Thursday, November 27, 2008

antara murid muda dan murid tua.....

Scenario pertama......

Alin.... saya ternampak assignment group u all kat atas meja MKI. Nampak macam best aje... bleh tak bagi saya soft copy nak buat collection lah.... Begitulah antara lain pesanan yang ummi hantar kepada bekas pelajar umi masa di Jaim dulu yang sekarang sedang ikuti kursus JQaf di maktab ummi ni.

Umi bernasib baik sebab tak kena ajar mereka kalau tak memang manja lah mereka pada lecturer mantan guru kelas mereka masa kat form five dulu. Inilah kumpulan yang ummi ajar daripada peralihan sampailah mereka ambil SPM. Pendek kata mereka membesar di depan mata ummi. Sekarang ni ada yang dah beranak pinak pun.

Lewat tengahari alin membalas pesanan umi.
cikgu. nanti saya kumpulkan bahan daripada group-group lain juga dan bagi pada cikgu....

wah... ini sudah bagus minta satu dapat banyak.. Proaktif murid ku ini.....

Murid muda yang energetic. proaktif, dan celik IT

Scenario dua.....

Hari ini ummi prepare untuk mengajar kumpulan guru-guru sekolah rendah yang dah veteran dan sedang buat program ijazah di maktab ummi. Mereka adalah kumpulan pioneer program ini so kebanyakan daripada nya lahir dalam tahun 1960 an kiranya sebaya ummi lah ni.
Ummi prepare bagai nak rak sebab suspen mengajar pedagogi pada guru yang dah memang mahir mengajar kat sekolah. Umi memang respect betul dengan cikgu sekolah rendah ni sebab ummi sendiri tak pandai nak ngajar murid sekolah rendah. So umi buat homework... sedia powerpoint.... sedia BBM secukupnya.... dan excitement untuk mengajar.
Sehabis saja kelas.. 2 tiga orang jumpa umi...
Puan, boleh tak puan guna kaedah deduktif aja masa mengajar kami.... tak boleh lah guna kaedah induktif kat kami puan. Baik puan bagi aja maklumat terus puan....

Puan, saya dah dua puluh tahun tak membaca macam ni puan. Susah betul nak faham puan. (walhal bahan yang umi suruh baca tu dalam bahasa melayu aje)

Puan, semalam saya dah faham teori behavioris tu, hari ni saya tak dapat apa pun puan.... semalaman saya tak boleh tidur puan sebab memikirkan apa yang akan saya pelajari hari ini....

Puan, puan ajar pelan-pelan sikit puan... kami dah lambat nak faham.... (pada hal teori yang ummi ajar tu, mereka dah apply kat sekolah. Dan mereka tu dulu dah belajar masa kat maktab untuk kursus asas mereka dulu)

Puan, boleh tak puan tukar jadual puan dari sabtu ke selasa. (ini permintaan kali ke....ntah ummi pun tak ingat)

Sesapa pensyarah yang ajar group veteran ni memang mangsa keadaan lah nampaknya. Mereka akan manipulate jadual supaya mereka dapat balik kampung pada hari sabtu dan ahad.

Tak pe .... boleh aje... Okay lah..... hmmmp ok...... oh ye ke! oh lah kesiannya u all ....... lah nasib baik u all bagi tahu kat saya.... Nanti saya ubah suai sikit kaedah pengajaran saya ... Saya ingatkan u all bosan dengar benda yang sama..... hmmph.... nanti saya bagi nota.... tak pe kita sama-sama lah.... share the ideas..
blah...blah.... respon umi pada murid-murid tua ni.

paling sedih... Puan. Macamana nak cari bahan dalam internet puan... 2 tiga orang student kerumun umi. Masing-masing ada laptop... menunggu penuh minat.

umi ajar dari mula... buka folder....save file..... blah ... blah...

Kesiannya murid tua ku ini........

GAYAT.....


memang ummi gayat...... tak berani nak buka mata... tiang dipeluk erat... RBB ketawakan umi



- sudah boleh buka mata tapi tiang masih dipegang kukuh...macam talian hayat

sudah boleh senyum sikit.... sebab ini masa cable turun bukit....

semakin berani..... boleh jenguk bawah dah


Sebenarnya pemandangan ini tak pernah ummi saksikan walaupun dah 2 kali naik cable car ni....
gambar yang dirakamkan oleh RBB dari dalam cable car yang kami naiki tu... umi tak nampak pun benda-benda ni.....

Kali pertama naik cable car ... ketika bersama-sama rakan-rakan se bengkel daripada Jabatan Pendidikan Jasin Melaka. Lama dulu.... kawan-kawan paksa ummi naik cable car tu... mereka kata kalau umi tak naik semua orang tak kan naik. Jadi untuk meraikan kawan-kawan maka ummi naiklah cable car tu. Sewaktu menaiki cable car tu umi tutup mata ummi dengan tudung, cuma sesekali ummi jenguk keluar... ummi memang mudah gayat....

Tak tahu lah kenapa umi mudah gayat... dulu masa kecik-kecik umi tak berani naik escalator dekat pasaraya. Umi mula memberani kan diri naik tangga jalan tu masa umi dalam airport nak berangkat ke Kanada sebab dah terpaksa. Sampai ini... umi hanya berani bawa diri sendiri... Kalau ada anak-anak ikut... umi suruh ikut orang lain. Sebab memang umi fobia dengan ketinggian... So hajar sorry lah kalau umi tak berani naik Flora Damansara tu.....

PENGALAMAN JADI PENGIRING MBR....


sejak akhir-akhir ini, RBB sering kali dapat jemputan untuk membentang kertas kerja jemputan daripada pelbagai pihak termasuk IPT. Terbaru ummi ikut RBB membentang kertas kerja di UIA. Tension bukan main lagi RBB sampai terlepas program alumni dia yang sangat meriah (I know he missed that program so much). Nak buat camna....


Terkini ummi ikut RBB present paper kat Genting Highland. Ummi dah tiga kali ke Genting sebab ada bengkel. Setiap kali ummi ke Genting, memang ummi begitu sibuk sebab kena bina modul, buat soalan atau buat proposal. Kebetulannya semua bengkel itu dibuat di Hotel Seri Malaysia. Tapi dek kerana terlalu sibuk ummi tak pernah perasan pun yang tv kat bilik hotel tu ada siaran astro. Seperkara lagi sebelum ini setiap kali ke sana ummi bersama rombongan menaiki bas tapi bila mengikut RBB ummi dapat pengalaman mendaki bukit genting dengan menaiki kereta. Perjalanan menaiki bukit genting dengan menggunakan bas adalah pengalaman yang penuh sejarah.


Kali pertama menaiki bas, semua passengers suspen sebab driver ni sepanjang masa menuruni bukit tu sibuk menalipon menggunakan hp tanpa menggunakan hands free. Kami semua berdoa agar perjalanan kami selamat. Kali kedua menaiki bas, kami di maklumkan salah sebuah bas telah mengalami kerosakan dan hanya tinggal satu bas sahaja untuk membawa kami semua pulang ke Melaka. Jadi masing-masing berebut-berebut untuk naik bas sebab nak cepat pulang bertemu ahli keluarga masing-masing. Kali ketiga pulak bas yang kami naiki rosak betul-betul separuh perjalanan menuruni genting itu. Dalam erti kata lain kami tersandai di tengah-tengah perjalanan menuruni genting itu. Mujur drebar bawa peralatan lengkap untuk membaiki bas jadi sempat lah kami jadi pengembara di pinggir bukit genting menikmati kehijauan alam semula jadi selama hampir sejam.
Walau apa pun, RBB memang dah berpengalaman membentang kertas kerja. Masa di UIA umi duduk dalam dewan kuliah fakulti undang untuk mendengar presentation RBB. Memang menarik dan tidak menjemukan. Tahniah buat RBB..... keep it up.. hi hi hi.... Nanti kalau bentang paper lagi umi nak ikut lagi.... Lepas ni RBB ada jemputan ke Kelantan plak.... Buat anak-anak ummi kalau u all nak gi pergi sendiri lah nanti yerk.... Kak cik ngan wani umi tinggalkan kat rumah sedara rapat dia kat sungai buluh.


Saturday, November 22, 2008

LAST BUT NOT THE LAST




akhirnya cuti semester sampai juga....
Bagi kami kat IPPM cuti ini bermakna permulaan kepada satu lagi sesi mengajar yang tak berkesudahan. Apapun, awal tahun depan ofis umi akan berubah strukturnya. Pejabat masih dull macam biasa. Macam staf room kat sekolah, crowded and lack of privacy.Begitulah hidup guru seperti lilin membakar diri.

Rakan-rakan se ofis umi beria-ia merakam kenangan bersama. Hafsah akan cuti 3 tahun untuk buat Phd kat UTM. Noryani dengarnya akan berpindah ke jabatan HEP. Kak Ani akan berpindah ke R&D. Tinggal umi , grace dan Anuar.

Cuti semester ini umi akan mengajar group PGSR. Guru-guru sekolah rendah yang nak sambung degree di IPPM....

Umi belum jumpa diorang ni... tapi yang pastinya murid-murid tua ini dah menunjukkan keveteranan nya. Senang hati jerk dia tukar-tukarkan jadual umi ikut keselesaan dia... Tapi baik jugak weekend ni dapat lah umi melepak kan diri selepas teraniaya bawa student pergi program bina insan guru.....

Saturday, November 15, 2008

WIRAKU YANG MEMBAWA DIRI...



kereta wira yang telah menghentak belakang WIRA kesayanganku..



Satria ini lah yang telah menghentam belakang Wira Merah dan telah menyebabkan Wira ummi turut tercedera....


Kesian WIRA ummi.....

syukur..... anakanda Ammar cedera sikit aje.


RBB dah memulakan lagu mengantuk... mata umi pun macam ditarik-tarik semakin melayu... tak tahulah kenapa hari ni mata mengantuk sungguh. RBB minta anak-anak kat seat belakang tolong picit-picitkan bahu. Last sekali bila dah tak tertahan menanggung ngantuk RBB minta ummi picitkan tangannya. " hait ni tak boleh jadi nihh! teruk sangat mengantuk dia ni..." bisik ummi dalam hati.

Laluan yang RBB ambil untuk pulang ke Sg Rambai terasa teramat jauhnya.
"bukan ke laluan ni lebih jauh daripada laluan biasa?" ummi tanya pada RBB.
"biasa aje..." nada jawapan penuh mengantuk dari RBB.

ummi lontarkan pandangan ke luar kereta. Ni baru sampai Tambak Paya. RBB tidak menunjukkan tanda-tanda akan beransur pulih dari tanda-tanda kelenaannya.

"takpe lah kang dekat lebuh AMJ ummi bawak" usul ummi penuh nekad. Kereta sylphy ni tak pernah mengenal orang lain selain RBB lah pemandu solonya.

" ye ke?" tanya RBB macam tak percaya.
ummi tak membalas lagi. Pemanduan diteruskan dalam kelesuan RBB. Anak-anak dibelakang tak berbunyi-bunyi. Risau agaknya melihat RBB yang semakin lesu.

Sesampai di simpang Kandang RBB berhentikan sylphy nissan itu di tepi jalan. Menukar gear ke mod Parking. Ummi sudah nekad stereng pasti akan dipegang kali ini. Perjalanan mesti diteruskan.

Pemandu sudah bertukar orang.
"bestnya bawa kereta ni" bisik ummi dalam hati.
Ummi mula berangan untuk membawa kereta ini ke maktab bila-bila ada kesempatan. Ummi sudah mula membayangkan reaksi kawan-kawan kalau tahu datin Halimah sudah bawa kereta sebesar sylphy. Gelaran datin itu dikurniakan kepada ummi kerana seringkali dihantar dan diambil oleh suami ke tempat kerja.

Akhirnya sylphy selamat di daratkan di halaman rumah RBB. Ummi mematikan engin untuk kesekian kalinya dengan penuh kepuasan. Ummilah pemandu sylphy yang kedua selepas RBB. Selepas ini sylphy itu akan selalu bertemu ummi sebagai pemandunya. Ummi macam mahu menyanyi-nyanyi.

ring....ring... hand phone RBB berdering di sebelah bantal pembaringan nya sejak pulang tadi.
deringan mati sebab tidak dilayan.

ring...ring.. hand phone ummi pula berdering. Ummi terus angkat ini mesti panggilan daripada keluarga rapat.

"ummi kereta orang kena hentak dari belakang.. blah....blah...blah" terang ammar pada ummi dalam handphone itu.

Rupa-rupanya wira yang dipandu ammar telah mengalami kecederaan akibat kemalangan melibatkan 4 buah kereta di Telok Mas.
"kereta rosak depan belakang... tapi orang tak apa-apa" tambah ammar melegakan hati ummi.

ummi mula tersedar dari hayalan.... apakah wiraku itu mula berjauh hati.....

PAHLAWAN UMMI NAMANYA ALI AL HUSAINI

mengenang nasib.......


Seperti namanya yang bermula dengan alphabet A begitulah anak ummi yang sorang ni lahirnya pun di awal tahun iaitu 4 Januari, 1996. So khamis 13 hb November yang lepas Ali bersama rakan-rakan kelahiran 1996 nya menerima keputusan UPSR. Keputusan yang menggambarkan prestasi Ali setelah 6 tahun berada di sekolah rendah.

Umi tahu Ali telah berusaha sedaya upaya. Umi nampak kegigihan Ali belajar siang dan malam dengan bimbingan guru-guru SK Parit Gantung yang tak pernah jemu. Apalah SK Parit Gantung jika nak banding dengan sekolah lain kat Malaysia ni. Dah 2 tahun sekolah tu kemarau 5A. Tahun ini cikgu-cikgu Ali cukup teruja untuk menghasilkan sekurang-kurangnya seorang pelajar dengan keputusan 5A. Basikal yang dijanjikan untuk mereka yang dapat 5A pun dah berkarat sebab dah 2 tahun tak ada yang layak menerimanya . Tahun ini handle basikal itu akhirnya dipegang oleh 2 orang gadis sunti anak kelahiran Kg Parit Gantung. Namun Ali terpaksa berpuas hati dengan 3A dan 2B. (Ali hanya dapat B untuk subjek Sains dan B. Inggeris)

Umi tahu Ali tidak gembira. Umi tahu Ali bercita-cita untuk ke sekolah berasrama penuh. Tambah pilu lagi bila diingat kenangan di hari Ali akan menghadap kertas Sains dan B.Inggeris. Ketika itu bulan Ramadan. Entah kenapa 30 hari umi boleh bangun awal untuk menyediakan sahur tapi di hari bersejarah hari penting untuk Ali kita semua tak terjaga waktu sahur. Umi nampak airmata yang Ali cuba sembunyikan daripada Umi di pagi ramadan hari akhir untuk semua calon UPSR. Umi minta maaf banyak-banyak.

Walau apa pun umi bangga sebab Ali dah cuba sehabis daya. Keputusan itu adalah yang terbaik yang telah Ali sendiri usahakan bersama berkat doa guru dan keluarga semua. Tahniah buat Ali. Moga Ali terus tabah setabah Pahlawan Islam Saidina Ali bin Abi Talib. Segagah cucunda Rasulullah Husain bin Ali bin Abi Talib dan sekukuh iman Muhammad Rasulullah saw. Dari situ namamu bermula….. Muhammad Ali Al Husaini cucunda Hjh Fatimah (nenda yang sentiasa mengingatimu).