Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa





Apa khabar semua anak2 buyah. Doa sehat dan ceria selalu. Diam tak diam kita semua dah masuk Ramadan. Bulan yang penoh keberkatan. jangan lupa ambil peluang yang ada. Ammar, Hajar, Abu Dzar, Aiman, Mashitah, Mohd Ali, Najihah dan Syazwani. Sempena Ramadan ni, mari kita doakan kejayaan untuk Mohd Ali dan Mashitah yang mengambil peperiksaan UPSR dan PMR. Biarlah kejayaan ummu Aiman berulang yang mendapat 9A dan Mohd Ali mencipta kejayaan cemerlang dengan 5A. Insya-AlLah.



Buyah dan Umi gembira, sahur hari pertama anak2 buyah semuanya ada dan dapat makan sahur bersama. Iftar hari pertama kurang 2 orang anak buyah , kak Ngah Hajar dah balik ke Larkin, Johor Bahru jam 9.00 pagi tadi. Abu Dzar balik ke KL jam 2.00 petang. Selamat dalam perjalanan.



Selamat Berpuasa diucapkan juga kepada semua keluarga Umi dan Buyah yang ada di seluruh Malaysia dan khususnya yang ada di Shah Alam, Kelang, Johor, Negeri Sembilan dan semuanya didoakan sehat dan bergembira dapat bertemu Ramadan tahun ini 1429H. Bagi yang sakit yang didoakan cepat semboh dan bersabar atas ujian serta cubaan yang diterima.






Bulan Ramadan, kerja buyah lagi bertambah, operasi disiang hari (makan minum di siang hari bulan Ramadan) satu kesalahan. Malam ada program Taqarruf Ramadan. Al-hamdulilLah, MBR59 dapat juga membantu buyah mengejar masa yang semakin singkat.

Jumpa lagi, Selamat Berpuasa.


No comments: