Kenapa yerk tiba-tiba umi mengimbau kenangan lama dan mem'blog'kannya? Good questions. Masa anak-anak umi sedang membesar umi selalu cerita yang umi suatu masa dulu pernah belajar di Kanada. Tapi cerita umi tu selalunya macam diabaikan oleh anak-anak umi. Mereka anggap macam umi suka ulang-ulang cerita so that mereka rasa macam so left out academically. Seingat umi tak ada anak umi yang nak tanya cerita umi sewaktu student dulu dengan detail. Sehingga akhirnya umi tak teruja pun nak cerita pengalaman umi kat sana. So bila umi dah nak sampai usia emas ni selagi umi masih mengingati pengalaman umi itu biarlah umi menulisnya untuk dibaca oleh anak-anak pengalaman ibu mereka yang pernah mengandungkan mereka selama 9 bulan. Pengalaman ibu mereka yang pernah suatu waktu dulu diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki di bumi asing benua Amerika Utara.
Satu lagi soalan yang mungkin bermain di benak anak-anak umi agaknya lah kan gambar-gambar tu gambar lokasi sebenar ke?? Excellent questions too. Apapun , gambar-gambar tu memang gambar di lokasi sebenar. Di ambil daripada koleksi gambar yang tersedia di dalam internet. Sekarang zaman canggih kan.
Masa umi belajar dulu umi tak pernah ada kamera. Ketika umi jadi student dulu kamera adalah barang mewah yang tidak termasuk sebagai keperluan. Dalam minda ketika itu, umi adalah anak orang kurang berada, umi perlu simpan duit, kalau tak ada duit tak ada orang boleh tolong umi. Walaupun dikelilingi oleh anak-anak orang berada ketika itu (walaupun mereka dapat biasiswa) umi tidak tergoda dengan cara hidup mereka sebab memang dalam mindset umi. Mereka tidak seperti umi. Umi datang daripada keluarga miskin.
Masa umi ke Kanada dulu umilah anak pertama Pn Hajah Fatimah dan Hj Salleh yang berangkat ke luar negara (masa tu nek dan aki belum bergelar haji lagi pun). Umi masih ingat umi bertolak pada 3 hari raya aidil fitri tahun 1981 betul-betul sama hari dengan tarikh walimatul urus Tok Teh dan Mok Teh kat Serkam tu. So masa pergi tu pulak unexpectedly jadi macam majlis orang nak berangkat ke Mekah. Ada orang azan kan dan diiring sampai ke kereta. Masa tu arwah aki (moyang u all lah) Hj Othman, imam kg Serkam pegang tangan umi sampai ke kereta yang sedia menunggu di depan rumah Nek Yam. Punyalah tebal muka sebab jadi perhatian orang ramai. Masa tu umi baru 17 tahun baru habis SPM pun. Umi masih ingat ada barang umi yang tertinggal, tapi umi tak dibenarkan berpatah balik , sebab pantang larang orang nak berpejalanan, orang lain tolong ambilkan.
Sebenarnya umi pun blur masa tu. Bila dapat tawaran ke luar negeri umi terima automatik atas alasan to futher my study. Never would I think of the future in terms of where I will stay, dengan siapa, the length of time dan most importantly environment yang akan umi hadapi. Perasaan itu datang tiba-tiba bila umi sampai ke airport Subang (masa tu belum ada KLIA lagi). Di sana baru umi rasa gerun, rasa rendah diri sebab di kelilingi oleh kumpulan pelajar yang akan ke luar negara juga.
Semua pelajar lain memakai kot dan pakaian yang bersesuaian dengan orang nak ke oversea. Umi macam alien di airport tu. Rombongan daripada serkam ni memang tak ada pengalaman hantar anak ke oversea. Malahan dekat kampung ketika itu pun ke oversea ni memang perkara jarang-jarang berlaku . Kes terpencil saja ketika itu. Jadi kami tak ada perunding imej atau penasihat daripada segi keperluan.
Umi hanya memakai sweater warna kuning (hajar selalu pakai tu) berbaju kurung dan membawa beg pakaian berbelang-belang yang cukup untuk pakaian untuk 3 hari berkursus. Yang pasti umi bawa sebuah beg galas yang penuh berisi biskut-biskut raya yang nek buat sendiri. (ada cerita juga pasal biskut raya ni bila umi sampai di Heathrow London)
So bila umi tengok student-student lain kat airport tu baru timbul rasa ngeri. Kecemasan umi tu umi suarakan pada Nek Lang (mak sedara paling rapat) . "Maklang takutnya!" Maklang kata... tak pe. Kau boleh buat. (sampai ini umi ingat kata-kata motivasi nek lang u all tu)... so anak-anak umi kena selalu ingat nek lang tu sebab umi membesar dengan dia. Selain aki dan nenek umi memang dibesarkan oleh nek lang.
Jadi akhirnya umi berangkat juga menaiki kapalterbang MAS. Ketika itu daripada terminal menunggu kita akan di bawa menaiki shuttle ke kapal terbang. Turun shuttle kita akan menggunakan tangga untuk naik kapal terbang. Dan ini semua boleh di saksi kan oleh sedara mara yang menghantar daripada terminal. Dari atas tangga itu umi lambaikan tangan ke arah terminal. Lambaian terakhir sebelum umi dapat bertemu semula keluarga selepas 3 tahun
berada di kanada. Umi hanya dapat pulang bercuti pada tahun 1983 kerana itulah peruntukan bercuti yang ditampung oleh JPA. Dalam tempoh 3 tahun itulah umi dapat berita pemergian nyang (arwah Hj Othman). Bagaimanapun umi berpuas hati dengan kenangan umi pada arwah aki sewaktu dia sendiri melepaskan umi selaku cucu pertamanya melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan penuh bangga. Ada ramai cucu-cucunya yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas itu tetapi umi tak pasti berapa orang yang diiring sendiri oleh Hj Othman Hj Muhammad salah seorang tokoh ulama yang ada di negeri Melaka. Al Fatehah buat nenda Hj Othman bin Hj Muhammad.
No comments:
Post a Comment