Friday, October 31, 2008

suatu masa dulu.....



Mentari memancar terik memanah ke dalam ruang maktabah (pejabat) madrasah itu. Di ruang pekerja lelaki terdapat 2 buah meja yang menghadap satu sama lain. Terdapat kabinet besi untuk menyimpan fail-fail yang lain hanya beberapa buah kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab.

Seorang anak muda berserban dan berjubah putih dalam lingkungan dua puluhan sendirian asyik menaip di mesin taip. Satu-satu jarinya mengetuk. Bukan mudah untuk menyiapkan surat dalam tulisan jawi itu namun dia terus menaip. Di luar beberapa orang anak-anak kecil berserban putih dan berjubah berlari-lari bekejar-kejaran sementara menanti solat asar di musolla. Nun di pesisir pantai menghadap Selat Melaka beberapa orang anak gadis berjubah dan berpurdah menyusuri tepi pantai. Suatu pemandangan biasa di pantai pinggir Selat Melaka itu.

Keheningan senja itu dipecahkan dengan suara memberi salam daripada sebalik tabir yang memisahkan ruang pekerja lelaki dengan pekerja perempuan.
"assalamualaikom ustaz" gemersik suara ustazah daripada balik tabir itu. Sesekali kain tabir itu beralun-alun ditiup angin daripada satu-satunya kipas angin yang ada di pejabat itu.
"waalaikom salam" balas ustaz muda itu setelah lama salam diberi.

"ustaz panggil ana ke?" tanya gadis itu penuh sopan. Di tangan gadis muda itu sehelai nota bertulis dalam tulisan jawi. Dia membacanya di dalam hati.. assalamualaikom, sila jumpa saya di pejabat. Menunduk di belakang nya penuh sabar seorang gadis memakai purdah hitam dan berjubah coklat menemani gadis yang sedang berada di sebalik tabir itu.

"oh ye.... ada hal yang perlu dibincangkan" balas ustaz muda memecah kesunyian petang itu.
" ustazah boleh tunggu ana sebentar" tambah ustaz itu lagi sambil menarik sebuah kerusi dan duduk berhampiran tabir kain yang memisahkan ruang antara mereka berdua.

Gadis yang dipanggil ustazah tadi menarik sebuah kerusi berhampirannya. Hanya bunyi kerusi yang di tarik kedengaran. Dia menunggu dengan sabar. Tangannya membetulkan purdah yang dipakainya.

Ustaz muda itu terbatuk-batuk kecil. Dia menjeling pada botol ubat homeopathy di atas mejanya. Kesihatan nya sering terganggu. Sekujur tubuh kurus nya menahan batuk yang semakin mengeras pula. Angin panas dan kering dari pantai Selat Melaka menambah lagi batuknya. Kertas di meja kerjanya di susun kemas. Dalam hatinya menyusun bicara. Wajah gadis itu tidak dapat digambarkan kerana sentiasa dilindungi disebalik sehelai purdah.

Dari pembesar suara musalla mengalun suara kanak-kanak mengalunkan zikir munajat. Suara merdu itu mengingatkan dia pada tugasnya. Di sini, di pinggir selat melaka.....dia harus memikul amanah.

Thursday, October 30, 2008

BONDA AMMAR


Kenapa ummu ammar?
  1. Ammar adalah anak pertama yang ummi lahirkan kedunia. Sejak Ammar lahir kedunia ummi sudah mula menggunakan nickname baru.... Macam orang arab, menamakan diri ikut nama anaknya... Misalnya ummu salamah (ibu kepada salamah). Untuk pengetahuan anak-anak ummi terutamanya ammar di awal kehidupan berkeluarga kami dulu buyah namakan koleksi buku-bukunya maktabah abu ammar.... Begitulah bangganya kami mempunyai seorang anak lelaki.
  2. Bila muncul Hajar dalam hidup kami... ummi dan buyah amat berbahagia kerana telah ada sepasang anak seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi nickname ummi masih ummu ammar sebab dah dimulakan begitu.....
  3. Tahun demi tahun bertambah anak-anak ummi dan buyah..... Kami bertambah sibuk tapi cukup bahagia.... kerana tak semua insan sebertuah kami. Mempunyai anak yang ramai.
  4. Setiap anak kami berbeza dan unik... punya watak tersendiri... ada yang lembut, perasa, keras hati, panas baran, penyejuk hati dan ada juga ....... macam-macam. Keadilan bagi ummi adalah melayan kerenah anak-anak mengikut watak dan kehendak mereka yang berbeza-beza.
  5. apabila anak-anak ummi sudah mula melangkah ke alam pengajian tinggi... ummi mula terasa letihnya. Masa kecik-kecik dulu tak lah pulak terasa letihnya... Letih dalam banyak hal terutamanya .... apa lagi kalau tidak kos serba serbi.... semua perlu dilengkapi....mahal pulak tu. Bila semua anak di pengajian swasta... memang letih dibuatnya. Tapi ummi bersyukur tak ada anak ummi yang keciciran. Semuanya boleh membaca dan menulis dengan baik. Sampai ada yang guna untuk marah-marah pun ada. (Umi tak pulak berkesempatan untuk marah-marah pada nenek sewaktu hidupnya)
  6. Selagi hayat masih ada... walau sesukar mana sekalipun ummi dan buyah pasti akan cuba usahakan agar semua anak-anak ummi berjaya dan mampu hidup berdikari bila kami tiada lagi di dunia ini.
  7. Ummi ingin merasa kekayaan yang nenek miliki iaitu ... kasih sayang kami semua pada nenek dan aki. Walaupun nenek dan aki tak berada tapi kami semua punya ilmu yang memadai untuk dapat hidup seadanya....Sehingga ke akhir hayat mereka tetap dalam doa kami semua... anak-anaknya yang dibesarkan dan dipersekolahkan dengan susah payah.
So ummu ammar adalah ibu kepada muhammad ammar al husaini, siti hajar, abu dzar al husaini, ummu aiman, mashitah, muhammad ali al husaini, najihah dan syazwani..

kalian semua sentiasa di hati ummi.

ummu ammar

KENANGAN MENGUSIK JIWA





kadang-kadang terkenang kenangan manis keluarga umi yang besar ini.
jarang orang dapat rezeki mempunyai keluarga sebesar keluar ummi ini... 8 orang semua nya campur umi dan buyah dah sepuluh kesemuanya.
Gambar-gambar ni dalam koleksi ummi. Diambil masa cuti bulan Disember waktu tu kita semua sambut birthday buyah kat Sagil. Kadang-kadang jelous gak asyik orang sambut birthday buyah aje.... Birthday ummi ada orang sampai terlupa....Sapelah kita untuk diingati kan.....

So walaupun kita ramai tapi sempat juga meraikan majlis seperti itu kat Sagil pulak tu. Tapi along kita ... seperti biasa bila kita ramai-ramai member macam bosan giler.... tertidur-tidur pulak dia. Ya lah kan .... majlis bersama keluarga mana ada kick nya kan...

Tuesday, October 28, 2008

Diari Ummi

24 Oktober (Jumaat): buyah masih kat KL sebab ada tugasan. Umi dah drive sendiri ke ofis mulai Rabu. Dah lama tak bawa keta. Rasa seriau mula2 nya. Semua otot-otot kaki tegang. Sebab tension. Masuk hari jumaat umi dah rasa seronok bawak keta. Yang pastinya kami bertiga penumpang setia buyah pergi ke tempat keja dan sekolah masing-masing lebih cepat daripada biasa sebab faktor melambatkan kami tak ada. Sori lah buyah. persiapan buyah untuk memulakan hari memang kalah anak dara.

Hari ni buyah bawa balik 3 orang anak, kngah, Uda dan Eta. Pehhh kenalah umi jadi full time house wife.

25 Oktober (Sabtu): Along pun ada jugak kat rumah.Bersama 2 orang kawannya. Along control macho lah. Terpaksa follow rutin formal seperti lunch dan breakfast kat meja. Hari ni umi masak mee kicap. Depa tanya apa nama mee yang umi masak tu. Umi kata namanya ikut suka-suka hati lah. Tapi mee yang umi guna tu putus-putus. Umi lebih suka guna mee yang beli kat pasar. Mee pasaraya ni tak cantik bila masuk kuali walaupun datang dari tempat yang lebih cantik.

26 Oktober (Ahad) : Menghantar kakngah dan Uda balik KL. Moga mereka belajar bersungguh. Pesan Umi pada Uda kalau kesempitan duit carilah kakngah.... sori lah kngah. Lepas tu menghadiri majlis kenduri kahwin anak Ketua Jabatan HEP En OA. Kemudian kami travel ke utara majlis orang nak pergi haji. Lepas tu kami singgah rumah Bedah kawan masa kat kanada dulu. Wah.... kaya orang accounting ni. Kerja dengan Jabatan Hasil gaji dekat 8 ribu.... Umi nak sampai ke situ sampai pencen pun tak dapat.

27 Oktober (Isnin): Menghantar dak Uman pulak. Sorang lagi anak dara ummi dah isytihar secara rasmi nak ponteng sekolah. Camna ni???? Kngah sila beri komen.

29 Oktober (selasa): Pergi ofis semula. Kerja banyak menunggu. Sesampai kat ofis 2nd bos call. Umi tak perasan. Itu pun boleh jadi isu. Sorry lah Grace. I don't mean to neglect your call. Lepas ni dapat kerja pulak. Bantu rakan seofis yang kurang sihat.... Nampaknya Umi pun boleh jadi tak sihat sama ni. Kak Ani .... cepat lah sembuh.

Paling best hari ni umi dapat selesaikan puasa enam. nokhtah. Buyah bawa umi berbuka kat gerai di semabuk..... Buyah pun berlakon macam tunggu berbuka macam umi juga... Macam couple bagus sangat.... Sori lah buyah.. I mis u.

30 Oktober (Rabu) : Umi kena drive ke ofis sendiri... Buyah pergi kursus sampai jumaat kat KL.
Buyah offer umi bawa MBR.... acah-acah je tu. Buat amar: Umi dah uji pandu kereta sylphy tu... Memang syok.... pehh.... patut buyah jatuh cinta kat keta tu....

Hari ni dapat surat arahan pergi seminar kat gunung ledang resort isnin depan sampai rabu... Hmmph.... hotel tu comel sangat. Tapi mungkin ada peluang mandi kat Sagil.. Mana tahu. Alamak.... kajian jabatan yang umi tengah siapkan baru 40% siap . Camna ni....

Thursday, October 23, 2008

Rumah terbuka hari raya

Sebut rumah terbuka ni... memang banyak orang buka rumah mereka menjelang penutupan syawal ni. Bagi umi cukuplah rumah terbuka kita pada satu syawal hari tu. Penutup lah tu. Dah tak nak buka-buka lagi.

Esok sabtu 25 Oktober ada gathering xmozac SPM 80. Rindu nak jumpa kengkawan lama. Kawan-kawan seangkatan pelopor di SM Sains Melaka (sekarang ni dah bergelar SM Sains Muzaffar Shah). Masih ummi ingat bagaimana kami menumpang di SM Munsyi Abdullah sementara bangunan SMS Melaka siap sepunuhnya. Pertengahan tahun kami berpindah ke bangunan kekal SM Sains Melaka tu.

Bangunan SMS Melaka yang tersergam di atas bukit di Ayer Keroh dulunya di kelilingi hutan sahaja. Tidak ada bangunan di sekitarnya seperti hari ini. Bangunan Mozac ketika itu tersergam mergah dari jauh kelihatan. Kerana tiada bangunan lain menutupinya. Kini setelah 32 tahun berlalu bangunan mozac hampir tidak kelihatan lagi ditutupi oleh bangunan lain yang megah menarik perhatian pelancung ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Bukit Beruang tempat jin bertendang ketika itu tempat kami berlari untuk merentas desa kini telah dipenuhi dengan pelbagai bangunan swasta dan kerajaan. Kami pelajar Mozac tahun 77 juga semakin tua.

Oleh kerana kami batch awal di SMS Melaka maka kamilah senior di situ. Kami meng'oriented' pelajar lain kerana kami dah dilatih mengoriented pelajar ketika di asrama Munsyi Abdullah. Kerana kami pioneer juga menyebabkan hubungan kami sangat rapat. Ummi masih ingat wajah-wajah remaja kengkawan yang lain. Tapi hari ini bila lihat laman blog xmozac umi dah tak kenal wajah-wajah dewasa mereka semua terutama yang lelakinya (batch kami dulu ramai lelaki berbanding perempuan) 2:1 nisbah lelaki kepada perempuan.

So nak pergi ke tidak ke gathering mereka. Bila ada anak-anak kata nak balik kampung cuti hujung minggu ni. Umi jadi serba salah. Plak tu buyah pun baru balik dari KL. Sekadar mendera buyah untuk drive ke KL semata-mata untuk mengembalikan nostalgia bukan sesuatu yang mudah buat ummi.....

So kengkawan xmozac maaf kerana tak dapat menghadiri gathering u all kat Kolej Ke5 UM tu. mungkin lain kali kalau ada pertemuan kat Mozac ke kita boleh ketemu lagi..

Wednesday, October 22, 2008

Dilemma

Hari ini khamis. Tak ada kelas untuk di ajar hari ini. Lagi pun IPPM students sedang berhempas pulas menyediakan diri untuk menghadapi exam mereka awal November ini. Yesterday, ummi attended satu taklimat tentang program pesisir kedoktoran di bawah Universiti Teknologi Malaysia.
Awal-awal lagi ummi memang dah demotivated dengan program kedoktoran ni. Mula-mula si Senin (kawan seangkatan di IPPM) yang dah semester 5 untuk Phd ni dah tak bermotivasi untuk sambung pelajarannya lagi. Katanya dia tak terpikul beban belajar disamping beban tugasan yang melambak-lambak di maktab ni. Lepas tu masa ummi buat modul dengan pensyarah IPG lain di Carlton Hotel, Shah Alam jumpa pulak dengan Dr Anna Wong dari IPG Perak. Kisah dia ambil Phd pun tragis sungguh. Berlaku di UM pulak tu. Tempat target umi untuk siapkan Phd tu. Pengalaman dia dengan Dekan UM yang sangat umi kenal Prof Dr Sufian tu menyebabkan ummi lagi tambah demotivated. Camna ni? Peluang kenaikan pangkat di Maktab yang semakin bertambah cerah juga membuat ummi rasa malaslah nak bersusah payah ambil Phd. Dilemma... dilemma sungguh lah.

So akhirnya ummi pergi juga hadap taklimat itu semata-mata nak meraikan kengkawan yang bersusah payah menguruskan majlis itu. Paling tidak pun meramaikan kehadiran. So pendek cerita duduklah ummi dalam taklimat itu. Awal-awal lagi register dah dapat pen UTM, buku nota UTM dan paling gempak borang permohonan mendaftar ke UTM.

Bila tengok pensyarah yang nak beri taklimat tu macam muda benar berbanding ummi. Macam tak caya jerk. Tapi bila dia start cakap memang dia mampu mengubah minda ummi yang dah beku ni. Nampak macam mudah je proses nak selesaikan Phd menurut Dr Zaidatun (nama dia) Timbalan Dekan Pengajian Siswazah UTM.

Masalahnya kosnya terlalu tinggi RM 4000++. Kawan pulak kata boleh urus PTPTN. Hemphh entah tak tahulah. Kalau ikut perancangannya kalau ummi daftar semester terdekat ni maknanya ummi akan dapat title Dr. menjelang usia umi 49 tahun iaitu pada tahun 2012. So untuk anak-anak ummi jom kita belajar sama-sama.....

Tuesday, October 21, 2008

My big family



kami semua 7 orang sahaja...

tetapi telah membiak kepada 40+ (43 kot)

Al fatihah buat bonda Hjh Fatimah bte Othman dan ayahanda Hj Saleh bin Abdullah..

Semoga Allah berkati dan dimasukkan roh mereka bersama-sama para solehin.. Amin.

Doa diiring buat ayahanda bonda yang telah mendidik kami menjadi insan yang berguna.

Suatu hari di hari raya......

Saat-saat gembira...

Bersama anak-anak di Hari raya...

Umi doakan kejayaan anak-anak umi semua.

Yang penting dalam apa jua yang kita lakukan...

Ingat Allah selalu....

Agama itu penunjuk jalan....

Jika kita kita berpegang teguh kepadanya...

kita tak kan sesat selamanya......

Tiada guna ilmu jika tiada iman di dada....

tiada guna harta menggunung, jika kita tiada ketakwaan di hati...

Ikutlah jalannya yang lurus....

Jalan orang-orang yang diredhai....

Amin...

Ampuni lah dosaku....

Hari ini dah dua hari umi puasa enam. InsyaAllah umi bertekad puasa 6 kali ini perlu diselesaikan. Selepas solat dan berbuka puasa umi ziarahi laman-laman blog anak-anak umi.

Sedih.......sedih sungguh. Umi sungguh sedih.

Apa yang anak-anak paparkan di blog masing-masing itulah gambaran anak-anak umi. Umi dah tak mampu nak buat apa-apa.

anak-anak umi yang umi lahirkan ketika umi mengajar di sekolah pondok. Anak-anak umi yang dibesarkan dalam suasana pondok Anak-anak umi yang hidup dalam keadaan serba sederhana di pondok Al Falah.

Anak-anak yang umi harapkan akan membacakan doa di pusara umi nanti.

Ya.... apakan daya. Umi pasrah. Moga kalian semua diberi petunjuk dan hidayat untuk mencari jalan yang lurus. Jalan yang diredhai.

Jika kalian membaca coretan rasa ummi ini... kalian sudah menonjolkan cermin diri kalian semua......

Coretan rasa...

umi yang keciwa.

Saturday, October 18, 2008

Mengisi kekosongan...





Sunday yang kaku,,,,

Hari ini ummi nak tulis banyak-banyak. Selalu buyah jerk yang tulis kan.....

Sebenornya ummi selalu keluar pegi kursus sebelum ini sehinggalah di reduce budget pada jabatan-jabatan kerajaan. So ummi beruntung kerana tidak dihantar menginap di hotel-hotel dari bulan jun sehinggalah bulan September. Sebaik sahaja diumumkan boleh buat kursus di luar dari IPG masing-masing berlambak-lambaklah surat arahan keluar mesyuarat dan lain-lain sejenama dengannya untuk semua pensyarah..... Suka suka aje dia orang ni pegi buat bebenda kat hotel-hotel ni sementelah pihak hotel dah kerugian sebab kami tak datang makan dan tidur kat bilik hotel dia orang. Baru lah pihak hotel tahu betapa banyak income dia datang daripada kami sume ni....

Tahun 2008 adalah tahun berkursus buat ummi... Dari belajar cara nak ajar orang dewasa sampailah kepada mendaki bukit dan mengayuh canoe..

Anak-anak mula redo jerk lama-lama seisi keluarga dah berbunyi besor bila tau ummi kena keluar lagi untuk attend program kat luar .... Kesian......

Anyway..... ummi nak paparkan beberapa gambar ummi berkursus di sana sini setakat yang termasuk dalam kodak member-member ummi yang bawa kamera lah...

antara cubaan dan dugaan



Dah lama tak menulis diblog ini.... (sebenarnya ummi pun dah tak sure macamana nak buat new post).
Hari ini adalah hari untuk bermalas-malasan. Buyah hantar MBR untuk diservice. Ada banyak juga jemputan rumah terbuka ntah dapat pergi semua ke tidak. Ex student nak datang rumah tapi ummi tak ready untuk sambut tetamu. Nak masak hari ni pun tak ada mood.

Last week ummi attend kursus di Hotel Putra KL , next to hospital pusrawi and right infront of IJN (bakal tempat kerja kngah). Ok gak hotel tu.. makanan dia boleh tahan... tapi nak makan banyak tertahan-tahan sebab my roommate asyik ingatkan pasal dieting... Member lebih kurang sebaya dengan ummi... lepastu dia lagi kurus dari ummi... so ummi yang much plummier ni mestilah ikut jejak langkah dia. So ummi ambil lauk dan kurangkan nasi....

Isi kandungan kursus tu,,, Ms word, ppt, internet dan perkakasan.. lepas tu ada ujian plak tu. Ha ha ha . Ummi tak bersedia pun untuk test tu. Kawan sebilik ummi prepare sampai pening-pening kepala. Ummi dok sebelah dia golek-golek jerk atas katil. Sampai rakan sebilik soh ummi bangun dan buat senaman berjogging dalam bilik. Sapa nak buat... ummi buat derk aje dan tengok twin tower dan KLCC dari dalam bilik tu. Memang perfect view of KL.

Bila habis ujian . fasci paparkan keputusan. Of course markah ummi antara yang tertinggilah. Siap fasci announce lagi... markah puan halimatussaadiah ni cemerlanglah.... Well.... nak buat macamana kan.... Yang tak bestnya markah word dan ppt... setakat pertengahan aje... baru sedor diri ni...

Bila mereka tunjuk video masa we all berkursus...muka ummi dok front page... Besau giler gambar ummi tu..

When it comes to reflelection session... fasci tu plak buat psiko pulak sampai ummi terasa nak bercakap pulak..

Bila dia kata kita dengar apa kata wakil melaka... ummi terus 'melompat' dan capai mike terus kegilaan bercakap dengan mike menjadi2. Ummi memang pantang dapat mike .... bercakap tak jumpa nokhtah...

Gitulah gayernya pensyarah-pensyarah IPG berkursus.....Tinggal anak bini seminggu lamanya. Semata-mata untuk dapat tambahan ilmu (ntah bertambah ntah tidak)

Ok lah..... nanti ummi jenguk u all punya blog.....

especially our dearest 'along' punya blog.

dia ada masa plak nak berblog di samping business utama dia dengan rakan game dia yerk.....

Bye. sume....

Kerenah anak2ku....

Assalamualaikomwbt,

buat anak-anak ummi yang ter'stop by' this blog......

sedih betul lah...

di hari-hari raya ni bila ter'serempak' dengan kenakalan anak-anak sendiri...

Mana anak-anak ummi yang te'rasa' caught by ummi tu hopefully will think back of their action...

Life is moving on...
there is no turning back..
If you want to be somebody in your life ...
please start from now...

Anak-anak ummi semua...

please ,

jadikan agama sempadan dalam kehidupan...
hidup orang berjaya sebagai bench mark untuk lakukan peningkatan...

tak guna gembira hari ini...
jika esok lusa kita menyesal...

sesal kemudian tak berguna...


sedih..... sedih.... sedih...

buat anak-anak ummi yang terkadang-kadang lupa diri...

kembalilah kepada diri kita sebenar...

ingat,

kita hanyalah hamba Allah yang pasti suatu masa nanti akan kembali jua kepada Nya...