Assalamualaikom,
Apa khabar anak-anak ummi semua?
Hari ni agak panjang buat ummi. Semalam keletihan selepas seharian di maktab. Plan asal nak buat persediaan mengajar tapi sakit kepala menyebabkan ummi menamatkan hari lebih awal.
Pagi pukul 8 pagi dah ada kelas. Anak-anak murid ummi tegur mengapa ummi kelihatan macam orang demam. Sebenarnya ummi tak bersedia untuk mengajar. Pening semalam masih tak kebah.
Ummi mulakan kelas dengan tayangan video mengenai nasib anak-anak di Acheh selepas tsunami diikuti dengan video mengenai gambaran kiamat dalam sebuah movie barat. Anak-anak murid ummi kelihatan insaf seketika. Selepas itu kelas berjalan seperti biasa. Anak-anak murid ummi seolah-olah ceria mengikuti pengajaran buat hari itu. Ummi rasa serba salah sebenarnya..... masih banyak ruangan untuk diperbaiki selaku pelatih kepada bakal guru lebih-lebih lagi bakal guru di kalangan lepasan siswazah ini. Cukup kah latihan yang mereka terima? Jika tidak apa akan jadi pada generasi akan datang yang bakal menerima mereka sebagai bakal guru. Atau akan berdosakah aku?
Bagaimana dengan anak-anak ummi semua.... walau apa jua profesion yang kita ceburi ingat kerja itu adalah ibadah. Kita bekerja buka semata-mata untuk makan gaji sahaja.
Buat anak-anak murid ummi di maktab jika kita ikhlas mengajar anak-anak didik di sekolah. Setiap ilmu yang baik dan diamalkan oleh anak murid kita akan dicatatkan ganjaran pahala buat kita. Ianya berpanjangan selagi mana diamalkan oleh anak-anak murid kita.InsyaAllah. Oleh itu bersabarlah kita dalam perjuangan sebagai guru dalam dunia yang semakin mencabar ini.
Dalam pada itu ummi tak sabar juga nak dengan apa Menteri Pendidikan nak sampaikan kepada semua guru di Malaysia pada hari guru yang bakal menjelang tiba. Atau sekali lagi bagaikan menanti buah tak gugur lah nampaknya. Selama Hishamuddin pegang kementeriaan pendidikan ni sedih benar rasanya jadi seorang guru.
Walaubagaimana pun, tahun ini nampaknya ummi sambut hari guru di Mersing bersama rakan-rakan pensyarah baru. Dengarnya mereka nak lanyak semua pensyarah baru dengan pelbagai aktiviti agar kami jadi lasak. Kalau tak lasak tak sah agaknya untuk jadi pensyarah di maktab. Ntah lah. Nasib badan.
Okay.... hingga di lain masa.
(jangan lupa solat......)
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment