Petang itu semua ustazah di madrasah itu berwajah ceria. Dia melabuhkan punggungnya di tangga batu menghadap bangunan kayu yang menjadi asrama bagi pelajar-pelajar puteri . Dari jauh kelihatan sekelompok pelajar berpurdah hitam menaiki tangga ke bilik masing-masing. Di tangan masing-masing ada makanan yang dibeli dari rumah makcik-makcik yang berjiranan dengan madrasah .
Dia merenung sampul putih di tangannya. Namanya dengan tulisan jawi tertera di sampul itu. Dia tak pasti berapakah wang di dalamnya tetapi biasanya hanya ada sekeping note 50 sahaja di dalamnya. Dia tidak ambil peduli. Dia tidak memerlukan wang yang banyak ketika tinggal di situ. Mereka tidak dikehendaki membayar sewa rumah kerana dia tinggal bersama-sama pelajar-pelajar . Dia juga tidak perlu membeli makanan kerana dia makan apa jua yang dibekalkan oleh pihak kantin untuk pelajar-pelajar.
Hatinya tiba-tiba terusik. Ibunya hanya sekali menjenguk dia di situ. Mungkin ibu sedih kerana tempat tinggalnya itu terlalu uzur. Asramanya itu adalah sebuah rumah melayu lama yang telah uzur. Di dalamnya terdapat beberapa buah katil diperbuat daripada kayu dengan tilam nipis. Pada sebelah malam pelajar-pelajar akan membentangkan tilam dan tidur di atas lantai. Dia terpaksa melangkah beberapa orang pelajar untuk sampai ke pintu jika perlu ke bilik air pada sebelah malam. Mereka bersesak di situ seakan sadin di dalam tin.
Tersentak dia daripada lamunan bila sekumpulan pelajar menegur dan memberi salam kepadanya. Salam mereka itu di balasnya mesra. Dia kenal pelajar-pelajar itu walaupun wajah mereka terlindung di sebalik purdah. Mereka menjinjing sebuah dulang yang berisi nasi dan lauk.
"lauk apa hari ni" dia menyapa mereka mesra.
"masak asam ikan pari, ustazah.." balas Nadiah antara yang paling tinggi dalam kalangan mereka.
"oh... sedap tu" dia membalas lagi...
"jomlah ustazah makan dengan kita orang" pelawa Aniza , ketua pelajar di asrama itu.
"tak pelah... anti makanlah dulu, ana tunggu Ustazah Kalsom" dia menolak pelawaan itu sopan.
Mengenang lauk ikan pari masak asam itu membuat dia meneguk air liur. Terbayang olehnya keenakan lauk ikan pari masak asam yang dipedaskan lagi dengan lada hitam yang ditumbuk. Ikan pari segar itu adalah hasil tangkapan ustaz dan walad dewasa dari pantai berdekatan. Mereka akan makan secara berjemaah di asrama. Biasanya mereka saling bersuap-suapan. Pelajar-pelajar selalu berebutan untuk makan dengan ustazah bagi mendapatkan berkat. Dia tersenyum mengenangkan pelajar-pelajar nya yang sopan tapi nakal jugak itu.
Sampul di tangannya dibuka. Didalamnya ada 3 helai not bernilai 50 setiap satunya. Hatinya gembira. Kali ini dia mampu ke pekan mencari kain untuk menjahit jubahnya. RM 150 adalah besar bagi dia pengajar di situ. Baginya dia tenteram berada di situ walaupun jauh dilubuk hati ada suara dihatinya menginginkan untuk membalas jasa ayah dan ibunya sekembalinya dia dari luar negara.
"ibu, ayah redhakanlah kehidupan anakmu ini" bisiknya dalam hati.
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment