Saturday, April 23, 2011

ASAM PEDAS KEHIDUPAN PART 1

Lebuh AMJ masih gelap pekat lagi ketika dia meredah perjalanan untuk ke IPG. Hari ini dia memandu sendiri Sylphy Nissan yang menawarkan segala macam keselesaan. Udara sejuk menyerebu keseluruh tubuhnya dari dash board kereta itu. Sambil mendengar tazkirah daripada radio IKIM dia menutup sebahagian rongga air cond bersebelahan stereng untuk mengurangkan kesejukan di suboh itu. Hanya dengan satu panggilan talipon daripada rakan setugas telah membawa dia berada di belakang stereng kereta dipagi Sabtu ini. Jam kereta menunjukkan pukul 6.28 pagi ketika dia berhenti di depan trafik light ke Merlimau.
'entah apa gilanya aku memandu seawal pagi ini' bisik dia dalam hati. Suaminya masih bermalasan di atas katil ketika dia telah bersiap untuk keluar. Kesihan suami yang kurang sihat itu terpaksa ditinggalkan di pagi hari minggu itu. Dia sempat menjengah anak yang bongsu untuk mengingatkan anaknya itu yang akan menyertai pertandingan bersajak pada hari ini. Betapa anaknya itu memerlukan perhatiannya di hari ini sedangkan dia sudah bergegas untuk segera sampai ke IPG. Panggilan telepon daripada rakan sejawatannya itu terngiang-ngiang ditelinga.
" Kak, kita kena sampai pukul 7 pagi kak,Puan Syarifah tu kata dia nak sampai kat IPG pukul 7.16 pagi" begitu tegas sahabatnya itu untuk memastikan dia benar-benar faham keperluan dia meninggalkan rumahnya yang berada 46 kilometer daripada IPG. Akur dengan kenyataan itu dia buru-buru bersiap untuk memastikan dirrinya telah berada di IPG lebih awal daripada tetamu yang diraikan.

Sebelum dia meninggalkan rumah dia sempat meninggalkan pesan pada anak lelakinya yang akan menyertai rombongan ke Kuala Lumpur pada pagi itu juga. Seperti anak bongsunya kedua-dua mereka harus sampai ke sekolah seawal tujuh pagi sama seperti dia. Namun pagi ini dia akan membiarkan anak-anaknya diuruskan oleh ayahnya sahaja. Sedikit kekesalan bermain dihatinya. Namun panggilan telepon dariapda rakan sejawatnya itu membuat dia akur bahawa di pagi ini tugas mengatasi segalanya.

Lebuh AMJ sunyi sepi. 'sapalah yang ingin memandu di pagi hari Sabtu hari cuti buat semua pekerja' dia melamun sendirian di belakakang stereng kereta Sylphy keemasan milik suaminya. Meter menunjukkan kelajuan 100 km/j. Dia tak perlu terburu-buru. Jam menunjukkan pukul 6.38 ketika dia memintas trafik light ke Bukit Lintang. Masih awal lagi.

(nantikan sambungan kisah ini dalam keluaran akan datang)