Thursday, January 1, 2009

1208 KIPLING, ONTARIO, CANADA

Ummi rasa gembira sungguh sebab ada kawan-kawan lama yang masuk blog ummi ini.

Hari ini senior umi kak Siti Nadzrah muncul dekat blog umi. Moga kak Siti terbaca catatan ummi ni sebab umi nak contact dia tapi tak tahu bagaimana. Setahu umi dulu suaminya mengajar di UUM. Sekarang ni tak tahu pulak.

Kak Siti merupakan batch Mack Academy tahun 1980. Oleh itu semasa kami sampai di Toronto mereka sedang bersiap-siap untuk berpindah ke destinasi baru mereka iaitu universiti-universiti yang telah menerima mereka untuk menyambung pengajian diperingkat degree masing-masing. So bila kami sampai mereka masih belum meninggalkan apartment yang mereka duduki. Jadi kami menginap bersama-sama mereka buat sementara waktu. Tak silap ummi masa tu ada kak siti, kak rubi, kak mashitah dan dua orang kakak lagi yang diingat rupanya tapi tak ingat namanya.

Mujur jugak mereka ada ketika itu jadi mereka lah yang membantu kami untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di bumi asing itu. Apabila mereka telah berpindah ke universiti masing-masing sekali-sekala kami ada juga saling berhubungan. The latest yang umi tahu kak siti menikah dengan abang Salmi (senior di Kalamazoo, Michigan)

anyway kak Siti, kalau kak Siti baca catatan ni contact lah saya di halimah.ippm@gmail.com

1 comment:

Ratu Rimba said...

Dua lagi tu ialah faezah (kak faez, sekarang lecturer UiTM - dah dpt PhD) dan zainidah (kak zai - yg sorang ni akak pun lost contact sampai sekarang)