Saturday, November 29, 2008

masalah keibubapaan abad ke 21

1. anak-anak tidak mahu memulakan harinya selepas waktu suboh..... Ouch.... mereka semua tidur sehingga jejak dinihari..... sedangkan zaman ummi kecil dulu. Kami wajib meninggalkan katil sebelum pukul 8 pagi. Dan katil itu pula tidak akan dinaiki lagi sehinggalah lepas pukul 8 malam atau lebih tepat lagi selepas solat isyak.

2. anak-anak tidak mahu membantu ibu bapa di rumah..... Tidak ada keikhlasan pun bila bantuan di berikan malahan menganggap seolah-olah mereka layak dibayar gaji kerana tugasan tambahan yang dilakukan. Oww......dulu ummi dan adik beradik ummi ada rutin harian membantu mak di rumah bermula daripada membasuh pinggan di perigi, mengangkat air dari perigi, membasuh baju (secara manual.... guna berus dan tangan), menggiling lada guna batu giling (bukan guna blender) dan etc etc etc. Penuh taat setia dan tak minta pula apa-apa balasan. setakat dapat dengar radio (minta radio dibaiki..bila rosak.... itu aje hiburan yang ada) dan tengok tv selepas pukul 8.00 (siaran mula lepas 4.30 petang) pun sudah gembira sangat. Teringat radio lama kami dulu sebesar tv 14 inci. Arial nya pulak kena sambung dengan wayar ke mana-mana yang boleh disangkutkan sebab nak dengar drama radio setiap hari ahad sambil menolong mak kat dapur. dulu kami dengar siaran radio singapura. Hari ahad ada carta lagu dan drama best lah masa zaman kami tu.

Wahai anak-anak ummi..... pening....pening.... bila umi tengok ada orang tak nampak matahari pagi pun. Alih-alih dah dinihari.....

Wahai anak-anak ummi....bagaimana nak tahu mengurus rumah tangga kalau dari sekarang tak mula bermain pondok-pondok kat dapur ummi tu.....

Pikir-pikir kan..... fikir-fikir kan..... selamat berjumpa lagi

3 comments:

Unknown said...

bkn smua anak umi mcm 2....i never tinggalkn solat sy and xkn tinggalkan pn...n sy xdela tdo smapi tghari without any reason...

Zakiah said...

alahai kak ngah, nostalgia le bila sebut apa yg kita buat kecik2 dulu. Eh, dulu tengok tv pun kena gi rumah nek, ingat lagi masa pertama kali dapat siaran tv berwarna - huh penuh ruang menonton rumah nek tu. Dan teringat pada aki yg suka tengok sharifah aini menyanyi....

asmasalleh said...

hehe.. Aja.. semangat mempertahankan diri..