Sebut rumah terbuka ni... memang banyak orang buka rumah mereka menjelang penutupan syawal ni. Bagi umi cukuplah rumah terbuka kita pada satu syawal hari tu. Penutup lah tu. Dah tak nak buka-buka lagi.
Esok sabtu 25 Oktober ada gathering xmozac SPM 80. Rindu nak jumpa kengkawan lama. Kawan-kawan seangkatan pelopor di SM Sains Melaka (sekarang ni dah bergelar SM Sains Muzaffar Shah). Masih ummi ingat bagaimana kami menumpang di SM Munsyi Abdullah sementara bangunan SMS Melaka siap sepunuhnya. Pertengahan tahun kami berpindah ke bangunan kekal SM Sains Melaka tu.
Bangunan SMS Melaka yang tersergam di atas bukit di Ayer Keroh dulunya di kelilingi hutan sahaja. Tidak ada bangunan di sekitarnya seperti hari ini. Bangunan Mozac ketika itu tersergam mergah dari jauh kelihatan. Kerana tiada bangunan lain menutupinya. Kini setelah 32 tahun berlalu bangunan mozac hampir tidak kelihatan lagi ditutupi oleh bangunan lain yang megah menarik perhatian pelancung ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Bukit Beruang tempat jin bertendang ketika itu tempat kami berlari untuk merentas desa kini telah dipenuhi dengan pelbagai bangunan swasta dan kerajaan. Kami pelajar Mozac tahun 77 juga semakin tua.
Oleh kerana kami batch awal di SMS Melaka maka kamilah senior di situ. Kami meng'oriented' pelajar lain kerana kami dah dilatih mengoriented pelajar ketika di asrama Munsyi Abdullah. Kerana kami pioneer juga menyebabkan hubungan kami sangat rapat. Ummi masih ingat wajah-wajah remaja kengkawan yang lain. Tapi hari ini bila lihat laman blog xmozac umi dah tak kenal wajah-wajah dewasa mereka semua terutama yang lelakinya (batch kami dulu ramai lelaki berbanding perempuan) 2:1 nisbah lelaki kepada perempuan.
So nak pergi ke tidak ke gathering mereka. Bila ada anak-anak kata nak balik kampung cuti hujung minggu ni. Umi jadi serba salah. Plak tu buyah pun baru balik dari KL. Sekadar mendera buyah untuk drive ke KL semata-mata untuk mengembalikan nostalgia bukan sesuatu yang mudah buat ummi.....
So kengkawan xmozac maaf kerana tak dapat menghadiri gathering u all kat Kolej Ke5 UM tu. mungkin lain kali kalau ada pertemuan kat Mozac ke kita boleh ketemu lagi..
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment