dulu ummi ke kelantan menaiki Van. Kini umi ke kelantan menaiki kapalterbang.... begitulah edaran masa dengan segala kecanggihan teknologinya. Sebenarnya lebih selesa naik pengangkutan Darat... Tapi jarak perjalanannya amat meletihkan berbanding dengan menaiki kenderaan udara....Apa pun syukur alhamdulillah. Semuanya selamat.
sementara menunggu program RBB pada sebelah malamnya kami berehat sebentar di Perdana Villa di Perdana Resort PCB atas jemputan rakan lama buyah yang kini Yang Berhormat di Kelantan.
buyah di kerumuni oleh kawan-kawan lama masa di KIK dulu yang tinggal di sekitar Besut... Mereka berbual mengingat kisah lama agaknya sampai chalet dah tutup kedai....
Nasib baik rakan sekolah umi Suhailah masa di Mozac dulu dan kemudian kami sama-sama melanjutkan pelajaran di Kanada dia di Toronto University dalam bidang Microbiology dan Ummi di Guelph University dalam bidang Biochemistry. Su menemani ummi sewaktu buyah busy dengan kawan-kawan Kolej Islam nya.
No comments:
Post a Comment