Friday, April 24, 2009

PENSYARAH UNIVERSITY KE PENSYARAH MAKTAB?

Ummi tengah siapkan assignment. Walau apapun yang terjadi assignment ini mesti sampai ke tangan pensyarah esok. Masalahnya peneman setia sebelah umi sejak dari pagi tadi tak henti-henti bercakap macam burung berkicau-kicau....

"banyak lagi ke keje ummi ni" suara perihatin dari wani.

"kesian ummi" tanda simpati tak berbelah bagi.

" umi tahu tak.... " blah....blah....blah... apa lagi kalau tak gosip kawan-kawan dia. suara minta perhatian.

"bila boleh siap kerja umi ni..." tanda-tanda wani dah tak boleh bersabar.

"kalau macam tu tak dapat lah ani nak jalan-jalan dengan umi" tanda-tanda wani sudah mula protes

lepas tu luahan perasaan lagi...
"umi ni tak boleh ani nak berborak-borak dengan umi, asyik sibuk aje" tanda-tanda wani sudah bosan dengan kerjaya ummi

"ummi dah besar nanti ani tak nak jadi pensyarah" declare wani pada ummi akhirnya.

"tak apalah .... ani jadilah pensyarah macam mokteh" balas umi pada ani

"tak nak lah... kena mengajar juga... nanti kena tusyen lah,, kelas tambahan lah,,,, macam-macam.

"pensyarah kat university senang sikit tak macam pensyarah kat maktab" umi menambahkan point untuk ani fikirkan.

"tak nak lah ... ani nak jadi pelukis bebas..." ani menguatkan hujah dan azam.

"jadi pensyarah. selalu tinggalkan rumah. asyik kena pergi kursus aje" leter ani ditujukan pada ummi.

"pensyarah kat university senang sikit, tak macam pensyarah maktab" umi mempertahan kan hujah.

"ani nak jadi pelukis... senang tak macam pensyarah. ani pun heran kenapa ramai orang nak jadi cikgu, mengajar orang, memang tak best" ikrar wani tahun 2009 selepas 10 tahun dia dilahirkan.

Umi tahu kehidupan yang umi lalui sebagai pensyarah dan guru dalam abad ini memang telah memberi persepsi yang buruk pada anak umi sendiri.

Moga anak bongsu ummi ni nanti dapat kerjaya yang lebih baik daripada ummi dia......

1 comment:

Unknown said...

JGN DILAYAN MINAH KEPOH 2....