bila dengar anak-anak saudara tak tahu nak pilih kursus yang nak diikuti.
tiba-tiba jerk umi teringat masa umi sebaya dengan diorang dulu.. I mean masa umi muda belia dululah...now ni dah OTAI...
bezanya masa tu cuma satu saja yang umi dapat... surat tawaran ke luar negara.....
bezanya masa tu dalam surat tu ada banyak pilihan kursus yang umi boleh ambil... memang banyak ... juling mata membacanya... cuma farmasi dan medic sahaja yang tak ada. Kononnya sapa nak ambil dua kursus tu kena stay kat local U. kalau nak ke oversea kena ambil subjek lain... ranging from mathematic ke engineering.
so alkisahnya,...
umi pun scan reading lah semua kursus tu..
masa tu mana lah ada kaunselor kerjaya... ikut kata hati jerk.
tiba-tiba umi nampak kursus ni... biochemistry...
alkisahnya masa tu umi sedang ikuti form six aliran sains....
cikgu biologinya tu... tak lah berapa umi faham apa dia ajar... tapi lajunya masha allah... sampai umi sangat terkesan dengan pengajarannya... lenguh tangan menyalin nota dia... dan ketika umi dapat tawaran tu dia tengah ajar something about biokimia...
sangatlah terkesan umi dengan cikgu ni (lupalah namanya ... sebab belajar tak lama sangat dengan dia) sampai bila umi pilih kursus ... umi terus tick aje kat biokimia...
alkisahnya... natijahnya... umi ditawarkan lah subjek biokimia dan tempatnya adalah di kanada.....
Bila umi menghadiri temuduga... (temuduga tu sebenarnya bukan untuk pemilihan studentnya tapi pemilihan penaja)
oleh kerana biokimia adalah subjek pilihan umi maka wakil JPA dan Kementerian Pelajaran (daripada pelbagai penaja yang lain termasuk LLN, RISDA, petronas dan lain-lain yang umi dah lupa) sahaja yang menemuduga umi...
kata wakil KemPel .... "awak nak jadi cikgu tak?"
umi jawab "tak nak" sekali dengan gelengan kepala.
kata wakil KemPel tu "oh memang sungguh-sungguh dia tak nak jadi cikgu" sambil tersenyum.
alkisah mulai dari saat itu... umi jadi student yang ditaja oleh JPA...
begitulah kisahnya bagaimana kata hati telah mewarnai hidup umi....
gelengan kepala umi itu sebenarnya telah membawa umi kepada perjalanan yang jauh dan sukar...
kerana selepas itu akhirnya umi jadi seorang guru (daripada guru sekolah pondok, guru sandaran di sekolah menengah agama negeri, guru kementerian) dan akhirnya umi jadi guru kepada bakal guru dan sekarang ni memberi kursus kepada guru di sekolah-sekolah...
biokimia hanya tinggal dalam lipatan kenangan...
walaupun sekeping ijazah telah membuktikan ummi pernah 4 tahun berguru untuk menguasai ilmu biokimia...
So adakah cerita ni dapat membantu mereka yang dalam dilema untuk pilih kursus atau sekadar menambah lagi dilema....
sorilah.... tak berniat sama sekali...
senang jadi orang yang tak diberi pilihan ....
rasanya brother abu zar agree dengan umi...
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
1 comment:
sangat membantu
ikut kate hati
;DD
thx
Post a Comment