongan yang melaksanakan dasar PPSMI di sekolah sekarang ini.

Sewaktu belajar mereka semua begitu serius sampaikan tak boleh nak senyum walaupun ummi sedang snap gambar mereka.

daripada mereka ini telah lahir ramai bakal-bakal guru yang sedang ummi latih di maktab yang sama. Isnin dan selasa mereka berkuliah, ada yang ambil PTK pada hari rabu dan khamis. Manakala hari jumaat , sabtu dan ahad pula mereka akan mengambil peperiksaan akhir semester. Tak tahulah ummi bila masa mereka belajar ... kesian memang kesian... Awal-awal pagi dua tiga orang datang jumpa umi salam cium tangan berkali-kali konon nak dapat berkat daripada ummi. Begitulah orang tua bila diberi peluang belajar, memang beria-ia. Mereka antara faktor ummi bermotivasi untuk belajar lagi sebab ada yang datang belajar ni sebaya dengan ummi.
dan ini pula remaja ceria pelajar PISMP Sains bakal graduan ijazah keluaran pertama IPPM.

berbeza dengan student veteran , bila ummi snap gambar siang-siang mereka dah bergaya.
Remaja-remaja bakal guru ini, melalui zaman yang berbeza berbanding dengan guru-guru veteran pelajar ummi di atas tu. Mereka melalui jalan mudah untuk muncul sebagai guru berijazah pada masa depan. Manakala golongan veteran di atas tu melalui laluan yang sukar untuk menaikkan taraf perjawatan mereka.
Natijahnya yang mendapat laluan mudah sukar untuk melihatkan perspektif kerja daripada sudut pandangan golongan yang matang kerana mereka jarang melalui jalan yang sukar.
So anak-anak ummi belajarlah untuk melihat dunia ini daripada perspektif yang berbeza barulah kita akan dapat melihat dunia secara seimbang dan lebih menghayati kehidupan.
so fikir-fikirkan... renung-renungkan...

Monday, March 16, 2009

MACK81

alamak hai.... panas ni... panas..... panas... meletup...

apalah kengkawan lama aku ni....

mana tak panas...

tiba-tiba jerk...

tengok wajah ku pada blog yang dilinkkan ke group MACK81.

adush hai.......

camna boleh jadi macam ni...

elly mail... awat wajahku duduk kat forum mack 81 tu.... aduhai.... jadi international lah pulak wajah blog ku ini.....

aduhai...

camna ni....

elly... niza.... awat ni....

panik ni...

adui hai....

ni lah padahnya bila kengkawan dah mula jumpa blog ummi ni...

buat kengkawan kat MACK INTERNATIONAL ACADEMY OF ART AND SCIENCES TORONTO....

korang janganlah ketawakan blog aku ni......

warga emas (hampir dah) yang tetiba nak mencurah rasa dalam medium perantara di alam cyber....

sesaja jerk nak lepas gian nak menulis...

tak ada apa-apa pun dalam blog ini kecuali

coretan rasa .....

yang ntah apa-apa.....

sebenarnya..

di kala ini...

I am depriving of words to write for the first chapter of my thesis....

I am loosing words....

I am loosing ideas.... (walaupun in fact I have a lot of information yang dah dikumpulkan)

can any of you guys yang tengah tulis thesis tu ....

give me ideas.....

LENOVO VS ACER

Pandang kali pertama di shah alam aku terus jatuh cinta pada LENOVO,
hitam elegant, sizenya comel, bila ku angkat hmph tak sakit bahu.... itu priority. skrinnya juga tak sakit mata memandang, sekadar cukup untuk membaca.... tak tension anak mata ku...

sejak pandang pertama itu, aku dah mula mengira kos yang perlu dikeluarkan... budget yang perlu diurus untuk mendapatkan si LENOVO..

dalam perkiraan ku kali ini budget mengurus tahun 2009 kena masukkan juga peruntukan pentadbiran mengurus ceramah RBB. Acer yang telah berusia lebih daripada 5 tahun (mungkin 6,7 atau 8 rasanya) harus diganti. Spesifikasinya juga harus comel sebab akan dibawa ke sana kemari.....

Hasil daripada pemantauan di Melaka akhirnya berjumpalah dengan si comel ACER. Dalam hujan lebat..... si ACER ku bawa pulang..... tapi pencarian LENOVO masih tak ketemuan di bumi Hang tuah. kalau pun ada perlu di pesan dari pelabuhan.....

Malas nak menunggu LENOVO, ku kirim dari bandar atas angin....akhirnya melalui perjalanan yang jauh mendaratlah si LENOVO di hotel Grand continental... begitu sekali si LENOVO. datang dari atas angin..... singgah pun kat hotel- hotel jugak...

sesampai dirumah.... tangan-tangan comel tak sabar-sabar menghadap LENOVO.

cuma satu yang berbeza antara si comel ACER dan si handsome LENOVO. Berbekal di dada ACER perisian antivirus KYPERSKY mengganti pahlawan hang tuah dan hang jebat buat menjaga bumi ACER ku yang comel... si Handsome LENOVO.... cukup dengan kemachoannya tanpa berbekalkan pahlawan dari bumi atas angin... cukup sempurna dengan AVIRA (free editionnya).... akhirnya... tangan-tangan comel berjaya membawa makhluk-makhluk seni yang menyelinap ke sistem LENOVO.... tewaslah si macho LENOVO kepada pencerobohan makhluk-makhluk asing yang mengikuti program permainan di alam maya kesukaan si comel berdua .

kini.... hanya si comel ACER menemankan aku... si LENOVO..... kuhantar ke bomoh upahan sehingga kini belum cukup jampi serapah untuk menyelesaikan masalahnya.....

masalahnya.....
masalahnya...
masaalahnya.... adalah dalam diri LENOVO itu ada draft thesis ku yang tak sempat ku salin...

mengapa oh mengapa...
semua alat teknologi yang kunamakan milik ku...
akhirnya ...
mudah tewas...

apakah aku ini..
tidak bisa memiliki....
apa jua yang bernama alat teknologi.....

Sunday, March 15, 2009

CUTI YANG TAK CUTI

Sebenarnya sepatutnya kami yang menjawat jawatan DG di Malaysia ni cuti esok... sebenarnya mulai hari ini.

tapi ummi menghadiri kelas daripada sabtu sampai ahad.

Isnin sampai selasa.
umi ada kelas mengajar kumpulan PGSR ...

so rabu dan khamis sepatutnya umi bercuti...

tapi

ada assignment tak siap lagi ni...

camna.....

lagipun budget nak jalan untuk march ni dah lari ke tempat lain.

dalam ertikata lain...

budget dah ciput....

sorilah anak-anak semua...

berehat je lah kat rumah..

Friday, March 6, 2009

Jadual perjalanan ummi

24 Februari yang lalu...ummi dan rakan-rakan pegawai dokumen jabatan menyiapkan dokumen iso LAM_PUS02 dekat Hotel Alson klana di Nilai....

sebenarnya kerjanya tak adalah apa sangat sekadar memastikan catatan di borang tu talli with the pegawai dokumen maktab.... sebabnya proses ISO.... dokumen kena tally.....

tak ada apa sangat nak tengok kat Nilai.... Bosan duduk hotel... ummi ikut kengkawan keluar ke Nilai 3....

menyesal... tapi dah terlewat.... daripada pukul 3.30 sampai pukul 5.00 ummi jalan menyusur kedai-kedai di Nilai 3.... memang lah ada banyak yang cantik2. tapi kalau duit tak ada nak buat apa...... akhirnya perjalanan cuci mata tu jadi perjalanan latihan berkawad kaki.....

memang meletihkan.... pantang ada bangku... ummi pun duduk...

2 sampai 5 hb Mac....
ummi di Hotel Grand Continental, Jln Raja Laut.

kali ini....
memang bekerja betul-betul...

ceritanya ialah menyiapkan evidence untuk MQF.
ummi kena siapkan mapping untuk subjek yang ummi ajar iaitu Ilmu Pendidikan
untuk student ummi yang sudah masuk semester 1 tahun 3. Mereka akan graduate selepas tahun 4 nanti. Maknanya mereka ada 3 semester lagi.

Kerjanya rumit lagi merumitkan...
semua otot-otot tangan dan bahu umi bekerja keras...
menghadap laptop.....

so natijahnya.
ummi tak sempat pun nak tengok dunia luar....
sehinggalah hari check out...
baru lah umi nampak langit di luar hotel....
sampaikan KLMU yang berhampiran pun umi tak sampai . (sorry lah buja)

dalam perjalanan pulang..

rakan umi talipon...

kak....nama akak yani nampak ada dalam senarai untuk kursus SCORM kat JB...
akak nanti duduk dengan Yani ye.....

sebenarnya umi berkeyakinan yang program tu clash dengan program lain kat PD...
so... umi akan attend satu sahaja..

6hb ... umi talipon rakan yang jadi urusetia kursus di PD tu..

kak.... kursus tu jadi tak? umi mengharapkan jawapan yang positif supaya umi akan pergi salah satunya..

nanti akak sms... balas kawan umi tu..

bila sms nya sampai...

mah.... kursus tu tangguh kepada 7 hingga 10 April...

so... begitulah instead of having to choose... now I have both to attend to...

meaning that...

I am going for two courses......

meaning that....

I am going away again.

meaning that...

I will be staying at another two hotels....

meaning that....

buyah, kakcik, wani dan ali..... akan umi tinggalkan kat rumah lagi.....

kepada mereka yang selalu umi tinggalkan tu...

maafkan ummi.....

Thursday, March 5, 2009

ANTARA JPP (IPPM) DAN SAIYIDAT (ALFALAH)

pagi lagi umi dah terlambat untuk menghadiri perhimpunan pagi di dewan sri Kandi.

menemani rakan urusetia yang suspen sebab itu program kendalian pertamanya di HEP.

umi duduk di saf belakang dalam dewan.

setelah hampir 2 tahun berada di maktab...

baru umi dapat menghargai setiap event yang dilaksanakan...

hari ini menyaksikan pelatih-pelatih yang dilantik jadi JPP.

bila melihatkan sebahagian daripada mereka merupakan anak-anak yang pernah umi ajar..
so bila mereka naik ke pentas mengambil watikah perlantikan...
ummi dapat merasakan...

kekesanan program itu...
kerana umi telah berada di sini agak lama untuk mengetahui
apa ertinya JPP kepada maktab ini...

seketika ,
terkenang,

zaman pondok di alfalah,

terbayang ,

wajah-wajah

banat-banat (pelajar puteri)
yang dipanggil sayyidat (pengawas)

teringat
wajah-wajah,

disebalik purdah hitam,
dan jubah labuh.


yang kini

sudah menjadi ibu-ibu...

di manakah
mereka....

wan dalilah,
atau,
anizah masri,
anizah md ali.


sekadar mengingat nama-nama
sayyidat di al falah,

teringat

nasyid yang mereka kumandangkan.

apakah mereka juga,
sewaktu memasak didapur,

teringat

bagaimana

mereka semua setiap petang
mengangkat kayu api
di dapur
al falah,

untuk memasak air,

buat kelangsungan,
kehidupan
pelajar pondok di al falah,

mengangkat
dulang makanan
dari dapur al falah,

menghargai lauk asam pedas,
ikan cencaru,

yang turut
kami sekeluarga nikmati,

dengan penuh kesyukuran,

walaupun ,

umi ketika itu,

tidak pernah ,

membeli lauk di pasar,

sehinggalah sudah punya anak lima.....

masih kah,

mereka mengingatinya..

Wednesday, March 4, 2009

I AM DONE......

Pagi2 lagi ummi dah siap......

umi bekerja dengan dua DR (yang bekerja dgn penuh concentration)...

we have submitted our file to the urusetia....

okay....

semua guru pelatih di 27 buah maktab ....

setelah 3 hari berada di Grand Continental...

akhirnya ...

kami berjaya menyelesaikan mapping yang diharap dapat membantu anda semua untuk di iktiraf sebagai bakal graduan pada tahun 2011.

Hopefully.....

Tuesday, March 3, 2009

JALAN RAJA LAUT....

Mencari jalan raja laut seumpama orang rabun kehilangan cermin matanya.

akhirnya ...

selepas menyusuri lorong raja taib ...

kami (umi dan dua orang rakan) akhirnya berjaya sampai ke Hotel Grand Continental...

yang penting umi tak solat lagi...

alhamdulillah...

Bila check in... umi diberi single room.

Umi tanya receiptionist tu...

apa pasal saya dapat single room...

kata budak tu.... u are eligible for a single room (meaning that they consider me as DG48)

apa-apa lah...

so sesampai dibilik.... ada dua katil... satu queen size dan satu single bed...

bilik itu terlalu besar untuk umi sorang..

nasib baik kawan umi yang dapat single room jugak ...

datang join umi ... bawa beg dia sekali... sebab tak nak duduk sorang-sorang...

so petang ini umi masih di sini....

buat kerja....untuk BPG...

kejap-kejap makan...

kejap-kejap tidur...

tapi...

letih... memikir... dan

letih...

menghadap laptop..

Sunday, March 1, 2009

BILA HOTEL KENA DIBANGUNKAN...

Awal tahun 2008.... sebagai pensyarah baru ummi kena attend banyak kursus.
So asyik salin pakaian dalam beg.... tukar .... ganti.... naik kenderaan dan berkursus lah ummi dari hotel ke hotel....

Sampai pertengahan Jun....
Kerajaan umum perbelanjaan berhemah...

Alhamdulillah...
Selamat lah ummi dari proses tukar ganti beg pakaian untuk pergi kursus....

Tetapi End of the year....
Hotel sudah mula senget...
sebab tak ada income....

So...
untuk membangunkan kembali ekonomi hotel yang nak rebah tu...

perbelanjaan berhemah terpaksa dilonggarkan......

Jadi....
kesannya....

24 Februari hari tu.
Bermulalah program salin dan tukar beg ummi tu...

Bermula dengan ekspedisi ke Alson Klana Nilai.
Mesyuarat PDJ sampai 26 Februari

sampai kat maktab.
dapat surat keluar lagi

2 Mac - 6 Mac
Ke Hotel Grand Continental pulak.
ada meeting MQA

24 Mach - 27 Mac
Badan umi ni kena bahagi dua pulak

sebab satu arahan pergi Johor
satu arahan lagi pergi Ilham Resort , Port Dickson.

So
Inilah akibatnya
bila hotel kena dibangunkan.