Monday, July 6, 2009

SEMAKIN BERTAMBAH MENANTU KU....

"cikgu, ini kad jemputan dari kami" kata Zaid Ketua Unit KPLI SABK sewaktu menghadap umi di ofis.
umi membaca kad jemputan yang dihulur...beruntunglah gadis pilihan zaid ini kerana zaid memang seorang ustaz yang sangat bersopan santun. Lepasan University Al Azhar yang sekarang mengajar di SR arab al falah, sekolah yang penuh kenangan bagi ummi kerana terlibat secara langsung di dalam penubuhannya.

Ummi masih ingat suatu hari bila kami dipanggil untuk mesyuarat kurikulum sekolah rendah arab al falah ketika itu. Umi masih ingat bagaimana ketika itu Ustaz Ibrahim mempengerusikan majlis. Beliau sendiri tidak bersedia dengan kertas kerja nya. Ummi membentangkan kertas cadangan yang ummi telah sediakan berdasarkan kajian kurikulum Sekolah Rendah Islam yang lain di Malaysia. Oleh kerana beliau sendiri bermula daripada zero maka kertas kerja kami itu dijadikan blue print untuk penubuhan kurikulum sekolah rendah arab jaim mulai hari itu. Bahkan nama sekolah-sekolah rendah arab yang lain juga menggunakan nama sekolah rendah yang kami mulakan di Al falah dan lencana nya juga adalah lencana yang kami hasilkan di sekolah tersebut.

So bila umi terlibat menjadi mentor kumpulan KPLI SABK yang terdiri daripada guru-guru Jaim yang mengajar di sekolah-sekolah rendah arabnya maka umi sangat teruja. Cuma kali ini bila Ustaz Zaid menghulurkan kad jemputannya umi terasa betapa begitu cepat masa berlalu. Ustaz zaid yang bagaikan anak umi sendiri sudah tentu sebaya dengan anak-anak murid umi di awal pembabitan umi mengajar di sekolah agama Jaim tersebut.

Ustaz Syahir yang turut bersama ustaz Zaid turut menghulurkan kad jemputannya. Beliau tidak bersuara langsung cuma ustaz Zaid yang menjelaskan bahawa kad jemputan yang kedua itu adalah daripada ustaz Syahir sendiri. Bila umi membaca kad jemputan tersebut, sekali lagi nostalgia mengajar di madrasah al Falah terbayang jelas di mata kerana terpapar nama pasangan ustaz Syahir disitu nama yang sangat umi ingati. Murid yang umi ajar sewaktu daripada usia tadika lagi. Norhakimi bte Yunus... yang umi panggil Kimi sahaja rupa-rupanya bakal isteri Ustaz syahir.

Ummi masih ingat Kimi yang kecil dan pemalu sering bersama abangnya zamzur. Di Madrasah dulunya adik beradik boleh berada dalam satu kelas kerana mereka tidak diasingkan berdasarkan umur. Umi teringat kelas mereka yang umi ajar, di dalamnya ada Kimi dan abangnya zamzur, amirudin (sekarang ni telah menjadi Imam masjid di melaka) dan abangnya effendi (yang juga bekerja di jabatan agama ), shahrul helmi othman (kini mengajar di Kolej Islam) dan beberapa orang lagi yang umi tak tahu di mana mereka berada sekarang ini. Tetapi buat ummi , mereka semua tidak dapat umi lupakan kerana merekalah antara pelajar pertama yang umi ajar.

Rupa-rupanya umi ni dah ramai menantu... dan dah bercucu pun.......

So anak-anak di PISMP dan KPLI.... bila ajar anak-anak murid tu ingat-ingat selalu jika hari ini anda menghina atau memuliakan mereka ... esok-esok anda akan ketemu mereka ... dan ingatan itu kekal dalam ingatan mereka... samada ingatan yang baik .... atau ingatan yang buruk... sebab mereka berkembang... dan anda semakin tua dan uzur.....

No comments: