Tuesday, August 26, 2008

Apa Khabar Semua?






Assalamu'alaikum wbt.

Syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan kekuatan kepada buyah untuk meneruskan coretan rasa di blog Ummu Ammar. Rasanya sudah terlalu lama blog ini kesunyian dan tiada insan yang berkesempatan untuk menatapinya. Buyah doakan semua anak-anak buyah sehat walafiat. Diam tak diam kita sudah hampir bertemu dengan Ramadan bulan penuh keberkatan. Buyah doakan kak Ngah ct aja selamat bertugas di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru . Jaga diri dan kena berhemah dengan pesakit yang kak ngah rawat tu. Abu Dzar di Kuala Lumpur dan Mohd Ammar di Kuala, tumpukan kepada pelajaran demi kejayaan masa depan. . Buyah mengajak semua supaya kita semua mendoakan kejayaan untuk Mohd Ali Husaini dan Mashitah yang akan mengambil UPSR dan PMR. Ok lah nanti buyah sambung bila ada kesempatan, yang penting semua anak2 buyah jaga diri, tekun Solat dan jangan lupa doa untuk keselamatan dunia dan akhirat. Buyah sertakan gambar2 semasa buyah ke Larkin Johor Bahru dan sempat singgah kat Danga Bay. Sorilah kak chik dan wani, buyah tak bawa kak chik dan wani naik permainan tu, umi kata dia takut............
Jumpa Lagi,
Salam manis untuk semua anak2 buyah.

No comments: