Saturday, February 14, 2009

PENGAJARAN DARI SEBUAH KESAKITAN

Sementelah telah menjadi student untuk kesekian kalinya ummi menyusun masa yang ada untuk tugasan di maktab dan pencarian bahan untuk menulis tesis. Sebelum umi bergelar isteri dan ibu, belajar merupakan sebuah hobi, menyiapkan assignment suatu obsessi, sebuah kehidupan yang meletihkan tapi menyeronokkan.

Umi tak main-main pada anak-anak ummi bila umi kata subjek add math adalah subjek kegemaran umi sebab usaha menyelesaikan masalahnya seperti kegemaran ammar menghadap game di komputernya. Ketekunan menghafal biologi dalam hidup ummi sebagai student seumpama ketekunan abu zar bila menghadap internetnya.

Masa umi kat asrama dulu , umi selalu nyorok-nyorok sambung baca buku selepas lampu asrama di padamkan sampai warden tegur. Waktu prep malam umi join kakak-kakak form six untuk sambung belajar. Tapi itu dulu......

Kini setelah bergelar isteri, ibu yang berusia 45 tahun (lima tahun lagi dah masuk warga emas), umi cuba susun jadual belajar.... Memulakan pengembaraan mencari bahan di jaringan maklumat di alam cyber. Usaha itu tidak mengeluar peluh pun, hanya memerlukan pengamatan deria mata , dan paling utama saraf-saraf di otot tangan dan bahu.

Pokoknya semua saraf umi berada dalam kelesuan dan akhirnya ia jadi seumpama volcano yang meletuskan lavanya..... Ayat anakanada Ali yang berulang-ulang di telinga ummi sewaktu umi menghadap komputer umi....."umi ali tak nak duduk asrama" dan wajah ali yang tersembul di pintu rumah sesudah senja berlabuh hasil pelarian nekad dari asrama yang seumpama penjara Israel buatnya......akhirnya meleraikan segala kekuatan emosi yang ada... dan umi akhirnya tewas pada serangan fizikal tubuh badan sendiri yang sudah berada pada tahap klimaknya.... kekejangan otot belakang umi membawa ke sebelah tangan kiri umi menyebabkan umi akur bahawa di kala usia begini umi harus meredakan diri dari motivasi belajar yang mengalpakan kesihatan diri sendiri....

Namun di saat kesakitan seperti ini, bila ada panggilan telefon dari anak-anak semata-mata menanyakan khabar ummi. Amat melegakan. Saudara mara, adik beradik yang menghulur kan tangan mengurut tubuh yang kesakitan, rakan-rakan di maktab yang menunjukkan keperihatinan, anak-anak pelajar yang menghantar sms dan menegur tanda simpati pada umi membuat umi terasa sangat dihargai.

Jauh dilubuk hati ... umi mengimpikan semoga anak-anak ummi suatu hari nanti membacakan doa jika umi dah tak ada lagi dimuka bumi ini... Biar ada anak-anak lelaki umi yang mengepalai bacaan doa dan solat untuk umi. Ketika itu tentu orang berkata untungnya dia kerana punyai ramai anak....

1 comment:

Zakiah said...

Kak ngah, dah ok ke sakit urat hari tu? Could be related to computer - dok pegang mouse and tekan key pad tu - dulu masa study memang ada problem tu, sakit dari jari sampai ke bahu, selalunya sebelah aje. Well take care, doing phd is not about producing an excellent piece of thesis, but it is about the process (at least to me la...)