Hari ini pilihanraya kecil kat Kuala Terengganu. Suspen jugak mengingatkan sapa le yang akan menang. En Wan ke? atau En Wahid ke?
Kami kat IPPM hari ni kelas ganti sebab nanti nak ambik cuti panjang sempena Tahun Baru Cina.
Pagi-pagi lagi umi dah masuk kelas. Kelas PISMP Semester 1 ni sebaya hajar. (lahir tahun 1988). Kalau budak-budak PISMP Semester 5 (tua setahun daripada Ammar) dah macam isteri orang besarnya yang group ni pulak comel-comel semuanya macam hajar. Umi dah prepare nak bagi lecture sebenarnya tetapi bila tengok budak-budak itu masih fresh daripada minggu orientasinya umi pun rasa terpanggil untuk memendekkan kelas. So umi buat introduction sahaja tapi sebelum umi tinggalkan kelas umi dah bagi assignment untuk dipresent next week.
Bila masuk ofis, rasa mengantuk tak tertahan-tahan. Tak tahu kenapa. Bila dah mengantuk kepala pun tak boleh nak compute. Nak prepare bahan mengajar pun tak berdaya.
Sebelum balik Grace buat gempak lagi. Kata dia dalam mesyuarat dgn pengarah nama-nama yang dapat DG48 telah diumumkan termasuklah rakan seofis umi Kak Ani.Grace siap ucap tahniah beria-ia pada Kak ani. Bila kami tanya yang lain-lain macamana? Katanya belum keluar lagi termasuk dirinya.
Argh!!!! sekali lagi Grace ni buat suspen betul. Kami semua ni dah buat spekulasi mengenai perjawatan kami masing-masing. Yang pastinya group fasa 1 dah dapat perlantikan dan umi group fasa 2. (group yang dijangkakan untuk fast track) dan ini sebenarnya yang lebih suspen.
Bila sebut isu gaji pensyarah IPG ni. Umi teringat Allahyarham YB Razali Ismail. Memang dia sangat berjasa pada kami guru-guru di IPG. Memang layak namanya di abadikan di IPG Terengganu tu sebab dia sungguh-sungguh berusaha memartabatkan institusi pendidikan. Umi baca komen pilihanraya. Even dalam harakah pun they mention about his dedication towards his work. Moga Allah rahmati dia dan membalas segala usaha nya dan memasukkan beliau dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment