JADUAL UMMI.....
4 april ada ujian....
lulus dan memuaskan.... kertas kaedah penyelidikan 2. Pertama kali hadap exam dengan hanya membaca sebelum ujian esok harinya. Soalan objektif 60 soalan.... hi hi hi.... keputusannya macam okay jerk...
6 hb dapat cerita kena pegi kursus...
7 hb bertolak ke hotel Plaza berdepan dengan bangunan KLMU di mana saudara Abu dzar al husaini sedang belajar. (belajar ke????)
so daripada 7 sampai 10 ummi berkursus lah untuk jadi pemimpin pergerakan puteri islam (PPIM) di maktab nanti.
Jadual sikitlah punya pack.... tak dapat nak bernafas. mula seawal pukul 5.45 sebab kena berjemaah setiap waktu. Lepas tu ada tazkeerah... sambung buat TCP (ala-ala kawad lah rupanya) Lepas tu breakfast. Then lecture... break untuk minum dan makan aje... sampailah pukul 5.30. Lepas tu solat maghrib berjemaah..
awal-awal program mereka kata volunteer untuk mana-mana bahagian yang diperlukan ... so umi volunteer jadi pengerusi untuk satu slot... dan volunteer untuk bahagian dokumentasi.. kononnya jangan pasif sangat.. rupa-rupanya tanpa umi tahu... depa bahagian kerohanian letak umi untuk bagi tazkeerah. (agaknya sebab umi pakai tudung labuh... mereka ingat umi ni ustazah kot). So end upnya nampak macam peserta aktiflah ummi ni...
Pensyarah bila dapat microphone... macam lupa diri....begitulah umi korang ni. Bila jadi pengerusi slot... lebih sudu daripada kuah pulak bila bercakap kat depan tu... nak buat camna...
so bila sampai slot tazkeerah... umi plan tak nak cakap banyak... tunjuk video yang boleh beri peringatan. nasib baik brother abu zar ada. dapat pinjam speaker... berjaya lah dari sudut presentationnya sebab suaranya jelas.....
apa-apa pun....umi stres habis sebenarnya ... sebab kesibukan itu tidak membenarkan umi untuk menyudahkan assignment yang kami janji nak hantar esok (isnin..11 hb).. mana nak buat... nak hadap laptop pun tak sempat... tiap-tiap hari habis pukul 12 malam.
so ... on friday umi dan 3 orang kawan lain balik menaiki kenderaan maktab...
saturday... belakang ummi sakit semula...
ahad.... pergi walimatul urus rumah mertua Dr Zaini Ujang di Kuala Sg Baru...
dan esok... umi kena pergi IPTI di Johor Baharu... sebab ada mesyuarat JK PPIM zon selatan untuk perkhemahan yang akan diadakan pada 22 april ini....
assignment separa siap.... tak pelah... umi sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan mencabar ini...
kalau u all nak tahu lagi sebenarnya 22 sampai 27 tu umi kena pergi bawa pelajar ke Kota Tinggi Johor. Tapi kawan-kawan dah bantu supaya nama umi dikecualikan. Alhamdulillah.
walaubagaimanapun 21 umi kena pegi PWTC semata-mata untuk cari buku bagi pihak jabatan ilmu pendidikan untuk pusat sumber IPG kampus KPM. Tak pelah yang penting ummi tak kena pergi kota tinggi sebab yang pasti ada satu lagi program menunggu dari 27 sampai (4 hari ) kursus e-learning kat KL pulak. Itu memang kena pergi....
so anak-anak ummi ... u all yang belajar tanpa ada masalah lain nak diurus belajarlah betul-betul capai yang maksima.... ummi ... walau sibuk insyaAllah akan teruskan juga perjuangan ini.. Moga-moga anak-anak ummi ambil iktibar daripada perjalanan hidup pelajar tua seperti ummi ini.
Bak pesanan rasulullah saw:
rebutlah 3 sebelum sampai masa 3 iaitu.
masa muda sebelum sampai masa tua
masa sihat sebelum sampai masa sakit
masa lapang sebelum sampai masa sibuk..
fikir-fikirkan.... renung-renungkan..
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
2 comments:
nant nk g pwtc ajak aja eh??????dkt ngn bujal jgk kn?
Penatnya la... larat betulla kngah buat semua tu.
Tudung labuh org ingat ustazah... hm, kat sini org ingat saya ni lecturer Akademi Islam, bila sebut lecturer accounting, mcm diorg salah dengar pulak!
Post a Comment