Friday, July 17, 2009

TENSION....TENSION....TENSION

17 julai, 2009(jumaat)

"sapa bagi tazkerah pagi tadi" tanya RBB sebaik umi menaiki kereta untuk pulang ke rumah.
"tazkerah?" umi cuba memikirkan ... bila pulak umi menghadiri tazkerah
"oh...ustaz Md Nawi" jawab umi lama selepas cuba mengingat kembali jadual umi buat hari ini. Terasa seperti sudah lama umi menghadiri tazkerah pagi jumaat tu.

Sebenarnya pagi tadi umi tergesa-gesa ke maktab untuk menghadiri tazkerah jumaat pagi di dewan seri melur anjung hikmah. Tazkerah sudah bermula sewaktu umi memasuki bilik tersebut. Seminggu sekali mendengar kuliah seperti itu membuat umi rasa terisi dengan sesuatu yang boleh memberi kekuatan untuk umi lalui hari-hari di maktab.

Sehabis tazkerah umi bergegas ke DTF untuk menghadiri mesyuarat di situ yang sepatutnya bermula pukul 8.30 pagi. Umi terpaksa bersedia awal sebab diamanahkan untuk menjadi pencatat minit mesyuarat.

So .....mendengar dan mencatatlah umi sepanjang mesyuarat itu.... dan berlalulah suatu pengalaman yang amat mendera....mencatat... mendengar....menghadam apa jua yang disampaikan.. dari pukul 8.30 sehinggalah pukul 5.00 petang hanya berhenti untuk makan dan solat zohor sahaja.. ouch... penderaan betul.

Lebih sakit lagi... kuliah umi untuk kumpulan KPLI BK selama 2 jam terpaksa umi tinggalkan.. dan terpaksa umi ganti pada masa lain... pedih....pedih....

Terlalulah stres nya umi menghadapi mesyuarat itu sehingga bila sampai di hujung hari umi dah terlupa apa yang umi lakukan pada awal harinya....

dan esok ada kelas ganti...

lebih stres lagi kumpulan KPLI BK akan menghadiri taklimat esok pagi...

maknanya bertambah lagi 2 jam.... kelas yang perlu umi ganti...

please..........help me.....

Wednesday, July 15, 2009

REUNION EX - CANADIAN

Ianya bermula dengan panggilan talipon daripada Zubaidah (Bedah) rakan umi yang sekarang seorang pegawai di JHDN.

"Ton...Yati Haron nak hantar kad jemputan pada kau, dia suruh aku dapatkan alamat kau"jelas Bedah rakan belajar di Kanada dahulu. Dulu kami sama-sama menuntut di Mack International Academy of Art and Sciences di Toronto, Kanada. Selepas tamat grade 13, Bedah memasuki York University di Toronto manakala umi menyambung pengajian di Guelph University.

"Anak dia Maryam yang nak kahwin ni" Bedah menambah maklumat.

Umi masih ingat Yati Haron mengandungkan Maryam sewaktu umi menziarahi rakan-rakan di Brock University. Kami mengusik Yati kerana dia kelihatan seperti 'teddy bear'.

Sehari selepas itu, kad jemputan daripada Yati telah sampai ke rumah umi. Malam itu Kak Jamaliah Mokhti dari JB menalipon umi menanyakan jemputan tersebut. Lama kami berbual saling bertanya khabar akhirnya kak Jam (rakan seuniversity dengan Yati di Brock University, St Catherine, Canada) memutuskan untuk menumpang umi. Kak Jam seorang ibu tunggal balu kepada allahyarham Zainudin senior umi waktu di universiti dulu.

Teruja dengan jemputan tersebut umi menghubungi rakan sebilik umi sewaktu di Guelph, Salmi yang sedang mengajar di sebuah sekolah menengah di Melaka. Akhirnya dia pun bercadang untuk menumpang kami ke Putrajaya dimana majlis akan di adakan kerana suaminya terpaksa menghadiri kuliah untuk program masternya.

Terkini, Bedah juga akan menyertai perjalanan kami ke Putrajaya kerana suami nya tiada di Melaka pada hari berkenaan. Kamaludin suami Bedah juga sama-sama menuntut di Kanada dulu.

Sebenarnya bukan sangat majlis itu yang kami dambakan... tetapi pertemuan semula setelah bertahun-tahun tidak bersama itu yang paling utama. Sewaktu belajar di universiti dulu, umi dan rakan-rakan sangat rapat kerana di luar negara rakan-rakan lah sahabat merangkap saudara mara kita di sana. susah senang bersama. Mereka jugalah rakan-rakan yang memberi sokongan moral dan material kepada umi dalam ketiadaan ibu dan bapa selama 5 tahun umi di sana.

Semoga perancangan kami berjalan seperti yang di rancangkan. Amin

Tuesday, July 14, 2009

TUGASAN 14 JULAI, 2009 UNTUK KUMPULAN PL PISMP SEM 2

Entry kali ini ditujukan khas untuk kumpulan PISMP PL semester 2 ....

artikel ini di petik daripada http://sandradodd.com/teaching/

Pastikan anda baca dan respon kepada artikel di bawah ini...Catatkan respon anda pada bahagian comment di dalam blog ini....Jangan lupa nyatakan nama penuh anda (tak mahu nickname)

"People assume that teaching causes learning, like it is part of the third law of motion (for every action there is an equal and opposite reaction) or something. Teaching doesn't make someone learn. Learning is a totally independent function from teaching.

If the model of the third law of motion were true in this case, then I think the reaction to teaching is definitely not learning, but *resistance*. That would be the first law of motion, involving inertia. Students stop trying to learn on their own because they have been conditioned to believe they can't. (Man, Newton was really smart! LOL!)

And that resistance will definitely grow stronger with the application of more teaching.

Learning is an individual, internal process that takes place in a person's brain as information is sought and applied and connections made. That is why no state has compulsory education laws, but rather compulsory *attendance*. No one can force another to learn.

If your daughter wants to learn to knit, she will seek out information. She will ask questions, ask you to show her. She will watch and listen, and take it with her and apply it in her own fashion. She might use you as a resource, she might not. She might just look it up on the internet or in a book. Did the internet or the book teach her to knit? No, she learned it on her own. If you try to be more than the internet in the process, you will remove the responsibility of learning from her and take on the responsibility of "teaching her how". Even the process of learning something is showing her how to learn other future things.

Susan M (VA)

KHAS UNTUK MU ANAK2KU

Salam buat anak-anak umi yang tersayang,

Hari ni umi rasa keciwa tersangat-sangat,
jadi umi nak tulis khas untuk anak-anak yang telah mengeciwakan hati umi yang dah tua ini...

Setiap kali umi hantar anak-anak ke sekolah atau kolej, umi selalu berdoa agar anak-anak berjaya mencapai hasil yang semaksima mungkin. Umi tahu tak semua anak-anak umi dilahirkan sebagai insan yang cerdas atau pintar. Namun umi percaya pada usaha yang mampu merubah hidup seseorang. Tidak ada insan yang dilahirkan untuk gagal melainkan semuanya dilahirkan sebagai insan yang berjaya...

Sebaik setiap anak lahir umi menyambut mereka dengan hati yang penuh harapan...
"kau anakku akan kudidik agar menjadi insan yang berguna"
Segala halangan ke arah itu umi atasi, dari gigitan sekecil-kecil serangga, sehinggalah cabaran keremajaan yang menggugat keimanan , umi cuba halang daripada setiap anak-anak yang umi lahirkan..

Bila semua anak-anak umi telah boleh mengenal a b c, umi yakin paling tidak mereka tidak akan jadi anak-anak yang merempat pada suatu masa nanti...

Bila anak-anak semakin dewasa, umi sokong agar anak-anak tidak rebah dalam usaha untuk maju kehadapan...

Membesarkan anak yang ramai bukan suatu dugaan yang kecil...lebih berat lagi untuk memastikan setiap anak menjadi anggota masyarakat yang berguna...

Umi hanya berharap agar bila umi sudah tiada didunia ini anak umi akan meneruskan kehidupan dengan sesempurna yang mungkin...

paling tidak... anak umi mengenal tuhan.... dalam tidur dan dalam jaga....

Mendirikan solat paling utama... biar tak pandai... tapi boleh membaca segala doa dalam solat itu yang utama..

melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya...

umi yakin jika anak-anak umi kenal tuhan, pasti mereka akan jadi anak yang mempunyai jati diri... anak-anak yang tidak mensia-siakan peluang untuk menikmati rezki pemberian Ilahi...mencuba untuk muncul sebagai insan yang berpelajaran... mampu menjadi pekerja masa depan yang berilmu...bukan hanya pekerja yang hanya mampu mencurahkan keringat... tetapi pekerja yang mempunyai visi dan wawasan.

Namun hari ini... saban waktu... umi hanya mampu membisikkan dalam hati..

Tuhan...mengapa begini dugaan yang harus ku tempuhi...
anak-anak masih lagi tidak memahami antara erti usaha dan pengorbanan...
anak-anak masih lagi tidak dapat membezakan antara kehendak diri yang tiada penghujung dengan kehendak diri yang penuh batasan.

haruskah umi terus berjauh hati...
dengan anak-anak yang alpa dengan kemewahan masa santai.
yang mana laghah , yang mana berfaedah...

fikirlah anak-anak ku semua...
apakah dosa ibu mu ini...

jika anak-anak terus-terusan membinasakan diri...
sampai bila harus kalian...menjauhkan diri daripada DIA yang menciptakan kita..

carilah kekuatan diri dengan mengenai DIA tuhanmu.
binalah kejayaan yang hakiki....

pasti tidak akan sampai lagi berita kegagalan demi kegagalan dalam pelajaran...

tiada daya umi untuk membantu melainkan anak-anak yang berusaha untuk merubah diri..

sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang merubahnya...

Sunday, July 12, 2009

UMMI DAN MAT BANGLA

Hari ni... 12 Julai, 2009. Pagi-pagi lagi ummi dah start engine MBR 59 untuk ke maktab.. kali ni ummi drive sendiri sebab RBB tak boleh bangun ... lepak... lesu... sebab pukul 6.00 pagi dia baru balik dari operasi cegah maksiatnya....(orang buat maksiat banyak sebelah malam ke...?????) ntahlah... tapi agaknya siang-siang dia orang ni sibuk cari duit untuk dilabur buat maksiat sebelah malam ... agaknya lah....

So ummi dengan penuh ke terujaan... memandu MBR 59... sejak akhir-akhir ni dah kesedap bawak kereta nissan sylphy tu... rasa macam...best sangat... Mesti marah MAT 6389.... kalau lah dia perasan betapa tuannya ini dah terpaut hati pada MBR 59. Nak buat camna... sudah sunnah alam... bila WIRA di banding dengan SYLPHY... memang kau wira tetap ku tinggalkan ....

Dalam ke terujaan memandu , dah separuh jalan baru ummi perasan minyak MBR dah paras kritikal...Untuk pengetahuan u all semua ... ummi tak pernah isi minyak kereta... So umi bisik dalam hati... sempat kot sampai balik semula ke sg rambai...

Sejarah pemanduan umi ni perjalanan hanya ke ofis sahaja... tiada jalan lencongan... okay... Selain daripada tu.. mengisi minyak jugak tidak termasuk dalam rutin pemanduan.... Waktu di SMK Seri Mahkota dulu budak ofis yang tolong hantar kereta ke stesen minyak berdekatan sekolah...atau bila sempat ummi arahkan RBB untuk isi minyak once a week...

Ummi ke maktab hari ni sebab ada taklimat daripada penyelaras program pesisir UTM untuk PhD. Bagus jugak ada program ni... baru ummi terasa yang ummi perlu bereskan penulisan yang tertangguh... kalau tidak umi berada dalam zon selesa... sangat selesa... sampai tak buka file thesis ummi yang belum suku pun itu...

Bila ummi start enjin untuk pulang selepas tamat taklimat tersebut... pertama kali dalam sejarah pemanduan umi ... red signal untuk minyak menarik perhatian umi... perjalanan balik ke sg rambai... sejauh 40 km... umi pasti minyak tu mampu sampai sejauh itu.. tapi kiri kanan lebuh AMJ tak ada stesen minyak malahan tak berorang pun.. datang kehendaknya Handphone ummi pun dah habis bateri... tak senang hati betul ummi di buatnya..

so bila umi berhenti depan trafic light dan nampak stesen minyak mobil yang berhampiran dan dalam laluan umi pulak tu.. umi rasa umi mesti melakukan sesuatu yang umi tak suka lakukan..mengisi minyak MBR... So akhirnya umi berjaya menempatkan kereta tersebut di petak depan slot minyak tu... sebaik membuka pintu umi cari dulu pekerja yang boleh bantu ummi.. kebetulan hanya ada seorang pekerja disitu..

"bang.. tolong saya isi minyak ni.. saya memang tak pernah isi minyak sendiri.. selalu husband yang buat"terjah umi tanpa segan silu..
Pekerja itu... berwajah agak handsome.. dan masih muda ... datang kepada ummi dengan tersenyum..
"tak pernah isi sendiri ye..." kata bangla muda itu sambil tersenyum senyum.
"Nak buka tangki minyak kereta ni pun saya tak tahu" tambah umi lagi ... menunjukkan lebih banyak kebodohan diri.
"ye ke" Rahman... nama bangla itu tertera di tshirtnya... menambah lagi sambil tersenyum... dia mencari-cari button untuk membuka tangki minyak MBR...
"kereta ni boleh pakai minyak diesel ke?" serius saja si Rahman menanya....
"tak... dia pakai petrol aje" umi membalas bersungguh-sungguh.
"saja je ... saya ingat awak tak tahu tadi" si rahman ternyata cuba menguji tahap kebodohan ummi..
"kau jangan main-main kan saya tau.."umi sudah mula nampak kenakalan si bangla itu..
"u nak yang merah ke atau yang hijau" si rahman menguji tahap kebodohan ummi lagi..
"yang biasa orang pakailah." jawab umi sudah mula ragu-ragu. ternyata si rahman berjaya meng'confuse'kan ummi..
"memang orang biasa pakai yang hijau" si rahman ternyata telah dapat mendiagnos tahap penyakit kealpaan umi dalam bab teknikal terutamanya membabitkan kereta..
akhirnya selesailah pengisian minyak MBR yang amat bersejarah dalam kehidupan pemanduan kereta ummi.

Sebenarnya rahman si bangla tu banyak menyedarkan ummi. Betapa umi selalu ambil mudah perkara yang sepatutnya ummi ambil berat... Ummi selalu jadi penumpang yang pasif disebelah RBB...
sepanjang perjalanan umi terkenangkan usikan Rahman si bangla muda yang fasih berbahasa Melayu itu. Dia memang berjaya mengusik minda umi untuk menerobos zon selesa umi selama ini... umi harus berani mencuba sesuatu yang baru...

Monday, July 6, 2009

SEMAKIN BERTAMBAH MENANTU KU....

"cikgu, ini kad jemputan dari kami" kata Zaid Ketua Unit KPLI SABK sewaktu menghadap umi di ofis.
umi membaca kad jemputan yang dihulur...beruntunglah gadis pilihan zaid ini kerana zaid memang seorang ustaz yang sangat bersopan santun. Lepasan University Al Azhar yang sekarang mengajar di SR arab al falah, sekolah yang penuh kenangan bagi ummi kerana terlibat secara langsung di dalam penubuhannya.

Ummi masih ingat suatu hari bila kami dipanggil untuk mesyuarat kurikulum sekolah rendah arab al falah ketika itu. Umi masih ingat bagaimana ketika itu Ustaz Ibrahim mempengerusikan majlis. Beliau sendiri tidak bersedia dengan kertas kerja nya. Ummi membentangkan kertas cadangan yang ummi telah sediakan berdasarkan kajian kurikulum Sekolah Rendah Islam yang lain di Malaysia. Oleh kerana beliau sendiri bermula daripada zero maka kertas kerja kami itu dijadikan blue print untuk penubuhan kurikulum sekolah rendah arab jaim mulai hari itu. Bahkan nama sekolah-sekolah rendah arab yang lain juga menggunakan nama sekolah rendah yang kami mulakan di Al falah dan lencana nya juga adalah lencana yang kami hasilkan di sekolah tersebut.

So bila umi terlibat menjadi mentor kumpulan KPLI SABK yang terdiri daripada guru-guru Jaim yang mengajar di sekolah-sekolah rendah arabnya maka umi sangat teruja. Cuma kali ini bila Ustaz Zaid menghulurkan kad jemputannya umi terasa betapa begitu cepat masa berlalu. Ustaz zaid yang bagaikan anak umi sendiri sudah tentu sebaya dengan anak-anak murid umi di awal pembabitan umi mengajar di sekolah agama Jaim tersebut.

Ustaz Syahir yang turut bersama ustaz Zaid turut menghulurkan kad jemputannya. Beliau tidak bersuara langsung cuma ustaz Zaid yang menjelaskan bahawa kad jemputan yang kedua itu adalah daripada ustaz Syahir sendiri. Bila umi membaca kad jemputan tersebut, sekali lagi nostalgia mengajar di madrasah al Falah terbayang jelas di mata kerana terpapar nama pasangan ustaz Syahir disitu nama yang sangat umi ingati. Murid yang umi ajar sewaktu daripada usia tadika lagi. Norhakimi bte Yunus... yang umi panggil Kimi sahaja rupa-rupanya bakal isteri Ustaz syahir.

Ummi masih ingat Kimi yang kecil dan pemalu sering bersama abangnya zamzur. Di Madrasah dulunya adik beradik boleh berada dalam satu kelas kerana mereka tidak diasingkan berdasarkan umur. Umi teringat kelas mereka yang umi ajar, di dalamnya ada Kimi dan abangnya zamzur, amirudin (sekarang ni telah menjadi Imam masjid di melaka) dan abangnya effendi (yang juga bekerja di jabatan agama ), shahrul helmi othman (kini mengajar di Kolej Islam) dan beberapa orang lagi yang umi tak tahu di mana mereka berada sekarang ini. Tetapi buat ummi , mereka semua tidak dapat umi lupakan kerana merekalah antara pelajar pertama yang umi ajar.

Rupa-rupanya umi ni dah ramai menantu... dan dah bercucu pun.......

So anak-anak di PISMP dan KPLI.... bila ajar anak-anak murid tu ingat-ingat selalu jika hari ini anda menghina atau memuliakan mereka ... esok-esok anda akan ketemu mereka ... dan ingatan itu kekal dalam ingatan mereka... samada ingatan yang baik .... atau ingatan yang buruk... sebab mereka berkembang... dan anda semakin tua dan uzur.....