Tuesday, October 28, 2008

Diari Ummi

24 Oktober (Jumaat): buyah masih kat KL sebab ada tugasan. Umi dah drive sendiri ke ofis mulai Rabu. Dah lama tak bawa keta. Rasa seriau mula2 nya. Semua otot-otot kaki tegang. Sebab tension. Masuk hari jumaat umi dah rasa seronok bawak keta. Yang pastinya kami bertiga penumpang setia buyah pergi ke tempat keja dan sekolah masing-masing lebih cepat daripada biasa sebab faktor melambatkan kami tak ada. Sori lah buyah. persiapan buyah untuk memulakan hari memang kalah anak dara.

Hari ni buyah bawa balik 3 orang anak, kngah, Uda dan Eta. Pehhh kenalah umi jadi full time house wife.

25 Oktober (Sabtu): Along pun ada jugak kat rumah.Bersama 2 orang kawannya. Along control macho lah. Terpaksa follow rutin formal seperti lunch dan breakfast kat meja. Hari ni umi masak mee kicap. Depa tanya apa nama mee yang umi masak tu. Umi kata namanya ikut suka-suka hati lah. Tapi mee yang umi guna tu putus-putus. Umi lebih suka guna mee yang beli kat pasar. Mee pasaraya ni tak cantik bila masuk kuali walaupun datang dari tempat yang lebih cantik.

26 Oktober (Ahad) : Menghantar kakngah dan Uda balik KL. Moga mereka belajar bersungguh. Pesan Umi pada Uda kalau kesempitan duit carilah kakngah.... sori lah kngah. Lepas tu menghadiri majlis kenduri kahwin anak Ketua Jabatan HEP En OA. Kemudian kami travel ke utara majlis orang nak pergi haji. Lepas tu kami singgah rumah Bedah kawan masa kat kanada dulu. Wah.... kaya orang accounting ni. Kerja dengan Jabatan Hasil gaji dekat 8 ribu.... Umi nak sampai ke situ sampai pencen pun tak dapat.

27 Oktober (Isnin): Menghantar dak Uman pulak. Sorang lagi anak dara ummi dah isytihar secara rasmi nak ponteng sekolah. Camna ni???? Kngah sila beri komen.

29 Oktober (selasa): Pergi ofis semula. Kerja banyak menunggu. Sesampai kat ofis 2nd bos call. Umi tak perasan. Itu pun boleh jadi isu. Sorry lah Grace. I don't mean to neglect your call. Lepas ni dapat kerja pulak. Bantu rakan seofis yang kurang sihat.... Nampaknya Umi pun boleh jadi tak sihat sama ni. Kak Ani .... cepat lah sembuh.

Paling best hari ni umi dapat selesaikan puasa enam. nokhtah. Buyah bawa umi berbuka kat gerai di semabuk..... Buyah pun berlakon macam tunggu berbuka macam umi juga... Macam couple bagus sangat.... Sori lah buyah.. I mis u.

30 Oktober (Rabu) : Umi kena drive ke ofis sendiri... Buyah pergi kursus sampai jumaat kat KL.
Buyah offer umi bawa MBR.... acah-acah je tu. Buat amar: Umi dah uji pandu kereta sylphy tu... Memang syok.... pehh.... patut buyah jatuh cinta kat keta tu....

Hari ni dapat surat arahan pergi seminar kat gunung ledang resort isnin depan sampai rabu... Hmmph.... hotel tu comel sangat. Tapi mungkin ada peluang mandi kat Sagil.. Mana tahu. Alamak.... kajian jabatan yang umi tengah siapkan baru 40% siap . Camna ni....

Thursday, October 23, 2008

Rumah terbuka hari raya

Sebut rumah terbuka ni... memang banyak orang buka rumah mereka menjelang penutupan syawal ni. Bagi umi cukuplah rumah terbuka kita pada satu syawal hari tu. Penutup lah tu. Dah tak nak buka-buka lagi.

Esok sabtu 25 Oktober ada gathering xmozac SPM 80. Rindu nak jumpa kengkawan lama. Kawan-kawan seangkatan pelopor di SM Sains Melaka (sekarang ni dah bergelar SM Sains Muzaffar Shah). Masih ummi ingat bagaimana kami menumpang di SM Munsyi Abdullah sementara bangunan SMS Melaka siap sepunuhnya. Pertengahan tahun kami berpindah ke bangunan kekal SM Sains Melaka tu.

Bangunan SMS Melaka yang tersergam di atas bukit di Ayer Keroh dulunya di kelilingi hutan sahaja. Tidak ada bangunan di sekitarnya seperti hari ini. Bangunan Mozac ketika itu tersergam mergah dari jauh kelihatan. Kerana tiada bangunan lain menutupinya. Kini setelah 32 tahun berlalu bangunan mozac hampir tidak kelihatan lagi ditutupi oleh bangunan lain yang megah menarik perhatian pelancung ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Bukit Beruang tempat jin bertendang ketika itu tempat kami berlari untuk merentas desa kini telah dipenuhi dengan pelbagai bangunan swasta dan kerajaan. Kami pelajar Mozac tahun 77 juga semakin tua.

Oleh kerana kami batch awal di SMS Melaka maka kamilah senior di situ. Kami meng'oriented' pelajar lain kerana kami dah dilatih mengoriented pelajar ketika di asrama Munsyi Abdullah. Kerana kami pioneer juga menyebabkan hubungan kami sangat rapat. Ummi masih ingat wajah-wajah remaja kengkawan yang lain. Tapi hari ini bila lihat laman blog xmozac umi dah tak kenal wajah-wajah dewasa mereka semua terutama yang lelakinya (batch kami dulu ramai lelaki berbanding perempuan) 2:1 nisbah lelaki kepada perempuan.

So nak pergi ke tidak ke gathering mereka. Bila ada anak-anak kata nak balik kampung cuti hujung minggu ni. Umi jadi serba salah. Plak tu buyah pun baru balik dari KL. Sekadar mendera buyah untuk drive ke KL semata-mata untuk mengembalikan nostalgia bukan sesuatu yang mudah buat ummi.....

So kengkawan xmozac maaf kerana tak dapat menghadiri gathering u all kat Kolej Ke5 UM tu. mungkin lain kali kalau ada pertemuan kat Mozac ke kita boleh ketemu lagi..

Wednesday, October 22, 2008

Dilemma

Hari ini khamis. Tak ada kelas untuk di ajar hari ini. Lagi pun IPPM students sedang berhempas pulas menyediakan diri untuk menghadapi exam mereka awal November ini. Yesterday, ummi attended satu taklimat tentang program pesisir kedoktoran di bawah Universiti Teknologi Malaysia.
Awal-awal lagi ummi memang dah demotivated dengan program kedoktoran ni. Mula-mula si Senin (kawan seangkatan di IPPM) yang dah semester 5 untuk Phd ni dah tak bermotivasi untuk sambung pelajarannya lagi. Katanya dia tak terpikul beban belajar disamping beban tugasan yang melambak-lambak di maktab ni. Lepas tu masa ummi buat modul dengan pensyarah IPG lain di Carlton Hotel, Shah Alam jumpa pulak dengan Dr Anna Wong dari IPG Perak. Kisah dia ambil Phd pun tragis sungguh. Berlaku di UM pulak tu. Tempat target umi untuk siapkan Phd tu. Pengalaman dia dengan Dekan UM yang sangat umi kenal Prof Dr Sufian tu menyebabkan ummi lagi tambah demotivated. Camna ni? Peluang kenaikan pangkat di Maktab yang semakin bertambah cerah juga membuat ummi rasa malaslah nak bersusah payah ambil Phd. Dilemma... dilemma sungguh lah.

So akhirnya ummi pergi juga hadap taklimat itu semata-mata nak meraikan kengkawan yang bersusah payah menguruskan majlis itu. Paling tidak pun meramaikan kehadiran. So pendek cerita duduklah ummi dalam taklimat itu. Awal-awal lagi register dah dapat pen UTM, buku nota UTM dan paling gempak borang permohonan mendaftar ke UTM.

Bila tengok pensyarah yang nak beri taklimat tu macam muda benar berbanding ummi. Macam tak caya jerk. Tapi bila dia start cakap memang dia mampu mengubah minda ummi yang dah beku ni. Nampak macam mudah je proses nak selesaikan Phd menurut Dr Zaidatun (nama dia) Timbalan Dekan Pengajian Siswazah UTM.

Masalahnya kosnya terlalu tinggi RM 4000++. Kawan pulak kata boleh urus PTPTN. Hemphh entah tak tahulah. Kalau ikut perancangannya kalau ummi daftar semester terdekat ni maknanya ummi akan dapat title Dr. menjelang usia umi 49 tahun iaitu pada tahun 2012. So untuk anak-anak ummi jom kita belajar sama-sama.....

Tuesday, October 21, 2008

My big family



kami semua 7 orang sahaja...

tetapi telah membiak kepada 40+ (43 kot)

Al fatihah buat bonda Hjh Fatimah bte Othman dan ayahanda Hj Saleh bin Abdullah..

Semoga Allah berkati dan dimasukkan roh mereka bersama-sama para solehin.. Amin.

Doa diiring buat ayahanda bonda yang telah mendidik kami menjadi insan yang berguna.

Suatu hari di hari raya......

Saat-saat gembira...

Bersama anak-anak di Hari raya...

Umi doakan kejayaan anak-anak umi semua.

Yang penting dalam apa jua yang kita lakukan...

Ingat Allah selalu....

Agama itu penunjuk jalan....

Jika kita kita berpegang teguh kepadanya...

kita tak kan sesat selamanya......

Tiada guna ilmu jika tiada iman di dada....

tiada guna harta menggunung, jika kita tiada ketakwaan di hati...

Ikutlah jalannya yang lurus....

Jalan orang-orang yang diredhai....

Amin...

Ampuni lah dosaku....

Hari ini dah dua hari umi puasa enam. InsyaAllah umi bertekad puasa 6 kali ini perlu diselesaikan. Selepas solat dan berbuka puasa umi ziarahi laman-laman blog anak-anak umi.

Sedih.......sedih sungguh. Umi sungguh sedih.

Apa yang anak-anak paparkan di blog masing-masing itulah gambaran anak-anak umi. Umi dah tak mampu nak buat apa-apa.

anak-anak umi yang umi lahirkan ketika umi mengajar di sekolah pondok. Anak-anak umi yang dibesarkan dalam suasana pondok Anak-anak umi yang hidup dalam keadaan serba sederhana di pondok Al Falah.

Anak-anak yang umi harapkan akan membacakan doa di pusara umi nanti.

Ya.... apakan daya. Umi pasrah. Moga kalian semua diberi petunjuk dan hidayat untuk mencari jalan yang lurus. Jalan yang diredhai.

Jika kalian membaca coretan rasa ummi ini... kalian sudah menonjolkan cermin diri kalian semua......

Coretan rasa...

umi yang keciwa.