Hari itu tiba-tiba jerk suasana JIP berubah ceria. Kata Grace maklumat mengenai penstrukturan jawatan pensyarah di IPG telah ada di portal BPG.
Dengan penuh debaran umi melangkah ke JPM sebelah ofis umi untuk menanyakan macamana nak akses maklumat tersebut. Sesampai di sana Sarimah dengan bangganya mengajar umi langkah-langkah untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sebenarnya dia dah tengok maklumat perjawatan umi tapi saja nak buat gempak.
Seperti dijangka memang ada perubahan besar dalam perjawatan di Maktab dan nama umi dan Sarimah antara yang dapat skim 'touch and go'. Kalau benar maklumat itu maka alhamdulillah. Rezki anak-anak agaknya.
Kegembiraan ummi tak lama sebab lepas mesyuarat petang tu, rakan-rakan kata maklumat itu dah di block. So tak dapat di akses lagi. Kata mereka ada banyak data yang silap.
So balik asal semula lah nampaknya. Kami di IPG masih menanti surat rasmi daripada BPG yang entah bila akan turun daripada udara. Bagai menanti buah yang tak gugur layaknya. Cuma kata pengarah dalam mesyuarat baru-baru ini hampir meyakinkan ummi akan kesahihan maklumat perjawatan yang umi tengok itu. Kata beliau penstrukturan perjawatan di IPG bukan suatu gimik tetapi adalah suatu realiti. IPG is like being born again. Kata dia ini adalah hasil usaha allahyarham Datuk Razali Ismail (YB dari Terengganu, yang pemergiannya kini membawa kesan kepada suasana politik di Malaysia pula , ekoran pilihanraya kecil yang diadakan sempena pemergiannya)
Apakah mungkin tarikh 23 Ogos, 2008.... the birthday of IPG will make a lot of changes in our family life. Maybe...... Perubahan ekonomi keluarga kita memang akan berlaku, yang tak pastinya ialah how much.....
So anak-anak umi doakan lah agar maklumat perjawatan yang menggembirakan umi tu suatu yang sahih....... Jika benar.... alhamdulillah.. Jika tak benar pun .... alhamdulillah.
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment