Friday, October 31, 2008

suatu masa dulu.....



Mentari memancar terik memanah ke dalam ruang maktabah (pejabat) madrasah itu. Di ruang pekerja lelaki terdapat 2 buah meja yang menghadap satu sama lain. Terdapat kabinet besi untuk menyimpan fail-fail yang lain hanya beberapa buah kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab.

Seorang anak muda berserban dan berjubah putih dalam lingkungan dua puluhan sendirian asyik menaip di mesin taip. Satu-satu jarinya mengetuk. Bukan mudah untuk menyiapkan surat dalam tulisan jawi itu namun dia terus menaip. Di luar beberapa orang anak-anak kecil berserban putih dan berjubah berlari-lari bekejar-kejaran sementara menanti solat asar di musolla. Nun di pesisir pantai menghadap Selat Melaka beberapa orang anak gadis berjubah dan berpurdah menyusuri tepi pantai. Suatu pemandangan biasa di pantai pinggir Selat Melaka itu.

Keheningan senja itu dipecahkan dengan suara memberi salam daripada sebalik tabir yang memisahkan ruang pekerja lelaki dengan pekerja perempuan.
"assalamualaikom ustaz" gemersik suara ustazah daripada balik tabir itu. Sesekali kain tabir itu beralun-alun ditiup angin daripada satu-satunya kipas angin yang ada di pejabat itu.
"waalaikom salam" balas ustaz muda itu setelah lama salam diberi.

"ustaz panggil ana ke?" tanya gadis itu penuh sopan. Di tangan gadis muda itu sehelai nota bertulis dalam tulisan jawi. Dia membacanya di dalam hati.. assalamualaikom, sila jumpa saya di pejabat. Menunduk di belakang nya penuh sabar seorang gadis memakai purdah hitam dan berjubah coklat menemani gadis yang sedang berada di sebalik tabir itu.

"oh ye.... ada hal yang perlu dibincangkan" balas ustaz muda memecah kesunyian petang itu.
" ustazah boleh tunggu ana sebentar" tambah ustaz itu lagi sambil menarik sebuah kerusi dan duduk berhampiran tabir kain yang memisahkan ruang antara mereka berdua.

Gadis yang dipanggil ustazah tadi menarik sebuah kerusi berhampirannya. Hanya bunyi kerusi yang di tarik kedengaran. Dia menunggu dengan sabar. Tangannya membetulkan purdah yang dipakainya.

Ustaz muda itu terbatuk-batuk kecil. Dia menjeling pada botol ubat homeopathy di atas mejanya. Kesihatan nya sering terganggu. Sekujur tubuh kurus nya menahan batuk yang semakin mengeras pula. Angin panas dan kering dari pantai Selat Melaka menambah lagi batuknya. Kertas di meja kerjanya di susun kemas. Dalam hatinya menyusun bicara. Wajah gadis itu tidak dapat digambarkan kerana sentiasa dilindungi disebalik sehelai purdah.

Dari pembesar suara musalla mengalun suara kanak-kanak mengalunkan zikir munajat. Suara merdu itu mengingatkan dia pada tugasnya. Di sini, di pinggir selat melaka.....dia harus memikul amanah.

1 comment:

4Ddict|.46 said...

wah2....
bila plak da jadi pengarang novel ni?
dasyat2....