sudah dua hari RBB berada di Kedah. Selama itu umi menumpang pasangan suami isteri rakan seofis umi yang berulang alik dari Tangkak Ke IPPM. Mujur ada mereka sebab umi tak mampu nak drive sendiri semasa sedang sakit-sakit belakang ni.. Thanks abang Din dan Kak Yani. Jasa mu di kenang.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah deringan telefon dalam hand bag meminta perhatian. Nombor yang tertera menunjukkan panggilan dari ofis. Suara Kak Pora operator IPPM jelas kedengaran.
"ini Puan Halimah ke? Puan Pengarah nak bercakap dengan puan" kata Kak Pora penuh rasmi.
" Assalamualaikom, Puan Halimah. Puan di mana ni? Puan berada di luar ke?" tanya Puan pengarah.
Umi rasa umi dah tahu tujuan panggilan itu dibuat.
"saya dah dekat luar ni... " umi menjawab yakin. Umi jeling kat jam tangan. Dah pukul 4.30. Arahan KJ kami pensyarah JIP semua boleh punch out selepas pukul 4.00 (8 jam terkumpul dari pukul 8 sampai pukul 4)
"esok puan ada di maktab ke?" tanya pengarah lagi
"esok saya ada bengkel....di IPPM" umi menambah penjelasan.
"Puan nak jumpa saya mengenai apa tu ya puan" umi cuba membawa pengarah kepada pokok sebenar membawa kepada panggilan itu.
"kami nak lantik puan sebagai Ketua Unit Kediaman lah puan" Pengarah terus memendekkan bicara.
Umi menolak permintaan pengarah itu sebaik mungkin. Kepada pengarah umi nyatakan bahawa umi gembira dengan aktiviti di bidang akademik sahaja. Umi gembira mengajar dan ingin terus kekal mengajar. Jika umi menerima jawatan yang dicadangkan bermakna tugasan umi di maktab sudah lebih menjurus kebidang pentadbiran.. Lebih-lebih lagi berurusan tentang soal warden dan asrama.
Bagi umi... biarlah umi kekal sebagai tenaga pengajar sepenuh masa.
Umi ingin mengongsi pengalaman sebagai bekas guru kepada bakal guru.
Umi seronok berada bersama-sama mereka. Bagi umi mereka juga adalah sebahagian daripada anak-anak umi... Lebih-lebih lagi mereka lebih kurang sebaya dengan anak-anak ummi.
Moga-moga ada insan yang memberi perhatian kepada anak-anak kandung umi seperti umi telah beri perhatian sepenuhnya kepada anak-anak didik ummi di IPPM. Amin.
No comments:
Post a Comment