Tuesday, June 2, 2009

KENDURI AMBENG


Semalam umi berkesempatan menghadiri majlis kenduri arwah di rumah jiran berhampiran rumah kami. Hidangan kenduri itu menarik bagi umi sebab dihidang secara 'ambeng' mengikut tradisi masyarakat Jawa.

Caranya... nasi dihidang di atas daun pisang yang lebar menutup dulang. kemudian lauk pauk diletakkan di tengah-tengah nasi di mana ada daun pisang lain dijadikan alas memisahkan lauk daripada nasi tadi.




jika datang ke majlis kenduri ala 'ambeng' pastikan anda tidak datang dengan perut yang kosong. kerana anda datang bukan untuk menjamu selera. Cuma makan buat syarat sahaja. Hidangan sampingan pada malam itu adalah serabai (warna putih) cecah kuah gula (ada pisang dalamnya) dan agar-agar. So tetamu bolehlah makan desert tersebut dahulu.

Selepas makan desert tersebut, barulah adat istiadat makan ambeng bermula. Anda hanya perlu makan sedikit sahaja. Kemudian hidangan itu di bahagi kepada 4 bahagian. Masing-masing (4 orang untuk satu dulang) ambillah lauk pauk dan nasi dan isilah ke dalam plastik yang telah di sertakan dibawah daun pisang itu. Kata RBB dulu mereka bungkus dengan daun pisang sahaja. Sekarang ini dah moden sikit so masuk dalam plastik.

Ok. Sekarang ni dulang dah bersih. Tak tinggal satu apa pun. Masyarakat jawa memang amat jimat. Lebih-lebih lagi bila melibatkan makanan. (walaupun pada kebiasaannya, mereka lebih banyak bekerja berbanding dengan makan)

So sekarang masing-masing sudah ada bungkusan masing-masing untuk di bawa pulang. Sebenarnya makanan itu di sediakan untuk sefamili. tidak seperti masyarakat tradisi melayu, kebiasaannya orang lelaki akan mewakili keluarga ke majlis kenduri , Mereka akan makan dan kemudian balik dengan tangan kosong. Jarang ada majlis kenduri yang bekalkan makanan untuk seisi keluarga kecuali saudara terdekat.

Tamatlah sebuah majlis kenduri, dengan message nya majlis untuk seisi kampung. Muafakat membawa berkat. Sebenarnya inilah majlis kenduri pertama yang umi hadiri secara ambeng sepenuhnya. selalunya umi duduk di dapur di bahagian menghidang sebab keluarga arwah embah RBB memang mengamalkan tradisi ambeng ini. So kenduri malam tadi tu umi rakamkan khusus untuk anak-anak ummi juga yang sungguh liat untuk di bawa ke majlis-majlis rasmi di kampung ini.... rugi tak tengok tau...jarang jumpa kat tempat lain.



1 comment:

Unknown said...

ehem..ehem..ehem....sape yg liat?sape yg jd wakil umi??jawab..jawab..jawab...wakakakakakaka...umi xtau ke aja dh masuk dlm list menantu mkck2 kt sg rambai 2...jijijijiji