Saturday, January 31, 2009

A TRIBUTE TO MY SIFU

Last Friday before Cuti Tahun Baru Cina masa on the way balik umi terserempak dengan Mdm Boovaneswary (my ex lecturer). Kata Boova... I nak tarik diri lah Halimah (She is referring to our Phd program).

Umi hanya dengar aje keluhan Boova sebab umi rasa umi faham. Faktor usia juga tidak boleh dipandang sepi. Kata Boova "you tak apa... you are still young".

Hmph!!!... umi tak rasa pun any younger than her... maybe younger in terms of experience. Dia sifu umi masa buat KPLI dulu. In fact salah seorang lecturer yang umi respect. Masa dia ajar umi, banyak ilmu yang umi perolehi dari dia. Sikap 'thorough' dia sedikit sebanyak mengajar umi untuk jadi guru yang teliti dan berdedikasi.

So bila nampak dia turut sama mendaftar untuk Phd program umi rasa teruja juga duduk seiring dengan dia sebagai student.

So that friday Boova decided to withdraw from the program.

Tapi bila umi melangkah ke kelas hari ni untuk attend my first class. I was surprised to see another sifu of mine sit in the front row. Hait!! biar betul ni. Macam tak percaya pulak . Bila pulak lah KJ jabatan teknologi (merangkap ex lecturer umi) ni pun enrolled dalam program offshore ni.

Berbekal dengan kamera hari ini umi memang nak rakamkan wajah kami di hari pertama lecture sebelum kami jadi lebih haru.....dalam keseronokan bergambar.... ayat sifu umi ni betul-betul mematikan stim.... "wah nak masuk dalam blog lah tu?" celah Hj Mustafa Majid (dulu umi dan kawan-kawan KPLI umi refer dia sebagai MAM)

Umi masih seronok nak bergambar... tapi bila MAM sebut nama blog umi ...Ummu Ammar... haiya!!!!..... abislah umi kali ini....

Sebenarnya umi tulis blog ni khususi untuk anak-anak umi...lepas ni kenalah umi lebih berhati-hati terutama bila menyentuh rakan-rakan sejawatan kat IPPM. Sori lah kengkawan semua. Umi lupa blog ni adalah untuk tatapan umum and not only for my children.

Walaubagaimanapun buat semua guru-guru umi, mendapat ilmu daripada mereka semua merupakan suatu rahmat. Berada dalam suasana pencarian ilmu bersama bekas guru juga suatu anugerah. Bagi umi sekali mereka mengajar umi selama itu mereka adalah guru umi.

Buat anak-anak umi fikir-fikirkanlah.... sentiasalah hormati guru kita kerana keberkatan itu ada bersama mereka.

No comments: