Ummi mengikut arus rakan-rakan yang meninggalkan pesawat. Perjalanan dari Heathrow ke Toronto boleh tahan juga lamanya. Sesampai di Toronto kami menunggu beg kami dan melalui pemeriksaan kastam.
Pegawai imigresen: What do you have in your bag?
Ummi: Cakes (tapi sebab lidah ummi masih lagi lidah melayu asli, bunyinya kedengaran seperti 'cats'
Pegawai imigresen: Cats? (terkejut)
Ummi: yes , cakes (tapi bunyi macam cats)
Pegawai imegresen: Please move aside (untuk kuarantin sebenarnya)
Masa tu mana lah umi tahu semua benda tu.. so rakan-rakan umi semua melepasi pemeriksaan imegresen tu kecuali ummi. Beg sandang umi itu dibuka, and of course tak ada kucing di dalamnya, yang ada hanyalah biskut-biskut raya yang nek bekalkan penuh satu beg.
Lama lepas tu barulah umi dilepaskan. Of course masa tu talian hayat umi dah terputus.. Umi tak tahu kemana pergi rombongan umi tu. Beg bagasi umi (tak lah besar sangat) dengan warna cukup strikingnya tu pulak buat hal. Tidak stabil menyebabkan setiap kali umi tarik dia akan jatuh. Rodanya tidak berputar seperti sepatutnya. so berjalan lah umi dengan sebuah beg sandang yang penuh dengan biskut raya dan sebuah beg yang sekejap-sekejap jatuh. Masa tu umi rasa sunyi, sedih, sayu, takut pun ada. .... bermacam-macam perasaan.
Tiba-tiba muncul seorang pemuda Melayu. Dia mengambil alih membawa beg bagasi umi tu. Umi mengikut saja dia tanpa banyak soal. Kami kemudiannya menyertai ahli rombongan yang lain. Kami kemudian dibawa dengan bas ke bangunan Humberview Tower, Kipling di mana pihak kolej telah menyewakan apartment-apartmen untuk penginapan kami selama setahun di Toronto.
Pemuda yang menjadi hero umi tu kemudian umi kenali sebagai abang Zai. Nama sebenar dia Zainudin. In fact abang Zai adalah senior umi di University of guelph. Sewaktu kami pertama kali menjengah U of guelph, beliaulah yang menjadi tourist guide kami dan beliau jugalah yang membantu kami mencari apartmen untuk di sewa iaitu di Willow road.
Sebenarnya semasa umi di U of guelph, kami sering berbalah mengenai pelbagai isu berkaitan dengan pelajar Islam di sana. Abang Zai sangat komited dengan usrah dan lain-lain aktiviti pelajar. Lebih menarik lagi, abang zai kemudian bertemu jodoh dengan rakan karib umi iaitu Kak Jam. Umi pun tak pernah tahu mereka saling menghubungi sehingga satu hari panggilan telepon dari Kak Jam memaklumkan yang dia akan bernikah dengan abang Zai di Kanada.
Begitulah abang Zai, orang yang banyak membantu ummi semasa di Kanada. Selepas balik ke Malaysia, abang Zai bekerja sebagai pegawai kastam manakala kak Jam menjadi suri rumah sepenuh masa. Daripada sedara yang bekerja di jabatan imegresen umi dapat tahu betapa abang zai sangat disegani oleh rakan sejawatan dan orang bawahan kerana dedikasinya dalam tugasannya. Malangnya suatu hari umi dimaklumkan abang zai jatuh rebah selepas berjogging di depan rumahnya. Abang Zai meninggal dalam perjalanan ke hospital di atas ribaan kak Jam.
Sewaktu umi menziarahi rumah allahyarham, jenazahnya telah dikebumikan, namun hanya ketenangan di wajah kak Jam. Tidak ada setitis pun airmata yang mengalir. Kata Kak Jam, dia reda kerana sepanjang hayat abang zai beristiqamah di atas jalan Allah. Dia redha kerana dia pasti abang Zai telah menjalankan tugasnya sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
so anak-anak ummi, renung-renungkanlah.. fikir-fikirkan..... hidup kita hanya sementara,,, bila kita tiada,,,, jasa kita akan dikenang orang.... hanya amalan soleh jadi bekalan. Beruntunglah bagi mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan merugilah mereka yang melakukan kemungkaran.....Wallahua'lam.
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment