24 Oktober (Jumaat): buyah masih kat KL sebab ada tugasan. Umi dah drive sendiri ke ofis mulai Rabu. Dah lama tak bawa keta. Rasa seriau mula2 nya. Semua otot-otot kaki tegang. Sebab tension. Masuk hari jumaat umi dah rasa seronok bawak keta. Yang pastinya kami bertiga penumpang setia buyah pergi ke tempat keja dan sekolah masing-masing lebih cepat daripada biasa sebab faktor melambatkan kami tak ada. Sori lah buyah. persiapan buyah untuk memulakan hari memang kalah anak dara.
Hari ni buyah bawa balik 3 orang anak, kngah, Uda dan Eta. Pehhh kenalah umi jadi full time house wife.
25 Oktober (Sabtu): Along pun ada jugak kat rumah.Bersama 2 orang kawannya. Along control macho lah. Terpaksa follow rutin formal seperti lunch dan breakfast kat meja. Hari ni umi masak mee kicap. Depa tanya apa nama mee yang umi masak tu. Umi kata namanya ikut suka-suka hati lah. Tapi mee yang umi guna tu putus-putus. Umi lebih suka guna mee yang beli kat pasar. Mee pasaraya ni tak cantik bila masuk kuali walaupun datang dari tempat yang lebih cantik.
26 Oktober (Ahad) : Menghantar kakngah dan Uda balik KL. Moga mereka belajar bersungguh. Pesan Umi pada Uda kalau kesempitan duit carilah kakngah.... sori lah kngah. Lepas tu menghadiri majlis kenduri kahwin anak Ketua Jabatan HEP En OA. Kemudian kami travel ke utara majlis orang nak pergi haji. Lepas tu kami singgah rumah Bedah kawan masa kat kanada dulu. Wah.... kaya orang accounting ni. Kerja dengan Jabatan Hasil gaji dekat 8 ribu.... Umi nak sampai ke situ sampai pencen pun tak dapat.
27 Oktober (Isnin): Menghantar dak Uman pulak. Sorang lagi anak dara ummi dah isytihar secara rasmi nak ponteng sekolah. Camna ni???? Kngah sila beri komen.
29 Oktober (selasa): Pergi ofis semula. Kerja banyak menunggu. Sesampai kat ofis 2nd bos call. Umi tak perasan. Itu pun boleh jadi isu. Sorry lah Grace. I don't mean to neglect your call. Lepas ni dapat kerja pulak. Bantu rakan seofis yang kurang sihat.... Nampaknya Umi pun boleh jadi tak sihat sama ni. Kak Ani .... cepat lah sembuh.
Paling best hari ni umi dapat selesaikan puasa enam. nokhtah. Buyah bawa umi berbuka kat gerai di semabuk..... Buyah pun berlakon macam tunggu berbuka macam umi juga... Macam couple bagus sangat.... Sori lah buyah.. I mis u.
30 Oktober (Rabu) : Umi kena drive ke ofis sendiri... Buyah pergi kursus sampai jumaat kat KL.
Buyah offer umi bawa MBR.... acah-acah je tu. Buat amar: Umi dah uji pandu kereta sylphy tu... Memang syok.... pehh.... patut buyah jatuh cinta kat keta tu....
Hari ni dapat surat arahan pergi seminar kat gunung ledang resort isnin depan sampai rabu... Hmmph.... hotel tu comel sangat. Tapi mungkin ada peluang mandi kat Sagil.. Mana tahu. Alamak.... kajian jabatan yang umi tengah siapkan baru 40% siap . Camna ni....
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment