Thursday, April 30, 2009

AN EXHIBITION...

Bila ummi balik daripada berkursus ....I called my PISMP Sains semester 5. They told me that they will be handling an exhibition dekat dewan.... so I was told about it..

As I walked nearby the hall... I saw the preparation for that exhibition....
still I don't make a move to have a look ... I mean really visit that exhibition organized by 'my' students...

2nd day... there were more people... mostly from out of IPPM campus...
I can see that the exhibition is something 'big'..
still I don't make a move to really visit that exhibition....

In the evening as I was on the way home...
RBB stopped by a group of students with KJ jabatan sains...busy watching how they use minyak sawit to turn on the engine....(or something like that... I wasn't sure...).

rupa-rupanya students tu ... student PISMP sains .... bercampur...semester 3 dan 5... kedua-duanya group yang umi sedang ajar dan yang pernah ajar... dan memang rapat dengan umi...

"cikgu... kenapa tak datang tengok pameran kami..." jerit salah seorang daripada mereka.

"mana kamu tahu saya tak datang"....balas umi

"kami pantau cikgu... kami tahu pensyarah kami yang tak datang" hujah salah seorang daripada mereka.

"cikgu... rindulah... cikgu baru balik dari kursus ke?" tanya lagi salah seorang daripada mereka...

umi terkesima... memang salahku... apa nak jawab ni... tak ada reason yang baik untuk diberi bagi menjaga hati mereka.

kadang-kadang kita alpa...a very simple move yang kita buat dapat memberi sokongan moral pada mereka yang memerlukan..

kadang-kadang kita lupa....walau sekecil mana diri kita pada pandangan kita sendiri... ada orang yang menganggap kehadiran kita amat besar ertinya...

so on the way home.... umi masih lagi memikirkan ... mengapalah aku begitu alpa...

sebenarnya... umi tak sangka yang student umi tu notice juga cikgu dia yang tak glamor ni....

gitu lah sangka hati umi...

sapalah aku ni... macam melukut di tepi gantang... hahaha.....

The next morning... as I walked pass the hall.... I met with Azua ... the head of the JPP... one of the student in PISMP sains semester 5....

selepas bersalaman... dia tanya juga.... kenapa cikgu tak datang ke pameran kami?
aduh sekali lagi umi terkasima...

"awak perasan ke yang saya tak hadir " tanya umi minta kepastian..
"memang lah cikgu... kami tengok sapa pensyarah kami yang hadir" azua menegaskan lagi..

memang umi kehabisan idea untuk menjawab....

Buat Azua dan lain-lain.....

Maafkan ummi..

memang kekadang... ada masa-masa... saya 'menghibernate'kan diri.... kata orang alah-alah 'beruzlah' konon. and the last two days were one of my hibernating days... It happened once in several years of my career. It just happened that you guys were busy with your exhibition..

But later in the evening.... as I was driving home...
actually hari ni umi drive sebab RBB ke KL...

and I finally found that I was driving in the middle of the PISMP sains students yang sedang buat experiment... And I was really driving 'through' all of them.. and of course... attracted their attention...
but the funny thing was that...
one of them shouted..

"wooh... Cikgu Halimah drive lah ....satu keajaiban".....jerit salah seorang daripada mereka.

tapi hati ummi puas sebab hari ini umi buat exhibition umi sendiri ..
sebab student umi tu ingat umi ni tak boleh drive...
sebab ke sana ke mari jalan kaki...
atau naik kereta bersama RBB...

Ok... you guys... now u know that actually I can drive...

I will drive only when there is really a need for me to drive...

Tuesday, April 28, 2009

REZKI SEORANG USTAZ.....

Every time I met a new people or students yang umi tak ajar... usually they greet me as 'ustazah'... maybe the way I dress. Yalah nowadays yang pakai tudung labuh ni very rare species...so those yang pakai tudung labuh are considered as ustazah lah kot... a title which is hard for me to accept. So if anybody called me ustazah in front of my students yang tahu that I am not from that line...dia orang selalu senyum.. atau gelak..(kalau si Dilah Math tu.. memang akan gelak.. syarodzian memang tahu bezakan ustazah ke idak) So whatever it is..that is the title yang umi bawa selalu... kadang-kadang I explain to them that I am not an ustazah... but yes my husband is along that line... he is an ustaz... (should I use an or a....ainil betul ke idak grammar makngah korang ni????).

Still after I explained that to them ... wah lagi lah mereka kata.. dah betul lah tu isteri ustaz ... ustazah lah tu... and terusan lah panggilan itu pada umi (ni pensyarah lelaki kat maktab punya hal lah ni)

So alkisah pengalaman jadi isteri ustaz ni pun kadang-kadang menarik jugak untuk dikongsi kan..

the morning I was done with the checkup and got the medicine prescribed by the doctor.. RBB ajak umi pergi breakfast di gerai berhampiran poliklinik tersebut. So sesampai di gerai tersebut... as usual... RBB kena buatlah dia punya usual greeting to most people inside the gerai (masa tu ada ramai orang). Angkat tangan sana... angkat tangan sini. salam sana salam sini... (itu memang rutin biasa... mengalahkan YB) memang dia YB tak jadi pun.

Why he has to do that... memang most people tu kenal dia... tapi kelebihan RBB dia selalu ingat orang.. agaknya ciri-ciri orang extrovert kot.. Mcm an introvert like me... umi memang payah nak ingat.. tapi RBB siap ingat.. nama... kerja... kadang-kadang more that that...

Okay... so macam biasa... umi tak kisah kan itu semua... umi ambil post ummi.. no matter what happen to him .. umi settle nak makan...(agaknya tu sebab umi semakin besar dari sehari ke sehari... dan dia maintain aje... makan bukan priority kat dia).

Masa umi tengah makan tu kebetulan cashier kedai tu sebelah tempat umi makan tu. So umi nampak semua and hear all the conversation between the customer and the cashier. Umi nampak ada one guy tu tunjuk meja kami... dia nak bayarkan untuk ustaz tu katanya pada cashier.. he is referring to RBB lah ... tapi that cashier tu kata... ada orang lain dah bayarkan...and he pointed at the other group yang dah bayarkan untuk RBB. (macam berebutlah kiranya nak bayarkan RBB...not umi lah of course... muka ummi ni sapa lah nak bayarkan)

Okay... itu sebelah paginya... sepatutnya umi balik rumah lah kan sebab dapat MC... tapi oleh kerana pejabat RBB ada audit oleh SIRIM... dia tak dapat nak tinggalkan ofis dia... so umi terpaksa lah lepak kat ofis dia... siap taipkan analisis untuk staf dia lagi....kemudian RBB suruh carikan bahan untuk presentation dia for the next morning nya (VVIP lah kata kan.... banyak bebenau kejenya.. sampai tak perasan wife dia ni on MC leave)

So in the afternoon we went out for lunch dekat kedai berhampiran... masa tu umi dah lapar giler... nak ke kedai tu kena jalan kaki sikit dan kena seberang jalan pulak tu... rasa macam nak angkat kaki pun tak larat masa tu..sebab dah kelaparan... kata orang Serkam...dah kebelai..

So oleh kerana hari tu ofis dia busy with the auditting... as a good head of the department... RBB pelawa staf dia untuk makan kat situ... dia nak belanja lah tu... so ada few guys makan kat situ ... yang ladies tak turun (biasalah orang perempuan... masa sibuk ... makan tak masuk dalam agenda).

masa makan... tauke kedai kata... ustaz makan ni dah ada orang bayar... she is referring to orang sebelah kami yang kenal kat RBB (macam biasalah tu). so RBB yang dah biasa di belanja tu... relax lah. Bila dia ke kaunter untuk bayarkan staf dia... berlari lah datang orang yang membelanja dia tu... tak pe ustaz saya bayar semua. (RBB + ME + 6 staff tadi) .

so berlakulah perebutan kat situ yang dimenangi oleh orang yang nak membelanja tadi tu....

Moral of the story.....

rezeki ustaz ni memang murah.....

yang kat atas tu adalah satu daripada beberapa event yang umi pernah lalui selama makan kat luar sekitar melaka...

so anak-anak umi....

jadilah orang yang berilmu, beramal dan ikhlas ....

Allah memang mengangkat darjat orang yang berilmu daripada kalangan manusia...

so fikir-fikirkan .... renung-renung kan.....

Monday, April 27, 2009

what will you think if ......

semua benda yang kita beli...
end up ada masalah...

kadang-kadang fed up,
give up,

tapi,
ada one time.

ummi mengeluh depan rakan lecturer sejabatan...dr tan.

umi kata semua benda yang umi beli ada aje masalahnya....

apa-apalah... selalunya baru aje pakai dah kena repair itu lah repair inilah...
kena aje hantar balik kedainya.
reformatlah,
instal balik lah,
macam-macam...

tapi kata dr tan,

Halimah!
God is telling you something,
that u don't own anything in this world...
so think about it...

kata dr tan... berfalsafah pada umi.

hemmm ...
betul jugak
kata dia tu....

tapi,
nak fikir
jugak,

kenapa yerk ,
semua benda tu bermasalah..
hi hi hi...
susah nak terima hakikat...

yang aku harus bersyukur,
dan jadi hamba yang redha..

kata RBB...

suami awak ni ada masalah tak...?

hahhah

I told him.... yeah at least.
he is the best thing that Allah pinjamkan to me...
as a partner in life...
thanks to Allah.

alhamdulillah...

Sunday, April 26, 2009

pertama kali ambil MC...

Sepanjang sejarah perkhidmatan sebagai guru, boleh kira berapa kali ummi ambik MC. Rasanya masa kat sekolah seri mahkota dulu sekali aje kot. Masa di maktab... inilah kali pertama ummi ambil MC. Pernah jugak dapat MC tapi ummi masih pergi maktab....

So this morning I went to poliklinik ayer keroh. Alhamdulillah tak payah menunggu lama walaupun klinik tu menumpang kat bangunan kota gemilang tapi efficient jerk gayanya. Efficient lah bila ummi tak perlu menunggu lama macam kat poliklinik peringgit dulu. Dah lah tu...sampai masa dapat jumpa doktor ... hampeh betul... doktor tu tak angkat muka langsung untuk memandang patient dia. Ambil bp pun tidak... Ummi kononnya nak apply mc sebab demam dan batuk... tak jadi sebab doktor tu tak ada PR langsung. Serik betul ummi. Sebab tu hari ni ummi ke ayer keroh.. walaupun klinik tu kelihatan macam klinik kat India (dia orang menumpang bangunan tu sebab klinik mereka tengah renovate... bangunan tu berkulat).

kelihatan macam suasana klinik kat third world sebab semua benda transparent.... macam klinik kat gaza... tapi okay lah... umi puas hati... tak payah tunggu lama-lama... bila masuk jumpa doktor.... muka dia alah-alah muka cikgu gitu... (muka cikgu .... macam stern.... tegas... tapi tak garang) I prefer wajah begitu ...daripada muka doktor yang macam muka cikgu pelatih PISMP... wajah comel-comel.... baby face gitu.....buat kita tak yakin... ye ke..doktor dia ni.... macam tak caye je... cikgu-cikgu pelatih ummi tu kalau gi sekolah rendah mesti anak murid suka... sebab macam wajah kakak-kakak dia orang ajer....Hemmm macamana lah nak control student...boleh ke.... cuba jawab....(u all pismp students mesti kena buli kat sekolah nanti)

So ringkas cerita... Ummi describe the pain that I have been suffering for 3 month (almost or more) I don't remember. I am already immune to it... Kesakitan nya akan bertambah atau mengurang.. depending on how I work or overwork... of course bila dah jadi student balik ni.. I will be overwork. So dia ambil BP.... confirm...I'm not a high blood pressure patient. She asked me whether I have checked my sugar and cholesterol level... umi kata .. sugar..yes but...cholesterol...no. So she set an appointment for an overall checkup.. due next two week... sebab checkup tu hanya ada on friday sahaja. Next friday is a holiday... fine... I said okay... moga-moga they won't assign me for another outstation on that day....

So umi pergi farmasi... pun tak perlu tunggu lama....

I was given a day off by that nice doctor.... So today I am away from maktab... a rest day for me...

so Hajar, (my little nurse) ummi dah pergi buat checkup... buyah dah hantar ummi...walaupun today dia busy sebab ada audit sirim kat ofis dia.

untuk Ummu Aiman (kat Syarodz) hopefully she read entry ummi ni....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU... WE ARE PROUD TO HAVE U AS A DAUGHTER....U HAVE GIVEN US A HAPPY 17 YEARS..

Moga tahun ni Eman lebih berjaya lagi dalam kehidupan (with ur SPM coming soon)

Ummi and Buyah wish you a happy birthday.....

WE LOVE U.....

Friday, April 24, 2009

PENSYARAH UNIVERSITY KE PENSYARAH MAKTAB?

Ummi tengah siapkan assignment. Walau apapun yang terjadi assignment ini mesti sampai ke tangan pensyarah esok. Masalahnya peneman setia sebelah umi sejak dari pagi tadi tak henti-henti bercakap macam burung berkicau-kicau....

"banyak lagi ke keje ummi ni" suara perihatin dari wani.

"kesian ummi" tanda simpati tak berbelah bagi.

" umi tahu tak.... " blah....blah....blah... apa lagi kalau tak gosip kawan-kawan dia. suara minta perhatian.

"bila boleh siap kerja umi ni..." tanda-tanda wani dah tak boleh bersabar.

"kalau macam tu tak dapat lah ani nak jalan-jalan dengan umi" tanda-tanda wani sudah mula protes

lepas tu luahan perasaan lagi...
"umi ni tak boleh ani nak berborak-borak dengan umi, asyik sibuk aje" tanda-tanda wani sudah bosan dengan kerjaya ummi

"ummi dah besar nanti ani tak nak jadi pensyarah" declare wani pada ummi akhirnya.

"tak apalah .... ani jadilah pensyarah macam mokteh" balas umi pada ani

"tak nak lah... kena mengajar juga... nanti kena tusyen lah,, kelas tambahan lah,,,, macam-macam.

"pensyarah kat university senang sikit tak macam pensyarah kat maktab" umi menambahkan point untuk ani fikirkan.

"tak nak lah ... ani nak jadi pelukis bebas..." ani menguatkan hujah dan azam.

"jadi pensyarah. selalu tinggalkan rumah. asyik kena pergi kursus aje" leter ani ditujukan pada ummi.

"pensyarah kat university senang sikit, tak macam pensyarah maktab" umi mempertahan kan hujah.

"ani nak jadi pelukis... senang tak macam pensyarah. ani pun heran kenapa ramai orang nak jadi cikgu, mengajar orang, memang tak best" ikrar wani tahun 2009 selepas 10 tahun dia dilahirkan.

Umi tahu kehidupan yang umi lalui sebagai pensyarah dan guru dalam abad ini memang telah memberi persepsi yang buruk pada anak umi sendiri.

Moga anak bongsu ummi ni nanti dapat kerjaya yang lebih baik daripada ummi dia......

Lagu sedih di Sedili...

friday 17 april

handphone berdering...
suara ketua penasihat PPIM.... halimah u kena pegi camping kat sedeli... nama u ada dalam senarai..

hidup ummi tiba-tiba jerk jadi huru-hara... macamana ni... tiba-tiba jerk nama naik ni... biar betul..hari tu kata tak payah pergi... kenapa jadi begini.

Monday 20 april...
no ustazah fatimah di dail...
Halimah... akak dah jumpa pengarah.. akak dan kak mon tak pegi tapi halimah kena pegi..
lah .... macam tu pulaknya.....why me???????

handphone berdering...
Halimah... u kena pegi....juga.... suara ketua penasihat..... arahan yang tak boleh dibantah lagi...

dalam hati siapalah aku... pensyarah baru... yang tak ada apa-apa kuasa... kecuali menuruti perintah.

so....
program ke PWTC terpaksa diganti oleh orang lain....

21 hb april...
pukul 8 pagi lagi kami berempat... umi, zizah, halimah jtp dan ketua penasihat bertolak ke sedeli, kota tinggi.

misi kami mengiring guru pelatih untuk kursus kepimpinan asas.....

di sedeli sakit belakang ummi menjadi2. .... umi called kawan minta cari kan orang lain to replace me for another course dekat KL dari 27 sampai 30 april... umi kata umi tak sihat....

24 april ....
bertolak balik ke melaka...

rupa-rupanya riuh lah dekat maktab.... halimah tak sihat.... tak dapat pergi kursus...

oh....tuhan... mengapa jadi begitu... ambil MC tu perkara luar biasa buat ku...
rasa-rasanya my students pun tahu betapa aku suffer sakit belakang....
still ummi tak ambil MC...

tapi,,,, sekali umi minta pengecualian untuk menghadiri kursus... itu pun sebab dah berlanjutan beberapa kursus yang umi kena hadiri....

semua orang ...... tahu... tiba-tiba nama umi naik.....sedihnya........

Sunday, April 12, 2009

MESTI ADA ENTRY BARU KAN......

JADUAL UMMI.....

4 april ada ujian....

lulus dan memuaskan.... kertas kaedah penyelidikan 2. Pertama kali hadap exam dengan hanya membaca sebelum ujian esok harinya. Soalan objektif 60 soalan.... hi hi hi.... keputusannya macam okay jerk...

6 hb dapat cerita kena pegi kursus...

7 hb bertolak ke hotel Plaza berdepan dengan bangunan KLMU di mana saudara Abu dzar al husaini sedang belajar. (belajar ke????)

so daripada 7 sampai 10 ummi berkursus lah untuk jadi pemimpin pergerakan puteri islam (PPIM) di maktab nanti.

Jadual sikitlah punya pack.... tak dapat nak bernafas. mula seawal pukul 5.45 sebab kena berjemaah setiap waktu. Lepas tu ada tazkeerah... sambung buat TCP (ala-ala kawad lah rupanya) Lepas tu breakfast. Then lecture... break untuk minum dan makan aje... sampailah pukul 5.30. Lepas tu solat maghrib berjemaah..

awal-awal program mereka kata volunteer untuk mana-mana bahagian yang diperlukan ... so umi volunteer jadi pengerusi untuk satu slot... dan volunteer untuk bahagian dokumentasi.. kononnya jangan pasif sangat.. rupa-rupanya tanpa umi tahu... depa bahagian kerohanian letak umi untuk bagi tazkeerah. (agaknya sebab umi pakai tudung labuh... mereka ingat umi ni ustazah kot). So end upnya nampak macam peserta aktiflah ummi ni...

Pensyarah bila dapat microphone... macam lupa diri....begitulah umi korang ni. Bila jadi pengerusi slot... lebih sudu daripada kuah pulak bila bercakap kat depan tu... nak buat camna...

so bila sampai slot tazkeerah... umi plan tak nak cakap banyak... tunjuk video yang boleh beri peringatan. nasib baik brother abu zar ada. dapat pinjam speaker... berjaya lah dari sudut presentationnya sebab suaranya jelas.....

apa-apa pun....umi stres habis sebenarnya ... sebab kesibukan itu tidak membenarkan umi untuk menyudahkan assignment yang kami janji nak hantar esok (isnin..11 hb).. mana nak buat... nak hadap laptop pun tak sempat... tiap-tiap hari habis pukul 12 malam.

so ... on friday umi dan 3 orang kawan lain balik menaiki kenderaan maktab...

saturday... belakang ummi sakit semula...
ahad.... pergi walimatul urus rumah mertua Dr Zaini Ujang di Kuala Sg Baru...

dan esok... umi kena pergi IPTI di Johor Baharu... sebab ada mesyuarat JK PPIM zon selatan untuk perkhemahan yang akan diadakan pada 22 april ini....

assignment separa siap.... tak pelah... umi sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan mencabar ini...
kalau u all nak tahu lagi sebenarnya 22 sampai 27 tu umi kena pergi bawa pelajar ke Kota Tinggi Johor. Tapi kawan-kawan dah bantu supaya nama umi dikecualikan. Alhamdulillah.

walaubagaimanapun 21 umi kena pegi PWTC semata-mata untuk cari buku bagi pihak jabatan ilmu pendidikan untuk pusat sumber IPG kampus KPM. Tak pelah yang penting ummi tak kena pergi kota tinggi sebab yang pasti ada satu lagi program menunggu dari 27 sampai (4 hari ) kursus e-learning kat KL pulak. Itu memang kena pergi....

so anak-anak ummi ... u all yang belajar tanpa ada masalah lain nak diurus belajarlah betul-betul capai yang maksima.... ummi ... walau sibuk insyaAllah akan teruskan juga perjuangan ini.. Moga-moga anak-anak ummi ambil iktibar daripada perjalanan hidup pelajar tua seperti ummi ini.

Bak pesanan rasulullah saw:
rebutlah 3 sebelum sampai masa 3 iaitu.

masa muda sebelum sampai masa tua
masa sihat sebelum sampai masa sakit
masa lapang sebelum sampai masa sibuk..

fikir-fikirkan.... renung-renungkan..

Sunday, April 5, 2009

KELAM KABUT

hari ni blog ini kena digunakan untuk lepas tension.

pagi2 lagi ali dah buat hal... tak nak pergi sekolah.

so ummi hari ini lambat sampai pejabat....

on the way... ustazah fatimah call pulak... kursus puteri islam yang tertangguh kononnya jadi pulak. tapi surat tak dapat lagi.

kata ustazah fatimah memang confirmed....

macamana ni....

umi tak nak keluar lagi minggu ni... sebab... assignment pelajar tak habis tanda.
assignment yang tertunggak tak siap lagi ni.
hari jumaat ada meeting kat johor baharu..

macamana ni....

hait pening nya...

besok nak ke KL tapi tak ada kenderaan...

camna!!!!!

Friday, April 3, 2009

MINGGU YANG STRES

Isnin...april fool
tapi sebenarnya kami pensyarah kat JIP tu dah terlalu tua untuk sume tu..

dan... fool atau tak fool memang kami akan tetap di april fool kan pada 3 hb april ini...

kami akan di audit.

Selasa.....
folio pensyarah yang ummi siapkan berkali-kali umi semak....
selalunya begitulah,
memang ummi hati-hati,
tapi bila di audit, masih ada juga kesilapan sana dan sini...
tapi kali ini,
auditor datang daripada IPG sultan Mizan terengganu,

Rabu,
Mereka datang satu bas.....
Hari pertama, bos JIP kata hantar folio, rupanya folio umi antara yang awal kena audit
1.30 kata bos halimah dan anuar sila turun ke kesidang pukul 2.30 petang auditor nak jumpa
bawa turun sukatan dan proforma,
haiseh... kantoi lah....ini mesti pasal hour tak cukup , subjek pedagogi plak ni... alamak,
lunch ummi tengahari itu berlalu begitu sahaja, umi tak rasa lapar lagi..
2.30 tepat umi dan anuar turun beriringan,
alhamdulillah the only woman auditor yang audit kami,
beres.........lepas audit kakak-kakak PAR pelawa ummi makan nasi.
umi tak menolak... makan nasi penuh selera tapi anuar hanya makan buah...
terbaliklah plak pakwe tu jaga badan.. dan umi.... hahaha.

sesampai kat jabatan,
grace kata... "halimah.... auditor tadi datang tengok bilik MSISO ... dia puji... dan nak bench mark bilik ISO ni..."

bilik MS Iso tu memang punya banyak sejarah dalam hidup umi sebagai pensyarah baru di situ...
seperti beberapa bilik di tempat lama umi bekerja...
ia adalah trade mark...
ia adalah kepuasan peribadi...
kerja yang penuh syok sendiri...

tapi...
selesai audit....
satu lagi masalah menanti..

yang pastinya esok 4hb april 2009,
satu sejarah peribadi akan muncul
dalam sejarah hidup ummi sebab inilah kali pertama,
umi tak dapat menyiapkan assignment umi sebagai student.

u all tahu tak... ni.
inilah kali pertama umi tak bersedia untuk hantar assignment.
assignment pertama sebagai student PhD,

OH TUHAN.... ASSIGNMENT TAK SIAP LAGI.
Prof Othman.... Prof Hafiz.... Dr Rahim... Dr dayang...of UTM
ASSIGNMENT TAK SIAP LAGI.....
CAMNA NI......

Adakah ini suatu APRIL FOOL.
atau umi becoming a FOOL.
oH nO......not that fool...