Saturday, January 31, 2009

A TRIBUTE TO MY SIFU

Last Friday before Cuti Tahun Baru Cina masa on the way balik umi terserempak dengan Mdm Boovaneswary (my ex lecturer). Kata Boova... I nak tarik diri lah Halimah (She is referring to our Phd program).

Umi hanya dengar aje keluhan Boova sebab umi rasa umi faham. Faktor usia juga tidak boleh dipandang sepi. Kata Boova "you tak apa... you are still young".

Hmph!!!... umi tak rasa pun any younger than her... maybe younger in terms of experience. Dia sifu umi masa buat KPLI dulu. In fact salah seorang lecturer yang umi respect. Masa dia ajar umi, banyak ilmu yang umi perolehi dari dia. Sikap 'thorough' dia sedikit sebanyak mengajar umi untuk jadi guru yang teliti dan berdedikasi.

So bila nampak dia turut sama mendaftar untuk Phd program umi rasa teruja juga duduk seiring dengan dia sebagai student.

So that friday Boova decided to withdraw from the program.

Tapi bila umi melangkah ke kelas hari ni untuk attend my first class. I was surprised to see another sifu of mine sit in the front row. Hait!! biar betul ni. Macam tak percaya pulak . Bila pulak lah KJ jabatan teknologi (merangkap ex lecturer umi) ni pun enrolled dalam program offshore ni.

Berbekal dengan kamera hari ini umi memang nak rakamkan wajah kami di hari pertama lecture sebelum kami jadi lebih haru.....dalam keseronokan bergambar.... ayat sifu umi ni betul-betul mematikan stim.... "wah nak masuk dalam blog lah tu?" celah Hj Mustafa Majid (dulu umi dan kawan-kawan KPLI umi refer dia sebagai MAM)

Umi masih seronok nak bergambar... tapi bila MAM sebut nama blog umi ...Ummu Ammar... haiya!!!!..... abislah umi kali ini....

Sebenarnya umi tulis blog ni khususi untuk anak-anak umi...lepas ni kenalah umi lebih berhati-hati terutama bila menyentuh rakan-rakan sejawatan kat IPPM. Sori lah kengkawan semua. Umi lupa blog ni adalah untuk tatapan umum and not only for my children.

Walaubagaimanapun buat semua guru-guru umi, mendapat ilmu daripada mereka semua merupakan suatu rahmat. Berada dalam suasana pencarian ilmu bersama bekas guru juga suatu anugerah. Bagi umi sekali mereka mengajar umi selama itu mereka adalah guru umi.

Buat anak-anak umi fikir-fikirkanlah.... sentiasalah hormati guru kita kerana keberkatan itu ada bersama mereka.

Sunday, January 25, 2009

PENGALAMAN HARI PERTAMA SISWITUA UTM.

Masa taklimat PSZ oleh wakil daripada Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM ada banyak benda yang umi keliru.

So bila pegawai yang namanya Nor effendy tu bagi taklimat , umi respon lah dengan soalan-soalan. Umi dah biasa guna database UM (sekarang ni pun selalu guna mokteh punya account....tak pe ke Kiah? sorry dan terima kasih banyak-banyak. Ia banyak membantu).

Nampak macam complicated aje perpustakaan UTM ni. Jadi umi tanyalah sebab nak tahu. Sebab umi tahu umi perlu guna database tu untuk dapat maklumat. Bagi post graduate dan part time mcm umi ni memang perlu dapatkan bahan secara PJJ. Tambahan lagi bila umi dah ada account dengan UTM ni umi tak perlu tumpang guna account mokteh lagi.

Kawan-kawan yang lain tak respon pun semua muka macam muka selamber tak kisah atau buat-buat tak kisah....

Yang pastinya selepas tu semua hadap umi dan kata.... ayat lebih kurang sama.....

Kak..... nanti akak ajar saya ye (siap bagi masa dan hari lagi untuk sesi tutorial dengan umi)

Mah.... nanti kau ajar aku tau.......(couple yang ambil phd sama-sama)

Halimah.... nanti you ajar I tau (umi punya ex lecturer... veteran yang turut sambung belajar)

arghh!!!!!!..... bengang lah ni... Ni baru hari pertama ni......Umi baru respons dengan bagi soalan sebab umi tak tahu.... Macamana pulak soalan dari orang yang tengah blur ni boleh jadi petanda kepada seorang yang lebih tahu.... Hai apa teori lah kengkawan umi ni pakai.....

So umi buat kesimpulan .... memang umi akan jadi mangsa oleh kengkawan yang akan menjadi kan umi macam pegawai sumber.....

Nasib baiklah ada RBB disisi umi yang sentiasa setia beri dorongan dan sokongan.

A day after umi register as Phd student... umi naik ofis RBB ....

Sorang staff RBB siap shake hand lagi dengan umi....

Kak.... tahniah ye akak sambung Phd ye.....(kata Syidah... staff buyah)

Ni mesti ustaz yang cakap.....balas umi pada syidah.

Haah kak... ustaz cakap dalam mesyuarat .......(sambung syidah penuh ceria)

Itulah sesatunya RBB yang umi tahu......bila dia dah cerita pada staf dia yang umi sambung Phd maknanya dia sangat gembira umi sambung belajar.... maknanya.... dia akan beri full support.... maknanya...dia akan setia menemani umi belajar..... maknanya.... maknanya...maknanya.... by the end of all this mess up....... Phd itu akan dibahagi dua .... maknanya.... P untuk RBB dan hd untuk umi...

Wednesday, January 21, 2009

STUDENT BARU UTM


pendaftaran untuk program pesisir (offshore) Doktor Falsafah yang dibuat di Dewan Seri Melur IPPM semalam.


akhirnya setelah banyak berfikir umi daftar sebagai student dan sekarang bergelar mahasiswi UTM Skudai, Johor Baharu.

21 hb Januari 2008.

Hari bersejarah buat umi. Mulai semalam secara rasmi umi jadi student UTM untuk program Doktor Falsafah (kurikulum dan pengajaran).

Doakan umi berjaya.

Buat anak-anak...... jom kita lawan.... sapa dapat Phd dulu....

Ammar, Hajar, Abu Dzar........ ayuh kita maju ke depan....

Saturday, January 17, 2009

Jasa Yb Terengganu

Hari ini pilihanraya kecil kat Kuala Terengganu. Suspen jugak mengingatkan sapa le yang akan menang. En Wan ke? atau En Wahid ke?

Kami kat IPPM hari ni kelas ganti sebab nanti nak ambik cuti panjang sempena Tahun Baru Cina.

Pagi-pagi lagi umi dah masuk kelas. Kelas PISMP Semester 1 ni sebaya hajar. (lahir tahun 1988). Kalau budak-budak PISMP Semester 5 (tua setahun daripada Ammar) dah macam isteri orang besarnya yang group ni pulak comel-comel semuanya macam hajar. Umi dah prepare nak bagi lecture sebenarnya tetapi bila tengok budak-budak itu masih fresh daripada minggu orientasinya umi pun rasa terpanggil untuk memendekkan kelas. So umi buat introduction sahaja tapi sebelum umi tinggalkan kelas umi dah bagi assignment untuk dipresent next week.

Bila masuk ofis, rasa mengantuk tak tertahan-tahan. Tak tahu kenapa. Bila dah mengantuk kepala pun tak boleh nak compute. Nak prepare bahan mengajar pun tak berdaya.

Sebelum balik Grace buat gempak lagi. Kata dia dalam mesyuarat dgn pengarah nama-nama yang dapat DG48 telah diumumkan termasuklah rakan seofis umi Kak Ani.Grace siap ucap tahniah beria-ia pada Kak ani. Bila kami tanya yang lain-lain macamana? Katanya belum keluar lagi termasuk dirinya.

Argh!!!! sekali lagi Grace ni buat suspen betul. Kami semua ni dah buat spekulasi mengenai perjawatan kami masing-masing. Yang pastinya group fasa 1 dah dapat perlantikan dan umi group fasa 2. (group yang dijangkakan untuk fast track) dan ini sebenarnya yang lebih suspen.

Bila sebut isu gaji pensyarah IPG ni. Umi teringat Allahyarham YB Razali Ismail. Memang dia sangat berjasa pada kami guru-guru di IPG. Memang layak namanya di abadikan di IPG Terengganu tu sebab dia sungguh-sungguh berusaha memartabatkan institusi pendidikan. Umi baca komen pilihanraya. Even dalam harakah pun they mention about his dedication towards his work. Moga Allah rahmati dia dan membalas segala usaha nya dan memasukkan beliau dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Monday, January 12, 2009

SILAP KE BETUL2 NI????

Hari itu tiba-tiba jerk suasana JIP berubah ceria. Kata Grace maklumat mengenai penstrukturan jawatan pensyarah di IPG telah ada di portal BPG.

Dengan penuh debaran umi melangkah ke JPM sebelah ofis umi untuk menanyakan macamana nak akses maklumat tersebut. Sesampai di sana Sarimah dengan bangganya mengajar umi langkah-langkah untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sebenarnya dia dah tengok maklumat perjawatan umi tapi saja nak buat gempak.

Seperti dijangka memang ada perubahan besar dalam perjawatan di Maktab dan nama umi dan Sarimah antara yang dapat skim 'touch and go'. Kalau benar maklumat itu maka alhamdulillah. Rezki anak-anak agaknya.

Kegembiraan ummi tak lama sebab lepas mesyuarat petang tu, rakan-rakan kata maklumat itu dah di block. So tak dapat di akses lagi. Kata mereka ada banyak data yang silap.

So balik asal semula lah nampaknya. Kami di IPG masih menanti surat rasmi daripada BPG yang entah bila akan turun daripada udara. Bagai menanti buah yang tak gugur layaknya. Cuma kata pengarah dalam mesyuarat baru-baru ini hampir meyakinkan ummi akan kesahihan maklumat perjawatan yang umi tengok itu. Kata beliau penstrukturan perjawatan di IPG bukan suatu gimik tetapi adalah suatu realiti. IPG is like being born again. Kata dia ini adalah hasil usaha allahyarham Datuk Razali Ismail (YB dari Terengganu, yang pemergiannya kini membawa kesan kepada suasana politik di Malaysia pula , ekoran pilihanraya kecil yang diadakan sempena pemergiannya)

Apakah mungkin tarikh 23 Ogos, 2008.... the birthday of IPG will make a lot of changes in our family life. Maybe...... Perubahan ekonomi keluarga kita memang akan berlaku, yang tak pastinya ialah how much.....

So anak-anak umi doakan lah agar maklumat perjawatan yang menggembirakan umi tu suatu yang sahih....... Jika benar.... alhamdulillah.. Jika tak benar pun .... alhamdulillah.

Tuesday, January 6, 2009

IBU MITHALI IBU YANG SEJATI

Ibu mithali...
Ibu yang sejati....
kasih sayang mu.....
sepenuh hati.....
pengorbanan mu....
di sanjung tinggi....
namamu tetap di sanubari....

Nasyid nyanyian Kumpulan Rabbani terngiang-ngiang ditelinga lepas buka emel senior ummi masa Kat Kipling Avenue dulu. Bila tengok gambar kak Siti and Famili, teringat zaman usrah waktu masih berada di benua Amerika Utara... semua ahli usrah mahu bina baitul muslimah.. bertekad mahu lahirkan anak-anak yang soleh dan solehah...

So bila dapat profile lengkap baitul muslimah kak siti and brother Salmi, I should say impian mereka hampir tercapai. To produce 2 future doctors and one future lawyer so far out of five sons adalah suatu anugerah Allah swt. Tetapi yang lebih penting lagi bila semua anak-anak itu hafaz al Quran, lebih lagi kesyukurannya....

Ummi masih mengharap anak-anak ummi bersama-sama dengan impian ummi untuk melahirkan warga masyarakat yang soleh dan solehah. In whatever you do, jadikan Allah sebagai matlamat.

Tahniah buat Kak Siti Nadzrah. Kena rakamkan dalam coretan kat sini in respons to your emel today..... Tak ramai ibu bapa yang berjaya begitu....

Ummi follow juga blog anak-anak Kak Siti. Bagi anak muda dalam lingkungan 16 - 20 an untuk menghasilkan laman blog yang mampu memberi impak kepada masyarakat bukan suatu yang mudah dalam dunia hari ini yang sangat mencabar. Dorongan untuk mengikut arus perdana hari ini yang berpusatkan hiburan sangat lah kuat di kalangan anak muda hari ini. Anak muda hari ini perlu kekuatan dalaman yang sangat kuat untuk 'dare to be different' . Laman blog mereka sepatutnya dicontohi oleh anak-anak muda hari ini. Bak ingatan Nabi kepada kita ummat akhir zaman....

akan sampai suatu zaman apabila ummat Islam yang ingin mengikuti syariat Allah swt seumpama memegang bara api, hendak dipegang panas , hendak dilepaskan tak boleh.....

So anak-anak ummi, carilah kekuatan untuk 'dare to be different' kerana kita sebagai ummat Islam memang kita tidak boleh sama dengan masyarakat jahiliyah dengan segara khurafatnya. Jauhilah perkara yang tidak berfaedah, binalah kekuatan berasaskan keimanan. Carilah sumber kekuatan itu dimana mungkin....

So anak-anak ummi , fikir-fikirkan....dan renung-renungkan..