Monday, January 5, 2009

5th of January is actually the 1st day of 2009.

5th of January, after almost 2 months of life without kongkongan mesin punch card. At eight and at five. So today, like other teachers of Malaysia, ummi masuk semula dalam tanah jajahan punch card.

I arrived at IPPM 20 minutes before 8.00 am. Belum ramai lagi manusia dan jentera di dalam daerah maktab ini. Mungkin ada yang hantar anak mendaftar di sekolah. Umi dah hantar Ali semalam ke SMK Tun Perak. 2 gadis sunti juga telah memulakan penghidupan tahun baru di asrama mereka di SMKA Syarodz.

Ummi bertekad untuk menyiapkan bahan untuk kuliah yang sepatutnya berjalan pada pukul 11.30 pagi. Pukul 8 umi sepatutnya menjengah mente ummi untuk tutorial. Tetapi umi memang tak bersedia untuk bersama mereka. So umi cancelled kan. The KU called me asking whether I am going to have that session with them . Umi apologized and continue facing my dearest laptop.

Kedamaian bekerja tidak lama.

Mah, please tolong emailkan bahan EDU3106 ni pada En Mahali kat IPTHO boleh tak? I tak pandai nak hantar bahan guna email. Pohon Anuar.......

Halimah, tolong simpan bahan ni dalam folder MSISO .... Pohon Grace (walhal semua file tu umi dah beri numbering. Just go there and put that very thing inside specific folder)

Mah, ada simpan tak file EDU3101.... copy kan dalam pendrive akak ni ye (rayu Kak Yani sebab bahan dia habis hilang bersama 3 buah laptop yang dirompak perompak sewaktu dia dan famili tak ada dirumah)

Mah, tolong ajar macamana nak ambil file dari yahoo.group (rayu abang din , yang kalut sebab lap top dia juga hilang masa cuti)

Mesyuarat kita pukul 10.00 pagi ni ye.... (arah Grace)

11.15 baru habis meeting. Bahan kuliah tak update pun.. Macamana ni takkan nak ponteng kuliah.

11.45 umi masuk mengajar..........sampai 1.30 tepat

baru umi perasan sedari pagi tadi umi belum ambil apa-apa makanan pun.......

Pukul 2.30 baru umi lunch dengan RBB...

Pukul 3 umi masuk balik ofis. Terserempak dengan Kak Siti kat YM. Sempat chit chat. Ingatkan nak relaks kepala.

Halimah, tolong emailkan I RPM untuk KPLI.... ni alamat I... (pinta Grace... seperti biasa permintaan dia jadi arahan yang kena buat segera)

Kak, ada bahan tak untuk EDU3101, esok Yani nak ngajar ni.... akan tolonglah copykan dalam pendrive yani ni....(rayu Yani penuh manja)

akhirnya..... hasrat untuk mengupdate bahan untuk kuliah tak terlaksana pun.

Pada Yani ku hamburkan keluhan ... kerja sendiri tak siap sebab asyik melayankan rakan sejawatan. Kata yani ... nak buat camna ... akak tu memang ada banyak sumber....

Ummi pun tak tahu . Patutkah umi rasa bangga kerana jadi orang sumber... atau rasa kesal kerana jadi pembantu setia pada rakan-rakan lain. Apa pun .... umi puas hati kerana hasil dokumentasi umi dapat dimanfaatkan... Itu pun sedekah jariah namanya..... selagi hasil kita digunakan dijalan kebaikan maka pahalanya berkekalan..... bisik naluri keguruan umi menyejukkan hati...

No comments: