Monday, June 29, 2009

KATA-KATA MU WAHAI GURU...

Bila ummi dipanggil ke sekolah untuk menandatangani buku-buku rekod kemajuan anak-anak,
umi akur bukan sebab memenuhi jemputan guru tersebut, tetapi lebih kepada untuk menunjukkan kepada anak-anak betapa umi amat mengambil berat pelajaran mereka semua...

maksudnya pemergian umi kesekolah adalah demi anak-anak ummi,
bukan sebab program hari terbuka itu,
sebab, sebagai guru, program seperti itu hanya lah rutin tahunan yang perlu kami lalui untuk melengkapkan takwim sekolah....

Kalau di sekolah harian biasa.... mak bapak pun tak begitu ambil berat untuk datang... kadang-kadang guru yang lebih lorat tentang anak-anak mereka daripada mak bapak.... kalau pelajar menengah umi paksa mereka minta mak bapak datang... sebab jika tidak umi kata umi akan pergi ziarah ibu bapa mereka di rumah untuk 'beramah tamah' dengan ibu bapa mereka...

pelajar kelas hujung takut dengan gertakan umi tu.. sebab umi pernah ke rumah mereka semata-mata untuk hantar surat amaran tidak hadir ke sekolah...mereka tidak sanggup menghadapi keadaan bila guru menceritakan mengenai kenakalan mereka di sekolah...
senakal-nakal budak kampung ni... mereka masih ada rasa hormat dan sayang pada ibu bapa...

so...dengan tanggapan program itu hanya tempelan dan umi pun pergi untuk beri moral support pada anak-anak ... umi pun bersusah payah lah ke tiga buah sekolah berlainan sebab ayahnya sibuk...

sekolah pertama umi ziarahi adalah SJKC Chung Hwa, Sg Rambai,

pertemuan hanya di kantin sahaja, kelas berjalan macam biasa, cuma guru kelas sahaja menanti kami di kantin,

Kata guru kelas anak umi yang bongsu...
"di rumah, adakah dia seorang yang pendiam" tanya cikgu itu dalam bahasa melayu yang pelat...
umi tertawa dalam hati, sebab anak umi yang bongsu ni kalau kat rumah, tak menang mulut umi menjawab pertanyaan dia. macam bertih goreng....

"kakak dia lebih independent" tambah cikgu itu lagi.
so umi dah dapat satu lagi maklumat, anak umi yang lebih tua di sekolah itu dikenali oleh ramai guru kat sekolah itu...

sesampai giliran umi menghadap guru kelas anak umi yang ketujuh dalam famili (kedua bongsu)
"puan, anak puan seorang pelajar yang sangat berpotensi" penuh bersemangat guru itu menjelaskan.
"pada masa hadapan, dia boleh menyumbang kepada masyarakat" tambah guru itu lagi.
"dia mempunyai harapan untuk memperolehi 7a dalam UPSR nanti" guru itu memberi maklumat lagi tanpa perlu umi tanya... pun...
"jarang pelajar melayu dapat keputusan seperti ini di sekolah ini"tambah guru itu merujuk kepada keputusan bahasa cina anak umi itu..
sebenarnya ketika itu umi tak bersuara pun, umi hanya mendengar sambil tersenyum...
Ketika itu, air mata umi hampir menitis mendengar betapa guru itu sangat menaruh harapan pada anak umi yang ketujuh dalam keluarga itu..

kata-kata guru itu sangat bermakna dalam kehidupan keibuan umi....baru umi sedar bahwa walaupun kita para guru selalu pandang lekeh pada tugasan yang kita buat dalam keterpaksaan namun impaknya sangat besar dalam hidup seseorang.....

kemudian umi ke SMK Sg rambai....... ke sekolah anak umi yang lari dari SMKA sebab tak mahu tinggal di asrama....

"dia ni boleh tahan jugak bisingnya di sekolah" kata cikgu tu.... memberi mesage kepada umi bahawa anak umi itu boleh tahan nakalnya di dalam kelas...
umi agak terkejut jugak sebab itu adalah maklumat baru kepada umi, sebab anak umi tu pendiam di rumah... susah nak dengar suara nya di rumah....

so apa yang umi dapat simpulkan... a simple word daripada seorang guru banyak memberi makna kepada ibu bapa..... even a simple gesture yang guru tunjukkan memberi erti mendalam kepada ibu bapa yang kita hadapi...

di SMK syarifah rodziah pulak... ada suasana yang berbeza...

sebagai ibu umi di dera menghadap guru-guru anak-anak umi (ada dua orang disitu)

Pertama menghadap guru kelas..

Bila umi menghadap guru kelas anak umi yang ditingkatan 4 (seorang guru sandaran sebenarnya)
sedaya upaya dia memberi penjelasan mengapa anak umi itu fail dalam sesuatu subjek (sebenarnya beberapa subjek)
misalnya.... "tingkatan 4 ini adalah tempoh peralihan, mereka masih belum menyesuaikan diri dengan soalan subjektif" terang guru itu tanpa perlu umi minta.
"subjek matematik ni memang ramai pelajar gagal, sebab mereka tak biasa dengan soalan penyelesaian masalah" dia menambah lagi sokongan kepada kegagalan anak umi itu...

Pendek cerita ... di SMK syarifah Rodziah... ibu bapa didera jika anak-anak mereka gagal dalam subjek.. terpaksa... menghadap guru kelas... kemudian menghadap Ketua Bidang bagi tingkatan 4 dan pengetua bagi anak umi yang di tingkatan 5....

Begitulah pengalaman umi di sekolah ternama di negeri melaka...ibubapa terpaksa ke sana kemari mencari guru kelas anak-anak... lebih sedih lagi...
"puan, tandatangan di sini ye... ada ibu bapa yang dah menunggu di belakang sana tu" gesa guru kelas anak umi yang sedang berada di tingkatan 5 di sekolah itu... walhal sebenarnya... umi telah turun tangga naik tangga beberapa kali untuk menunggu guru tersebut yang menurut anak ummi sedang makan di kantin...

selesai menghadap guru-guru kelas mereka umi terpaksa menghadap hiraki tertinggi di sekolah ternama itu kerana anak-anak umi itu gagal dalam beberapa subjek. tapi demi anak-anak umi hadapi lah jua...

so anak-anak di IPPM ....fikir-fikir kan dan renung-renungkanlah.....

Sunday, June 28, 2009

ME AND THE CAR...

Okay, so entry kali ini ... of course something about my car experience....

Kereta pertama umi cuba drive... adalah sebuah mazda tua.. flat dia AL208...
Masa tu umi dah ada 4 orang anak....

Umi cuba bawa kereta tu... my husband was the instructor...
he was so strict and mean....
so tengah jalan... I asked him to stop the car... even though I was the one that hold the stering...because... he kept on scolding me.... for not doing the right thing...and that made me nervous and tak boleh berfikir waras lagi.

pengajarannya jangan ambil husband sebagai instructor...
sebab teguran nya buat kita berjauh hati...

Kereta kedua yang umi cuba bawa adalah sebuah kenderaan jenis van...
MV 5797....
Okay... jerk umi bawa... masa tu tak ada lesen... tapi husband duduk sebelah..
seronok jugak bawa van tu... sampai lah ke tanjung dahan..

Kereta ketiga...was ... my brother's wira...CAR......(flat belakang dah lupa dah)
masa tu umi dah ada lesen... tapi tak berani bawa kereta lagi..
tempat kerja (15 minutes walk aje) tapi kena merentas sebuah junction yang agak complicated (at least to me)...

Umi bawak kereta tu sebab adik tinggalkan setahun pada kami sebab dia berkursus di Australia.
Pada mulanya tak berani bawak ... tapi bila dah jenuh menumpang orang,.... walhal rumah dekat aje.. dan CAR pun macam senyum sinis je tengok umi tumpang kereta orang sedangkan dia ada kat porch depan rumah kami..

So finally, gelap-gelap subuh lagi umi dah bawa kereta ke sekolah sebab konon nak elak kereta banyak kat jalan raya...
sesampai kat sekolah... jaga belum buka gate lagi...I parked the car outside the school compound and gave the key to the guard so that he will park the car dalam school compound...

second day ...
umi keluar awal juga ... tapi not too early sebab takut gate tak buka lagi...
masa tu hanya ada kereta pak guard aje yang ada dalam school compound tu...
and yet... I parked the car betul-betul sebelah kereta tu... walhal ada banyak space lagi ...
and you know what... umi langgar kereta tua pak guard tu..
kereta pak guard tu tak apa-apa pun tapi lampu kereta umi pecah ....
umi duduk dalam kereta tak berani keluar pun..
sampailah husband datang...

So that was my third car...

Lepas adik balik dari australia... kami beli MAT 6389.... actually that was our first car...
husband make sure kereta tu automatic sebab dia tahu betapa penakutnya ummi...

On and of ummi bawak kereta tu... bila umi sambung belajar ... umi dah tak pegang stereng lagi..
to me... driving hanya bila betul-betul terpaksa.

Habis belajar... umi terpaksa drive sebab umi dah mengajar sekolah yang jauh daripada rumah.. masa tu umi dah tak duduk di serkam lagi...

Hari pertama nak drive...
umi menangis dulu....masuk bilik air..keluar bilik air...
itu pun masa tu husband kursus 3 hari kat bangi...

so kali pertama sampai ke sekolah tu... lega bukan main lagi....
lepas tu ... umi makin berani bawa kereta..
dah mula speeding...
cuma satu yang umi tak buat...
umi tak pernah melencong ke mana-mana... betul-betul rumah ke sekolah... dan sekolah ke rumah...

satu hari bila umi dah ter confidence sangat...
umi terlibat dalam accident.. masa overtake kereta lain... kereta umi tak dapat dikawal... terbabas masuk parit...masa tu lagi 2 tiga hari nak raya...
alhamdulillah selamat... cuma MAT rosak teruk...

why do I tell you all pasal cerita ni..
sebenarnya...

hari sabtu yang lalu... kali pertama umi bawa nissan sylphy MBR 59 mendaki bukit SMKA syarifah rodziah.. sebab pergi menanda rekod kemajuan anak-anak..

sebelum ni umi tak pernah cuba.. sebab naik bukit... jalan sempit...dan susah nak parking...
tapi hari tu dah terpaksa... umi pergi awal... nak elakkan jam..
tapi on the way balik... sewaktu bagi laluan pada kereta yang naik bukit tu... umi park kereta tu depan kereta lain yang parking tepi jalan..
so bila nak undur untuk mengelakkan kereta tu... MBR 59 tak mahu undur... makin ke depan pulak dia... umi pun panik jadinya...nasib baik ada seorang hamba allah lalu... umi buat muka tak malu tanya macamana nak buat... dia ambil batu dan tahan tayar kereta tu daripada bergerak kedepan bila umi lepaskan brek...
alhamdulillah...usaha itu membuahkan hasil... umi berjaya mengelak daripada melanggar kereta kat depan tu... dan berjaya menuruni bukit syarifah rodziah...

dan untuk pengetahuan u all semua... ini semua berlaku sebab husband tak ada lah ni..
sejak akhir-akhir ini... dia asyik outstation ke merata-rata tempat di Malaysia..

agaknya...ada hikmah disebalik semua ini...
umi harus lebih independent dalam bab memandu ni...

tapi kira okay lah kan... ada perubahan... walaupun slow....

Pn Norasmawati yang berani tu pun jarang bawa kereta (ke belum ada lesen lagi???)

Wednesday, June 24, 2009

SUATU MASA DULU.....

Petang itu semua ustazah di madrasah itu berwajah ceria. Dia melabuhkan punggungnya di tangga batu menghadap bangunan kayu yang menjadi asrama bagi pelajar-pelajar puteri . Dari jauh kelihatan sekelompok pelajar berpurdah hitam menaiki tangga ke bilik masing-masing. Di tangan masing-masing ada makanan yang dibeli dari rumah makcik-makcik yang berjiranan dengan madrasah .

Dia merenung sampul putih di tangannya. Namanya dengan tulisan jawi tertera di sampul itu. Dia tak pasti berapakah wang di dalamnya tetapi biasanya hanya ada sekeping note 50 sahaja di dalamnya. Dia tidak ambil peduli. Dia tidak memerlukan wang yang banyak ketika tinggal di situ. Mereka tidak dikehendaki membayar sewa rumah kerana dia tinggal bersama-sama pelajar-pelajar . Dia juga tidak perlu membeli makanan kerana dia makan apa jua yang dibekalkan oleh pihak kantin untuk pelajar-pelajar.

Hatinya tiba-tiba terusik. Ibunya hanya sekali menjenguk dia di situ. Mungkin ibu sedih kerana tempat tinggalnya itu terlalu uzur. Asramanya itu adalah sebuah rumah melayu lama yang telah uzur. Di dalamnya terdapat beberapa buah katil diperbuat daripada kayu dengan tilam nipis. Pada sebelah malam pelajar-pelajar akan membentangkan tilam dan tidur di atas lantai. Dia terpaksa melangkah beberapa orang pelajar untuk sampai ke pintu jika perlu ke bilik air pada sebelah malam. Mereka bersesak di situ seakan sadin di dalam tin.

Tersentak dia daripada lamunan bila sekumpulan pelajar menegur dan memberi salam kepadanya. Salam mereka itu di balasnya mesra. Dia kenal pelajar-pelajar itu walaupun wajah mereka terlindung di sebalik purdah. Mereka menjinjing sebuah dulang yang berisi nasi dan lauk.
"lauk apa hari ni" dia menyapa mereka mesra.
"masak asam ikan pari, ustazah.." balas Nadiah antara yang paling tinggi dalam kalangan mereka.
"oh... sedap tu" dia membalas lagi...
"jomlah ustazah makan dengan kita orang" pelawa Aniza , ketua pelajar di asrama itu.
"tak pelah... anti makanlah dulu, ana tunggu Ustazah Kalsom" dia menolak pelawaan itu sopan.

Mengenang lauk ikan pari masak asam itu membuat dia meneguk air liur. Terbayang olehnya keenakan lauk ikan pari masak asam yang dipedaskan lagi dengan lada hitam yang ditumbuk. Ikan pari segar itu adalah hasil tangkapan ustaz dan walad dewasa dari pantai berdekatan. Mereka akan makan secara berjemaah di asrama. Biasanya mereka saling bersuap-suapan. Pelajar-pelajar selalu berebutan untuk makan dengan ustazah bagi mendapatkan berkat. Dia tersenyum mengenangkan pelajar-pelajar nya yang sopan tapi nakal jugak itu.

Sampul di tangannya dibuka. Didalamnya ada 3 helai not bernilai 50 setiap satunya. Hatinya gembira. Kali ini dia mampu ke pekan mencari kain untuk menjahit jubahnya. RM 150 adalah besar bagi dia pengajar di situ. Baginya dia tenteram berada di situ walaupun jauh dilubuk hati ada suara dihatinya menginginkan untuk membalas jasa ayah dan ibunya sekembalinya dia dari luar negara.
"ibu, ayah redhakanlah kehidupan anakmu ini" bisiknya dalam hati.

Tuesday, June 23, 2009

BERMULA SEBUAH PENGAJIAN LAGI....

Isnin bermulalah lagi sesi baru pengajian di IPGM KPM.... (Kampus Perempuan Melayu Melaka) ada signifikan tak pada anda bila sebut nama maktab ini... the.... the ... I stres again the... only institution name after the... last ... Perempuan Melayu..... bukan wanita tau... but... perempuan melayu.... bukan jawa... tapi Melayu....

Okay... leave that matter aside... kelakar kan... tapi masa jumpa pensyarah dari IPGM lain... mereka amaze sebab kami hanya ada guru pelatih daripada gender yang satu sahaja... gender perempuan... I mean yang full time lah... part time .... ada plak lelaki...dan daripada etnik lain.... seperti china dan india...

Monday wasn't a good day actually... (didn't they mentioned that ... monday is bad... or bad monday ???)
Ahad melayan tetamu daripada kalangan sahabat suami alumni KISAS.... almost 50 people turned up... menunya lauk kampung... and guess who the chef is.... tak lain tak bukan... ummi lah....sebab adik ipar balik kampung suami...So... kaki ku sakit sekali... after standing and walking .... cooking and serving ... and helping the girls tidying the kitchen afterwards..... cara hidangan... bukan buffet tau... tapi hidang... ala tradisional punya style...

so nak angkat kaki mendaki dan menuruni tangga di anjung tadbir amatlah sakitnya....

Now I realised that I am too old for all this....

So tuesday meeting with my new girls the PISMP PL SEMESTER 2. Semuanya cute-cute, manis-manis dan sopan-sopan... at least in front of me lah kan... kat hostel ... tak tau lah plak... bersesuaian dengan ciri-ciri perempuan melayu lah kata kan... tapi tak ada sorang pun perempuan melayu melaka..... semua daripada negeri luar.... Kenapa lah gitu gamaknya...

This semester I am going to teach them EDU3103. Satu kumpulan lagi adalah kumpulan KPLI.. ambilan baru... khabarnya semuanya daripada sarawak... So ummi tak sabar nak jumpa dia orang ni.... macamana lah agaknya bakal-bakal kaunselor sekolah serawak ni. Daripada jauh ummi nampak (senang nak cam sebab mereka masih pakai tudung harimau tu...) semuanya kelihatan sayu dan stress... sebab kebanyakan nya dah berkeluarga dan tinggal berjauhan lah nampaknya ... terutama yang ada anak kecil... malah dengarnya ada yang baru habis pantang... Kesiannya... umi dapat bayangkan... sebab dulu waktu umi buat Kpli ummi pun dah ada 6 anak dan anak ke enam masa tu masih menyusu lagi.. sampai demam lah ummi waktu orientasi dulu.. ketika itu tudung rimau tu betul-betul macam rimau atas kepala ummi rasanya...

Okaylah cukuplah entry untuk hari ini... to those who keep up date dengan blog umi ni ... terima kasih bebanyak... rajin gak u all baca .. apa yang ummi tulis ni...

sometimes bila kita tulis kan pengalaman seharian kita... and we read it again... kita sendiri akhirnya jumpa hidden meanings behind all those events..... no wonder... ada ramai orang suka jadi penulis... tapi ummi taklah sampai ambitious begitu... belajar dulu sains tulen... cuma agaknya ... hemisphere otak ni... right at the middle... so tidak bias to any side.... not left ,not right.... meanings... dua-dua ada kot... maybe...anak-anak Hj Salleh yang lain...macam kakngah dia ke? Mak Busu dia macam ada tendency ke arah itu ... Mak Uteh... hemmm......maybe...!

Wednesday, June 17, 2009

PERTEMUAN DENGAN SUPERVISOR KAMI



so we finally pack out things and check out of the room...

pukul 2.30 kami ke fakulti pendidikan UTM...

destinasi kami adalah ke ofis Dr Abd Rahim..

alhamdulillah... 2.30 tepat kami memulakan discussion..

tak lama sebenarnya...

bila Dr Rahim dengar kami tidak lama di kampus..
dia mengomel juga.....
"macam orang pergi jamuan makan ikan bakar je'... maksudnya tak serius lah tu...
'pergilah cari bahan di library..."
sebenarnya bukan umi tak nak ke library... tapi UTM ni maha jauhnya daripada melaka...
lebih baik umi cari alternatif lain...
sebab kami memang pelajar program pesisir... even viva pun di IPGM KPM.... so might as well cari bahan kat tempat lain.
lagi pun memang Hafsah (pelajar full time ) kata bahan untuk education tak banyak di UTM...

so....

selepas perbincangan dengan dr rahim... umi rasa banyak yang perlu umi lakukan lagi...
so much.... actually....

tapi umi rasa umi mampu lakukannya....

I am going to make it...
no matter how...

so anak-anak ummi...

apa lagi..

jom kita belajar....
Posted by Picasa

sehari kehidupan di kolej 9 UTM




Setelah 3 jam lebih mengharungi perjalanan ke skudai, akhirnya kami sampai ke kampus UTM . kali pertama setelah bergelar mahasiswi UTM. Itupun setelah kami menamatkan satu semester pengajian kami.

Kami tidak terus ke pejabat supervisor kami. Destinasi pertama adalah untuk mencari tempat penginapan. So kami menuju ke kolej 9. sesampai di sana kami terus mendaftar di kaunter asrama. RM 12 bertukar tangan. RM 10 untuk bilik dan RM 2 untuk cadar dan bantal.

Yang kelakarnya kami terpaksa mengusung bantal dan cadar masing-masing....

bayangkanlah sebagai lecturer di IPG.....
kami memang sering berpindah randah dari satu hotel ke hotel yang lain sewaktu menjalani kursus, mesyuarat dan sebagainya..

kami hanya perlu menarik beg pakaian kami dan masuk dengan penuh elegan kedalam bilik kami masing-masing yang telah dikemaskan oleh pekerja hotel.....

tapi kali ini sebagai mahasiswi ...
kami mengusung bantal, cadar dan sarung nya.....
sungguh mengharukan....

it really touch me actually...
all the way ... kami tergelak sakan..

sebenarnya selama jadi student selepas meninggalkan sekolah menengah...
ummi memang tidak merasa kehidupan di asrama..
di Kanada kami menyewa apartment jauh daripada kampus ...
towards the end of my students' life di kanada... ummi tinggal di bungalow yang disediakan untuk married couples..
so umi tak rasa tinggal di asrama.

masa buat master di UM..
umi menjadikan rumah Dr Zakiah sebagai asrama sementara...
and in fact... pejabat nya untuk lepak-lepak sementara tunggu sesi kuliah...
sehinggalah umi graduate dengan master degree di UM.

dan kali ini umi jadi student untuk my Phd...
dan mengusung bantal ke asrama...

sesampai di asrama.
kami dikejutkan lagi dengan debu-debu dan tilam yang uzur tanpa alasnya..
lantai yang tidak bersapu...
sesopan kami (pada dasarnya) tak sanggup nak menanggalkan kasut bila masuk ke bilik tersebut...

so... bila rakan ummi Hafsah mencadangkan agar kami balik petang itu juga sehabis sesi dengan Dr Hamdan, umi dan gie bersetuju dengan senang hati.... sebab driver kami nak balik awal....so kami tidak bermalam disitu..

sebenarnya yang menjadi faktor penolak yang pertama untuk bermalam disitu bukan kisah mengusung bantal tu... tapi kenyataan bahawa bilik air nya di luar bilik dan terpaksa berkongsi dengan siswi lain yang menginap di kolej tersebut...

itu lah kenyataan paling sukar untuk di lalui...
having my own bathroom inside my room di rumah...

I could not imagine my self ... to share bilik air dengan siswi lain..

Bukan nak menyombong...
tapi kalau ada cara lain... i will opt for the other choice....

sorry UTM...

Kata Gie..
"kak... kita datang ni nak tengok jalan ke UTM....supaya the next time kita datang terus ke dewan untuk Konvo...."

and that we plan to do....
Posted by Picasa