Monday, June 15, 2009

SEBUAH PENILAIAN....

Hari ni umi dah berjaya selesaikan dua tugasan penting...

pertama umi dah berjaya menyiapkan sebahagian besar bab 1 untuk thesis ummi...
umi rasa lega sangat kerana akhirnya berjaya memasukkan maklumat yang ummi perolehi melalui sorotan literatur yang telah umi buat untuk sekian lamanya...

bukan mudah untuk menjadikan maklumat itu dalam bentuk sebuah penulisan yang bermakna...
umi pasti bila supervisor baca draf proposal itu... dia akan pening kepala ..
apa tak nya ummi sendiri baca pening...
tapi ... umi dah hantar melalui emel...kerana kami akan bertemu dengan supervisor kami di UTM rabu ini...

Kedua, umi berjaya menyiapkan sebahagian besar laporan penandaan skrip ....
hanya perlu beberapa prosedur sahaja lagi sebelum ummi menyerahkan ke SUP esok...
kerana esok umi akan ke maktab... ada meeting sempena pendaftaran pelajar baru next semester...

sebut tentang penilaian...
perbezaan yang ketara yang umi alami di maktab berbanding di sekolah adalah proses penilaian p&p yang terpaksa umi lalui sebagai memenuhi keperluan MS ISO....
so setiap kali mengajar .. umi terpaksa menghadapi penilaian yang dilakukan oleh pelajar-pelajar terhadap pengajaran ummi...
Paling teruk adalah semester lepas .... kami diarah kan untuk melaksanakan penilaian sebanyak 2 kali...awal dan hujung semester..

so umi telah edarkan borang penilaian pada 2 daripada 3 kumpulan yang umi ajar....
dua-dua group matematik..
satu daripada semester satu...
dan satu lagi daripada semester 5....

Pelajar daripada semester baru ... memberikan banyak komen membina buat ummi...
terima kasih kepada mereka semua... kerana itulah penilaian terbaik yang umi pernah dapat daripada kumpulan yang ummi ajar....

Pelajar daripada semester lima... juga memberikan banyak komen membina buat ummi...
terima kasih kepada mereka semua... tapi itulah penilaian paling rendah yang ummi pernah dapat daripada kumpulan yang ummi ajar...
mungkin mereka amat tidak berpuas hati terhadap pengajaran ummi...
ummi terima dengan hati terbuka...
agaknya mereka paling tak berpuas hati dengan kerja kursus yang ummi berikan...pada mereka.. walaupun ummi dah cuba bantu sedaya upaya dengan meminta mereka menghantar draf untuk umi baiki melalui emel..

Mengapa umi membangkitkan isu ini?

sebab sebenarnya umi agak terkilan...kumpulan yang memberikan penilaian terbaik kepada umi tidak memperoleh markah terbaik dalam penilaian yang mereka hadapi...

manakala kumpulan yang memberi penilaian terendah kepada umi pula memperoleh markah terbaik dalam penilaian yang mereka hadapi...

sebenarnya adakah apa-apa perhubungan yang signifikan antara keputusan akademik pelajar dengan pengajaran seorang guru????

Puas ummi memikirkannya... hingga kini belum ketemu jawapannya...

Semester depan... ummi tak pasti lagi kumpulan mana yang akan umi ketemu...

yang pasti... 3 jam masa umi adalah untuk kumpulan KPLI dan 3 jam lagi adalah untuk kumpulan PISMP semester 2....subjek EDU3103.....

semoga umi dapat mengajar mereka dengan lebih baik ...

guru yang baik , harus mengambil iktibar daripada kesalahan masa lalu...

hari ini seharusnya lebih baik daripada hari semalam,
dan hari esok... seharusnya lebih baik daripada hari ini...

moga kita semua menjadi warga pendidik yang berkualiti..
ke arah membina negara bangsa....

1 comment:

Serikandi Mujahidah... said...

cikgu...teruk ye result pismp math sem 1..huhu...risaunye..ad y fail x cikgu...huhu..