Saturday, January 3, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA


Singgah di rumah kengkawan lama RBB dkt Keluang


Singgah sebentar di Air Hitam selepas pulang dari menziarahi Mak Andak.
Umi beli pasu dan tikar.... memang lebih murah daripada tempat lain.


Dalam perjalanan ke Johol , RBB terpaksa berpatah balik ke Balai Polis untuk selesaikan urusan urgent. Buat laporan Polis terhadap blog menghina Islam.

Depan rumah bibik Ain ada sungai. Hajat pertama adik-adik dan RBB nak mandi air sungai tapi sebab dah kandas kat Bkt Baru sesampai di Kg Inas, Johol kg bibik air sedang pasang dan mengalir dengan deras sekali.


Rumah bibik Ain di Johol terletak di kaki bukit... bertentangan sungai... masa sampai kat sini dah hampir senja. Untuk sampai ke rumah bibik kena melintasi dua batang jambatan yang sempit. Umi suspen sungguh nak menyeberangi jambatan itu. Sebab MBR tu tembam... bukan macam kancil yang comel loteh..

Sesekali mencuci mata melihat pemandangan alam semula jadi...ciptaan Allah.

Oleh kerana tak dapat mandi sungai depan rumah bibik Ain, kami menyambung perjalanan cuti-cuti Malaysia itu keesokkannya ke Air Terjun Sagil.

dia orang ni bukan nak mandi sangat tapi leka posing ajek. Umi tengok orang lain tak ada pun flash camera kecuali daripada spot di mana adik-beradik ni berada.

Tak puas mencuci mata kat Air Terjun di kaki gunung ledang kami singgah sebentar di Kg jiran yang masih ada suasana syahdu seperti ini. Sebatang jambatan kayu menghubungkan ke sawah padi, pondok kayu buruk dinaungi dedaun pohon nyior yang melambai-lambai dan kehijauan sawah padi di bawah langit yang membiru.

Sesungguhnya tahun 2008.... kami akhiri dengan kesyukuran. Nikmat kedamaian, kebebasan dan kebahagian kami sekeluarga.

"dan nikmat manakah yang kamu dustai?"

Semoga tahun 2009 dilimpahi dengan kerahmatan, keberkatan dan kebahgiaan sejati. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Amin

No comments: