Tuesday, December 2, 2008

Cuti sekolah: Dulu dan sekarang


Ali sedang mengutip pengalaman jadi anak-anak orang bandar......

Hari tu ummi hantar Ali untuk bersama-sama sedara mara dekat Shah Alam. Sekembali dari Genting ummi singgah kat Shah Alam saja nak jenguk anak-anak sedara. Sepanjang menyusuri taman perumahan di Shah Alam tu hanya hutan batu kami lihat. Rumah-rumah tersergam indah seolah tiada berpenghuni.
"Mungkin tuan-tuan punya rumah sedang bekerja di ofis masing-masing fikir ummi dalam hati"
Tapi... ummi fikir lagi "bukan kah masa ini cuti sekolah.... tak kan tak ada budak-budak pun?"
Bila lalu dekat taman permainan.... pun sunyi sepi ... Jam pukul 10 lebih rasanya.
Di pagar-pagar rumah kelihatan baju di sidaian menunjukkan hampir setiap rumah ada penghuni bawah umur, berdasarkan pakaian.... Tapi tak ada langsung kanak-kanak kelihatan.

Sesampai di rumah yang dituju, masih senyap lagi sehinggalah salam di beri... emm akhirnya menderulah keluar anak-anak sedara. dan apabila kami bertolak keluar berpusu-pusu lah anak-anak sedara keluar untuk melihat kami berpergian pulang ke kampung.

Sesampai di kampung.... di kiri kanan jalan anak-anak kecil riang ria bermain di halaman rumah. Ada yang memancing ikan di parit yang kontang, ada yang bermain badminton dengan shuttle yang dah hilang bulunya dan ada yang bermain basikal tak sesuai dengan saiz badannya. Yang pastinya inilah dia suasana cuti sekolah.

Teringat ummi masa kecil dulu..... waktu cuti sekolah kami tak lekat di rumah pada siang hari. Sehabis selesai tugasan di rumah ummi dan kaklong (rakan rapat ummi) ada agenda tersendiri. Kami ada special event untuk masa-masa tertentu... Kalau musim main getah, satu kampung main getah. Kanak-kanak bawah 10 tahun main getah biasa aje... Kanak-kanak atas 10 tahun main getah gundu (taruhan nya lebih besar) lastiknya pun lebih besar.

Kalau sampai musim main chakliku... (main kejar-kejar). Kami akan ujud kan kumpulan. Biasanya group atas 10 tahun akan berkumpul membuli group bawah 10 tahun. Yang menariknya masa tu kanak-kanak pakai ala-ala bikini jerk....So walaupun kami melasak kat tanah berdebu tu, basuhan untuk hari itu hanya sehelai seluar kecil sahaja. Baju lengkap hanya di pakai masa acara rasmi sahaja, misalnya bila nak ke bandar atau menziarah sedara mara atau waktu hari raya.

Tapi yang paling daring... bila kami dah bosan bermain. Kami ada adventure tersendiri seperti mencari siput sedut di pinggir pantai Serkam yang berlumpur atau mencari buah mangga jika sedang musimnya. Pengembaraan kami itu membawa kami dari hulu pantai Serkam ke muara pantai Serkam. Kami menyusur pantai Serkam dari Serkam Pantai ke Serkam Barat dan berpatah balik ke serkam pantai. Mencari buah mangga dari pokok mangga bulat berhampiran pantai serkam sehingga lah pokok mangga pauh di Tedung Pantai.

Mungkin anak-anak ummi berfikir. Nek tak marah kami ke? Ha ha ha memang nek marah kalau dia tahu. Kalau kami tak balik sebelum asar nek akan cari kami dengan pelepah kelapa. Bila nek dah mengamuk kami lari lintang pukang. Yang pasti kami saling melindungi. Sebab itu jarang kena marah.... Berbeza dengan anak-anak masa kini... kalau sorang kena marah yang lain siap jadi fire stone lagi. Masa ummi dulu kalau sesapa antara kami kena marah, kami akan saling melindungi. Kalau nek kejar kami akan lindungi adik yang jadi sasaran nek tu. Akhirnya nek pun lembut hati.. Pendek kata sampai kini kami jarang bergaduh sesama adik beradik. Kecik hati tu biasa lah...

Kadang-kadang terpikir jugak.... kesian gak pada anak-anak hari ini.........Atau mungkin mereka ada adventure sendiri seperti bermain game di computer atau menonton video di internet.... Tapi bagi ummi cuti sekolah zaman kecil ummu dulu tu tetap dalam kenangan....

1 comment:

Zakiah said...

kesian anak2 ku yg dok dlm pagar tu... tapi rasanya kalau cuti sekolah hantar balik kg pun, mereka akan memerap kat rumah juga