Friday, December 26, 2008

WIRELESS KU.....

hari ni ummi macam gian nak menulis kat blog ni... sebab sepanjang anak-anak ummi bercuti ni... talian internet di monopoli oleh anak-anak (lebih tepat lagi seorang anak tulah....). Hari ini ummi nekad modem wireless yang ummi beli dulu tu mesti di baiki supaya ummi boleh pakai line internet... So umi ke kedai komputer , pun gagal jugak ... kemudian rujuk pakar sapa lagi pakbusu dan mak busu lah... Umi serahkan pada orang muda umi tu untuk selesaikannya. Ntah apa yang mereka buat akhirnya inilah umi akhirnya dapat duduk depan internet dengan selesanya tanpa ada orang kacau.....

Hmphhh selesa sungguh dapat menulis kat blog ni.........

Min Melaka Ila Kelantan.....




buyah menjalankan tugas sebagai pakar rujuk dalam bidang penguatkuasaan undang-undang syariah di Bkt Keluang Resort, Besut Terengganu. Tugasan ini lah yang membawa umi ke sekali lagi ke kelantan.

Tuesday, December 23, 2008

Kenangan manis di Kelantan

Kali pertama ummi menjejakkan kaki ke bumi Kelantan seingat ummi sewaktu Hajar masih bayi lagi. Sekitar tahun 1989 (ummi pun tak ingat lagi bila sebenarnya). Ketika itu Kelantan masih diperintah oleh Kerajaan Barisan. Masa itu ummi masih mengajar di Madrasah Darul Falah yang masih lagi bertaraf sekolah persendirian. Sejak itu ummi tidak pernah sampai lagi ke Kelantan. Arahan rasmi kerajaan negeri yang menghalang sebarang rombongan rasmi ke kelantan menambahkan lagi jaraknya ummi daripada Kelantan.

So, akhirnya bila RBB dijemput membentang kertas kerja di Kelantan dapat juga umi menjejakkan kaki semula ke kelantan.

Pertama kali kami ke kelantan kami menaiki van madrasah dan menginap di rumah kakak Yah kakak kepada seorang tenaga pengajar di Madrasah.

Kali ini kami ke kelantan selepas 16 tahun menjadi kakitangan kerajaan. Perbelanjaan pengangkutan dan penginapan RBB ditanggung oleh JHEIK (kata RBB kerajaan tok guru). Umi hanya menumpang saja. kami menginap di Bkt Keluang Resort di Besut.

Layanan kali ini memang diluar jangkaan kami. Sepanjang di Kelantan kami diiringi oleh seorang pegawai protokol dan seorang drebar dan sebuah kenderaan yang selesa. Maka alkisahnya bercuti sakan lah ummi di Kelantan. Buat anak-anak sorry sebab tak bawa kalian semua sebab RBB tak larat nak drive jauh-jauh...Jadi kami mengambil flight MAS ke KB. If not boleh bawak semua. (tambang mas ni mahal sikitlah)

Apa pun seperti kata Suhailah kawan umi dari sekolah menengah (ex mozac) sampai ke Toronto... Kelantan is blooming under the current government. Sekarang Suhailah menetap di Kelantan bersama keluarganya. Dia buka smart reader di K baru. Kata dia waktu tak ramai pelanggan... pendapatannya 3-4 K. Kalau waktu peak pendapatanya boleh capai 7 K. Seronok jumpa kawan lama berbual panjang mencerita kisah masing...(ummi banyak mendengar sebenarnya sebab Su ada banyak kisah.... boleh buat novel kisah dia ni) Apa pun thanks Su sebab menyelamatkan ummi daripada termanggu2 keseorangan bila RBB dikerumuni oleh rakan-rakan lamanya yang sekarang ni dah jadi ahli 2 yang berhormat di Kelantan ketika di Perdana Resort PCB.

Lawatan umi ke Terengganu baru-baru ini menyebabkan umi berfikir yang negeri di Pantai timur ni lambat sangat membangun. Tetapi bila pergi ke kelantan, umi rasa bangga sungguh sebab jelas berlaku pembangunan pesat di kelantan, rumah orang kat kelantan pun besar-besar belaka tak macam dulu lagi. Paling menarik bila kami ke ATM untuk deposit dan cash out duit kami mesin deposit pun boleh penuh. Terpaksa pegi dua pusat ATM baru dapat masukkan duit. Yang seronok tu.... mana-mana pusat perniagaan di kuasai oleh orang Islam...... berbeza dengan kat melaka ni.

Terima kasih pada semua warga kelantan yang sudi melayan kami sewaktu kat sana terutama ustaz Abd Rahman pegawai protokol yang tersangatlah berbudi bahasa. Malu kami dengan layanan nya itu..... Jazakallahukhairan kathirah.....

Monday, December 15, 2008

Selamat Hari jadi Buyah

So buyah finally reached 49. (belum cecah 50 lagi). Next year warga emas.....ha ha ha. But one thing for sure when we (semua anak yang boleh muat dalam Wira) looked for something untuk dikenang di hari ulang tahun buyah... kami cari the younger version of everything. (coz as buyah is getting older.... he wears something of a younger version) Daripada plain shirt dah pakai stripe punya.. Well life begin at 40. Thats what people always say lah kan.... So there goes the stripe and the maroon shirt.

Wira macam tahu-tahu aje... Balik rumah betul-betul on buyah punya birthday. So kami semua (kecuali Ali) sebab tak muat.... keluarlah untuk celebrate birthday buyah. Konon-konon nak surprisekan buyah but it turned out buyah keluar minute before kami sampai kat ofis dia. So plan A tak jadi. Plan B tunggu buyah kat rumah. Finally ...... sebelum jam loceng menanda pukul 12 tgh malam berdeting baru dapat gather dan let buyah potong kek hari jadi dia. And maybe saja nak bagi tuan punya MBR ni rasa lebih luxury lagi.... kali ini cheese cake daripada secret recipe. (harganya ouch.......... segan nak cakap). Tapi sebab saja nak buat gila-gila dihari ulang tahun buyah..... kek itu masuk juga ke teratak kami di kg Parit Gantung.

Apa pun buyah.... you deserve the best.... for you are the best father for us all...... We love you buyah.... Happy birthday to u.

Thursday, December 11, 2008

PENGORBANAN








Assalamua'aikum wbt.

Apa khabar semua?, Buyah ucapkan selamat menyambut Hari raya Eidul Adha. Kisah pengorbanan Siti Hajar, Nabi Ismail dan ayahandanya Nabi Ibrahim cukup besar. Anak-anak buyah kena ambil pengajaran dengan kisah tersebut. Buyah dah lama tak mencelah kat blog Umi ni, agak repot dan sibuk dengan tugas-tugas yang sedia ada. Ok lah waktu Jumaat pun dah dekat, Buyah mohon diri dulu. Buyah nak ambil Umi dan solat Jumaat. Selamat maju jaya, jaga diri semua. Fikir dahulu sebelum buat sesuatu.




Salam Mesra dari Buyah.








Wednesday, December 10, 2008

SUPERHERO ATAU SUPERZERO

Ummi baru visit satu favourite blog. Isi blog itu mengingatkan ummi pada satu kisah seorang anak kecil yang pernah membesar di depan ummi. Teringat umi pada kegemarannya menonton siri super hero atau pun apa-apalah kisah katun. Begitu terpaku dia di depan kaca tv.... menonton dengan penuh khusyuk. Tapi bukan itu intipati ceritanya. Aktiviti pasca tonton yang lebih ummi fikirkan.....

"zoom.... zom..." tangannya melakunkan aksi-aksi katon..
"ne not... ne not...." sambil tangan sikecil melakunkan entah apa-apa aksi watak katun yang di tonton....
Ketika itu terpikir jugak ummi ..... begitu terkesan watak superhero dalam cerita itu pada si anak kecil tadi.

Kini si anak kecil telah berkembang jadi seorang anak muda dewasa.....

dari kejauhan... ummi terdengar bunyian seakan peperangan ala-ala dalam cerita animasi yang umi pernah tonton. Dari sebalik pintu yang sedikit terbuka seorang anak muda sedang begitu asyik dengan aksi-aksi animasi superheronya. Cuma kini ia bukan anak kecil hingusan lagi.. Tetapi dalam versi yang matang, dewasa... handsome.

Lantas umi berfikir lagi.... begitu terkesan sekali watak superzero dalam cerita itu pada si anak muda tadi... sehingga masanya habis melayan perasaan di depan skrin komputernya...

buat anak-anak ummi semua... pikir-pikirkan.... renung-renungkan.... sehingga ketemu lagi.

Tuesday, December 2, 2008

Cuti sekolah: Dulu dan sekarang


Ali sedang mengutip pengalaman jadi anak-anak orang bandar......

Hari tu ummi hantar Ali untuk bersama-sama sedara mara dekat Shah Alam. Sekembali dari Genting ummi singgah kat Shah Alam saja nak jenguk anak-anak sedara. Sepanjang menyusuri taman perumahan di Shah Alam tu hanya hutan batu kami lihat. Rumah-rumah tersergam indah seolah tiada berpenghuni.
"Mungkin tuan-tuan punya rumah sedang bekerja di ofis masing-masing fikir ummi dalam hati"
Tapi... ummi fikir lagi "bukan kah masa ini cuti sekolah.... tak kan tak ada budak-budak pun?"
Bila lalu dekat taman permainan.... pun sunyi sepi ... Jam pukul 10 lebih rasanya.
Di pagar-pagar rumah kelihatan baju di sidaian menunjukkan hampir setiap rumah ada penghuni bawah umur, berdasarkan pakaian.... Tapi tak ada langsung kanak-kanak kelihatan.

Sesampai di rumah yang dituju, masih senyap lagi sehinggalah salam di beri... emm akhirnya menderulah keluar anak-anak sedara. dan apabila kami bertolak keluar berpusu-pusu lah anak-anak sedara keluar untuk melihat kami berpergian pulang ke kampung.

Sesampai di kampung.... di kiri kanan jalan anak-anak kecil riang ria bermain di halaman rumah. Ada yang memancing ikan di parit yang kontang, ada yang bermain badminton dengan shuttle yang dah hilang bulunya dan ada yang bermain basikal tak sesuai dengan saiz badannya. Yang pastinya inilah dia suasana cuti sekolah.

Teringat ummi masa kecil dulu..... waktu cuti sekolah kami tak lekat di rumah pada siang hari. Sehabis selesai tugasan di rumah ummi dan kaklong (rakan rapat ummi) ada agenda tersendiri. Kami ada special event untuk masa-masa tertentu... Kalau musim main getah, satu kampung main getah. Kanak-kanak bawah 10 tahun main getah biasa aje... Kanak-kanak atas 10 tahun main getah gundu (taruhan nya lebih besar) lastiknya pun lebih besar.

Kalau sampai musim main chakliku... (main kejar-kejar). Kami akan ujud kan kumpulan. Biasanya group atas 10 tahun akan berkumpul membuli group bawah 10 tahun. Yang menariknya masa tu kanak-kanak pakai ala-ala bikini jerk....So walaupun kami melasak kat tanah berdebu tu, basuhan untuk hari itu hanya sehelai seluar kecil sahaja. Baju lengkap hanya di pakai masa acara rasmi sahaja, misalnya bila nak ke bandar atau menziarah sedara mara atau waktu hari raya.

Tapi yang paling daring... bila kami dah bosan bermain. Kami ada adventure tersendiri seperti mencari siput sedut di pinggir pantai Serkam yang berlumpur atau mencari buah mangga jika sedang musimnya. Pengembaraan kami itu membawa kami dari hulu pantai Serkam ke muara pantai Serkam. Kami menyusur pantai Serkam dari Serkam Pantai ke Serkam Barat dan berpatah balik ke serkam pantai. Mencari buah mangga dari pokok mangga bulat berhampiran pantai serkam sehingga lah pokok mangga pauh di Tedung Pantai.

Mungkin anak-anak ummi berfikir. Nek tak marah kami ke? Ha ha ha memang nek marah kalau dia tahu. Kalau kami tak balik sebelum asar nek akan cari kami dengan pelepah kelapa. Bila nek dah mengamuk kami lari lintang pukang. Yang pasti kami saling melindungi. Sebab itu jarang kena marah.... Berbeza dengan anak-anak masa kini... kalau sorang kena marah yang lain siap jadi fire stone lagi. Masa ummi dulu kalau sesapa antara kami kena marah, kami akan saling melindungi. Kalau nek kejar kami akan lindungi adik yang jadi sasaran nek tu. Akhirnya nek pun lembut hati.. Pendek kata sampai kini kami jarang bergaduh sesama adik beradik. Kecik hati tu biasa lah...

Kadang-kadang terpikir jugak.... kesian gak pada anak-anak hari ini.........Atau mungkin mereka ada adventure sendiri seperti bermain game di computer atau menonton video di internet.... Tapi bagi ummi cuti sekolah zaman kecil ummu dulu tu tetap dalam kenangan....

Sunday, November 30, 2008

alahai murid tua ku....

ummi baru lepas habis kelas.... tunggu RBB. Masalahnya dia dah tertinggal HP nya kat rumah. Zaman sekarang ni kalau tak ada kereta macam kuda patah kaki. Tak ada HP macam burung tak ada sayap. Begitulah.... bagi ummi yang mengajar ni pulak.... tak ada LCD macam mengajar tak ada alat tulis . Botak aje....

Minggu lepas ummi dah book satu bilik kuliah yang ada LCD sedia terpasang. Bil sampai masa kuliah. tup tup bilik kuliah dah dikunci... belum pukul 5 pm pun pekerja yang kunci bilik dah balik rumah... hish hish sakit betul rasa hati... So selepas berpeluh satu badan cari kunci akhirnya ummi pasrah. Terpaksa guna plan B mengajar tanpa BBM. Murid pulak kelompok veteran. Memang veteran mengajar... Hish hish.... berpeluh-peluh dibuatnya....

Hari ini umi mengajar lengkap dengan segala BBM, slide, nota dah siap photocopy sekali (umi minta dia orang bayar lepas tu) supaya murid-murid tua ni senang hati. Memang nampak mereka berpuas hati. Kalau ummi mengajar student maktab lepasan SPM penyiksaan betul nak habiskan 3 jam. Tapi dengan guru-guru veteran ni 3 jam macam tak cukup. Bila kita ajar mereka beri tumpuan 110 %. Orang tua lah katakan dan ummi ajar slow ....slow.... sebab melayankan luahan mereka tempoh hari.

Pengalaman ummi mengajar student lepasan SPM ni kalau kita terang beria mereka buat derk sahaja. Habis satu topik ummi bagi satu ransangan supaya mereka tak bosan. Suka sungguh depa kalau umi selitkan video klip yang ada message keguruan. Bila exam , mereka skor 100%, jawapan mereka serupa macam dalam skema. Yelah umi ajar subjek ilmu pendidikan bukannya sains atau math kalau tahu, kira tahulah...... boleh goreng sikit lebih kurang. Tapi memang jawapan mereka macam dalam skema.

Tapi dengan cikgu veteran ni lain pulak lah halnya....Ummi kena terang satu persatu... mereka tak jemu pulak tu... tak ada pulak yang tertidur selama umi ajar 3 jam tu...... Tabik spring lah kat depa ni.....

So anak-anak ummi belajar lah sementara usia muda sebab bila dah tua nak sambung buat degree dah leceh. Cikgu-cikgu yang ummi ajar tu, tinggalkan rumah tangga, anak bini semua. Mereka akan berada di maktab setiap kali cuti sekolah sehingga 4 tahun. Maknanya mereka akan meninggalkan keluarga setiap kali cuti sekolah selama 4 tahun. Cubalah u all bayangkan....semata-mata untuk mendapatkan segulung kertas yang dipanggil ijazah. Murid umi yang paling tua sebaya ummi.

So Ammar, Hajar, Abu Dzar....... belajar bersungguh-sungguh di kolej tu...... guna kesempatan semasa muda sebelum sampai masa tua. Masa senang sebelum sampai masa susah....

pikir-pikir kan....... moga ketemu lagi........

WIRA KU YANG SEDANG DISOLEKKAN


kali pertama umi nampak wira daripada belakang, macam tak percaya. Betul ke ini wira ku....


kata buyah bonet depan ni dah diganti baru



Wira akan digilap semula...... jangan lah merajuk wira., walaupun MBR duduk kat sebelah tapi kau tetap di hatiku...

Saturday, November 29, 2008

masalah keibubapaan abad ke 21

1. anak-anak tidak mahu memulakan harinya selepas waktu suboh..... Ouch.... mereka semua tidur sehingga jejak dinihari..... sedangkan zaman ummi kecil dulu. Kami wajib meninggalkan katil sebelum pukul 8 pagi. Dan katil itu pula tidak akan dinaiki lagi sehinggalah lepas pukul 8 malam atau lebih tepat lagi selepas solat isyak.

2. anak-anak tidak mahu membantu ibu bapa di rumah..... Tidak ada keikhlasan pun bila bantuan di berikan malahan menganggap seolah-olah mereka layak dibayar gaji kerana tugasan tambahan yang dilakukan. Oww......dulu ummi dan adik beradik ummi ada rutin harian membantu mak di rumah bermula daripada membasuh pinggan di perigi, mengangkat air dari perigi, membasuh baju (secara manual.... guna berus dan tangan), menggiling lada guna batu giling (bukan guna blender) dan etc etc etc. Penuh taat setia dan tak minta pula apa-apa balasan. setakat dapat dengar radio (minta radio dibaiki..bila rosak.... itu aje hiburan yang ada) dan tengok tv selepas pukul 8.00 (siaran mula lepas 4.30 petang) pun sudah gembira sangat. Teringat radio lama kami dulu sebesar tv 14 inci. Arial nya pulak kena sambung dengan wayar ke mana-mana yang boleh disangkutkan sebab nak dengar drama radio setiap hari ahad sambil menolong mak kat dapur. dulu kami dengar siaran radio singapura. Hari ahad ada carta lagu dan drama best lah masa zaman kami tu.

Wahai anak-anak ummi..... pening....pening.... bila umi tengok ada orang tak nampak matahari pagi pun. Alih-alih dah dinihari.....

Wahai anak-anak ummi....bagaimana nak tahu mengurus rumah tangga kalau dari sekarang tak mula bermain pondok-pondok kat dapur ummi tu.....

Pikir-pikir kan..... fikir-fikir kan..... selamat berjumpa lagi

Thursday, November 27, 2008

antara murid muda dan murid tua.....

Scenario pertama......

Alin.... saya ternampak assignment group u all kat atas meja MKI. Nampak macam best aje... bleh tak bagi saya soft copy nak buat collection lah.... Begitulah antara lain pesanan yang ummi hantar kepada bekas pelajar umi masa di Jaim dulu yang sekarang sedang ikuti kursus JQaf di maktab ummi ni.

Umi bernasib baik sebab tak kena ajar mereka kalau tak memang manja lah mereka pada lecturer mantan guru kelas mereka masa kat form five dulu. Inilah kumpulan yang ummi ajar daripada peralihan sampailah mereka ambil SPM. Pendek kata mereka membesar di depan mata ummi. Sekarang ni ada yang dah beranak pinak pun.

Lewat tengahari alin membalas pesanan umi.
cikgu. nanti saya kumpulkan bahan daripada group-group lain juga dan bagi pada cikgu....

wah... ini sudah bagus minta satu dapat banyak.. Proaktif murid ku ini.....

Murid muda yang energetic. proaktif, dan celik IT

Scenario dua.....

Hari ini ummi prepare untuk mengajar kumpulan guru-guru sekolah rendah yang dah veteran dan sedang buat program ijazah di maktab ummi. Mereka adalah kumpulan pioneer program ini so kebanyakan daripada nya lahir dalam tahun 1960 an kiranya sebaya ummi lah ni.
Ummi prepare bagai nak rak sebab suspen mengajar pedagogi pada guru yang dah memang mahir mengajar kat sekolah. Umi memang respect betul dengan cikgu sekolah rendah ni sebab ummi sendiri tak pandai nak ngajar murid sekolah rendah. So umi buat homework... sedia powerpoint.... sedia BBM secukupnya.... dan excitement untuk mengajar.
Sehabis saja kelas.. 2 tiga orang jumpa umi...
Puan, boleh tak puan guna kaedah deduktif aja masa mengajar kami.... tak boleh lah guna kaedah induktif kat kami puan. Baik puan bagi aja maklumat terus puan....

Puan, saya dah dua puluh tahun tak membaca macam ni puan. Susah betul nak faham puan. (walhal bahan yang umi suruh baca tu dalam bahasa melayu aje)

Puan, semalam saya dah faham teori behavioris tu, hari ni saya tak dapat apa pun puan.... semalaman saya tak boleh tidur puan sebab memikirkan apa yang akan saya pelajari hari ini....

Puan, puan ajar pelan-pelan sikit puan... kami dah lambat nak faham.... (pada hal teori yang ummi ajar tu, mereka dah apply kat sekolah. Dan mereka tu dulu dah belajar masa kat maktab untuk kursus asas mereka dulu)

Puan, boleh tak puan tukar jadual puan dari sabtu ke selasa. (ini permintaan kali ke....ntah ummi pun tak ingat)

Sesapa pensyarah yang ajar group veteran ni memang mangsa keadaan lah nampaknya. Mereka akan manipulate jadual supaya mereka dapat balik kampung pada hari sabtu dan ahad.

Tak pe .... boleh aje... Okay lah..... hmmmp ok...... oh ye ke! oh lah kesiannya u all ....... lah nasib baik u all bagi tahu kat saya.... Nanti saya ubah suai sikit kaedah pengajaran saya ... Saya ingatkan u all bosan dengar benda yang sama..... hmmph.... nanti saya bagi nota.... tak pe kita sama-sama lah.... share the ideas..
blah...blah.... respon umi pada murid-murid tua ni.

paling sedih... Puan. Macamana nak cari bahan dalam internet puan... 2 tiga orang student kerumun umi. Masing-masing ada laptop... menunggu penuh minat.

umi ajar dari mula... buka folder....save file..... blah ... blah...

Kesiannya murid tua ku ini........

GAYAT.....


memang ummi gayat...... tak berani nak buka mata... tiang dipeluk erat... RBB ketawakan umi



- sudah boleh buka mata tapi tiang masih dipegang kukuh...macam talian hayat

sudah boleh senyum sikit.... sebab ini masa cable turun bukit....

semakin berani..... boleh jenguk bawah dah


Sebenarnya pemandangan ini tak pernah ummi saksikan walaupun dah 2 kali naik cable car ni....
gambar yang dirakamkan oleh RBB dari dalam cable car yang kami naiki tu... umi tak nampak pun benda-benda ni.....

Kali pertama naik cable car ... ketika bersama-sama rakan-rakan se bengkel daripada Jabatan Pendidikan Jasin Melaka. Lama dulu.... kawan-kawan paksa ummi naik cable car tu... mereka kata kalau umi tak naik semua orang tak kan naik. Jadi untuk meraikan kawan-kawan maka ummi naiklah cable car tu. Sewaktu menaiki cable car tu umi tutup mata ummi dengan tudung, cuma sesekali ummi jenguk keluar... ummi memang mudah gayat....

Tak tahu lah kenapa umi mudah gayat... dulu masa kecik-kecik umi tak berani naik escalator dekat pasaraya. Umi mula memberani kan diri naik tangga jalan tu masa umi dalam airport nak berangkat ke Kanada sebab dah terpaksa. Sampai ini... umi hanya berani bawa diri sendiri... Kalau ada anak-anak ikut... umi suruh ikut orang lain. Sebab memang umi fobia dengan ketinggian... So hajar sorry lah kalau umi tak berani naik Flora Damansara tu.....

PENGALAMAN JADI PENGIRING MBR....


sejak akhir-akhir ini, RBB sering kali dapat jemputan untuk membentang kertas kerja jemputan daripada pelbagai pihak termasuk IPT. Terbaru ummi ikut RBB membentang kertas kerja di UIA. Tension bukan main lagi RBB sampai terlepas program alumni dia yang sangat meriah (I know he missed that program so much). Nak buat camna....


Terkini ummi ikut RBB present paper kat Genting Highland. Ummi dah tiga kali ke Genting sebab ada bengkel. Setiap kali ummi ke Genting, memang ummi begitu sibuk sebab kena bina modul, buat soalan atau buat proposal. Kebetulannya semua bengkel itu dibuat di Hotel Seri Malaysia. Tapi dek kerana terlalu sibuk ummi tak pernah perasan pun yang tv kat bilik hotel tu ada siaran astro. Seperkara lagi sebelum ini setiap kali ke sana ummi bersama rombongan menaiki bas tapi bila mengikut RBB ummi dapat pengalaman mendaki bukit genting dengan menaiki kereta. Perjalanan menaiki bukit genting dengan menggunakan bas adalah pengalaman yang penuh sejarah.


Kali pertama menaiki bas, semua passengers suspen sebab driver ni sepanjang masa menuruni bukit tu sibuk menalipon menggunakan hp tanpa menggunakan hands free. Kami semua berdoa agar perjalanan kami selamat. Kali kedua menaiki bas, kami di maklumkan salah sebuah bas telah mengalami kerosakan dan hanya tinggal satu bas sahaja untuk membawa kami semua pulang ke Melaka. Jadi masing-masing berebut-berebut untuk naik bas sebab nak cepat pulang bertemu ahli keluarga masing-masing. Kali ketiga pulak bas yang kami naiki rosak betul-betul separuh perjalanan menuruni genting itu. Dalam erti kata lain kami tersandai di tengah-tengah perjalanan menuruni genting itu. Mujur drebar bawa peralatan lengkap untuk membaiki bas jadi sempat lah kami jadi pengembara di pinggir bukit genting menikmati kehijauan alam semula jadi selama hampir sejam.
Walau apa pun, RBB memang dah berpengalaman membentang kertas kerja. Masa di UIA umi duduk dalam dewan kuliah fakulti undang untuk mendengar presentation RBB. Memang menarik dan tidak menjemukan. Tahniah buat RBB..... keep it up.. hi hi hi.... Nanti kalau bentang paper lagi umi nak ikut lagi.... Lepas ni RBB ada jemputan ke Kelantan plak.... Buat anak-anak ummi kalau u all nak gi pergi sendiri lah nanti yerk.... Kak cik ngan wani umi tinggalkan kat rumah sedara rapat dia kat sungai buluh.


Saturday, November 22, 2008

LAST BUT NOT THE LAST




akhirnya cuti semester sampai juga....
Bagi kami kat IPPM cuti ini bermakna permulaan kepada satu lagi sesi mengajar yang tak berkesudahan. Apapun, awal tahun depan ofis umi akan berubah strukturnya. Pejabat masih dull macam biasa. Macam staf room kat sekolah, crowded and lack of privacy.Begitulah hidup guru seperti lilin membakar diri.

Rakan-rakan se ofis umi beria-ia merakam kenangan bersama. Hafsah akan cuti 3 tahun untuk buat Phd kat UTM. Noryani dengarnya akan berpindah ke jabatan HEP. Kak Ani akan berpindah ke R&D. Tinggal umi , grace dan Anuar.

Cuti semester ini umi akan mengajar group PGSR. Guru-guru sekolah rendah yang nak sambung degree di IPPM....

Umi belum jumpa diorang ni... tapi yang pastinya murid-murid tua ini dah menunjukkan keveteranan nya. Senang hati jerk dia tukar-tukarkan jadual umi ikut keselesaan dia... Tapi baik jugak weekend ni dapat lah umi melepak kan diri selepas teraniaya bawa student pergi program bina insan guru.....

Saturday, November 15, 2008

WIRAKU YANG MEMBAWA DIRI...



kereta wira yang telah menghentak belakang WIRA kesayanganku..



Satria ini lah yang telah menghentam belakang Wira Merah dan telah menyebabkan Wira ummi turut tercedera....


Kesian WIRA ummi.....

syukur..... anakanda Ammar cedera sikit aje.


RBB dah memulakan lagu mengantuk... mata umi pun macam ditarik-tarik semakin melayu... tak tahulah kenapa hari ni mata mengantuk sungguh. RBB minta anak-anak kat seat belakang tolong picit-picitkan bahu. Last sekali bila dah tak tertahan menanggung ngantuk RBB minta ummi picitkan tangannya. " hait ni tak boleh jadi nihh! teruk sangat mengantuk dia ni..." bisik ummi dalam hati.

Laluan yang RBB ambil untuk pulang ke Sg Rambai terasa teramat jauhnya.
"bukan ke laluan ni lebih jauh daripada laluan biasa?" ummi tanya pada RBB.
"biasa aje..." nada jawapan penuh mengantuk dari RBB.

ummi lontarkan pandangan ke luar kereta. Ni baru sampai Tambak Paya. RBB tidak menunjukkan tanda-tanda akan beransur pulih dari tanda-tanda kelenaannya.

"takpe lah kang dekat lebuh AMJ ummi bawak" usul ummi penuh nekad. Kereta sylphy ni tak pernah mengenal orang lain selain RBB lah pemandu solonya.

" ye ke?" tanya RBB macam tak percaya.
ummi tak membalas lagi. Pemanduan diteruskan dalam kelesuan RBB. Anak-anak dibelakang tak berbunyi-bunyi. Risau agaknya melihat RBB yang semakin lesu.

Sesampai di simpang Kandang RBB berhentikan sylphy nissan itu di tepi jalan. Menukar gear ke mod Parking. Ummi sudah nekad stereng pasti akan dipegang kali ini. Perjalanan mesti diteruskan.

Pemandu sudah bertukar orang.
"bestnya bawa kereta ni" bisik ummi dalam hati.
Ummi mula berangan untuk membawa kereta ini ke maktab bila-bila ada kesempatan. Ummi sudah mula membayangkan reaksi kawan-kawan kalau tahu datin Halimah sudah bawa kereta sebesar sylphy. Gelaran datin itu dikurniakan kepada ummi kerana seringkali dihantar dan diambil oleh suami ke tempat kerja.

Akhirnya sylphy selamat di daratkan di halaman rumah RBB. Ummi mematikan engin untuk kesekian kalinya dengan penuh kepuasan. Ummilah pemandu sylphy yang kedua selepas RBB. Selepas ini sylphy itu akan selalu bertemu ummi sebagai pemandunya. Ummi macam mahu menyanyi-nyanyi.

ring....ring... hand phone RBB berdering di sebelah bantal pembaringan nya sejak pulang tadi.
deringan mati sebab tidak dilayan.

ring...ring.. hand phone ummi pula berdering. Ummi terus angkat ini mesti panggilan daripada keluarga rapat.

"ummi kereta orang kena hentak dari belakang.. blah....blah...blah" terang ammar pada ummi dalam handphone itu.

Rupa-rupanya wira yang dipandu ammar telah mengalami kecederaan akibat kemalangan melibatkan 4 buah kereta di Telok Mas.
"kereta rosak depan belakang... tapi orang tak apa-apa" tambah ammar melegakan hati ummi.

ummi mula tersedar dari hayalan.... apakah wiraku itu mula berjauh hati.....

PAHLAWAN UMMI NAMANYA ALI AL HUSAINI

mengenang nasib.......


Seperti namanya yang bermula dengan alphabet A begitulah anak ummi yang sorang ni lahirnya pun di awal tahun iaitu 4 Januari, 1996. So khamis 13 hb November yang lepas Ali bersama rakan-rakan kelahiran 1996 nya menerima keputusan UPSR. Keputusan yang menggambarkan prestasi Ali setelah 6 tahun berada di sekolah rendah.

Umi tahu Ali telah berusaha sedaya upaya. Umi nampak kegigihan Ali belajar siang dan malam dengan bimbingan guru-guru SK Parit Gantung yang tak pernah jemu. Apalah SK Parit Gantung jika nak banding dengan sekolah lain kat Malaysia ni. Dah 2 tahun sekolah tu kemarau 5A. Tahun ini cikgu-cikgu Ali cukup teruja untuk menghasilkan sekurang-kurangnya seorang pelajar dengan keputusan 5A. Basikal yang dijanjikan untuk mereka yang dapat 5A pun dah berkarat sebab dah 2 tahun tak ada yang layak menerimanya . Tahun ini handle basikal itu akhirnya dipegang oleh 2 orang gadis sunti anak kelahiran Kg Parit Gantung. Namun Ali terpaksa berpuas hati dengan 3A dan 2B. (Ali hanya dapat B untuk subjek Sains dan B. Inggeris)

Umi tahu Ali tidak gembira. Umi tahu Ali bercita-cita untuk ke sekolah berasrama penuh. Tambah pilu lagi bila diingat kenangan di hari Ali akan menghadap kertas Sains dan B.Inggeris. Ketika itu bulan Ramadan. Entah kenapa 30 hari umi boleh bangun awal untuk menyediakan sahur tapi di hari bersejarah hari penting untuk Ali kita semua tak terjaga waktu sahur. Umi nampak airmata yang Ali cuba sembunyikan daripada Umi di pagi ramadan hari akhir untuk semua calon UPSR. Umi minta maaf banyak-banyak.

Walau apa pun umi bangga sebab Ali dah cuba sehabis daya. Keputusan itu adalah yang terbaik yang telah Ali sendiri usahakan bersama berkat doa guru dan keluarga semua. Tahniah buat Ali. Moga Ali terus tabah setabah Pahlawan Islam Saidina Ali bin Abi Talib. Segagah cucunda Rasulullah Husain bin Ali bin Abi Talib dan sekukuh iman Muhammad Rasulullah saw. Dari situ namamu bermula….. Muhammad Ali Al Husaini cucunda Hjh Fatimah (nenda yang sentiasa mengingatimu).

Monday, November 10, 2008

KELAM KABUT

ring....ring... "hello kak... boleh tak saya datang copy bahan akak tu" ..
"sure... nanti lepas ni akak burn dalam CD"

2 CD kat tangan....
I laporan R&D untuk Dr Kumar
1 lagi bahan untuk kawan shidah..... Ok beres..... lepas ni masukkan dalam pigeon hole... hati dah berbunga... kerja pasti beres.

Muat ke tak pigeon hole ni.... tup... okay muat-muat jerk...
alamak salah CD lah..... itu untuk shidah.. ni pigeon hole Dr Kumar. Camna ni...? Dr Kumar tak tinggalkan kunci plak tu... hait bengangnya.... tak boleh nak korek pulak ni...

"kak.... jaga peksa pukul 2.30 tau.... "

"hari ni akak tak pakai jam... hp plak dah abis bateri... bengangnya"

There was a day when everything doesn't go right from the very beginning of the day. And today was one of them. I was all sweating, is it because of the weather or due to the black out or because of the disaster. But life wasn't all that bad....which also happened today.

"hi cikgu....."sapa sekumpulan guru pelatih yang umi pernah ajar dalam kelas EDU 3101 penuh riang.
"cikgu......" sapa sekumpulan pelatih lain sambil tersenyum-senyum.
" hi cikgu...." sekelompok lagi guru-guru pelatih menyapa ketika umi melangkah menuju dewan peperiksaan untuk menjalankan tugas mengawas peperiksaan. Mereka pelajar-pelajar umi dalam kelas EDU3103.
"kak... akak glamorlah...." bisik Hafsah rakan pensyarah.
" do I know u." usik umi pada budak-budak pelatih tu.
"cikgu ni....." balas budak-budak pelatih tu manja.
"ye lah, cikgu korang ni macam artis, orang famous mana kenal peminat dia" tambah rakan pensyarah.

hari ni baru umi tau..... Guru-guru pelatih tu gembira melihat umi... Pensyarah kesayangan mereka... Hi hi hi. Perasan umi dalam hati....

MINGGU PEPERIKSAAN DI IPPM

Dah lama tak menulis suasana kat tempat kerja... asyik nostalgia jerk... hemmph... apa yerk terbaru kat ofis.

oww. Hari ni panas...panas...panas. semua panas.

Pagi terlari-lari dari MBR naik keta kawan ke anjung tadbir (tempat ofis umi) sebab RBB nak ke Putra Jaya ada meeting.

Lepas tu Datin beritau semua folio mesti masuk ofis. Alamak signature KJ belum dapat lagi. Kena print rancangan mengajar kemudian dapatkan tandatangan bos. Ms Iso ni buang kertas aje le kerjanya.

Makcik Grace pulak ingatkan "Halimah... jangan lupa hari ni moderasi jawapan KPLI..... pergi SUP cepat...." Sabar lah grace... I siapkan folio ni.... dalam hati menggerutu.

8.45 am: Umi dah beratur tunggu giliran untuk perbanyakkan copy sampel untuk dimoderatekan. Fulamak..... 17 orang lecturer jadi panel moderasi. Ramainya.... kena talipon sorang-sorang pulak tu. " Minta datang ke bilik Seri Kesidang, moderasi mula pukul 9.30 am" arahan diberi... Kengkawan kat sebelah kata... wah dah ada gaya pengarah lah...Pehhh!!! bengang.

9.30 am masih belum habis photo copy sampel lagi.... alamak....lambatnya ni....

9.45: okay kita mula sampel 0305.... "ya allah ! kelamnya tulisan . ... tak nampaklah ... kita tukar sampel 0030. Sampel tak cukup plak.... Mah pergi tambah copy lagi...

Assalamualaikom... sori lambat.. ada sampel lagi tak... tak peh I pergi copy lagi.... turun tangga lagi.... pehhh penatnya.

12.00 tgh : agih-agih skrip...... ada skrip hilang lah.... alamak... macamana ni!

Hari ini memang memeningkan.... letrik pulak asyik blackout... aircond tak ada.... mak panasnya..

bilalah renovation IPPM ni boleh selesai.... panas-panas!!!!!!

UNIVERSITY CENTER

dalam university center


where is the heart of a town? Its downtown. where is the heart of a university? Its university center (UC). Bagi kami student university of Guelph, UC adalah tempat pertemuan. Sehabis kuliah kami berkumpul kat cafe. Shopping2 kat co op. Paling penting solat kat meditation room. Paling tidak pun stop by tengok tv kat pinggir jalan dalam UC tu.

Depan UC kalau masa winter selalunya macam kaca licin. Jatuh kat depan UC perkara biasa. Tak ada orang nak ketawakan pun. Mereka selalu tunjuk muka simpati kalau kita terjatuh depan UC. Kami tunggu bas pun depan UC. Balik malam lepas kuliah perkara biasa. Kadang-kadang umi balik sorang-sorang dalam bas. Tak takut pun. Lepas pukul 9 malam biasanya bau arak merata-rata dalam bas. Mat saleh suka minum-minum lepas kerja. Bab tu umi ngeri sikit. Tetapi soal keselamatan di pekan Guelph, sangat terjamin.

Sampai sekarang kenangan kat University Center masih jelas diingatan. Kerana setiap hari umi mesti melalui UC sebelum pergi kuliah atau balik dari kuliah. Bagi setiap university di Kanada, University Center adalah dimana pelaburan dilakukan supaya UC nya sentiasa kelihatan lebih canggih dari University center university lain. Semua bangunan lama dikekalkan ke antikannya tetapi university center sentiasa moden, canggih dan terkini kemudahannya.

Saturday, November 8, 2008

SELAMAT HARIJADI WANI



Semalam hari Sabtu 8 November, 2008 ulangtahun kelahiran Shazwani anak bongsu umi yang ke 9. Selamat hari jadi umi ucapkan walaupun wani tidak berada di rumah ketika ini. Wani dan kembar selang setahunnya tu sedang bergembira ikut field trip sekolahnya. Best betul. Umi dengar pun teruja. Dari melaka naik bas ke Tampin. Daripada Tampin mereka menaiki keretapi ke KL. Kemudian mereka menaiki bas ke Lumut. Daripada situ, mereka telah menaiki feri ke Pulau Pangkor. Daripada cerita Wani melalui handphone mereka telah mengelilingi pulau pangkor dengan satu lagi kenderaan baru yang dinaikinya menjadikan sekarangni 3 jenis kenderaan (bas, feri dan ntah apa namanya). Mereka bermalam di Pulau Pangkor di sebuah apartment sebilik 5 orang. selepas bergembira melancung di Pulau Pangkor kembar itu telah menaiki bas ke Cameron Highland. Sehingga semalam laporannya mereka telah berjalan-jalan dan makan steam boat kat sana. Di Cameron Highland mereka menginap kat hotel. Kata kakcik dalam bilik tu ada satu katil besar dan satu katil kecil sikit. dan the birthday girl tidur sorang kat katil yang kecil tu manakala kakaknya berkongsi dengan 3 orang lain di katil yang lebih besar. Wani tanya umi... ' umi nak wani belikan cenderamata apa?' Rasanya inilah hadiah harijadi paling mahal umi pernah bagi pada wani . A trip to Pulau Pangkor, Cameron Highland and KL.

Happy birthday Wani........

We love you.

MENGIMBAU KENANGAN 1981




Kenapa yerk tiba-tiba umi mengimbau kenangan lama dan mem'blog'kannya? Good questions. Masa anak-anak umi sedang membesar umi selalu cerita yang umi suatu masa dulu pernah belajar di Kanada. Tapi cerita umi tu selalunya macam diabaikan oleh anak-anak umi. Mereka anggap macam umi suka ulang-ulang cerita so that mereka rasa macam so left out academically. Seingat umi tak ada anak umi yang nak tanya cerita umi sewaktu student dulu dengan detail. Sehingga akhirnya umi tak teruja pun nak cerita pengalaman umi kat sana. So bila umi dah nak sampai usia emas ni selagi umi masih mengingati pengalaman umi itu biarlah umi menulisnya untuk dibaca oleh anak-anak pengalaman ibu mereka yang pernah mengandungkan mereka selama 9 bulan. Pengalaman ibu mereka yang pernah suatu waktu dulu diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki di bumi asing benua Amerika Utara.

Satu lagi soalan yang mungkin bermain di benak anak-anak umi agaknya lah kan gambar-gambar tu gambar lokasi sebenar ke?? Excellent questions too. Apapun , gambar-gambar tu memang gambar di lokasi sebenar. Di ambil daripada koleksi gambar yang tersedia di dalam internet. Sekarang zaman canggih kan.

Masa umi belajar dulu umi tak pernah ada kamera. Ketika umi jadi student dulu kamera adalah barang mewah yang tidak termasuk sebagai keperluan. Dalam minda ketika itu, umi adalah anak orang kurang berada, umi perlu simpan duit, kalau tak ada duit tak ada orang boleh tolong umi. Walaupun dikelilingi oleh anak-anak orang berada ketika itu (walaupun mereka dapat biasiswa) umi tidak tergoda dengan cara hidup mereka sebab memang dalam mindset umi. Mereka tidak seperti umi. Umi datang daripada keluarga miskin.

Masa umi ke Kanada dulu umilah anak pertama Pn Hajah Fatimah dan Hj Salleh yang berangkat ke luar negara (masa tu nek dan aki belum bergelar haji lagi pun). Umi masih ingat umi bertolak pada 3 hari raya aidil fitri tahun 1981 betul-betul sama hari dengan tarikh walimatul urus Tok Teh dan Mok Teh kat Serkam tu. So masa pergi tu pulak unexpectedly jadi macam majlis orang nak berangkat ke Mekah. Ada orang azan kan dan diiring sampai ke kereta. Masa tu arwah aki (moyang u all lah) Hj Othman, imam kg Serkam pegang tangan umi sampai ke kereta yang sedia menunggu di depan rumah Nek Yam. Punyalah tebal muka sebab jadi perhatian orang ramai. Masa tu umi baru 17 tahun baru habis SPM pun. Umi masih ingat ada barang umi yang tertinggal, tapi umi tak dibenarkan berpatah balik , sebab pantang larang orang nak berpejalanan, orang lain tolong ambilkan.

Sebenarnya umi pun blur masa tu. Bila dapat tawaran ke luar negeri umi terima automatik atas alasan to futher my study. Never would I think of the future in terms of where I will stay, dengan siapa, the length of time dan most importantly environment yang akan umi hadapi. Perasaan itu datang tiba-tiba bila umi sampai ke airport Subang (masa tu belum ada KLIA lagi). Di sana baru umi rasa gerun, rasa rendah diri sebab di kelilingi oleh kumpulan pelajar yang akan ke luar negara juga.

Semua pelajar lain memakai kot dan pakaian yang bersesuaian dengan orang nak ke oversea. Umi macam alien di airport tu. Rombongan daripada serkam ni memang tak ada pengalaman hantar anak ke oversea. Malahan dekat kampung ketika itu pun ke oversea ni memang perkara jarang-jarang berlaku . Kes terpencil saja ketika itu. Jadi kami tak ada perunding imej atau penasihat daripada segi keperluan.

Umi hanya memakai sweater warna kuning (hajar selalu pakai tu) berbaju kurung dan membawa beg pakaian berbelang-belang yang cukup untuk pakaian untuk 3 hari berkursus. Yang pasti umi bawa sebuah beg galas yang penuh berisi biskut-biskut raya yang nek buat sendiri. (ada cerita juga pasal biskut raya ni bila umi sampai di Heathrow London)

So bila umi tengok student-student lain kat airport tu baru timbul rasa ngeri. Kecemasan umi tu umi suarakan pada Nek Lang (mak sedara paling rapat) . "Maklang takutnya!" Maklang kata... tak pe. Kau boleh buat. (sampai ini umi ingat kata-kata motivasi nek lang u all tu)... so anak-anak umi kena selalu ingat nek lang tu sebab umi membesar dengan dia. Selain aki dan nenek umi memang dibesarkan oleh nek lang.

Jadi akhirnya umi berangkat juga menaiki kapalterbang MAS. Ketika itu daripada terminal menunggu kita akan di bawa menaiki shuttle ke kapal terbang. Turun shuttle kita akan menggunakan tangga untuk naik kapal terbang. Dan ini semua boleh di saksi kan oleh sedara mara yang menghantar daripada terminal. Dari atas tangga itu umi lambaikan tangan ke arah terminal. Lambaian terakhir sebelum umi dapat bertemu semula keluarga selepas 3 tahun
berada di kanada. Umi hanya dapat pulang bercuti pada tahun 1983 kerana itulah peruntukan bercuti yang ditampung oleh JPA. Dalam tempoh 3 tahun itulah umi dapat berita pemergian nyang (arwah Hj Othman). Bagaimanapun umi berpuas hati dengan kenangan umi pada arwah aki sewaktu dia sendiri melepaskan umi selaku cucu pertamanya melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan penuh bangga. Ada ramai cucu-cucunya yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas itu tetapi umi tak pasti berapa orang yang diiring sendiri oleh Hj Othman Hj Muhammad salah seorang tokoh ulama yang ada di negeri Melaka. Al Fatehah buat nenda Hj Othman bin Hj Muhammad.

DOWNTOWN GUELPH.




Sewaktu menghadapi Grade 13 di Mack International Academy of Arts and Sciences di Toronto, pengangkutan utama ke kolej adalah bas dan subway. Subway adalah sistem pengangkutan bawah tanah yang disediakan untuk orang-orang awam di Toronto. Ia merupakan sistem transit macam LRT cuma bezanya ia berjalan di bawah tanah. Kat Malaysia ia di atas. Sistem pengangkutan di Kanada sangat efisen sebab itu tidak ramai orang menggunakan pengangkutan sendiri untuk ke tempat kerja atau ke sekolah. Kita hanya perlu tahu jadual bas sebab bas sentiasa menepati waktu cuma jangan lewat walaupun sesaat. Bas tak akan tunggu kita. Kos pengangkutan pun tak mahal. Kami hanya perlu beli token, satu token sahaja diperlukan untuk sekali perjalanan tanpa mengira jarak. So kalau kita naik dari hujung paling selatan hingga hujung paling utara laluan bas atau subway tu kita hanya perlu bayar satu token sahaja yang harganya dalam 50 cent sahaja. Di Kanada kita tidak kelihatan miskin semata-mata kerana tidak berkereta ke tempat kerja atau ke universiti. Lagipun di kanada orang tak kata nak ke universiti. I'm going to school tu diguna pakai walaupun untuk ke universiti. Pada mereka buat first degree pun macam ambil SPM je.... 1st degree tu tak ada benda pun. Nak kerja pun dengan 1st degree tu macam budak mentah aje belum tahu apa-apa dalam bidangnya.

Daripada Bagot St umi menaiki bas ke downtown Guelph (pekan Guelph yang selalu aman). Daripada situ umi menaiki bas yang akan melalui Gordon St terus sampai depan University Centre. Sistem pengangkutan di Kanada mudah lagi memudahkan. Sebab tu orang penakut macam umi ni pun boleh survived. Sekarang ni kalau umi di tinggalkan kat KL memang umi tak tahu nak buat apa. Pertama jalan berselirat, kedua pemandu ikut suka hati je, paling mengerikan zebra crossing tak pernah di hormati. Di Kanada, pejalan kaki di hormati oleh semua pengguna jalan raya . Jika pejalan kaki sedang melintas jalan semua kenderaan akan berhenti.

Friday, November 7, 2008

150 BAGOT STREET, GUELPH, ONTARIO


Penyewaan kami di Willow Road tak lama. Berkenalan dengan ramai pelajar yang self sponsored mengajar kami erti berjimat cermat. Hasil daripada perkenalan kami dengan Kak Mar (orang Kelantan) isteri pada Abang Radzi (govt sponsored dari Kelantan) membawa kami ke 150 Bagot Street. Kalau tak silap ummi kami menyewa apartment 208. Kami berpindah ke Bagot St kerana sewanya lebih murah dan lebih dekat dengan hentian bas dan shopping mall.

Bertemu dengan pasangan Normariah dan Radzi membuatkan kami lebih bersatu atas dasar keIslaman. Perkenalan itu juga membawa kami ke program-program konvensyen pelajar Islam yang lebih global lagi. Setiap cuti semester kami akan mengikuti suami isteri ini ke program-program halakah yang diadakan di merata tempat di Benua Amerika Utara.

Seingat umi dalam tahun 1982 umi telah sampai ke Kalamazoo Illinois, lepas tu ke New Jersey, kemudian ke San Diego termasuk juga tempat-tempat lain di Kanada seperti St Catherine dekat Niagara Falls, Montreal dan Ottawa.

Alhamdulillah semua perbelanjaan umi sewaktu di Kanada adalah hasil wang yang umi simpan daripada pemberiaan biasiswa oleh Kerajaan. Umi di taja oleh JPA. Nenek dan aki terselamat daripada terpaksa membiayai perbelanjaan umi di sana. Lagi pun ketika itu manalah ada cara komunikasi seperti sekarang. Talian di rumah pun masih belum ada lagi ketika itu. Kami hanya dapat menghantar khabar berita melalui surat yang setiap satunya memakan masa satu atau dua minggu untuk sampai ke kampung.

Kini setelah mempunyai anak-anak barulah umi dapat membayangkan perasaan hati nenek ketika melepaskan umi belajar ke luar negara. Tentu nenek risau dan rindu pada anaknya. Umi boleh bayangkan tidurnya tentu terganggu memikirkan nasib anaknya yang tidak ketahuan. Hendak ditanya tak ada hubungan cuma mengharap pada ehsan anak yang mengingatinya melalui lembaran warkah yang dikirim setiap minggu.

Bak kata orang bila dah terkena baru kita merasa. Begitulah pengorbanan nenek untuk umi. Buat anak-anak umi ingatlah selalu orang tua mu ini. Jangan masa kehabisan credit aje baru nak ingat umi. Bila umi dah transfer wang ke akaun pun tak sudi nak hantar sms sekadar untuk menyatakan terima kasih.

Saturday, November 1, 2008

26 Willow Road


Tamat Grade 13, kami meneruskan perjalanan hidup di perantauan sebagai seorang pencari ilmu. Umi berjaya diterima masuk ke salah sebuah universiti di Ontario Canada. Bersama dengan rakan yang sama universiti kami mencari rumah untuk di sewa. Dengan bantuan Abang Zai (senior kami yang sekarang ni dah arwah.... meninggal sebab hypertension).
Begitulah akhirnya umi, Ami (Pontian, Microbiology), Alang (Perak, biochemistry) dan Che' Mah (Kelantan, major Microbiology) tinggal se apartment di 26 Willow Road. Kalau tak silap ingatan umi kami tinggal di tingkat 6. Apartmen tu dekat dengan shopping mall. selalunya hujung minggu kami bershopping untuk groceries. kami berkongsi duit belanja (bahagi sama rata), kami kongsi memasak, oleh kerana di sini tak ada warung makan memanglah kami kena masak supaya dapat rasa masakan melayu. Di situ tidak ramai pelajar Melayu, tapi kami sering berkumpul untuk program usrah, barbeque, dan celebrating apa-apa festival especially Hari Raya. Hidup sebagai student di bumi asing itu bagi umi suatu pengalaman yang tidak semua orang boleh dapat. Umi banyak belajar daripada pengalaman itu.

2667 HUMBERVIEW, KIPLING, ONTARIO



1981-1982

Di bangunan ini (gambar bawah) tempat ummi mula-mula menginap berteduh dari panas dan hujan sewaktu menjadi student di Mack International Academy of Art and Sciences untuk selesaikan Grade 13 selama setahun.

Umi tinggal di tingkat 12 bilik no 8. (apart 1208). House mate ummi Shamsiah dan Zulaipa dari Terengganu (lepas tu mereka sambung kat Toledo USA), Pahriyah dari Penang (dia pun ke toledo U) dan Noreha Halid dari Perak (sambung kat York University). Noreha (Le'a) sekarang ni pensyarah di UKM.

Gambar atas tu bangunan Beaconhill view, tempat tinggal pelajar-pelajar lelaki. Cuma walking distance aje daripada bangunan kami.

Student melayu occupied most of the apartments. dari Tingkat 7 sampai tingkat 23 semua ada budak Melayu.

Friday, October 31, 2008

suatu masa dulu.....



Mentari memancar terik memanah ke dalam ruang maktabah (pejabat) madrasah itu. Di ruang pekerja lelaki terdapat 2 buah meja yang menghadap satu sama lain. Terdapat kabinet besi untuk menyimpan fail-fail yang lain hanya beberapa buah kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab.

Seorang anak muda berserban dan berjubah putih dalam lingkungan dua puluhan sendirian asyik menaip di mesin taip. Satu-satu jarinya mengetuk. Bukan mudah untuk menyiapkan surat dalam tulisan jawi itu namun dia terus menaip. Di luar beberapa orang anak-anak kecil berserban putih dan berjubah berlari-lari bekejar-kejaran sementara menanti solat asar di musolla. Nun di pesisir pantai menghadap Selat Melaka beberapa orang anak gadis berjubah dan berpurdah menyusuri tepi pantai. Suatu pemandangan biasa di pantai pinggir Selat Melaka itu.

Keheningan senja itu dipecahkan dengan suara memberi salam daripada sebalik tabir yang memisahkan ruang pekerja lelaki dengan pekerja perempuan.
"assalamualaikom ustaz" gemersik suara ustazah daripada balik tabir itu. Sesekali kain tabir itu beralun-alun ditiup angin daripada satu-satunya kipas angin yang ada di pejabat itu.
"waalaikom salam" balas ustaz muda itu setelah lama salam diberi.

"ustaz panggil ana ke?" tanya gadis itu penuh sopan. Di tangan gadis muda itu sehelai nota bertulis dalam tulisan jawi. Dia membacanya di dalam hati.. assalamualaikom, sila jumpa saya di pejabat. Menunduk di belakang nya penuh sabar seorang gadis memakai purdah hitam dan berjubah coklat menemani gadis yang sedang berada di sebalik tabir itu.

"oh ye.... ada hal yang perlu dibincangkan" balas ustaz muda memecah kesunyian petang itu.
" ustazah boleh tunggu ana sebentar" tambah ustaz itu lagi sambil menarik sebuah kerusi dan duduk berhampiran tabir kain yang memisahkan ruang antara mereka berdua.

Gadis yang dipanggil ustazah tadi menarik sebuah kerusi berhampirannya. Hanya bunyi kerusi yang di tarik kedengaran. Dia menunggu dengan sabar. Tangannya membetulkan purdah yang dipakainya.

Ustaz muda itu terbatuk-batuk kecil. Dia menjeling pada botol ubat homeopathy di atas mejanya. Kesihatan nya sering terganggu. Sekujur tubuh kurus nya menahan batuk yang semakin mengeras pula. Angin panas dan kering dari pantai Selat Melaka menambah lagi batuknya. Kertas di meja kerjanya di susun kemas. Dalam hatinya menyusun bicara. Wajah gadis itu tidak dapat digambarkan kerana sentiasa dilindungi disebalik sehelai purdah.

Dari pembesar suara musalla mengalun suara kanak-kanak mengalunkan zikir munajat. Suara merdu itu mengingatkan dia pada tugasnya. Di sini, di pinggir selat melaka.....dia harus memikul amanah.

Thursday, October 30, 2008

BONDA AMMAR


Kenapa ummu ammar?
  1. Ammar adalah anak pertama yang ummi lahirkan kedunia. Sejak Ammar lahir kedunia ummi sudah mula menggunakan nickname baru.... Macam orang arab, menamakan diri ikut nama anaknya... Misalnya ummu salamah (ibu kepada salamah). Untuk pengetahuan anak-anak ummi terutamanya ammar di awal kehidupan berkeluarga kami dulu buyah namakan koleksi buku-bukunya maktabah abu ammar.... Begitulah bangganya kami mempunyai seorang anak lelaki.
  2. Bila muncul Hajar dalam hidup kami... ummi dan buyah amat berbahagia kerana telah ada sepasang anak seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi nickname ummi masih ummu ammar sebab dah dimulakan begitu.....
  3. Tahun demi tahun bertambah anak-anak ummi dan buyah..... Kami bertambah sibuk tapi cukup bahagia.... kerana tak semua insan sebertuah kami. Mempunyai anak yang ramai.
  4. Setiap anak kami berbeza dan unik... punya watak tersendiri... ada yang lembut, perasa, keras hati, panas baran, penyejuk hati dan ada juga ....... macam-macam. Keadilan bagi ummi adalah melayan kerenah anak-anak mengikut watak dan kehendak mereka yang berbeza-beza.
  5. apabila anak-anak ummi sudah mula melangkah ke alam pengajian tinggi... ummi mula terasa letihnya. Masa kecik-kecik dulu tak lah pulak terasa letihnya... Letih dalam banyak hal terutamanya .... apa lagi kalau tidak kos serba serbi.... semua perlu dilengkapi....mahal pulak tu. Bila semua anak di pengajian swasta... memang letih dibuatnya. Tapi ummi bersyukur tak ada anak ummi yang keciciran. Semuanya boleh membaca dan menulis dengan baik. Sampai ada yang guna untuk marah-marah pun ada. (Umi tak pulak berkesempatan untuk marah-marah pada nenek sewaktu hidupnya)
  6. Selagi hayat masih ada... walau sesukar mana sekalipun ummi dan buyah pasti akan cuba usahakan agar semua anak-anak ummi berjaya dan mampu hidup berdikari bila kami tiada lagi di dunia ini.
  7. Ummi ingin merasa kekayaan yang nenek miliki iaitu ... kasih sayang kami semua pada nenek dan aki. Walaupun nenek dan aki tak berada tapi kami semua punya ilmu yang memadai untuk dapat hidup seadanya....Sehingga ke akhir hayat mereka tetap dalam doa kami semua... anak-anaknya yang dibesarkan dan dipersekolahkan dengan susah payah.
So ummu ammar adalah ibu kepada muhammad ammar al husaini, siti hajar, abu dzar al husaini, ummu aiman, mashitah, muhammad ali al husaini, najihah dan syazwani..

kalian semua sentiasa di hati ummi.

ummu ammar

KENANGAN MENGUSIK JIWA





kadang-kadang terkenang kenangan manis keluarga umi yang besar ini.
jarang orang dapat rezeki mempunyai keluarga sebesar keluar ummi ini... 8 orang semua nya campur umi dan buyah dah sepuluh kesemuanya.
Gambar-gambar ni dalam koleksi ummi. Diambil masa cuti bulan Disember waktu tu kita semua sambut birthday buyah kat Sagil. Kadang-kadang jelous gak asyik orang sambut birthday buyah aje.... Birthday ummi ada orang sampai terlupa....Sapelah kita untuk diingati kan.....

So walaupun kita ramai tapi sempat juga meraikan majlis seperti itu kat Sagil pulak tu. Tapi along kita ... seperti biasa bila kita ramai-ramai member macam bosan giler.... tertidur-tidur pulak dia. Ya lah kan .... majlis bersama keluarga mana ada kick nya kan...