Wednesday, July 15, 2009

REUNION EX - CANADIAN

Ianya bermula dengan panggilan talipon daripada Zubaidah (Bedah) rakan umi yang sekarang seorang pegawai di JHDN.

"Ton...Yati Haron nak hantar kad jemputan pada kau, dia suruh aku dapatkan alamat kau"jelas Bedah rakan belajar di Kanada dahulu. Dulu kami sama-sama menuntut di Mack International Academy of Art and Sciences di Toronto, Kanada. Selepas tamat grade 13, Bedah memasuki York University di Toronto manakala umi menyambung pengajian di Guelph University.

"Anak dia Maryam yang nak kahwin ni" Bedah menambah maklumat.

Umi masih ingat Yati Haron mengandungkan Maryam sewaktu umi menziarahi rakan-rakan di Brock University. Kami mengusik Yati kerana dia kelihatan seperti 'teddy bear'.

Sehari selepas itu, kad jemputan daripada Yati telah sampai ke rumah umi. Malam itu Kak Jamaliah Mokhti dari JB menalipon umi menanyakan jemputan tersebut. Lama kami berbual saling bertanya khabar akhirnya kak Jam (rakan seuniversity dengan Yati di Brock University, St Catherine, Canada) memutuskan untuk menumpang umi. Kak Jam seorang ibu tunggal balu kepada allahyarham Zainudin senior umi waktu di universiti dulu.

Teruja dengan jemputan tersebut umi menghubungi rakan sebilik umi sewaktu di Guelph, Salmi yang sedang mengajar di sebuah sekolah menengah di Melaka. Akhirnya dia pun bercadang untuk menumpang kami ke Putrajaya dimana majlis akan di adakan kerana suaminya terpaksa menghadiri kuliah untuk program masternya.

Terkini, Bedah juga akan menyertai perjalanan kami ke Putrajaya kerana suami nya tiada di Melaka pada hari berkenaan. Kamaludin suami Bedah juga sama-sama menuntut di Kanada dulu.

Sebenarnya bukan sangat majlis itu yang kami dambakan... tetapi pertemuan semula setelah bertahun-tahun tidak bersama itu yang paling utama. Sewaktu belajar di universiti dulu, umi dan rakan-rakan sangat rapat kerana di luar negara rakan-rakan lah sahabat merangkap saudara mara kita di sana. susah senang bersama. Mereka jugalah rakan-rakan yang memberi sokongan moral dan material kepada umi dalam ketiadaan ibu dan bapa selama 5 tahun umi di sana.

Semoga perancangan kami berjalan seperti yang di rancangkan. Amin

No comments: