Wednesday, February 4, 2009

Nostalgia di Tehran



1987 dalam kenangan.

Mungkin rezeki umi dan buyah mengajar tanpa mengharapkan ganjaran di Madrasah Al falah yang serba kekurangan. Kami ditawarkan untuk menghadiri sebuah Muktamar di Tehran, Iran.



Pertama kali umi menaiki kapalterbang dengan menggunakan business ticket. Dari KL kami ke dubai dan kemudian ke Tehran. Sesampai di Tehran kami disambut dengan red carpet (betul-betul red carpet dari tangga kapalterbang sampai ke ruang imigresyen untuk VVIP. (Kami tidak melalui pemeriksaan imegresyen pun).

Dari airport kami di bawa menaiki kenderaan rasmi kerajaan Iran ke hotel penginapan kami selama seminggu (sebenarnya umi pun dah lupa berapa lama sebenarnya tempoh umi berada di sana). Selama ini umi tak terpikir pulak nak merakamkan kenangan itu cuma bila anak-anak dah dewasa umi rasa terpanggil untuk menceritakan agar dapat dijadikan pengajaran untuk semua anak-anak umi.

Pertama kali dalam sejarah hidup, umi dapat merasakan pengalaman berada dalam kenderaan VVIP yang diiring oleh polis trafik pengiring siap dengan bunyi sirennya. (tak ubah macam menteri-menteri rasanya). And of course, umi dan buyah duduk di belakang sambil melihat pandangan diluar daripada dalam kereta tersebut seperti orang-orang besar lagaknya. Padahal kat Malaysia ketika itu sapalah kami...rumah pun tak serupa rumah sebenarnya. Dhaif sungguh hidup kami ketika itu.



Pengalaman manis dapat umi rasakan sewaktu dapat menghadiri solat jumaat di Universiti Tehran. Di Iran solat jumaat di buat di padang terbuka. Oleh kerana perwakilan muslimat tidak ramai maka kami menaiki kereta manakala buyah dan perwakilan muslimin menaiki bas yang diiringi oleh kenderaan polis. And of course 'siren' berbunyi all the way ke Universiti Tehran.

Umi masih ingat sewaktu solat, wanita Iran di sebelah ummi menghulurkan batu (asalnya dari tanah di karbala). Orang syiah di Iran meletakkan batu itu di tikar sejadah dimana dahi mencecahnya sewaktu sujud. Umi menolaknya dengan menyatakan umi ini sunni sebab umi tak tahu nak berkomunikasi dengannya. Orang Iran menggunakan bahasa Parsi.

Wanita itu tersenyum sambil tangannya menunjukkan ke dada dan menyatakan insyaAllah Karbala (maksudnya sunni atau syiah, kita bersatu di Karbala). Bagi masyarakat Islam syiah. karbala merupakan tempat yang suci kerana di situlah syahidnya Husein cucunda Nabi Muhammad Saw.




Paling manis dalam sejarah umi berada di Iran adalah kerana diberi peluang menghadap Ayatollah Khomeini. Kami dibawa ke sebuah bandar di mana ayatollah berada. Setiap daripada perwakilan di berikan pas khas. Kami melalui proses pemeriksaan yang rapi untuk sampai ke tempat ayatollah kerana di Iran ketika itu ada ramai golongan 'munafiq' yang cuba mengambil kesempatan untuk membunuh pejuang-pejuang revolusi.

Sebenarnya pengalaman berada di Iran sangat manis untuk di kenang. Kerana kami diberi layanan VVIP. Ianya berlaku 22 tahun yang lalu sewaktu umi sedang mengandungkan anakanda Muhammad Ammar. Dari peristiwa itu jugalah nama al hussaini di tambah pada setiap hujung nama anak-anak lelaki ummi. Nama Ammar juga ummi pilih kerana ammar merupakan sahabat nabi yang diterima oleh kelompok syiah dan sunni di samping kecekalannya mempertahankan akidah walaupun mendapat dugaan yang maha hebat.

So anak-anak ummi... fikir-fikirkanlah.... dunia ini sebenarnya sangat luas untuk kita terokai....Janganlah kita dilekakan dengan nikmat yang sementara. Kenikmatan yang kita perolehi sebenarnya terlalu sedikit berbanding kenikmatan yang Allah swt miliki dan kurniakan buat hamba-hambanya yang Dia tetapkan. Pengalaman melihat dunia yang luas menjadikan kita lebih matang dalam kehidupan.