Tuesday, July 14, 2009

TUGASAN 14 JULAI, 2009 UNTUK KUMPULAN PL PISMP SEM 2

Entry kali ini ditujukan khas untuk kumpulan PISMP PL semester 2 ....

artikel ini di petik daripada http://sandradodd.com/teaching/

Pastikan anda baca dan respon kepada artikel di bawah ini...Catatkan respon anda pada bahagian comment di dalam blog ini....Jangan lupa nyatakan nama penuh anda (tak mahu nickname)

"People assume that teaching causes learning, like it is part of the third law of motion (for every action there is an equal and opposite reaction) or something. Teaching doesn't make someone learn. Learning is a totally independent function from teaching.

If the model of the third law of motion were true in this case, then I think the reaction to teaching is definitely not learning, but *resistance*. That would be the first law of motion, involving inertia. Students stop trying to learn on their own because they have been conditioned to believe they can't. (Man, Newton was really smart! LOL!)

And that resistance will definitely grow stronger with the application of more teaching.

Learning is an individual, internal process that takes place in a person's brain as information is sought and applied and connections made. That is why no state has compulsory education laws, but rather compulsory *attendance*. No one can force another to learn.

If your daughter wants to learn to knit, she will seek out information. She will ask questions, ask you to show her. She will watch and listen, and take it with her and apply it in her own fashion. She might use you as a resource, she might not. She might just look it up on the internet or in a book. Did the internet or the book teach her to knit? No, she learned it on her own. If you try to be more than the internet in the process, you will remove the responsibility of learning from her and take on the responsibility of "teaching her how". Even the process of learning something is showing her how to learn other future things.

Susan M (VA)

19 comments:

husna said...

assalamulaikum..
pada pendapat saya, pembelajaran hanya akan berlaku apabila seseorang itu bersedia menerima dan iklas menerima ilmu itu dari hati. dalam konsep belajar, tidak boleh dipaksa-paksa. ia haruslah diterima seikhlas mungkin oleh individu itu dengan cara mencari ilmu bukannya menunggu diberi ilmu..-husna-

cadbury_nomye said...

salam....
saya Normi Zarifah binti Mohd Isha...PISMP Pemulihan 1...Pada pendapat saya artikel ini membertau pada kita berkenaan kita perlulah berusaha untuk mencari jalan atau sesuatu penyelesaian sendiri. Dalam erti kata lain berdikari. Seperti yang kita maklum, jika kita berusaha sendiri kepuasa itu lain dengan kita menumpang usaha orang lain. Selain itu, kita juga digalakkan berusaha sehingga berjaya. Seperti pepatah ada menyatakan bahawa usaha itu tangga kejayaan. Oleh itu, kita tidak seharusnya mengalah sebelum berusaha...

nadilah said...

assalamualaikum...saya Nadhilah binti Alias..PISMP PL 1..pada pendapat saya,artikel tersebut memberitahu kita semua bahawa jika kita ingin mendapatkan sesuatu ilmu, kita perlu berusaha mendapatkannya. pada mula-mula kita ingin memilikinya,kita selalunya akan belajar daripada orang lain.kemudian,kita akan berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan dalam hidup

leyla said...

Assalamualaikum...saya Siti Norlela bt Mohamed Nor dr unit Pemulihan 1.
Pada pendapat sy, proses pembelajaran akan berkesan jika wujudnya komunikasi dua hala antara pelajar dgn guru. Natijahnya, proses P&P akan 'hidup' dan pelajar akan dapt manfaat dengan sepenuhnya proses p&p y berlaku. Pembelajaran juga akan berlaku tanpa paksaan terhadap seseorang individu iaitu dia mesti ada keinginan dari dalam diri sendiri untuk belajar. Apabila adanya paksaan, individu tersebut tidak dapat menerima pengetahuan y diberikan dengan sepenuh hati, maka pembelajaran tersebut akan sia2 saje. Apa y penting dlm pembelajaran ialah komunikasi dua hala dan belajar tanpa paksaan serta keihklasan.Terima kasih.

kak ida said...

assalamualaikum ckgu...
saya nurul hidayah bt omar,PISMP PL1...
pada pendapat saya,artikel ini mengatakan bahawa pembelajaran akan berlaku sekiranya seseorang itu telah bersedia untuk belajar.kesediaan utk blajar prlu dtg dgn sndiri tnpa perlu sbrang paksaan.skiranya dia brsdia utk mmpelajari sesuatu,dia akn brusaha mncari mklumat dan mmpelajarinya dgn sndiri wlaupun tnpa pngajaran secara khusus.

MAWAR IMAN said...

salam,
Saya Zaitinoridah dari PL1..setelah sy membaca artikel tersebut,sy berpendapat bahawa proses untuk mendapatkan ilmu berlaku bukan hanya melalui proses pengajaran secara langsung sahaja,tetapi juga secara tidak langsung melalui pengalaman sendiri dan juga persekitaran. Pembelajaran juga sesuatu yang tidak boleh dipaksa dan boleh berlaku secara semula jadi. Pengajaran merupakan salah satu cara untuk memperoleh ilmu..namun itu tidak bermakna proses pembelajaran berlaku..ia terpulang kepada individu itu untuk menerima atau tidak sesuatu ilmu yang disampaikan. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita tidak boleh memaksa murid untuk menerima pengajaran yang diajar dan seharusnya guru juga perlu mengetahui kehendak murid itu sendiri agar proses pembelajaran menjadi lebih seronok..

leyla said...

assalamualaikum..
pada pendapat saya, artikel ini bertepatn dengan konsep sbnr proses p&p yg spatutnya b'laku dalam klas. pmblajarn tidak akan b'laku jika guru b'tndak scr solo krn intraksi n komunikasi 2 hala amat pntg dlm proses p&p. hbngn hati antra guru n murid yg wujud dpt mmungkinkn proses pnerimaan n pemberian ilmu b'laku dgn hati yg ikhlas..-tasnim::pismp pl1-

leyla said...

Assalamualaikum puan...
Bagi pandangan saya, pembelajaran tidak semestinya daripada seorang guru. Pembelajaran boleh juga berlaku secara persendirian malah belajar secara individu lebih berkesan daripada belajar secara berkumpulan. Selain itu, pembelajaran haruslah ikhlas dari hati supaya ilmu yang kita pelajari melekat di minda untuk selamanya.

- Nor Baizura Bt Mohamad -

zuliana said...

salam cikgu.
bila saya membaca artikel ini, pada mulanya saya agak kurang memahami apa yang telah diperkatakan.
setelah membaca berulang kali dan memahaminya, saya berpendapat bahawa...

jika seseorang pelajar itu x mempunyai keinginan untuk belajar, maka sesi pembelajaran pelajar itu tidak berlaku walaupun telah berlaku sesi pengajaran dalam kelas tersebut.

ingin dikatakan di sini bahawa apabila seseorang itu ada keinginan nak belajar, maka secara xlangsung dia akan mula mencari ilmu tersebut. xkesahlah sama ada melalui buku, internet, pertanyaan ataupun pemerhatiannya. dan dia akan mula mengaplikasikannya dalam sesi pembelajarannya itu, kemudian apabila sesi pengaplikasiaannya itu berlaku, maka individu tersebut akan cepat belajar dan cepat ingat apa yang dipelajarinya.

leyla said...

Assalamualaikum puan...
Bagi pendapat saya, pembelajaran boleh berlaku secara persendirian. boleh dikatakan bahawa belajar secara individu lebih berkesan berbanding belajar secara berkumpulan. Selain itu,kita hendaklah ikhlas dalam mempelajari ilmu supaya ia berkat sepanjang hayat.

- Ainun Mardhiah Mamat -

zahrah said...

salam cikgu..
siti zahrah (pl 1)
jika mengajar…tak semestinya murid ‘belajar’ ----(belajar dalam erti kata yang sebenarnya..)
saya berpendapat, pembelajaran hanya akan berlaku sekiranya individu tersebut mempunyai keinginan untuk belajar, sedia untuk belajar..
maka, guru perlu memainkan peranan dengan sentiasa mengambil kira keadaan murid..jangan syok sendiri (bak kata cikgu)..
pastikan anak murid mereka benar-benar bermotivasi (teori gagne) ataupun berada dalam situasi mendesak (model ewell) untuk belajar..kedua-dua keadaan ini akan menyebabkan murid sendiri bertindak untuk mengikuti proses pnp..

rabiah said...

Salam cikgu…
Pada pendapat saya mengenai artikel ini, sesuatu proses pembelajaran itu perlulah ada komunikasi dua hala seperti pemberi dan penerima.
Belajar tidak boleh dipaksa..jika seseorang itu bersungguh-sungguh ingin belajar, mereka akan berusaha sadaya mungkin untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki tidak mengira bertanya pada siapa dan di mana jua

imam_muda said...

assalamualaikum cikgu...i'm nurazura binti yusof from pemulihan 1,after i read the article these is some of my opinion. i think each people have their own style or skill to learn.Teaching is also one of the learning process, cause of that,a teacher must have a something special to attract student interested of the learning process.I remember to my Ustazah said"ilmu yg datang dari hati yg ikhlas,akan diterima oleh hati yg ikhlas"whatever keikhlasn is very important even taecher or student, that all for my comment..thanks

zuliana said...

For me, I agree hundred percent that teaching isn’t causes learning.Actually teaching is helping the process of learning. Not causes learning. We will able to learn in many ways such as, by our own experience, observing etc. Furthemore, if we not ready to learn, we will never learn. Students have to give their full attentions and all their heart so that the process of learning will happen. As the conclusion, teachers should know their students ability and their willingness to learn while students should be ready and give all their heart to learn..TQ..P/S :Cikgu, I try my best to give comment in english.. from aishah adenan

bintangwindubulan said...

Salam....
Saya Netty Azieana bt Mohd Ayob..PISMP Pemulihan 1..ingin menyuarakan pendapat berkaitan dengan artikel yang telah dipaparkan di blog ini. Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan kata-kata yang diucapkan dalam artikel tersebut berkaitan dengan proses mendapatkan ilmu bukan sahaja melalui guru semata..tetapi oleh seseorang individu yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mengetahui sesuatu perkara. Ingin dijelaskan bahawa proses pembelajaran bukan sahaja melalui bahan rujukan seperti yang terdapat dalam buku atau media elektronik lain bahkan juga memerlukan pencarian daripada pelbagai aspek seperti melalui pertanyaan tentang sesuatu perkara, melalui pengalaman atau melalui kehidupan seharian yang kita jalani pada setiap ketika. Walhal ketika kita sedang makan sekali pun sebenarnya kita sedang menjalani proses pembelajaran iaitu belajar bagaimana menguruskan waktu makan kita, belajar untuk bersyukur dengan rezeki yang kita perolehi dan belajar tentang adab ketika mengadap rezeki tersebut. Segala-galanya merupakan satu proses pembelajaran.Kesediaan untuk menerima ilmu merupakan satu aspek yang penting. Ini kerana, sekiranya individu tersebut berada dalam keadaan bersedia dan ikhlas dalam sesuatu perkara, ianya akan mewujudkan satu penerimaaan yang positif terhadap perkara tersebut dan seterusnya menghasilkan individu yang memiliki personaliti berketrampilan.
Kesimpulannya, seseorang individu itu harus meletakkan satu tanggapan yang positif berkaitan dengan pencarian dan penerimaan ilmu atau kemahiran sesuatu perkara di mana ianya merupakan suatu landasan ke arah kejayaan matlamat yang ingin kita capai.
salam...('_')

LULU's COLLECTIONS said...

salam. almost be the last person to leave a comment..;p \
btw, saya Faizah binti ismail aka Pija..;)
belajar, motivasi dan keinginan. Bila kita ada sesuatu untuk dicapai, secara automatiknya diri akan punya semangat, diri akan termotivasi utk archive what we want. ilmu akan diperolehi sekiranya sesorang individu itu mahu belajar. Jika seseorang itu tidak bersedia to learn, maka pembelajaran tidak berlaku even ada sesi pengajaran sebabnya individu tidak memberikan sepenuh perhatian dan hatinya semasa sesi pengajaran. Dalam mempelajari sesuatu sesorang itu perlulah bersedia, ikhlas dan mempunyai matlamatnya supaya pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan serentak.
wassalam...~

leyla said...

NURUL SYAHEERA PL1
Melalui artikel ini saya dapat memahami bahawa mengajar tidak membuatkan seseorang itu belajar. Setiap pembelajaran yang berkesan perlulah dihadirkan dengan minat bukan dengan paksaan. Jika tiada minat, maka pembelajaran tidak akan diperolehi. Proses pembelajaran hanya akan berlaku dengan berkesan sekiranya ada tindak balas dua hala. Iaitu memberi dan menerima. Seseorang yang ingin berjaya perlulah ada keazaman dan matlamat untuk berusaha dengan bersungguh dan mencari apa sahaja yang mereka perlukan tanpa mengharapkan orang lain. Selain itu, bertanya kepada yang lebih mahir merupakan salah satu petanda bahawa seseorang itu mahu dan berminat untuk belajar. Jika di alam persekolahan, sebagai guru kita perlu memberi pengajaran yang dapat menarik minat murid agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Guru- guru perlulah berfikiran kritis dan kreatif untuk memastikan setiap pengajaran yang diajar akan memberi manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada murid mereka. Maka proses belajar itu akan berjaya mencapai objektifnya sekaligus akan melahirkan pelajar yang berjaya.insyaallah. Selain itu guru- guru perlu menanamkan sifat bertanya jika tidak tahu. Oleh yang demikian, murid akan lebih berkembang mindanya apabila diberi peluang untuk mengeluarkan pendapat dan pertanyaan.

::mieza:: said...

Salam...

Berdasarkan artikel yg tlah saya baca ini, saya berpendapat bahwa pembelajaran tidak hanya akan berlaku melalui pengajaran semata- mata. Ilmu adalah sesuatu yang sangat luas dan kita sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah berusaha mencari ilmu dan bukannya hanya menunggu untuk "disuap". Dengan meneroka sgala khazanah alam, pelbagai cabang ilmu dapat diperolehi kerana di dalam setiapnya adalah ilmu. Disamping diselitkan dengan keazaman yang tinggi, sesuatu pembelajaran itu akan menjadi lebih bermakna kerana diri akan lebih menghargai setiap inci ilmu yang diperolehi..
Walaupun begitu, ini tidak bermakna bahawa pengajaran tidak penting dalam sesuatu pembelajaran, sebaliknya ia menjadi satu panduan agar diri tidak tersasar dari landasan yang sebenar. Walaupun di dalam artikel ini ada menyatakan bahawa “ No One can force another to learn”, tetapi pada pandangan saya seseorang itu masih boleh menggesa orang lain untuk belajar. Ini kerana konteks “menggesa” itu boleh ditafsirkan dalam pelbagai sudut dan cara. Menggesa dengan cara memberikan motivasi yang berhikmah dan lembut caranya tidak mustahil akan dapat “force another to learn”...

~siti armiza binti ramlan~

LULU's COLLECTIONS said...

Salam cikgu…
Pada pendapat saya, proses pembelajaran merupakan satu proses yang dapat dibahagikan kepada 3 komponen utama dan dapat dilihat dalam 3 aspek utama iaitu pembelajaran secara sukarela, pembelajaran secara paksaan dan pembelajaran yang menggabungkan kedua-duanya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya melihat pembelajaran sebagai proses yang amat penting dalam membentuk dan membina sahsiah yang baik dalam diri seseorang individu. Seseorang guru haruslah menyedari bahawa setiap individu adalah berbeza dari segi sikap, minat dan emosi. Oleh itu, seorang guru harus mengenal potensi diri seorang pelajar dan memvariasikan teknik pengajaran dan pembelajaran agar hasrat dan matlamat pendidikan untuk melahirkan insan yang syumul dan kamil bagi memastikan bahawa dunia ciptaan ini sentiasa aman dan sentosa di bawah pimpinan khalifah yang dapat mengurus sumber dunia ini dengan penuh berhemah.
Nor Hidayah bt Nopiah