Saturday, August 15, 2009

TANDA-TANDA PENUAAN....

I am suppose to attend my Phd class dekat IPPM at 3 pm today. But I couldn't push my self to continue writing my thesis. Btw, we have to send the kids to their hostels too. Eta is to syarodz hostel, Buja and his friend to MC so that they could take their bus to KL. One more thing, Pinah our nephew is also to be send to her hostel at maahad saidatina khadijah. Lebih complicated lagi, RBB is suppose to attend a function kat kampung ni, gotong royong kampung sempena Ramadhan yang menjelang. So everything is pack today and yet I don't feel like doing anything. In fact I am not rushing for anything. Does that mean I am showing a sign of ageing or a sign of obesity? Or I am showing a sign of boths which they say as a high risk factor of HINI fatal cases...

Thursday, August 13, 2009

POK TEH DALAM KENANGAN

Semalam aku mencium dahi Pok Teh buat kali pertama dan terakhir dalam sejarah hidup ku. Dahi Pok Teh yang kaku itu ku kucup dengan penuh hormat dan takzim. Pok Teh satu-satunya bapa saudara ku yang unik.

Kami jarang dapat berbual-bual seperti rakan karib tapi dia tetap dekat dengan kami. Pok Teh yang selalu hadir dalam diam dalam kalangan kami. Pok Teh yang sesekali bersuara mengusik kami. Kehadirannya dalam kehidupan kami seumpama kehadiran tuan Hj Omar Abdul di IPPM. Walaupun dia jarang bersuara tetapi kehadiran nya dirasai.

Satu-satunya bapa saudaraku yang peka dengan perkembangan pelajaran ku sedari aku kecil lagi. Satu-satunya bapa saudara yang memberikan aku hadiah kerana kejayaan aku dalam pelajaran. Sewaktu mengurus jenazah Pokteh aku lihat semua adik beradik pokteh ada disitu. Keunikan yang tersendiri kerana pok teh ada ramai adik beradik tiri (arwah aki ku dulu beristeri dua dan mereka tinggal serumah... bahkan nenek tua pernah menyusukan anak nenek muda). Aku dan kaklong rapat dengan anak-anak aki kerana kami tinggal dengan mereka sewaktu kami bersekolah rendah.

Aku terkilan kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah pokteh di akhir-akhir hayatnya walaupun kami telah berusaha. Aku yakin Pok Teh tidak gembira dengan masalah itu... Aku juga yakin Pok Teh bersedih di akhir hayatnya.

Walau apa pun ayat terakhir yang pokteh bicarakan pada ku sewaktu dia menaiki kereta Nissan Sylphy kemajlis nikah saudara kami masih ku ingat hingga kini.

Kata Pok Teh "Ton, Fatah dapat A1 dalam Biologi" Fatah anak Pok Teh yang kelima yang dulunya pernah ku ajar semasa di SMK Seri Mahkota.

"Fatah kata dia suka kau ajar dia biologi" jelas Pok teh lagi.

Dalam hatiku berbunga-bunga. Ayat daripada Pok teh yang jarang-jarang keluar darinya itu sangat ku hargai. Sebagai seorang guru, ayat Pok teh itu menambahkan semangat buat aku meneruskan profesion ku kini yang melatih bakal guru. Penilaian secara tidak rasmi daripada sepupu dan disampaikan oleh bapa saudaraku sendiri mengenai pengajaran ku sewaktu di sekolah dahulu itu merupakan satu penghargaan tidak ternilai buat aku. Terasa seperti Pok Teh memberikan pengiktirafan profesion anak saudara nya ini yang kini telah 23 tahun menjadi seorang pendidik.

Semoga roh Pok Teh di terima dan di masukkan dalam golongan mereka-mereka yang beriman.

UNTUK PERHATIAN ANAK-ANAK KPLI BK...SILA BACA

artikel ini di petik daripada http://sandradodd.com/teaching/

Baca artikel di atas dan respon di sini....

atau kalau tak jumpa baca artikel tu dekat entry yang saya khaskan untuk pelajar PISMK PL...... ia adalah artikel yang sama. Pastikan semua orang respon di entry ini....pastikan nama sebenar dinyatakan... saya tak mahu nama samaran....

Sunday, August 9, 2009

SEMANGAT 46

46 years ago on this very day the 9th of august 1963 I was born at kg serkam....

Hmmph....nampaknya bertambah setahun lagi usia yang tuhan pinjamkan untuk ku...
Kalau kereta yang seusia aku ni dah masuk bengkel dah jadi besi buang.... recycle dan jadi benda lain...
tapi aku insan yang serba dhaif ini masih bernafas,
masih merasai kenikmatan makan.....
lebih beruntung lagi dikurniakan 8 orang anak yang mengingat hari lahir bondanya ini..
selamat hari jadi buat diriku... (sebab ini blog aku kan....)
selamat hari jadi...
selamat hari jadi....
selamat ulangtahun kelahiran...

thank u RBB for sharing half of that age...
maknanya...aku hidup sebagai insan bersendirian bernaungkan ayah dan bonda sehingga usiaku 23 tahun.
selepas itu... aku melalui kehidupan ku di bumi ini bersama-sama RBB ...
dan diam tak diam dah 23 tahun aku bersama RBB...
diam tak diam... kami dah ada anak yang usianya dah 21 tahun.....

syukur kepada Ilahi yang memberikan anugerah kehidupan ini...

(terima kasih juga buat Kamaliah dan Salwa ex student masa kat Seri Mahkota... yang sentiasa ingat birthday saya dan ustazah Masturah)

Friday, July 31, 2009

TINGKATAN 5FIKIR SMK SERI MAHKOTA

Petang semalam sebaik umi memasuki ruangan minimarket station minyak mobil di Semabok untuk membeli minuman umi mendengar suara memanggil "cikgu". Sebagai seorang guru (walaupun kini dah bergelar pensyarah) umi memang sensitif dengan panggilan itu di pasar, di jalanraya atau di mana sahaja. Tetapi umi tak nampak pun sesapa di sekeliling umi yang umi kenali sebagai murid di dalam kedai itu. So umi meneruskan pencarian minuman untuk umi minum dalam van , hari itu umi di ambil oleh along ammar yang sedang bercuti kuarantin. Kata ammar WIRA buat hal lagi, kali ini stering nya tak boleh berpusing. Bila RBB pulang petang nya dan memeriksa kereta itu , rupanya tali stering nya putus. Alhamdulillah, tidak ada impak buruk yang berlaku akibat insiden tersebut.

Bila umi ke kaunter untuk membayar harga sekotak air soya dan sebotol air apple berkarbonat (tanpa memandang pada gadis di kaunter itu) panggilan 'cikgu' itu kedengaran lagi rupa-rupanya gadis di kaunter itu yang memanggil umi. Umi mengangkat muka memandang wajah gadis itu kerana cuba melihat wajah yang memanggil umi dengan panggilan cikgu. Keadaan seperti itu adalah keadaan biasa bagi umi sebab kalau umi berpergian ke kedai, pasar atau di mana-mana kerap juga umi dipanggil cikgu kerana agaknya di wajah umi ini sudah ada tanda-tanda cikgu...

"cikgu, tak kenal saya ye" kata gadis itu.
"siapalah anak murid saya yang masih ingat saya ni" balas umi merendahkan diri sambil cuba mencari dalam kotak memori umi wajah gadis itu dan namanya.
"saya eka lah cikgu" bersungguh-sungguh mengenalkan dirinya.
"oh, kamu tingkatan 5 f dulukan" gembira umi kerana akhirnya dapat menjumpai file mengandungi maklumat diri gadis ini dalam kotak memori lama umi.
"haah cikgu, tulah dulu malas belajar, sekarang ni baru menyesal cikgu" tambah gadis itu tanpa ditanya.
"kamu ingat saya lagi ek" sambung umi dengan bangga diri.
"memang le , cikgu lah guru saya yang paling best" gadis itu yang namanya Siti Zulaikah murid umi ditingkatan 5Fikir SMK Seri Mahkota tahun 2006 menekankan kenyataan yang ada dari dalam dirinya. Dalam suara nya itu umi kesan betapa bermaknanya umi buat dirinya. Memori mengenai umi yang di simpan dalam memori dia sebagai seorang pelajar yang sentiasa berada di belakang dalam akademik. Memori mengenai umi dari dalam dirinya yang sering di kaitkan dengan masalah disiplin. Memori mengenai umi guru tingkatan nya daripada tingkatan 4 Fikir tahun 2005 sehingga tingkatan 5 fikir tahun 2006.

Sayu hati umi mengenangkan kenangan umi bersama pelajar tingkatan 5 fikir. Walaupun umi tak mungkin menemui mereka sebagai seorang doktor, atau sebagai seorang peguam , atau sebagai seorang jurutera, bahkan sukar untuk menemui mereka di ofis yang berhawa dingin namun di manapun umi menemui mereka , umilah bekas guru nya yang sangat diingati. Daripada 38 orang pelajar umi ditingkatan itu hanya 4 orang yang gagal dalam subjek umi walaupun mereka adalah pelajar daripada kelas ke tujuh dalam tingkatan 5 atau kelas ke 2 daripada belakang dalam tingkatan 5.

Walaupun mereka tidak menyedarinya tetapi pengalaman bersama mereka lah yang banyak mengajar umi mengenai hakikat sebenar menjadi seorang guru. Pengalaman itu jugalah yang umi kongsikan selalu dengan guru-guru pelatih yang umi hadapi dalam subjek ilmu pendidikan. Pengalaman mengajar pelajar-pelajar yang tidak bermotivasi belajar. Pengalaman mengajar pelajar-pelajar yang tidak punya harapan untuk masa depan yang lebih tinggi. Pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang rendah. Pelajar yang melihat pelajaran di bilik darjah sebagai suatu yang memeritkan.

Dihujung perjalanan umi bersama mereka di SMK Seri Mahkota, umi tahu mereka menghargai guru kelas mereka ini. Merekalah yang menganugerahkan kepada umi gelaran the best teacher sewaktu majlis sambutan hari guru dan kerana pencapaian mereka yang baik sewaktu SPM umi diberikan anugerah khas pengetua untuk peningkatan pencapaian dalam SPM tahun 2006.

Buat Zulaikah dan rakan-rakannya daripada tingkatan 5 FIKIR tahun 2006 SMK Seri Mahkota anda sekalian sentiasa di hati cikgu. Entry ini umi tujukan khas buat mereka semua walaupun umi tahu peluang untuk mereka menemui blog ini amat sukar bahkan mungkin pekerjaan mereka sekarang ini bukanlah bidang yang memerlukan mereka menghadap komputer.

Thursday, July 30, 2009

ONE STEP AHEAD.....

Minggu ini umi dapat panggilan daripada my ex student KU KPLI SN syikin yang dah posting kat Serawak. Syikin adalah my second ex student kat IPPM yang menghubungi umi daripada tempat dimana dia dipostingkan. Sebelum ini KU KPLI PK Zaleha menalipon umi untuk memaklumkan yang dia dah dipostingkan di Selangor (kalau tak silap ingatan umi).

Umi gembira dapat berita daripada ex student. Umi masih lagi terima sms daripada bekas pelajar semasa umi mengajar di SMK Seri Mahkota dulu....To receive news from my ex students especially from ex IPPM was something to me... coz I am remembered....and I am also feeling old..... so old.....very old....bekas pelajar dah melangkah berlangkah-langkah ke hadapan...milestone ahead....very much ahead.

Thus, suka atau tak suka umi terpaksa akui, yang I am getting older....semakin veteran... dan sudah semakin uzur...Being a teacher...teaching kids... teaching youngsters... and teaching elderly....bawa banyak makna dalam kehidupan keguruan umi....kerana kita mendidik insan yang beremosi... insan yang mempunyai memori... dan salah satu memori mereka adalah bersama kita...

Moga memori mereka bersama umi adalah memori indah yang tak akan mereka lupakan.. Bagi mereka yang punya kenangan pahit ketika bersama umi... maafkan umi.... aku hanya guru biasa... mengajar biasa-biasa aje.

(thanks syikin...thanks juga buat leha... moga jadi guru yang cemerlang)