Assalamualaikomwbt buat anak-anak ummi semua.
Hari ini umi masih lagi menghayati percutian hujung tahun ini... kalau sebelum ini disibukkan dengan perjalanan-perjalanan (plural) kali ini santai di rumah. Alhamdulillah, ummi puas hati dengan percutian kali ini, pertamanya dapat mengajar full swing untuk program KDC yang membolehkan ummi menampung kewangan untuk membeli belah semasa bercuti dan keduanya RBB bermurah hati dengan tenaganya untuk membawa ummi ke sana ke mari dalam pelbagai misi. sewaktu cuti ini ummi dah sampai as far as kelantan, down south to terengganu and even futher down to shah alam then ke Keluang dan upnorth to Kg Inas dekat Johol Negeri Sembilan. Tambah satu lagi kami sempat ke Sagil untuk menikmati suasana air terjun. (sebenarnya tak nampak sangat air terjunnya) sebab terlalu ramai manusia.
kali ini berbekalkan laptop yang menghadap tingkap menghala kebelakang rumah dengan kehijauan pokok duku, pisang dan getah memang menyegarkan. Udara di kampung parit gantung di waktu pagi ni memang belum tercemar dengan asap jentera. Ramai yang iri hati dengan kenyamanan suasana sekitar rumah kita ni. Misi ummi kali ini adalah untuk mengingat peristiwa-peristiwa lama umi masa sebaya dengan usia anak-anak ummi sekarang untuk dijadikan iktibar mana yang boleh dan dijadikan sempadan mana yang perlu.
Kisahnya berlaku 27 tahun yang lalu.
Lokasinya di lapangan terbang Heathrow london. Masa tu penerbangan yang membawa umi dan rakan-rakan student tajaan JPA ke Toronto transit beberapa jam di lapangan terbang Heathrow. Ummi benar-benar keseorangan sewaktu itu, tetapi ummi tak lah terasa tersisih sebab semua kami berada di dalam situasi yang sama sebab kebanyakannya belum saling mengenali.
tiba-tiba umi didatangi oleh seorang rakan dari kumpulan kami. Dia juga memakai tudong (masa itu tak ramai yang bertudong) dan dia juga hanya memakai sweater (bukannya blazer) seperti ummi . Pendek kata ada banyak persamaannya antara dia dan ummi. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Jamaliah (dia suruh ummi panggil dia Kak Jam). Lama lepas itu ummi tahu yang memang dia senior setahun daripada ummi. The first thing yang Kak Jam bualkan dengan ummi adalah mengenai solat. Dalam kecelaruan ummi dengan suasana yang sangat berbeza itu ummi tak ingat pun mengenai sembahyang. Kak Jam kemudian ajak ummi angkat wuduk dan bersembahyang bersamanya.
Apabila sampai masa penerbangan ke Toronton, kami menaiki flight bersama-sama dan dia duduk bersebelahan dengan ummi. Kemudian kak jam ajak ummi bersolat didalam pesawat. Perkenalan ummi dengan dia berterusan sampai kami tiba di Toronto. Cuma apabila sampai di Kipling Ave, kami dibawa arus rakan-rakan yang telah punya kenalan masing-masing maka kami jadi pelengkap kepada kumpulan yang telah tersedia terbentuk daripada Malaysia lagi. Kak Jam di 1308 bersama kumpulan pelajar berasal dari Sekolah Teknik Seremban dan ummi bersama kumpulan SMK Sulaiman Terengganu di 1208.
Sejak itu kami jadi rakan karib, ke sana ke mari bersama-sama. Kami mempunyai kecenderungan yang sama iaitu menghampiri apa jua program ke arah kerohanian. Kami berdua sama-sama pendiam. Even bila berdua pun kami jarang bercakap perkara-perkara yang tak perlu. We both precious the silence moment bila kami sama-sama bertafakur melihat keindahan bumi Toronto.
Selepas tamat Grade 13 Kak Jam menerima tawaran ke Brock University di St Catherine (berhampiran dengan Niagara Falls) manakala ummi ke Guelph U namun kami masih bertemu setiap kali cuti semester kerana menghadiri konvensyen pelajar-pelajar Islam di North America atau bawah kelolaan MISG.
Pendek kata perkenalan ummi dengan Kak Jam sebenarnya banyak mencorak ummi yang anak-anak lihat sekarang. In fact ummi lebih serious masa itu, dalam hal berkaitan agama. Kak Jam antara faktor yang membimbing ummi untuk melihat dunia dari perspektif berbeza.... melihat, bertafakkur, memikir, menghayati dan menyelami kebesaran kejadian pencipta Ummi yakni Allah swt.
So anak-anak ummi , fikir-fikir kan, renung-renung kan , sahabat yang membawa kita ke jalan maksiat ramai, sahabat yang membawa kita ke jalan Nya sukar nak cari. Kerana kesukaran itu, sahabat ummi bernama Kak Jam ni memang akan ummi kenang seumur hidup umi... moga dia dapat membaca catatan ummi ni.. moga persahabatan ummi dengan dia berkekalan... kerana umi tahu dia masih kak jam yang ummi kenal 27 tahun yang lalu......
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment