Saturday, February 28, 2009

SATU LAGI PERMULAAN

28 th februari, 2009

first meeting dengan supervisor (Dr Abd Rahim Hamdan, UTM)

pagi-pagi lagi RBB dah hantar umi ke IPPM sebelum tu sempat sarapan kat Sajian Eton di Pulai.

Pukul 9 am Dr Rahim dah sampai (punctuality) is my first impression towards him.

Simple, direct to business.

Mula-mula dia admit dah terima proposal ummi. Dari airmuka nya umi tahu dia tak berkenan dengan tajuk tu. (satu petanda yang bagus.... he meant business)

Seperti umi harapkan dia terus kepada fokus yang dia inginkan.... (menyingkatkan lagi usaha pencarian fokus umi nampaknya)

so until 11 am kami (Dr Rahim, kawan se perguruan Fauziah Yahya) berbincang mengenai fokus kajian kami masing-masing.

akhirnya pertemuan dua jam itu menghasilkan satu ketetapan yang umi inginkan...

Dia telah menyarankan umi untuk baca artikel perkaitan pendekatan mengajar lecturer di IPGM.

lebih mudah buat umi... sebab tak perlu nak masuk hutan cari orang asli...

YESSSS!!!!!!!!

I think I am ready for another exhaustic hunting for information.....

Monday, February 23, 2009

BILA BADAN DAH SIHAT SIKIT!!!!!!!!

Pagi-pagi dah jumpa KJ dengan beg sandangnya ... mesti dia ada tugas outstation.
Bos okay jerk bila umi minta nak keluar awal sebab nak ke UM jumpa Prof Saedah.
Pagi-pagi selesaikan mana-mana dokumen yang perlu tandatangan KJ sebab dia ada sampai pukul 9 am sebab lepas tu dia nak ke Penang.
Minggu depan ada Pra audit untuk MSISO....

Pukul 10 Hafsah dah call....
Kami bertolak naik MyVi Hafsah untuk ke UM.

Pukul 12.30 dah sampai UM. Tak ada banyak masalah sebab Hafsah pun graduate daripada UM daripada first degree sampai 2nd degree. Cuma Phd dia buat kat UTM.

Nasib baik call Prof saedah awal-awal rupanya dia ada meeting pukul 2.00

alhamdulillah dalam masa sejam kami dapat berbincang dengan prof.

Memang pertemuan itu banyak membantu ummi untuk fokus pada research problem yang umi nak selesaikan dalam penulisan thesis ummi ini..

thank you Prof. Jasa mu sentiasa dikenang.

Esok umi akan ke Allson Klana, Nilai sebab ada mesyuarat jawatan kuasa dokumentasi IPPM.

umi akan berada di sana sampai khamis ini.

Hari Sabtu ini pertemuan dengan penyelia thesis umi iaitu Dr Rahim Hamdan dari UTM.

dia dah pesan suruh emelkan bahan kepada dia....

so..... anak-anak ummi .... umi nak startkan semula pencarian maklumat yang dah terhenti sejak ummi sakit.

Hari ini umi rasa bertambah sihat sikit.... alhamdulillah

Friday, February 20, 2009

DIARI HARI INI....

Hari ni semua berjalan slow....

Pagi-pagi lagi dah terlambat bangun....
So dah miss tazkerah hari jumaat.....

Lepas tu masuk kelas mengajar...
Mengajar kira okay lah....
penuh bersemangat... bila badan dah sihat sikit... suara pun boleh angkat sikit....

Tapi tiba-tiba je ada pulak pelajar yang tak sihat kat belakang tu...
So mood nak mengajar dan nak belajar dah terganggu....
Yang penting kesihatan anak murid.... Moga dia sihat selalu.... Nanti kita jumpa dalam kelas lagi okay....

Dari pagi lagi cuba trace Prof Saedah untuk minta pandangan dia mengenai tajuk thesis.
Handset dia tak angkat...
Pasang spy kat UM baru dapat no ofis dia.
Tapi bila call dia pulak ada meeting...


Lepas tu cikgu dia pulak yang rasa tak okay...
cari talian hayat....dating dengan RBB kat lot 35....

On the way nak pergi makan call ofis Prof Saedah...
Yes !!!!!!.... akhirnya dapat dengar suara Prof...
Dia pun dah menjangka yang itu panggilan dari umi...

alhamdulillah...
dapat buat appointment nak jumpa dia hari Isnin nanti.

So .... pencarian bahan akan dimulakan semula....
macam yang kiah kata.....

yang penting prosesnya kan.....

Kata Prof pun tak susah mana pun....

Okay... okay....okay.....Chaiyo....

Wednesday, February 18, 2009

Bingkisan Buat Anak-anak

Sesekali dengar-dengarkanlah bacaan al quran melalui online.

http://quranexplorer.com/

dekat sini boleh pilih surah, qarinya. Umi suka dengar bacaan sheikh ahmad ajmi... Bacaannya membuat kita tersedar dari kehidupan yang melalaikan...

cubalah.... sesungguhnya dengan membaca alquran hati akan menjadi tenang.... InsyaAllah.

PENGAJARAN DARI AL QURAN

Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku.

(25) Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.

(26) Alangkah baiknya kalau kematianku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi).

(27) Harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikitpun.

(28) Kuat kuasaku (dan hujah-hujahku membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dariku.

(29) (Lalu diperintahkan malaikat penjaga Neraka): Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah dia. (30) Kemudian bakarlah dia di dalam Neraka Jahiim.

(31) Selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

(32) Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.

(33) Dan dia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin.

(34) Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorangpun dari) kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya).

(35) Dan tidak ada makanan (baginya) melainkan dari air danur. (36) Yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara yang salah.

(37) Maka Aku bersumpah: Demi segala (yang nyata) yang kamu melihatnya. (38) Dan segala (yang ghaib) yang kamu tidak melihatnya. (39) Bahawa sesungguhnya Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia.

(40) Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman.

(41) Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (42) (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

(43) Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta (sebarang kata-kata rekaan). (44) Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. (45) Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta-merta). (46) Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.

(47) Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertakwa. (48) Dan sesungguhnya Kami sedia mengetahui bahawa ada di antara kamu yang mendustakan (Al-Quran, maka Kami akan membalasnya). (49) Dan sesungguhnya Al-Quran itu sudah tentu akan menyebabkan penyesalan bagi orang-orang yang kafir (semasa mereka menerima balasan).

(50) Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya). (51) Oleh itu bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. / (52)

APALAH DOSA KU....

Ratapan seorang ibu...
merintih....
dalam sendu...
buat mendewasakan seorang yang bernama anak..
yang dulu membesar dalam kandungan.

Ratapan derita seorang ibu....
harapan...
yang tidak dipedulikan...
telah dibuang jauh-jauh...
dihujung belantara nafsu...
kekuatan diri yang bernama aku...

Dalam tawa derai seorang anak...
telah gugur airmata seorang ibu...
gugur sebelum syahid...
kuburan tanpa nisan.
harapan seorang ibu.



(buat semua ibu-ibu yang sedang bersedih)
Hasil nukilan,
bintu salleh.
Melaka.
18 Februari, 2009

Tuesday, February 17, 2009

AKU HANYA INGIN MENGAJAR....


sudah dua hari RBB berada di Kedah. Selama itu umi menumpang pasangan suami isteri rakan seofis umi yang berulang alik dari Tangkak Ke IPPM. Mujur ada mereka sebab umi tak mampu nak drive sendiri semasa sedang sakit-sakit belakang ni.. Thanks abang Din dan Kak Yani. Jasa mu di kenang.


Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah deringan telefon dalam hand bag meminta perhatian. Nombor yang tertera menunjukkan panggilan dari ofis. Suara Kak Pora operator IPPM jelas kedengaran.
"ini Puan Halimah ke? Puan Pengarah nak bercakap dengan puan" kata Kak Pora penuh rasmi.
" Assalamualaikom, Puan Halimah. Puan di mana ni? Puan berada di luar ke?" tanya Puan pengarah.
Umi rasa umi dah tahu tujuan panggilan itu dibuat.
"saya dah dekat luar ni... " umi menjawab yakin. Umi jeling kat jam tangan. Dah pukul 4.30. Arahan KJ kami pensyarah JIP semua boleh punch out selepas pukul 4.00 (8 jam terkumpul dari pukul 8 sampai pukul 4)
"esok puan ada di maktab ke?" tanya pengarah lagi
"esok saya ada bengkel....di IPPM" umi menambah penjelasan.
"Puan nak jumpa saya mengenai apa tu ya puan" umi cuba membawa pengarah kepada pokok sebenar membawa kepada panggilan itu.



"kami nak lantik puan sebagai Ketua Unit Kediaman lah puan" Pengarah terus memendekkan bicara.

Umi menolak permintaan pengarah itu sebaik mungkin. Kepada pengarah umi nyatakan bahawa umi gembira dengan aktiviti di bidang akademik sahaja. Umi gembira mengajar dan ingin terus kekal mengajar. Jika umi menerima jawatan yang dicadangkan bermakna tugasan umi di maktab sudah lebih menjurus kebidang pentadbiran.. Lebih-lebih lagi berurusan tentang soal warden dan asrama.














Bagi umi... biarlah umi kekal sebagai tenaga pengajar sepenuh masa.
Umi ingin mengongsi pengalaman sebagai bekas guru kepada bakal guru.
Umi seronok berada bersama-sama mereka. Bagi umi mereka juga adalah sebahagian daripada anak-anak umi... Lebih-lebih lagi mereka lebih kurang sebaya dengan anak-anak ummi.
Moga-moga ada insan yang memberi perhatian kepada anak-anak kandung umi seperti umi telah beri perhatian sepenuhnya kepada anak-anak didik ummi di IPPM. Amin.

Guru Kepada Bakal Guru...


menjadi guru kepada bakal guru merupakan tumpuan umi buat masa ini.
Dila (ex-sharodian) pasti bersuara kalau tak puas hati.....
Seronok dapat provoke mereka ni semua....


Seronok berada di kalangan bakal guru di IPPM walaupun sebenarnya kesihatan amat terganggu. Nak ambik MC tak terambil pulak sebab bila pulak nak ganti kelas... Nanti leceh nak jawab masa audit ISO... So umi mengajar sambil menyandar di kerusi. Alhamdulillah.. anak-anak guru pelatih belajar sambil mengajar. Umi cuma jadi fasilitator aje....Badan tak berdaya tapi mulut masih berbisa lagi... hahaha... sorry lah anak-anak kat maktab....

Monday, February 16, 2009

BOSAN LE PULAK....

Macamana nak bagi cantik laman blog umi ini hah.....! Wei tolong le jawab.... Nor punya blog punyalah kemas.... tak bleh ke upgradekan blog kakngah dia ni.....

Saturday, February 14, 2009

PENGAJARAN DARI SEBUAH KESAKITAN

Sementelah telah menjadi student untuk kesekian kalinya ummi menyusun masa yang ada untuk tugasan di maktab dan pencarian bahan untuk menulis tesis. Sebelum umi bergelar isteri dan ibu, belajar merupakan sebuah hobi, menyiapkan assignment suatu obsessi, sebuah kehidupan yang meletihkan tapi menyeronokkan.

Umi tak main-main pada anak-anak ummi bila umi kata subjek add math adalah subjek kegemaran umi sebab usaha menyelesaikan masalahnya seperti kegemaran ammar menghadap game di komputernya. Ketekunan menghafal biologi dalam hidup ummi sebagai student seumpama ketekunan abu zar bila menghadap internetnya.

Masa umi kat asrama dulu , umi selalu nyorok-nyorok sambung baca buku selepas lampu asrama di padamkan sampai warden tegur. Waktu prep malam umi join kakak-kakak form six untuk sambung belajar. Tapi itu dulu......

Kini setelah bergelar isteri, ibu yang berusia 45 tahun (lima tahun lagi dah masuk warga emas), umi cuba susun jadual belajar.... Memulakan pengembaraan mencari bahan di jaringan maklumat di alam cyber. Usaha itu tidak mengeluar peluh pun, hanya memerlukan pengamatan deria mata , dan paling utama saraf-saraf di otot tangan dan bahu.

Pokoknya semua saraf umi berada dalam kelesuan dan akhirnya ia jadi seumpama volcano yang meletuskan lavanya..... Ayat anakanada Ali yang berulang-ulang di telinga ummi sewaktu umi menghadap komputer umi....."umi ali tak nak duduk asrama" dan wajah ali yang tersembul di pintu rumah sesudah senja berlabuh hasil pelarian nekad dari asrama yang seumpama penjara Israel buatnya......akhirnya meleraikan segala kekuatan emosi yang ada... dan umi akhirnya tewas pada serangan fizikal tubuh badan sendiri yang sudah berada pada tahap klimaknya.... kekejangan otot belakang umi membawa ke sebelah tangan kiri umi menyebabkan umi akur bahawa di kala usia begini umi harus meredakan diri dari motivasi belajar yang mengalpakan kesihatan diri sendiri....

Namun di saat kesakitan seperti ini, bila ada panggilan telefon dari anak-anak semata-mata menanyakan khabar ummi. Amat melegakan. Saudara mara, adik beradik yang menghulur kan tangan mengurut tubuh yang kesakitan, rakan-rakan di maktab yang menunjukkan keperihatinan, anak-anak pelajar yang menghantar sms dan menegur tanda simpati pada umi membuat umi terasa sangat dihargai.

Jauh dilubuk hati ... umi mengimpikan semoga anak-anak ummi suatu hari nanti membacakan doa jika umi dah tak ada lagi dimuka bumi ini... Biar ada anak-anak lelaki umi yang mengepalai bacaan doa dan solat untuk umi. Ketika itu tentu orang berkata untungnya dia kerana punyai ramai anak....

Tuesday, February 10, 2009

KISAH AFIQ



Senja itu amat meletihkan. Keletihan itu memaksa umi untuk segera ke perbaringan. Tersedar dari tidur yang lena umi dikejutkan dengan sms ringkas dari RBB menyatakan ada orang menyerahkan anaknya kepada kami untuk dijaga. Tanpa ada penjelasan lain. Begitulah RBB kadang-kadang sukar difahami tetapi telah umi terima kenyataan itu bahawa kali ini sms itu adalah arahan untuk umi terima dan laksanakan sebaik mungkin. Umi akur, tetapi sms itu tidak pula umi jawab.


So malam itu afiq jadi anak umi yang kesembilan secara tiba-tiba. Dengan berbekalkan beberapa helai pakaian dan sebuah plastik berisi jajan dan air minuman ringan jenama ribena Afiq dikerumuni oleh kami semua yang heran bagaimana seorang anak secomel afiq ditinggalkan oleh ibu kandungnya begitu sahaja.

Hampir sebulan Afiq berada bersama kami, kata RBB untuk sementara sahaja kerana katanya dia sedang menguruskan proses pencarian keluarga angkat untuk Afiq. Satu-satunya yang umi sehingga kini tak dapat jawapannya ialah bagaimana RBB boleh terima afiq. Dan soalan itu pun tak sampai hati untuk umi tanyakan. So Afiq jadi keluarga kami selama sebulan.




Suatu hari kami dikunjungi oleh sahabat RBB. Terpikat dengan kecomelan Afiq mereka menyatakan kesediaan untuk mengambil Afiq sebagai anak angkat kerana mereka hanya ada seorang anak sahaja yang sudah pun memasuki matrikulasi.

Tatkala Afiq diambil oleh keluarga angkatnya, Afiq melaung dan menangis ingin terus tinggal dengan kami. Ketika itu umi menyalahkan RBB kerana telah meletakkan umi disituasi itu, dimana umi terasa begitu kejam kerana melepaskan Afiq pergi. Umi masih ingat kami membelikannya sebungkus jajan dan sebotol air ribena seperti mana dia mula sampai kepada tangan umi dulu. Ibu angkat Afiq berjanji akan menjaga Afiq seperti anaknya sendiri.

Janji itu tidak lama kerana selang beberapa bulan RBB memaklumkan kepada umi bahawa ibu angkat Afiq akan memulangkan afiq kerana mungkin tidak tahan dengan kerenah Afiq yang istimewa itu.

So akhirnya kembalilah afiq semula kepangkuan ummi sehinggalah pada suatu malam ibu kandung afiq datang semula mengambil afiq bersama dengan suami barunya. Selepas dari itu umi tak pernah mendengar khabar berita mengenai afiq.

Tetapi hari ini tatkala umi singgah untuk bersarapan pagi di sebuah gerai makan di Bkt Katil umi temui semula Afiq sedang membantu neneknya berniaga di gerai tersebut. Pada t-shirt yang dipakainya umi dapat fahami bahawa afiq telah memasuki kelas untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Afiq kelihatan selesa disitu, begitu yakin mengemas dan mengangkat pinggan dan cawan yang telah digunakan oleh pengunjung di gerai tersebut. Wajahnya menunjukkan dia masih mengenali kami dan duduk menghadap kami yang makan di gerai tersebut.

Seketika umi rasa bersyukur kerana walaupun Afiq tidak dikelilingi kemewahan seperti dirumah ibu angkatnya dulu namun afiq dapat mempelajari ilmu kemahiran hidup yang amat diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas sepertinya. Sekurang-kurangnya umi tahu Afiq bahagia disitu bersama nenek, datuk dan ayah kandungnya walaupun telah ditinggalkan sekali lagi oleh ibu kandungnya. Yang penting Afiq boleh mengurus dirinya sendiri dan boleh berdikari suatu hari nanti. Umi sempat melihat Afiq membaca menu yang tertulis di dinding kedai.

Bagi umi kemewahan tidak semestinya membahagiakan, kemiskinan tidak selalu menghampakan.... Buat Afiq .... maafkan umi kerana tidak berdaya untuk menjaga Afiq sehingga dewasa. Hari ini Umi yakin ... Afiq telah menemui kehidupannya..

Friday, February 6, 2009

Kelas Pertama Kami



(sebenarnya ada gambar lain nak upload kat sini... tapi ntah apa halnya blog ni tak boleh nak terima lagi gambar lain.....hmmph nak tunjuk gambar Hamzah dan partnernya Azman memakai kad matrik student UTM... tak dapat lah pulak)

Hari pertama excited bukan main nak belajar. Prof pulak memang veteran betul. Seronok lah dengar orang berpengalaman cakap pasal nak buat research. Umi punya pay attention. Tapi kelas punyalah lama 7 jam sehari. Untuk orang tua macam umi ni, pertama sakit pinggang sebab duduk lama. Kedua sakit mata sebab fokus semacam je. Ketiga sakit kepala sebab serious memikir. Malamnya tidur umi sudah jadi fikir dalam tidur atau tidur dalam fikir (tak tahulah mana satu)

So after first class I learned a lesson. I am not going to stress myself. I am going to free my mind. Belajar sambil relax. Masa muda-muda dulu okay lah. Bila dah tua, my short term memory dah weakened. Take a deep breath for a good amount of oxygen. Don't think too much. Just relax and enjoy your self.

Kata Prof, kita bukan nak ubah dunia cuma target nak dapat Phd aje.....

But still after second day... I am still hunting for a problem to be investigated.

Daripada pelajar bermasalah pembelajaran, dah pergi ke inclusive education lepas tu dah rasa nak fokus pada science curriculum , lepas tu nak tengok penilaian program PISMP je lah....

hait.... fokus .... fokus.... fokus....

Masa baca blog MACK81 ramai rakan-rakan ex-canadian student tulis... tetiba plak kengkawan yang tengah buat Phd dkt Cardiff dan Perth Australia menulis kat situ.Macam tetau je umi tengah memikir soal Phd umi ni,. Mostly started around 2003 the year I started my master and they are still struggling to finish the final part of their thesis. Ramai jugak kengkawan perempuan yang dah lama habis Phd.

Camna ni?????? Tapi bila kenangkan the only anak Hj Salleh dan Hjh Fatimah yang dapat Dr (Phd) boleh siapkan thesis dalam masa 3 tahun. Akak dia mesti boleh kot.

Maklang (Dr Fauziah Salleh) dan Mokde (Dr Norashikin) mesti ketawakan orang tua macam umi ni yang baru nak buat Phd. Masa pegi medical check up both Dr's yang check umi tu tengok umi macam pelik semacam jerk bila beritahu yang umi nak buat Phd. Kata Dr tu lagi orang medic anggap sambung belajau ni macam masuk semula ke penjara. Sebab orang medic dah teruk belajau. Doktor-doktor MD ni memang tak memotivasi langsung.

I guess I should refer to Mokteh ( Dr Zakiah) dan Paklang (Dr Sani) lah dalam hal ini.

Nota kaki:
saja stress kan nama rasmi pak sedara dan mak sedara u all supaya u all realize yang ada ramai Dr dalam our family. So u all tu bila nak join sekaki????

Kawan Umi Kat HEP


So akhirnya sahabat umi ni pun menetaplah di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPPM.

Kami berdua sama posting kat SMK Seri Mahkota lepas tamat our Master In education. Dia buat kat UKM full time dan umi pulak kat UM. Kemudian kami apply masuk maktab... tapi umi masuk maktab lebih dulu dari dia. Kemudian dia pulak menyusul. Kami bertiga sebenarnya. Sorang lagi Azman Aziz dah duduk pos Ketua Unit Latihan dalam perkhidmatan. Wah kawan-kawan umi ni semua duduk kat pentadbiran tapi umi memang doa nak menetap di jabatan akademik.... nak meneruskan usaha sebagai pendidik aje. Di samping meneruskan perjuangan yang masih tak selesai. Mencapai mercu kejayaan dalam bidang akademik... Doa kan kejayaan ummi mu ini.

Wednesday, February 4, 2009

Nostalgia di Tehran



1987 dalam kenangan.

Mungkin rezeki umi dan buyah mengajar tanpa mengharapkan ganjaran di Madrasah Al falah yang serba kekurangan. Kami ditawarkan untuk menghadiri sebuah Muktamar di Tehran, Iran.



Pertama kali umi menaiki kapalterbang dengan menggunakan business ticket. Dari KL kami ke dubai dan kemudian ke Tehran. Sesampai di Tehran kami disambut dengan red carpet (betul-betul red carpet dari tangga kapalterbang sampai ke ruang imigresyen untuk VVIP. (Kami tidak melalui pemeriksaan imegresyen pun).

Dari airport kami di bawa menaiki kenderaan rasmi kerajaan Iran ke hotel penginapan kami selama seminggu (sebenarnya umi pun dah lupa berapa lama sebenarnya tempoh umi berada di sana). Selama ini umi tak terpikir pulak nak merakamkan kenangan itu cuma bila anak-anak dah dewasa umi rasa terpanggil untuk menceritakan agar dapat dijadikan pengajaran untuk semua anak-anak umi.

Pertama kali dalam sejarah hidup, umi dapat merasakan pengalaman berada dalam kenderaan VVIP yang diiring oleh polis trafik pengiring siap dengan bunyi sirennya. (tak ubah macam menteri-menteri rasanya). And of course, umi dan buyah duduk di belakang sambil melihat pandangan diluar daripada dalam kereta tersebut seperti orang-orang besar lagaknya. Padahal kat Malaysia ketika itu sapalah kami...rumah pun tak serupa rumah sebenarnya. Dhaif sungguh hidup kami ketika itu.



Pengalaman manis dapat umi rasakan sewaktu dapat menghadiri solat jumaat di Universiti Tehran. Di Iran solat jumaat di buat di padang terbuka. Oleh kerana perwakilan muslimat tidak ramai maka kami menaiki kereta manakala buyah dan perwakilan muslimin menaiki bas yang diiringi oleh kenderaan polis. And of course 'siren' berbunyi all the way ke Universiti Tehran.

Umi masih ingat sewaktu solat, wanita Iran di sebelah ummi menghulurkan batu (asalnya dari tanah di karbala). Orang syiah di Iran meletakkan batu itu di tikar sejadah dimana dahi mencecahnya sewaktu sujud. Umi menolaknya dengan menyatakan umi ini sunni sebab umi tak tahu nak berkomunikasi dengannya. Orang Iran menggunakan bahasa Parsi.

Wanita itu tersenyum sambil tangannya menunjukkan ke dada dan menyatakan insyaAllah Karbala (maksudnya sunni atau syiah, kita bersatu di Karbala). Bagi masyarakat Islam syiah. karbala merupakan tempat yang suci kerana di situlah syahidnya Husein cucunda Nabi Muhammad Saw.




Paling manis dalam sejarah umi berada di Iran adalah kerana diberi peluang menghadap Ayatollah Khomeini. Kami dibawa ke sebuah bandar di mana ayatollah berada. Setiap daripada perwakilan di berikan pas khas. Kami melalui proses pemeriksaan yang rapi untuk sampai ke tempat ayatollah kerana di Iran ketika itu ada ramai golongan 'munafiq' yang cuba mengambil kesempatan untuk membunuh pejuang-pejuang revolusi.

Sebenarnya pengalaman berada di Iran sangat manis untuk di kenang. Kerana kami diberi layanan VVIP. Ianya berlaku 22 tahun yang lalu sewaktu umi sedang mengandungkan anakanda Muhammad Ammar. Dari peristiwa itu jugalah nama al hussaini di tambah pada setiap hujung nama anak-anak lelaki ummi. Nama Ammar juga ummi pilih kerana ammar merupakan sahabat nabi yang diterima oleh kelompok syiah dan sunni di samping kecekalannya mempertahankan akidah walaupun mendapat dugaan yang maha hebat.

So anak-anak ummi... fikir-fikirkanlah.... dunia ini sebenarnya sangat luas untuk kita terokai....Janganlah kita dilekakan dengan nikmat yang sementara. Kenikmatan yang kita perolehi sebenarnya terlalu sedikit berbanding kenikmatan yang Allah swt miliki dan kurniakan buat hamba-hambanya yang Dia tetapkan. Pengalaman melihat dunia yang luas menjadikan kita lebih matang dalam kehidupan.

Tuesday, February 3, 2009

So.... I am healthy!!!

2001 masa umi buat medical check up untuk pengesahan jawatan, MC ummi hampir-hampir tak diluluskan kerana jantung umi didapati mengalami 'enlargement' atau istilah kesihatannya cardiomyopathy. Kata Dr Ezham specialist di Hospital Putra yang umi refered to keupayaan jantung umi cuma 75% of its normal function. Dia suruh umi buat scan dan rawatan susulan. Mengetahui ada sesuatu yang tidak kena dengan jantung umi membuat umi rasa benar-benar tak sihat. Umi selalu bayangkan what happen if my heart suddenly stop functioning. Memang kuasa Allah tapi kebimbangan itu menganggu tidur umi. Kerana masa itu umi tak mampu nak buat scan so umi abaikan saja nasihat doktor itu.

Akhirnya kecemasan itu dapat umi atasi dengan ambil sikap avoidance atau sikap buat tak tahu aje. Akhirnya tahun 2008 umi kembali ke klinik untuk buat medical check untuk entrance ke UTM. Umi hampir pasti sejarah 2001 pasti berulang so kali ini memang umi dah keluarkan wang simpanan untuk hadapi saat2 itu. Ternyata ianya berulang lagi, tetapi kali ini Dr Halim yang buat medical check up itu begitu persistent dengan nasihatnya. Kata dia "memang you boleh sambung belajar... I tak halang ... tapi soal kesihatan you tak boleh diabaikan... I hanya akan sign surat you ni bila specialist dah bagi pandangan nya."

Umi memang respect habis dengan doktor sorang ni. Very caring and profesional.
Masa itu juga dia refer umi pada specialist di Hospital Putra.

Sebenarnya doktor yang dicadangkan itu adalah Dr Ezham iaitu specialist di Hospital Putra yang nasihatkan umi dulu tahun 2001. Dia pun berleter jugak pada umi kerana tak ikut nasihat dia 7 tahun yang lampau. So finally umi pun buat scan. Kata doktor itu jantung itu masih berfungsi secara normal..... cuma perlu buat check up sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

Kenyataan itu benar-benar melepaskan umi dari belenggu keresahan yang umi simpan selama 7 tahun. Tepat masanya ketika umi benar-benar perlu sihat dan merasa sihat, pengesahan doktor itu lebih memberi semangat kepada umi untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Buat anak-anak umi ... doakan kesihatan umi.

Kata doktor itu, antara punca kebengkakan di jantung umi adalah kerana kerap mengandung. So anak-anak umi pastikan anak-anak yang umi lahirkan itu anak-anak yang mengenal erti kehidupan dan mengenal tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Kerana anda semua adalah amanah Allah pada umi.