Hari ini khamis. Tak ada kelas untuk di ajar hari ini. Lagi pun IPPM students sedang berhempas pulas menyediakan diri untuk menghadapi exam mereka awal November ini. Yesterday, ummi attended satu taklimat tentang program pesisir kedoktoran di bawah Universiti Teknologi Malaysia.
Awal-awal lagi ummi memang dah demotivated dengan program kedoktoran ni. Mula-mula si Senin (kawan seangkatan di IPPM) yang dah semester 5 untuk Phd ni dah tak bermotivasi untuk sambung pelajarannya lagi. Katanya dia tak terpikul beban belajar disamping beban tugasan yang melambak-lambak di maktab ni. Lepas tu masa ummi buat modul dengan pensyarah IPG lain di Carlton Hotel, Shah Alam jumpa pulak dengan Dr Anna Wong dari IPG Perak. Kisah dia ambil Phd pun tragis sungguh. Berlaku di UM pulak tu. Tempat target umi untuk siapkan Phd tu. Pengalaman dia dengan Dekan UM yang sangat umi kenal Prof Dr Sufian tu menyebabkan ummi lagi tambah demotivated. Camna ni? Peluang kenaikan pangkat di Maktab yang semakin bertambah cerah juga membuat ummi rasa malaslah nak bersusah payah ambil Phd. Dilemma... dilemma sungguh lah.
So akhirnya ummi pergi juga hadap taklimat itu semata-mata nak meraikan kengkawan yang bersusah payah menguruskan majlis itu. Paling tidak pun meramaikan kehadiran. So pendek cerita duduklah ummi dalam taklimat itu. Awal-awal lagi register dah dapat pen UTM, buku nota UTM dan paling gempak borang permohonan mendaftar ke UTM.
Bila tengok pensyarah yang nak beri taklimat tu macam muda benar berbanding ummi. Macam tak caya jerk. Tapi bila dia start cakap memang dia mampu mengubah minda ummi yang dah beku ni. Nampak macam mudah je proses nak selesaikan Phd menurut Dr Zaidatun (nama dia) Timbalan Dekan Pengajian Siswazah UTM.
Masalahnya kosnya terlalu tinggi RM 4000++. Kawan pulak kata boleh urus PTPTN. Hemphh entah tak tahulah. Kalau ikut perancangannya kalau ummi daftar semester terdekat ni maknanya ummi akan dapat title Dr. menjelang usia umi 49 tahun iaitu pada tahun 2012. So untuk anak-anak ummi jom kita belajar sama-sama.....
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment