BUYAH MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA ANAK-ANAK, SAUDARA MARA DAN SEMUA YANG MENGENALI BUYAH. SEBULAN RAMADHAN BEGITU PANTAS BERLALU, DIAM TAK DIAM RAMADHAN TELAH MENINGGALKAN KITA SEMUA. ADAKAH ANAK-ANAK BUYAH TELAH MENDAPAT KELAZATAN DALAM IBADAH PUASA ATAU MASIH LAGI TERIKUT-IKUT DENGAN ... ORANG PUASA KITA PUN PUASA. MARILAH KITA MENGHAYATI FALSAFAH IBADAH PUASA YANG MANA SUNGGUH BESAR PENGERTIAN DAN KESAN DARIPADA PUASA. { dapat merasai kesusahan fakir miskin, membina rasa kesabaran, menyusun masa dengan baik, membentuk amal ibadah, dan pastinya akan mendapat ganjaran pahala dari Allah Swt}. JIKA MANUSIA TAHU RAHSIA PUASA RAMADHAN MAKA MANUSIA AKAN MENGHARAPKAN SEPANJANG TAHUN ADALAH RAMADHAN.
DIKESEMPATAN KITA BERTEMU SYAWAL, MARILAH KITA SEMUA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SWT YANG MEMBERIKAN KEKUATAN DAN KETABAHAN UNTUK KITA MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERJAYA BERTEMU SYAWAL. BERDOA LAH SEMUGA ROH AHLI KELUARGA KITA, DATUK NENEK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA MENDAPAT RAHMAT DAN DITEPATKAN BERSAMA PADA NABI, SYUHADAH DAN SOLIHIN. JAGALAH ADAB DAN AKHLAK MULIA SEMASA ZIARAH MENZIARAHI DI RUMAH SAUDARA DAN KAWAN-KAWAN.
BAGI MASHITAH YANG AKAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN PMR, INGAT AKAN PELAJARAN DAN BERUSAHA UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN DENGAN CERMAT DAN BUYAH DOAKAN KEJAYAAN UNTUK MASHITAH.
MEMANG TERASA BEGITU CEPAT RAMADHAN KALI INI BERLALU.... JUSTERU ITU ANAK-ANAK KENA BERINGAT MASA YANG ADA CUKUP BERHARGA, REBUTLAH PELUANG UNTUK BELAJAR, BERAMAL DAN BERIBADAH - REBUT 5 SEBELUM DATANGNYA 5, MUDA SEBELUM TUA, LAPANG SEBELUM SIBUK, SENANG SEBELUM SUSAH, SEHAT SEBELUM SAKIT, HIDUP SEBELUM MATI.
AKHIRNYA BUYAH BERPESAN SUPAYA SEMUA ANAK-ANAK BUYAH RAJIN DALAM SEMUA HAL. JIKA BALIK DI RUMAH RAJIN-RAJINLAH MENOLONG UMI , DAN JADIKAN KEHIDUPAN KELUARGA KITA, KEHIDUPAN YANG MENYERONOKKAN.
Tahniah kepada Wani dan kak chik yang puasa penoh dan banyak membantu buyah dan Umi, terutama semasa umi tak ada kat rumah.
Van MV5797 sudah berwajah baru ..........
Buyah ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
No comments:
Post a Comment