Tuesday, January 6, 2009

IBU MITHALI IBU YANG SEJATI

Ibu mithali...
Ibu yang sejati....
kasih sayang mu.....
sepenuh hati.....
pengorbanan mu....
di sanjung tinggi....
namamu tetap di sanubari....

Nasyid nyanyian Kumpulan Rabbani terngiang-ngiang ditelinga lepas buka emel senior ummi masa Kat Kipling Avenue dulu. Bila tengok gambar kak Siti and Famili, teringat zaman usrah waktu masih berada di benua Amerika Utara... semua ahli usrah mahu bina baitul muslimah.. bertekad mahu lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah...

So bila dapat profile lengkap baitul muslimah kak siti and brother Salmi, I should say impian mereka hampir tercapai. To produce 2 future doctors and one future lawyer so far out of five sons adalah suatu anugerah Allah swt. Tetapi yang lebih penting lagi bila semua anak-anak itu hafaz al Quran, lebih lagi kesyukurannya....

Ummi masih mengharap anak-anak ummi bersama-sama dengan impian ummi untuk melahirkan warga masyarakat yang soleh dan solehah. In whatever you do, jadikan Allah sebagai matlamat.

Tahniah buat Kak Siti Nadzrah. Kena rakamkan dalam coretan kat sini in respons to your emel today..... Tak ramai ibu bapa yang berjaya begitu....

Ummi follow juga blog anak-anak Kak Siti. Bagi anak muda dalam lingkungan 16 - 20 an untuk menghasilkan laman blog yang mampu memberi impak kepada masyarakat bukan suatu yang mudah dalam dunia hari ini yang sangat mencabar. Dorongan untuk mengikut arus perdana hari ini yang berpusatkan hiburan sangat lah kuat di kalangan anak muda hari ini. Anak muda hari ini perlu kekuatan dalaman yang sangat kuat untuk 'dare to be different' . Laman blog mereka sepatutnya dicontohi oleh anak-anak muda hari ini. Bak ingatan Nabi kepada kita ummat akhir zaman....

akan sampai suatu zaman apabila ummat Islam yang ingin mengikuti syariat Allah swt seumpama memegang bara api, hendak dipegang panas , hendak dilepaskan tak boleh.....

So anak-anak ummi, carilah kekuatan untuk 'dare to be different' kerana kita sebagai ummat Islam memang kita tidak boleh sama dengan masyarakat jahiliyah dengan segara khurafatnya. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah, binalah kekuatan berasaskan keimanan. Carilah sumber kekuatan itu dimana mungkin....

So anak-anak ummi , fikir-fikirkan....dan renung-renungkan..

No comments: