Monday, June 29, 2009

KATA-KATA MU WAHAI GURU...

Bila ummi dipanggil ke sekolah untuk menandatangani buku-buku rekod kemajuan anak-anak,
umi akur bukan sebab memenuhi jemputan guru tersebut, tetapi lebih kepada untuk menunjukkan kepada anak-anak betapa umi amat mengambil berat pelajaran mereka semua...

maksudnya pemergian umi kesekolah adalah demi anak-anak ummi,
bukan sebab program hari terbuka itu,
sebab, sebagai guru, program seperti itu hanya lah rutin tahunan yang perlu kami lalui untuk melengkapkan takwim sekolah....

Kalau di sekolah harian biasa.... mak bapak pun tak begitu ambil berat untuk datang... kadang-kadang guru yang lebih lorat tentang anak-anak mereka daripada mak bapak.... kalau pelajar menengah umi paksa mereka minta mak bapak datang... sebab jika tidak umi kata umi akan pergi ziarah ibu bapa mereka di rumah untuk 'beramah tamah' dengan ibu bapa mereka...

pelajar kelas hujung takut dengan gertakan umi tu.. sebab umi pernah ke rumah mereka semata-mata untuk hantar surat amaran tidak hadir ke sekolah...mereka tidak sanggup menghadapi keadaan bila guru menceritakan mengenai kenakalan mereka di sekolah...
senakal-nakal budak kampung ni... mereka masih ada rasa hormat dan sayang pada ibu bapa...

so...dengan tanggapan program itu hanya tempelan dan umi pun pergi untuk beri moral support pada anak-anak ... umi pun bersusah payah lah ke tiga buah sekolah berlainan sebab ayahnya sibuk...

sekolah pertama umi ziarahi adalah SJKC Chung Hwa, Sg Rambai,

pertemuan hanya di kantin sahaja, kelas berjalan macam biasa, cuma guru kelas sahaja menanti kami di kantin,

Kata guru kelas anak umi yang bongsu...
"di rumah, adakah dia seorang yang pendiam" tanya cikgu itu dalam bahasa melayu yang pelat...
umi tertawa dalam hati, sebab anak umi yang bongsu ni kalau kat rumah, tak menang mulut umi menjawab pertanyaan dia. macam bertih goreng....

"kakak dia lebih independent" tambah cikgu itu lagi.
so umi dah dapat satu lagi maklumat, anak umi yang lebih tua di sekolah itu dikenali oleh ramai guru kat sekolah itu...

sesampai giliran umi menghadap guru kelas anak umi yang ketujuh dalam famili (kedua bongsu)
"puan, anak puan seorang pelajar yang sangat berpotensi" penuh bersemangat guru itu menjelaskan.
"pada masa hadapan, dia boleh menyumbang kepada masyarakat" tambah guru itu lagi.
"dia mempunyai harapan untuk memperolehi 7a dalam UPSR nanti" guru itu memberi maklumat lagi tanpa perlu umi tanya... pun...
"jarang pelajar melayu dapat keputusan seperti ini di sekolah ini"tambah guru itu merujuk kepada keputusan bahasa cina anak umi itu..
sebenarnya ketika itu umi tak bersuara pun, umi hanya mendengar sambil tersenyum...
Ketika itu, air mata umi hampir menitis mendengar betapa guru itu sangat menaruh harapan pada anak umi yang ketujuh dalam keluarga itu..

kata-kata guru itu sangat bermakna dalam kehidupan keibuan umi....baru umi sedar bahwa walaupun kita para guru selalu pandang lekeh pada tugasan yang kita buat dalam keterpaksaan namun impaknya sangat besar dalam hidup seseorang.....

kemudian umi ke SMK Sg rambai....... ke sekolah anak umi yang lari dari SMKA sebab tak mahu tinggal di asrama....

"dia ni boleh tahan jugak bisingnya di sekolah" kata cikgu tu.... memberi mesage kepada umi bahawa anak umi itu boleh tahan nakalnya di dalam kelas...
umi agak terkejut jugak sebab itu adalah maklumat baru kepada umi, sebab anak umi tu pendiam di rumah... susah nak dengar suara nya di rumah....

so apa yang umi dapat simpulkan... a simple word daripada seorang guru banyak memberi makna kepada ibu bapa..... even a simple gesture yang guru tunjukkan memberi erti mendalam kepada ibu bapa yang kita hadapi...

di SMK syarifah rodziah pulak... ada suasana yang berbeza...

sebagai ibu umi di dera menghadap guru-guru anak-anak umi (ada dua orang disitu)

Pertama menghadap guru kelas..

Bila umi menghadap guru kelas anak umi yang ditingkatan 4 (seorang guru sandaran sebenarnya)
sedaya upaya dia memberi penjelasan mengapa anak umi itu fail dalam sesuatu subjek (sebenarnya beberapa subjek)
misalnya.... "tingkatan 4 ini adalah tempoh peralihan, mereka masih belum menyesuaikan diri dengan soalan subjektif" terang guru itu tanpa perlu umi minta.
"subjek matematik ni memang ramai pelajar gagal, sebab mereka tak biasa dengan soalan penyelesaian masalah" dia menambah lagi sokongan kepada kegagalan anak umi itu...

Pendek cerita ... di SMK syarifah Rodziah... ibu bapa didera jika anak-anak mereka gagal dalam subjek.. terpaksa... menghadap guru kelas... kemudian menghadap Ketua Bidang bagi tingkatan 4 dan pengetua bagi anak umi yang di tingkatan 5....

Begitulah pengalaman umi di sekolah ternama di negeri melaka...ibubapa terpaksa ke sana kemari mencari guru kelas anak-anak... lebih sedih lagi...
"puan, tandatangan di sini ye... ada ibu bapa yang dah menunggu di belakang sana tu" gesa guru kelas anak umi yang sedang berada di tingkatan 5 di sekolah itu... walhal sebenarnya... umi telah turun tangga naik tangga beberapa kali untuk menunggu guru tersebut yang menurut anak ummi sedang makan di kantin...

selesai menghadap guru-guru kelas mereka umi terpaksa menghadap hiraki tertinggi di sekolah ternama itu kerana anak-anak umi itu gagal dalam beberapa subjek. tapi demi anak-anak umi hadapi lah jua...

so anak-anak di IPPM ....fikir-fikir kan dan renung-renungkanlah.....

No comments: