Saturday, November 15, 2008

PAHLAWAN UMMI NAMANYA ALI AL HUSAINI

mengenang nasib.......


Seperti namanya yang bermula dengan alphabet A begitulah anak ummi yang sorang ni lahirnya pun di awal tahun iaitu 4 Januari, 1996. So khamis 13 hb November yang lepas Ali bersama rakan-rakan kelahiran 1996 nya menerima keputusan UPSR. Keputusan yang menggambarkan prestasi Ali setelah 6 tahun berada di sekolah rendah.

Umi tahu Ali telah berusaha sedaya upaya. Umi nampak kegigihan Ali belajar siang dan malam dengan bimbingan guru-guru SK Parit Gantung yang tak pernah jemu. Apalah SK Parit Gantung jika nak banding dengan sekolah lain kat Malaysia ni. Dah 2 tahun sekolah tu kemarau 5A. Tahun ini cikgu-cikgu Ali cukup teruja untuk menghasilkan sekurang-kurangnya seorang pelajar dengan keputusan 5A. Basikal yang dijanjikan untuk mereka yang dapat 5A pun dah berkarat sebab dah 2 tahun tak ada yang layak menerimanya . Tahun ini handle basikal itu akhirnya dipegang oleh 2 orang gadis sunti anak kelahiran Kg Parit Gantung. Namun Ali terpaksa berpuas hati dengan 3A dan 2B. (Ali hanya dapat B untuk subjek Sains dan B. Inggeris)

Umi tahu Ali tidak gembira. Umi tahu Ali bercita-cita untuk ke sekolah berasrama penuh. Tambah pilu lagi bila diingat kenangan di hari Ali akan menghadap kertas Sains dan B.Inggeris. Ketika itu bulan Ramadan. Entah kenapa 30 hari umi boleh bangun awal untuk menyediakan sahur tapi di hari bersejarah hari penting untuk Ali kita semua tak terjaga waktu sahur. Umi nampak airmata yang Ali cuba sembunyikan daripada Umi di pagi ramadan hari akhir untuk semua calon UPSR. Umi minta maaf banyak-banyak.

Walau apa pun umi bangga sebab Ali dah cuba sehabis daya. Keputusan itu adalah yang terbaik yang telah Ali sendiri usahakan bersama berkat doa guru dan keluarga semua. Tahniah buat Ali. Moga Ali terus tabah setabah Pahlawan Islam Saidina Ali bin Abi Talib. Segagah cucunda Rasulullah Husain bin Ali bin Abi Talib dan sekukuh iman Muhammad Rasulullah saw. Dari situ namamu bermula….. Muhammad Ali Al Husaini cucunda Hjh Fatimah (nenda yang sentiasa mengingatimu).

No comments: