Friday, November 7, 2008

150 BAGOT STREET, GUELPH, ONTARIO


Penyewaan kami di Willow Road tak lama. Berkenalan dengan ramai pelajar yang self sponsored mengajar kami erti berjimat cermat. Hasil daripada perkenalan kami dengan Kak Mar (orang Kelantan) isteri pada Abang Radzi (govt sponsored dari Kelantan) membawa kami ke 150 Bagot Street. Kalau tak silap ummi kami menyewa apartment 208. Kami berpindah ke Bagot St kerana sewanya lebih murah dan lebih dekat dengan hentian bas dan shopping mall.

Bertemu dengan pasangan Normariah dan Radzi membuatkan kami lebih bersatu atas dasar keIslaman. Perkenalan itu juga membawa kami ke program-program konvensyen pelajar Islam yang lebih global lagi. Setiap cuti semester kami akan mengikuti suami isteri ini ke program-program halakah yang diadakan di merata tempat di Benua Amerika Utara.

Seingat umi dalam tahun 1982 umi telah sampai ke Kalamazoo Illinois, lepas tu ke New Jersey, kemudian ke San Diego termasuk juga tempat-tempat lain di Kanada seperti St Catherine dekat Niagara Falls, Montreal dan Ottawa.

Alhamdulillah semua perbelanjaan umi sewaktu di Kanada adalah hasil wang yang umi simpan daripada pemberiaan biasiswa oleh Kerajaan. Umi di taja oleh JPA. Nenek dan aki terselamat daripada terpaksa membiayai perbelanjaan umi di sana. Lagi pun ketika itu manalah ada cara komunikasi seperti sekarang. Talian di rumah pun masih belum ada lagi ketika itu. Kami hanya dapat menghantar khabar berita melalui surat yang setiap satunya memakan masa satu atau dua minggu untuk sampai ke kampung.

Kini setelah mempunyai anak-anak barulah umi dapat membayangkan perasaan hati nenek ketika melepaskan umi belajar ke luar negara. Tentu nenek risau dan rindu pada anaknya. Umi boleh bayangkan tidurnya tentu terganggu memikirkan nasib anaknya yang tidak ketahuan. Hendak ditanya tak ada hubungan cuma mengharap pada ehsan anak yang mengingatinya melalui lembaran warkah yang dikirim setiap minggu.

Bak kata orang bila dah terkena baru kita merasa. Begitulah pengorbanan nenek untuk umi. Buat anak-anak umi ingatlah selalu orang tua mu ini. Jangan masa kehabisan credit aje baru nak ingat umi. Bila umi dah transfer wang ke akaun pun tak sudi nak hantar sms sekadar untuk menyatakan terima kasih.

4 comments:

asmasalleh said...

part last yang best tuh. Bila tade kredit je ingat kat ibubapa.. hehehe..

4Ddict|.46 said...

isk2,
every sec ingat la....

abu dzar al-husaini said...

tiap tiap hari bkk blog utk tggu ummi update

Unknown said...

isk..isk..isk..isk..ape lg yg buruk pcl aja n kn...ehmm...aja tau..aja tau..ske membazir...maaf..